Saturday, October 30, 2010

WALAUPUN SIBUK BERKEMPEN, MASIH SEMPAT BERJUNUB

KAKI JUNUB/EKOR MANDI JUNUB SAMBIL CARI NOMBOR

Mandi junub ni ibadah. Dapat pahala jika dilakukan. Dalam kata lain ia juga disebut Mandi Wajib. Ia wajib dilakukan selepas satu ibadah lain dilakukan sesama suami isteri. Ini semua lambang keindahan Islam yang tak ada pada agama lain.

Perkara yang berkaitan agama jangan dibuat main. Berdosa. Orang yang mengekalkan perlakuan dosa ni ALLAH akan hukum samada di akhirat ataupun di dunia.

Aku nampak ramai orang dengan jelas telah terhukum. Nik Aziz. Sekarang ni cakap dan makin merapu. Pagi lain malam lain. Orang berkawan sesama manusia dia berkawan dengan syaitan.

Haji Hadi, tak pasal pasal cakap pasal air bersih di Sandakan sedangkan orang tengah heboh air di Galas paling kotor di dunia.
Mahfuz dah tak ada benda lain disebut selain ' seluar dalam'. Di mana mana itulah isi ceramahnya.

Inilah hukuman ALLAH. Samalah dengan Ansari. ALLAH jatuhkan sikit, tanpa kecederaan. Dia kata mandi junub percuma. Olok olok kerja ibadah. ALLAH jatuhkan Ansari lagi sekali. Kali ini cedera sikit. Olok olok lagi.

Jadi aku nak bagi pandangan pada kawan kawan di Bt Sapi. Kalau sampai peringkat hukum agama diperolok, bahaya dah mamat ni. Elakkanlah..

Thursday, October 28, 2010

PAS TUMPU KEMPEN KEPADA PENGUNDI CINA


TAKUT NAK BERDEPAN PENGUNDI ISLAM

Jentera Pakatan Penipu yang diketuai oleh DAP sedang bertungkus lumus menghasut pengundi Cina di Galas dalam usaha untuk mempastikan calon mereka tidak kehilangan deposit dalam Pilihanraya Kecil ini.

Mereka yang menyedari akan gagal mempertahankan kerusi ini meletakkan sasaran menyelamatkan deposit sahaja setelah cubaan untuk menggagalkan pencalonan calon BN tidak berjaya.

Menurut sumber dalaman PAS , jentera PAS tidak dapat mempengaruhi pengundi Islam kerana pengundi tidak dapat menerima ' pakatan PAS dan DAP'.

Banner yang dikatakan disediakan oleh jentera BN sebenarnya digantung oleh orang dalam PAS sendiri. Kenyataan tegas Karpal Singh tentang Islam nyata memberi kesan yang sangat besar kepada pengundi.

Hakikatnya pengundi berasa tertipu selama ini. Pengorbanan mereka hidup dalam keadaan sukar ' DEMI ISLAM YANG PAS JANJIKAN' jelas tidak berbaloi.

Sebaliknya tanpa sebarang janji, kerajaan UMNO/BN pula yang datang membawa perubahan. Sekiranya perkembangan ini berterusan , mereka menjangkakan keputusan PRU 13 nanti pasti memeranjatkan.

Dalam masa yang sama kepimpinan PAS dikatakan menyinggung perasaan pengundi apabila tokoh tokoh DAP lebih banyak bercakap dalam kempen mereka.

Catatan : Aku rasa masanya dah sampai, UMNO akan kembali mengusai Kelantan dengan syarat SETIAP BATANG TUBUH AHLI DAN PEMIMPIN UMNO DAPAT DIPERBAIKI.

CALON PKR KAKI JUNUB/ KAKI NOMBOR


INILAH CALON PALING BERKUALITI YANG PAKATAN PEMBANGKANG ADA

Korang jangan kata ini fitnah. Berita ini disiarkan sendiri oleh Suara Keadilan. Lagipun aku tak perlu nak buat fitnah sebab kita tahu BN akan menang Bukit Sapi.

Aku memetik berita daripada Suara Keadilan supaya rakyat menilai betapa rosaknya Pakatan Pembangkang. Betapa jahatnya mereka sehingga sanggup memilih orang yang sama sekali tidak berakhlak untuk jadi pemimpin.

Tapi sekali fikir ada juga logiknya pemilihan Ansari ni. Pilihan Nuar Brahim , semacam Nuar Brahim jugaklah.

Korang baca petikan berita di bawah :-


1. " JETI RUNTUH PETANDA BURUK BUAT BN."

BILA BACA TAJUK AKU INGATKAN CALON ATAU PEMIMPIN BN YANG JATUH. RUPA RUPANYA ANSARI ABDULLAH JATUH TERJUNAM LENCUN DALAM AIR. YANG LUCAHNYA IALAH APABILA ANSARI KATA " SAYA DAPAT MANDI JUNUB PERCUMA HARI INI "

TAK PENTING APA NIAT ANSARI. MUNGKIN NAK MELAWAK. TAPI MELAWAK MACAM ITU MAKNANYA TAK LAYAKLAH JADI PEMIMPIN.SETARALAH DIA DENGAN MAHFUZ SELUAR DALAM.


2." MUHYIDDIN TAK TAHU ILMU HISAB"


ITU TAJUK KEDUA. JUGA AKU PETIK DARIPADA SUARA KEADILAN EDISI YANG SAMA. BERITA INI MENUNJUKKAN ANSARI CALON PKR KAKI NOMBOR. DIA KATA TPM TAK PANDAI ILMU HISAB. KATA ANSARI DAH LAPAN KALI BERTANDING.


ANSARI KATA " SAYA TAK MARAH SEBAB KAWAN CINA SAYA BAGITAU ANGKA 8 ADALAH ANGKA YANG BAIK. ADA ONG ".


ORANG YANG BERCAKAP PASAL NOMBOR DAN ONG NI MEMANG KAKI NOMBORLAH.


DAH LENGKAPLAH TU. NOMBOR JADI, JUNUB PUN JADI. INILAH ORANGNYA YANG DILETAKKAN OLEH PEMBANGKANG UNTUK MEWAKILI RAKYAT. AKU HARAP RAKYAT NILAILAH.


INILAH PENGHINAAN PEMBANGKANG SEBENARNYA.

Wednesday, October 27, 2010

KARPAL SAKIT. PERBICARAAN NUAR BRAHIM MELIWAT DITANGGUH

'' ADA BERANI KA, MARILAH "

BUKTI BAHAWA KITA TETAP HAMBA YANG LEMAH.

Sakit demam, ajal maut, jodoh pertemuan dan segalanya yang berlaku atas mukabumi ini adalah hak mutlak ALLAH jua walaupun kita diberi peluang melakukan usaha ikhtiar.

Hero manapun kita walau mengaku Singh Is King,namun sampai masa Karpal masuk juga ke hospital kerana sakit. Aku pun sama. Tok Guru Nik Aziz pun sama. Nuar Brahim dan Saiful pun sama. Bezanya seorang pemangsa manakala seorang lagi mangsa.

Cumanya aku nak mengajak korang membaca berita di bawah :

1. Kuala Lumpur - 28 Okt. Sebuah sekolah menengah di sini iaitu SM Teknik Cheras ditutup buat sementara waktu kerana PENGETUANYA DEMAM DAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL.

2. Kuala Kangsar- 28 Okt. Balai Polis Daerah Kuala Kangsar akan menghentikan operasi selama kira kira seminggu kerana Ketua Polis Daerah dijangkiti demam campak. Balai polis akan dibuka semula pada satu masa yang akan ditentukan berdasarkan keadaan kesihatan Ketua Polis Daerah.

3. Kuala Terengganu- 28 Okt . Bilik Operasi Bomba Negeri telah ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan Pengarah Bomba Negeri mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Terengganu. Sehubungan itu adalah diharapkan agar tiada sebarang kebakaran berlaku dalam tempoh tersebut.

Ketiga tiga berita di atas adalah keadaan yang berlaku jika kaedah yang digunapakai dalam pengendalian perbicaraan Nuar Brahim diikuti. Aku bukan nak hina mahkamah. Lagipun aku tak mahir undang undang.

Cuma aku dengar ada ' barisan peguambela ' yang terpilih membela Nuar Brahim. Apa maknanya? Tak kan sebegitu ramai peguambela hanya Karpal yang mampu menyoalbalas saksi ?Katalah doktor menyatakan Karpal tiada peluang pulih, bagaimana?

Aku rasa Majlis Peguam kena melihat benda ini. Rakyat dah bosan dengan penangguhan. Atau memang ada perancangan nak tangguh sampai Nuar Brahim jadi PM nanti ?

Mahkamahpun kena juga bertegas dengan peguam yang 'main main ni'. Atau nanti rakyat akan meragui wibawa mahkamah.

Tuesday, October 26, 2010

PAS BERTINDAK KEJAM DI GALAS

MEREKA ADALAH MANUSIA YANG MESTI KITA DEKATI DAN HARGAI BUKAN UNTUK DIZALIMI. ZALIM BUKAN SALAH SATU KAEDAH DAKWAH RASULULLAH


MENYEBAR FITNAH KEZALIMAN BN, KEZALIMAN SENDIRI
TERSERLAH.

Kalau kita sanggup, kita boleh menipu semua orang untuk kepentingan kita sendiri. Bahkan akan sampai satu ketika kita sendiri akan percaya bahawa penipuan itu adalah benar. Inilah yang sedang dialami oleh Pakatan Pembangkang.

Lihat pula kejujuran DS Najib apabila mengaku belum mampu membayar bonus kepada kakitangan kerajaan. Pahit dan memalukan juga apabila mengaku ' belum mampu'.

Salah satu bahan penipuan pembangkang ialah bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang zalim, menyusahkan rakyat, mengambil hak rakyat dan sebagainya. Sebahagian orang percaya manakala yang lain tahu ia adalah penipuan tetapi berpura pura percaya kerana ' ingin melihat Kerajaan UMNO/BN runtuh '.

Satu perkara yang WAJIB KITA SEDARI SEPENUHNYA IALAH KITA TIDAK BOLEH MENIPU ALLAH TA'ALA. ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MENUNGGU MASA UNTUK MEMBERIKAN PEMBALASAN.

Korang tengok kenyataan di bawah. Kenyataan yang dibuat dari hati yang tulus membuktikan BETAPA ZALIMNYA KERAJAAN SERAMBI MEKAH PIMPINAN TOK GURU NIK AZIZ.

" Anak buah saya tiba tiba dapat tahu bahawa mereka adalah peserta Ladang Rakyat. Tapi mereka tak tahu apa apa pun. "

" Kami TERPAKSA berkerjasama dengan PAS kerana takut pada kuasa mereka. Kalau kami tak beri kerjasama, SUSAH. HUTAN HAK KAMI, TANAH HAK RAJA. KERAJAAN WAKIL RAJA, KALAU KAMI TAK SOKONG SUSAHLAH KAMI". Kata Jambu Rimus, Penghulu Lojing.

Tidakkah kenyatan ini menggambarkan BETAPA JIWA MEREKA TELAH DIJAJAH SECARA KEJAM SEHINGGA MEREKA HILANG KEBERANIAN SAMA SEKALI ?

TIDAKKAH PENJAJAHAN SEBEGINI RUPA ADALAH SATU BENTUK KEZALIMAN YANG TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL ?

ADAKAH PENDEKATAN KEJAM DAN ZALIM PAS INI MENYEBABKAN TIMBUL PRANGSANGKA TERHADAP ISLAM YANG SUCI ?

Kepada PAS, bertandinglah dalam pilihanraya. Berkempenlah. Percayalah ALLAH akan menangkan atau kalahkan mana mana parti yang dikehendakiNYA. Dan paling penting untuk sama sama kita sedari ialah SAMADA MENANG ATAU KALAH KEDUA DUANYA UJIAN DARIPADA ALLAH JUA.

Usahlah zalim walaupun kepada orang asli. AKU TAK PERNAH MENDENGAR RASULLULLAH PERNAH BERTINDAK ZALIM WALAU KEPADA SESIAPA PUN.

ATAU MUNGKIN NIK AZIZ ADA NAS BARU KOT ?


MURSYIDUL AM PAS BUKAN SEORANG' MURSYID'

SABAR TENANG DALAM SEGALA SITUASI, NIK AZIZ ADA KE CIRI CIRI INI ?

udanggalah BIJAK MEMBUKA GELANGGANG


Aku pada awalnya memilih untuk tidak membicarakan hal hal berkaitan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat secara ilmiah. Aku khuatir perbincangan yang tulus ikhlas akan mendatangkan impak memalukan kita umat Islam seluruhnya.

Tapi apabila udanggalah mengatakan bahawa dia keliru " Siapakah yang sebenarnya berkuasa di dalam PAS" , maka aku tahu udanggalah ingin mengajak kepada perbincangan lebih serius bagi menyelamatkan Islam itu sendiri.

Ini adalah permulaan. Mursyidul berasal daripada kata irsyada yang membawa maksud memberi tunjuk ajar.

Dari sudut 'makna amalan' Mursyidul bermaksud

1. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke tahap taqwa kepada ALLAH. ( Dengan lisan )

2. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke
tahap taqwa kepada ALLAH ( Dengan akhlak dan amalan )

3. Memimpin dan membimbing pengikut sehingga sampai ke
tahap taqwa kepada ALLAH ( Dengan doa )

Untuk menjadi seorang Mursyid beberapa syarat yang wajib dipenuhi.

1. Mempunyai tahap taqwa yang tinggi dan maksimum ( Hanya ALLAH yang mengetahui tetapi dapat dilihat melalui cara hidup )

2. Mempunyai ilmu yang tinggi dan jelas tanpa unsur mengelirukan.

3. Waraq - Dapat dilihat walaupun tidak cuba ditunjuk tunjuk.

4. Apa sahaja yang diucap dan dilakukan tiada unsur lain selain Al Quran dan Sunnah.

5. Tidak bercakap atas kepentingan yang lain selain agama. Jauh sekali daripada bersikap memihak kepada mana mana kepentingan selain agama.

Selain daripada itu ada beberapa panduan yang bole digunakan bagi menilai layak atau tidak seseorang di gelar Mursyid.

1. Sangat sabar dan tenang ketika berhadapan dengan saudara, sahabat atau musuh dan menjadikan dakwah sebagai matlamat.

2. Sentiasa berbuat kebajikan membelakangi kepentingan diri dan kaum keluarga.

3. Tidak sama sekali bersifat sombong, bongkak dan takbur ( Atau kelihatan begitu )

4. Wajah sentiasa berseri dan tersenyum dalam apa jua keadaan.
( Lihat wajah Tun Mahathir- pada bila bila masa YA ALLAH, berseri sangat )

Inilah ciri seorang Mursyid. Korang nilailah sebenarnya layakkah Nik Aziz dianggap, diangkat sebagai Mursyid?

Menjawab soalan siapakan yang berkuasa di dalam PAS aku ingin memaklumkan bahawa yang paling berkuasa ialah NIK AZIZ. Dia yang dilantik melalui mesyuarat Majlis Syura secara praktisnya jauh lebih berkuasa daripada Presiden yang dilantik oleh ahli.

Ini sebenarnya adalah ' kisah dalaman PAS ', tetapi apabila mereka mewar warkan Nik Aziz sebagai ' MURSYID ' dan disambut dan diraikan oleh DAP ( yang hakikatnya memperolokkannya ), maka kita sebagai orang Islam wajib menentangnya kerana ini telah meletakkan Islam sangat rendah dan memalukan.

'Islam amat tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya'.
Terima kasih udanggalah.

Monday, October 25, 2010

HAJI HADI KECAM NIK AZIZ DI SABAH

" INI SULIT TAU, JANGAN SAMPAI NIK AJIS TAU PULAK "

HADI LEPAS GERAM DI SABAH, JEJASKAN KEMPEN PAS DI GALAS

Korang kenalke Haji Hadi. TUAN GURU DATUK SERI HAJI HADI BIN AWANG. Puak ni dulu satu masa pernah ceramah bagitau penyokong dia orang bahawa gelaran datuk, datuk seri, dan lain lain adalah ' fitnah dunia' yang menjejaskan taqwa. Itu dulu. Tapi bila ada peluang tak sempat siang pakat bahagi bahagikan gelaran sesama sendiri.

Dia orang ni sejak bertuankan Nuar Brahim sama je putar belitnya. Cakap pagi lain, cakap petang lain. Dalam cerah lain dalam gelap lain pulak.

Tapi bukan ini isu yang nak aku ketengahkan. Yang aku nak cerita Haji Hadi sekarang dah berani ' perli ' Mursyidul Am diaorang. Memang kita tahu Haji Hadi sentiasa rasa ' kecik hati' dengan Nik Aziz. Maklumlah Presiden , cakap pagi ' A ', malamnya Nik Aziz kata ' B '. Macam mana orang nak respek Hadi ni.

Semalam Hadi ' sudah hantam' Nik Aziz cukup cukup. Dah tentulah dia jadikan BN sebagai alat. Tapi dia tak cakap di Semenanjung. Dia bercakap di Sandakan , Sabah.

Dia kata BN tak boleh ambil hak rakyat Sabah dan Sarawak selagi kebajikan rakyat tak selesai. Perumahan rakyat , bekalan air bersih untuk rakyat, pelajaran dan lain lain.

Korang tahu apa sebenarnya niat Haji Hadi ? Dia sabotaj PAS di Galas. Masalah utama di Galas ialah perumahan dan bekalan air bersih. Kebetulan Muhyiddin Yassin umum peruntukan 180 juta untuk rakyat Gua Musang. Korang pergilah Galas. Dah 20 tahun PAS memerintah masalah setinggan tak juga selesai. Air paip macam teh ais.

Ramai penganalisis berpandangan Haji Hadi memang nak PAS kalah di Galas supaya ego Nik Aziz turun sikit. Tak lah ' beraja ' sangat. Aku jangka ini baru permulaan. Lepas ini kita akan dapat melihat penentangan terhadap Nik Aziz secara jelas. Kita tunggulah tengok.

RUPANYA RAKYAT KITA HIDUP SENANG

HARGA GETAH BEKU MENCAPAI 6 RINGGIT 1 KG

Semalam aku pegi makan kundas dan minum teh tarik di sebuah pekan kecil berhampiran Kuala Kangsar. Karai nama pekan ini.
Macam macam perkara aku dengar dibincangkan oleh pak cik pak cik yang sebahagiannya aku kenal.

Belum habis aku minum dah ada orang bayarkan minuman aku. Ada yang bagitau aku sekarang ni duduk je minum adalah orang yang akan bayarkan.

" Getah dah 6 ringgit sekilo ". Kata mereka. Kalau dulu anak anak yang makan gaji hantar duit seratus sebulan ke kampung, sekarang anak anak yang balik kampung, mak bapak tolong bagi duit minyak.

Kenapa aku cerita perkara ini ? Aku nak kaitkan harapan DS Najib semasa menggulung persidangan UMNO dua hari lepas. Dia harap pemimpin UMNO bercakap kepada rakyat. Banyak benda yang dibuat tapi tak disebut.

Minyak naik 10 sen pembangkang masuk kampung salahkan kerajaan, tapi harga getah naik 2 ringgit , senyap sunyi. Padahal ini semua adalah usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Memang dah sampai masanya aku rasa untuk pemimpin UMNO bercakap apa yang telah dilakukan. Insyaalllah rakyat akan menghargai kerja baik kita.

Sunday, October 24, 2010

AYUH BANGUN ANAK MUDA, MARI KITA BERPENCAK


AKU PERCAYA JUTAAN ANAK MUDA KASIH KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Aku tersentuh membaca komen udanggalah terhadap tulisan aku berkaitan Tun Mahathir. Komennya ringkas sangat tetapi aku yakin ianya lahir dari kehalusan pekerti kesan pendidikan ayah bondanya.
Katanya " DS Najib adalah permata yang digilap oleh Tun dan kini permata itu menghiasi cincin ".

Aku menyedari hakikat bahawa sebenarnya ada jutaan anak muda yang selama ini menjadi ' majoriti senyap' yang tidak banyak bersuara menyatakan pendirian.

Aku pun selalu berbual dengan anak anak muda yang rata rata mempunyai pendirian dan perasaan sama dengan udanggalah. Mereka memilih untuk tidak bersuara kerana mereka ' lemas berkonflik '. Mereka inginkan ketenangan.

Aku fikir dah sampai masanya untuk aku mengajak anak anak muda ini bangkit menyatakan pendirian. Masanya telah sampai untuk anak anak ini bangkit melontarkan pandangan.

Aku tidak mengharapkan mereka menjadi penyokong melulu tetapi jadilah pengkritik yang membina dan membangunkan anak bangsa.

Aku pun dah nampak , orang Cina dan India benar benar melatih anak anak muda mereka. Mereka mempersiapkan anak anak muda mereka untuk menjadi pemimpin. Manakala ada orang Melayu melatih anak anak muda untuk melihat sesuatu dengan perasaan benci dan prasangka.

Aku tahu ada anak anak yang belajar di Pusat Pengajian Tinggi tetapi mempunyai mentaliti rendah kerana ' perangkap benci' ini.
Aku berharap selepas ini ada anak muda yang sejiwa dengan udanggalah akan bangkit memberikan harapan kepada orang orang tua seperti aku.

Aku nak menyeru mereka menjadi 'pengikut' bukan sahaja kepada blog aku tetapi kepada pelbagai ' kaedah maya ' seperti yang diinginkan oleh DS Najib.

Dah sampai masa, kita kena tunjukkan bahawa kita sebenarnya ramai, jauh lebih ramai daripada ' musuh musuh negara ', insyaallah.

TUN SENTIASA BERADA DI TEMPAT DAN MASA YANG TEPAT


KEHADIRAN TUN MAHATHIR ADALAH MEMUNCAK KEYAKINAN

Antara perkara paling penting dalam sesi penggulungan Persidangan UMNO semalam , selain kemantapan Presiden menggulung ialah kehadiran Bapa kita semua Tun Mahathir dan isteri Tun Siti Hasmah.

Aku sebak melihat Siti Hasmah dipimpin ke tempat duduk. Aura mereka meresap bukan sahaja di dalam dewan tetapi di dalam hati umat Melayu. Lihatnya senyum mereka sepanjang Najib bercakap.Senyum yang lahir dari hati yang tulus.

Percayalah kepada aku. Menggigil seluruh tubuh Anwar Ibrahim melihat kelibat Tun, menangis Wan Azizah melihat Tun Dr Hasmah yang sentiasa melayannya seperti ibu melayan anak.

Sebab itu Najib mantap. Sebab itu Najib kuat dan berani. Inilah beza Najib dengan Pak Lah. Najib tidak cuba menyaingi Tun sebaliknya belajar daripada Tun. Inilah hebatnya Najib.

Aku dan semua orang Melayu yang kasihkan agama, bangsa dan tanahair akan terus menyokong Najib dengan seluruh jiwa raga kerana antaranya kerana santun Najib yang tiada tolok bandingnya.

Syabas Najib, terima kasih Tun


Saturday, October 23, 2010

BN MUNGKIN MENANG PERCUMA DI GALAS

CALON PAS RASA DIANIAYA

Ini berita yang sedar tersebar di Gua Musang. Dr Zulkefli Mohamad dikatakan dipaksa menjadi calon sedangkan beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

Dr Zulkefli juga dikatakan terkilan kerana sebahagian besar kepimpinan PAS Gua Musang lebih cenderung untuk mengambil sikap tidak terlibat dengan gerakerja pilihanraya kali ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai , keluarga Dr Zulkefli juga dikatakan bermasalah apabila peristiwa tangkapan khalwat beliau menjadi percakapan umum. Dr Zulkefli juga percaya penyebaran cerita ini ada kaitannya dengan orang dalam PAS sendiri.

Faktor yang paling besar yang menyebabkan Dr Zulkefli tersinggung ialah apabila beliau dikatakan ' calon ujian ' semata mata. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat secara terbuka menegaskan bahawa calon mungkin diubah sekiranya pengundi didapati tidak begitu menyukai Dr Zulkefli.

Adalah difahamkan bahawa keputusan akhir Dr Zulkefli bergantung kepada perbincangan keluarga yang akan diumumkan dalam sehari dua ini.

Catatan : Sewaktu aku di Gua Musang Minggu lalu, aku dah dapat gambaran tentang mood pengundi berikutan kegagalan Allahyarham Adun yang lalu langsung tidak sempat memberikan perkhidmatan kerana masalah kesihatan. PAS Kelantan juga mengabaikan Galas.

Friday, October 22, 2010

PEMBAHAS KURANG BERKUALITI ?


DALAM GEGAK GEMPITA KITA HILANG LIMA NEGERI

Dah berpuluh kali aku mengikuti Persidangan UMNO. Memang aku akui kali ini pembahas yang membahaskan usul agak kurang menyengat berbanding tahun tahun yang lalu.

Tetapi aku tetap dapat melihat kesungguhan pembahas mengupas makna , mentafsir kata YAB Presiden. Pembahas bercakap soal survival bangsa. Pembahas menegur kepimpinan. Pembahas mengajak kita bermuhasabah.

Yang kurang ialah gaya. Yang mungkin tiada ialah cara. Terimalah kenyataan ini. Namun begitu, aku suka mengingatkan bahawa selama ini dalam keghairahan, dalam keasyikan menikmati pidato yang hebat, kita menjadi alpa.

UMNO terdorong berasa hebat kerana hebatnya persidangan. Bahkan kadangkala UMNO tenggelam dalam lawak jenaka. Akhirnya kita tergadai 5 negeri.

Usah kita ghairah bersidang, balik dalam ' roh yang kosong '. Biar dalam keadaan agak lesu tapi balik dengan jiwa yang sarat dengan keinginan untuk menebus maruah.

Pembahas usah rasa tertekan. Berbahaslah dengan cara sendiri. Berbahaslah kerana Allah demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Thursday, October 21, 2010

DAP SANGGUP BAYAR

ASALKAN PAS SANGGUP JADI PETUALANG

Sewaktu aku ke Gua Musang beberapa hari yang lalu , aku berhasrat nak menempah bilik untuk bersama sama memeriahkan PRK Galas. Aku diberitahu semua hotel dan ditempah selama tiga minggu oleh DAP.

Aku tanya petugas di Hotel GM Nanyang," DAP bertandingke pilihanraya ni ?". Bangga je Mamat ni jawab " Tak, dia tolong
kitalah ". Kitalah tu rupanya PAS.

Inilah petanda keracunan minda yang melanda umat Melayu Islam. DAP dikatakan penolong. Sama seperti yang berlaku di Perak selepas kerajaan Pakatan Pembangkang tumbang.

Orang Melayu tukang melalak di jalanan. DAP tolong cempak nasi dan air mineral. Inilah tolong namanya.

Sebab itu bila Ustaz Lim Guan Eng ditekan di Pulau Pinang, Al Fadhil Ustaz Mat Sapu, maaf Mat Sabu Tolong bersihkan nama Ustaz Lim di seluruh negara. Tolong menolong.

Sebenarnya mudah je membeli jiwa orang miskin. Bayar je makan minum. Beri sedikit kemudahan, dia akan jual apa sahaja termasuk agamanya.

Orang PAS ni miskin. Yang kaya pemimpinnya. Tapi pemimpinnya tak tunjuk kaya takut nak kena derma pulak. Korang agak selama ini berapa banyak Hj Hadi derma jihad ? Salehuddin Ayub ? Mahfuz seluar dalam ? Tak de.

Yang ghairah berderma ni orang kampung. Sebab dia orang percaya itu adalah jihad. Tok Guru tak perlu jihad ni sebab keputusan masuk syurga di tangan dia orang.

Balik kepada cerita hotel tadi, aku nak gambarkan betapa pemurahnya DAP. Menyumbang kepada PAS asalkan PAS sanggup bersama mereka menghancurkan Melayu Islam. Manakala PAS pula sentiasa terasa segalanya kerana DAKWAH MEREKA TELAH BERJAYA. Yang hancur..korang fikirkanlah.

Wednesday, October 20, 2010

MEMANG SAYAP KITA DAH PATAH


SETAKAT INI TIADA APA YANG BOLEH DIHARAPKAN DARIPADA PERSIDANGAN SAYAP

Katakan bahawa aku adalah seorang yang pesimis. Katakan dan aku terima. Memang aku tidak berasa bahawa perhimpunan sayap yang berlangsung hari ini menjanjikan sebarang sinar.

Barangkali ada perwakilan yang jelas dengan keperluan sebenar tetapi kebayakannya bombastik, hampir sama dengan Muktamar PAS.

Kalau aku bertanya kepada perwakilan, apa nak buat bila balik aku yakin tak ramai orang tahu apa nak buat. 4 juta pengundi belum daftar, dua juta lebih Melayu. Ratusan ribu ahli UMNO juga belum berdaftar .

Ini tugasan sebenar orang politik. Mendapatkan undi untuk menang pilihanraya. Tapi semua itu boleh dimaafkan. Cuma perwakilan Pemuda daripada Kedah, Basorri Hassan pada aku paling komanlah.

Dia pertikai kuasa Presiden. Melantik Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah dengan alasan jadi alat PAS untuk kalahkan UMNO. Aku nak tanya Mamat ni, semasa PAS rampas Kedah dalam keadaan ' UMNO terhina ' siapakah Pengerusi Perhubungan ? Shafie Afdal, Bukan.

Adakah Mamat ini atau orang lain akan berpuas hati jika Mahadir Khalid jadi Pengerusi, atau Mukhriz ? Atau Ahmad Bashah ? Aku tak fikir begitu. Dulu zaman Sanusi Junid, pemikir hebat tak juga solid sokongan korang.

Yang sebenarnya korang di Kedah yang perlu berubah. Jangan fikir akulah yang terbaik dan paling layak. Usah asyik tidak bersetuju. Jangan tipu diri. Korang mana ada kasih parti, korang hanya fikir periuk nasi. Sebab itu sampai bila pun UMNO akan jadi pembangkang, melainkan orang macam Basorri digugurkan daripada jawatan.

Maaflah, mari kita doa agar orang orang tua yang bersidang esok akan bersidang dengan sepenuh jiwa raga dan balik dengan perancangan strategik. Nampaknya benarlah kata orang, sayap kita memang dah patah.

PAS GELABAH BERUK DI GALAS


Jaga jaga. Kes Lama pun belum selesai..

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa


Sebab itu jangan berpolitik berasaskan nafsu. Jangan sama sekali cuba menipu ALLAH. Akhirnya ALLAH akan turunkan hukuman di dunia ni juga dengan disaksikan oleh orang ramai yang mahu berrfikir.

Bila aku kata PAS telah diresapi komunis, ada orang marah kepada aku. Tapi aku cakap dengan bukti dan dalil. Aku bukan Mat Sabu atau Mahfuz Omar yang cakap ikut sedap mulut.

Salah satu kaedah komunis ialah menggunakan sepenuhnya ' rasa marah, benci atau kecewa ' untuk memaksa rakyat bangkit memberontak menentang kerajaan yang sah.

Korang tentu tahu, secara tiba tiba sekumpulan orang asli telah dibawa mengadakan sidang media mengutuk kerajaan kerana menolak usul Ahli Parlimen Teluk Kemang untuk memasukkan ' orang asli ' dalam peruntukan 153 dan 160 Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya kenapa sekarang ? Selama ini PAS berkempen di seluruh negara mengatakan perlembagaan ini adalah perlembagaan sekular. Selama ini PAS hanya mengiktiraf Al Quran sebagai perlembagaan.

Sebenarnya PAS amat terdesak. Husam Musa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Orang Asli mungkin jadi calon di Galas jika ada yang sesuai dan layak. Sebenarnya ini adalah ' cakap jahat ' Husam untuk dapatkan sokongan orang Asli.

Bila sampai masa, PAS tak dapat cari calon Orang Asli. Maknanya kepada PAS

1. Tak ada orang Asli yang layak
2. Tak ada orang Asli yang sesuai.

Kenyataan Husam mengguris hati masyarakat Orang Asli. Orang Asli bangkitkan rasa malu dan kecewa. Untuk tunjukkan mereka pertahankan orang Asli maka usul ini dibawa.

Usul itu sendiri sebenarnya satu penghinaan sebab orang Asli adalah Bumiputera. Tiada pertikaian terhadap hak mereka. Tak perlu ubah apa apa kerana inilah praktis kerajaan UMNO/ BN sejak dahulu lagi.

Husam dah gabra. Menutup penipuan dengan penipuan yang baru. Semasa aku pergi ke Galas baru baru ini dan bertemu masyarakat Orang Asli, aku diberitahu sebenarnya pemimpin PAS tak pernah datang pun.

Maknanya wayanglah. Atau Husam nak tunjuk dia ada kuasa buat keputusan. Sebenarnya tak. Yang ada kuasa dalam PAS, Nik Aziz seorang je. Yang lain tu kira ' pak pacaklah '.

Tuesday, October 19, 2010

TERIMALAH HAKIKAT


PERPECAHAN PKR, BERANTAKAN PAS DAN DAP TIDAK MENGHALANG UMNO DARIPADA BERKUBUR

UMNO sekadar berpeluk tubuh meraikan perpecahan pembangkang

Ini pandangan aku. Mintak maaflah. Bila timbul masalah dalam parti pembangkang UMNO punyalah seronok. PKR sejak awal cempera. PAS juga tidak aman dah bertahun tahun. Krisis Presiden dan Mursyidul Amnya diketahui umum.

Ramai Ahli Parlimen pembangkang keluar parti. Tapi apa faedahnya kepada UMNO ? Tak ada.

Aku baca wawancara Mingguan Malaysia dengan Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda. Korang tengok 3 teras utama Pemuda

1. Menambat hati pengundi muda
2. Menambat hati pengundi bukan Melayu
3. Mempertahankan pengundi sedia ada

Apa rumusan yang boleh dibuat daripada wawancara ini ?
Tidak ada apa yang dibuat oleh Pemuda Umno. Kalau adapun tak dapat dibuktikan. Sedangkan hakikatnya menang kalah pilihanraya berdasarkan angka.

Cakap secara umum tidak akan membantu apa apa. Kalau kita tanya Khairy berapa orang pengundi muda atau pengundi bukan Melayu yang telah dipikat, dah tentu kita tak dapat jawapannya.
Tiada angkanya. Sebab angka hadir hasil usaha. Apa usaha Pemuda ? TIADA.

Jadi tak usahlah harap kita akan menang.Runtuhpun PKR, PAS atau DAP mereka tetap dapat undi kerana mereka bekerja ke arah itu. Mereka FOKUS. Inilah yang UMNO tak ada. FOKUS.

Kita harap, persidangan kali ini akan lebih fokus. UNDI. Tiada benda lain yang akan menangkan kita selain UNDI. Percayalah

Monday, October 18, 2010

API KOMUNISME SEDANG MEMBAKAR DI PULAU PINANG


TIDAK BENAR SEMUA KERAJAAN ADALAH SAMA

Sewaktu kempen pilihanraya Umum ke 12, salah satu modal yang digunakan oleh pembangkang ialah " SEMUA KERAJAAN ADALAH SAMA. YANG BERBEZA MENURUT PAKATAN PEMBANGKANG IALAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGUTAMAKAN KAUM KELUARGA DAN RAKAN TAULAN SEDANGKAN RAKYAT TERBIAR MENDERITA.

Rakyat percaya. Segala janji ditabur sehingga rakyat terpesona. Orang Melayu Islam terutamanya amat teruja dengan janji DAP. Hilang jasa kerajaan BN yang dilakukan selama puluhan tahun.

Keputusan sebenarnya di tangan rakyat yang mengundi. Demikianlah tumbangnya BN di Pulau Pinang. Rakyat terutamanya orang Melayu Islam berpesta, bangga melihat BN tumbang tak bernisan.

Mereka bersyukur kerana dipimpin oleh seorang tokoh yang menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan. Beberapa bulan pertama rakyat benar benar bahagia. Hanya beberapa bulan.

Kemudian korang baca catatan di bawah ,

" Penduduk Kpg Genting berdemonstrasi kecam Guan Eng "

" Samseng ancam nelayan, roboh bangsal dan jeti "

Penduduk Kpg Genting dihalau dari kampung halaman supaya tanah mereka dapat digunakan untuk pembangunan. Begitu juga dengan nelayan yang jeti mereka diruntuhkan.

Apa yang tersirat daripada peristiwa ini dan banyak lagi yang sengaja aku tak tulis ?

1. Melayu dah jadi bangsat kerana percaya kepada kafir laknatullah.
Melayu terperangkap dengan janji pembangkang untuk memberikan
mereka syurga.

2. Lim Guan Eng berjaya laksanakan 'pendekatan komunis'. Wujudkan
krisis, masalah dan kesukaran kemudian dia akan tawarkan penyelesaian.
Dia akan mengatakan, ' Jangan takut, nanti saya tolong ".

Inilah pengajarannya. Apabila kita berjuang untuk kuasa, kita sebenarnya memahami umat Melayu hanya dapat dibantu dengan kuasa yang kita ada.
Tanpa kuasa kita hanya dapat menonton saudara kita melarat dalam derita.

Saturday, October 16, 2010

GALAS BELUM GHAIRAH

PAS JANGKA AKAN KECUNDANG

Aku sampai di Galas sekitar tiga petang. Memang penamaan calon belum berlaku tetapi budaya politik PAS selama ini ialah bila ada kekosongan mana mana kerusi samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, mereka akan melakukan kempen secara intensif. Apa lagi Galas adalah kerusi yang mereka pertahankan.

Aku nampak ada bendera berkibaran. UMNO/ BN nampaknya memenangi perang bendera peringkat awal ini. Hanya ada sedikit bendera PAS. Tiada banner yang merangsang pengundi selain satu banner iklan Ceramah Perdana Tok Guru Nik Aziz.

Aku dan kawan kawan pusing sekitar Galas. Singgah di kedai kedai makan. Kebanyakan peniaga mengatakan UMNO akan menang kerana ADUN yang lalu tidak sempat menabur bakti dan hampir tidak berkhidmat kerana masalah kesihatan.

Aku jangka PAS Kelantan dalam masalah. Aku lalu di beberapa bilik gerakan PAS yang semuanya kosong. Ini berbeza dengan ' budaya politik PAS' yang selama ini sentiasa ghairah dan bersemangat.

Tapi yang paling aku terkejut ialah apabila aku dan kawan kawan berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid Tengku Muhd Faiz Petra. Masjidnya indah, luas dan memang layak jadi masjid daerah.

Tapi jemaah yang hadir malam ini tak sampai pun satu saf. Itu pun bercampur dengan musafir macam aku. Selalunya aku dengar sejak PAS memerintah Kelantan, masjid dan surau selalunya penuh, makmur.

Aku rasa masjid kat kampung aku lagi meriahlah. Tak tahulah apa yang berlaku. Agaknya rakyat Kelantan dan termakan dakwah Lim Kit Siang kot.

Friday, October 15, 2010

IKUT CARA NAJIB



ZAMAN BERUBAH, KEADAAN BERUBAH, KITA JUGA WAJIB BERUBAH.

Hakikat bahawa UMNO ditolak kerana tidak dapat merasai denyut nadi rakyat acapkali disuarakan oleh Presiden Parti, DS Najib Tun Razak. Maka kita dapat melihat pendekatan Najib yang amat mesra rakyat dan sangat ' ke bawah ' sifatnya.

Salah satu ciri ' ke bawah ' yang saya maksudkan ialah mendengar suara hati rakyat. Inilah kelebihan Najib. Bersedia mendengar walaupun barangkali agak pahit.

Aku yakin sangat kalau semua pemimpin kita sanggup jadi pendengar, pasti sebahagian masalah akan selesai. Mana kita ada pilihan sebab kita berada dalam gelanggang demokrasi.

Demokrasi bermaksud pilihanraya dan undi. Kalau ramai orang undi kita kita akan menang, begitulah sebaliknya. Kejayaan kita mendengar aku yakin sedikit sebanyak akan membantu kita mendapatkan undi.

Eh..apa pasal benda ini aku timbulkan ? Aku merujuk kepada laporan polis Rocky's Bru oleh Datuk Rais Yatim. Barangkali Rais Yatim ada asas untuk tidak berpuas hati dengan artikel Rocky's. Bagaimanapun aku jelas artikel itu bukan TUDUHAN TETAPI PERTANYAAN.

Keyakinan aku yang kedua ialah kedua dua tokoh ini adalah dalam gelanggang yang sama . PEJUANG MELAYU. Sementelahan saling pula mengenal. Tentunya Rais Yatim pada bila bila masa boleh BERTANYA perkara ini.

Kemudian Rais baru sahaja mengaku KEKURANGAN PAKAR MENYEBABKAN BANYAK BLOG YANG DILIHAT ANTI KERAJAAN, MENGHASUT TERLEPAS BEGITU SAJA.

Ini adalah pengalaman pertama blogger kita, rasanya. Duduklah berbincang. KITA TAK BOLEH KEHILANGAN SESIAPA KERANA HAKIKATNYA KITA SEMAKIN KURANG PEJUANG.

Thursday, October 14, 2010

LAPORAN POLIS KERANA CEMBURU ?


RAHIMI DAN RASHID RASA TIDAK DIHARGAI ?

Aku bukan jenis orang yang suka menuduh atau membina andaian. Aku tak suka pening memikir sesuatu yang tak pasti. Tapi bila kawan aku menelefon dari Kota Bahru petang tadi aku jadi goyang juga.

Aku rasa macam ada juga munasabahnya.

" Mengapa tandatangan pada Jun 2008, baru sekarang report ?"

" Kalau pada tahun 2008 takut, mengapa sekarang tak takut?"

Ini dua soalan aku tak mampu jawab. Kawan aku kata asalnya Rahimi dan Rashid adalah sebahagian daripada ' tenaga kerja' Nuar Brahim. Mereka memang buat akuan bersumpah itu dengan rela sebab nak selamatkan Nuar Brahim.

Mereka sendiri ' ada hubungan intim ' dengan Nuar ni. Masing masing saling mengetahui dan tidak ada masalah ' bermadu '.
( Ini kawan aku yang kata ..)

Mereka buat keputusan belot apabila Nuar Brahim ada kekasih baru. Nuar Brahim beralih angin. Nuar Brahim memilih graduan luar negara yang memang banyak ' pengalaman'.
Kawan aku kata yang baru ni memang macho. Ahli sukan, berpendidikan dan up to date.

Bila mula hubungan dengan mamat baru ni Nuar Brahim macam lupa diri. Konon kata kawan aku, lawatan mengejut ke luar negara yang Nuar Brahim pergi jarang mamat ni tinggal.

Nuar Brahim bagi alasan kemahiran komunikasi mamat ni hebat.
Itu yang terpaksa mengikut tu.

Rashid dan Rahimi tak boleh terima kenyataan. Mereka dah korban banyak. Tiba tiba dikatakan tidak layak. Itu yang mendorong mereka membuat laporan polis. BALAS DENDAM.

Ini kawan aku katalah. Buat masa ni aku tak komen. Korang fikirlah..

WAN ZIZAH..BANGUNLAH SEMBAHYANG MALAM


SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN DAN PETUNJUK

Ada ketikanya, ada keadaannya kita sebagai hamba ALLAH benar benar tidak berdaya. Kita tak mampu, kita tak larat. Masa inilah kita akan dihamparkan dua jalan.

1. Jalan ALLAH di mana kita bertindak dengan meletakkan ALLAH di hadapan kita

2. Jalan IBLIS di mana kita bertindak atas kepentingan diri atau kepentingan dunia.

Inilah keadilan ALLAH TA'ALA. DIA tahu kita makhluknya yang lemah. DIA tak bagi kita bayak pilihan. DIA tahu kita akan pening dan keliru.

DIA bagi kita dua pilihan je. Semua manusia sama selain Rasullullah saw. Nik Aziz, Nuar Brahim hatta Kit Siang dan Karpal Singh.

Sama juga dengan madu Azmin Ali , Wan Zizah. Sama. Dulu ALLAH bagi dia pilih. Nak kahwin dengan pilihan keluarga atau kawin dengan Brahim. Wan Zizah pilih kawin lari dengan Nuar Brahim dan tinggalkan keluarga yang derita.

Wan Zizah orang kuat. Dia tabah. Aku rasa sekali ini Wan Zizah kena buat pilihan sekali lagi. Tapi ini bukan lagi soal kawin lari. Kawin lari perkara kecil.

Ini soal sebuah negara. Ini isu sebuah tamadun yang sedang terganggu ' pembangunannya'. Di tangan Wan Zizah ada PERTANGGUNGJAWABAN yang amat besar.

Wan Zizah ada kuncinya. Wan Zizah adalah penyelesaiannya. Sebab itu aku menyeru Wan Zizah ' tolonglah, bangunlah malam, sujudlah kepada TUHAN RABBULJALIL , mohonlah pertolongan kerana ALLAH adalah satu satunya Penolong.

Tampillah dengan berani, Wan Zizah dah menempuh macam macam. Satu kenyataan akan merungkai segala persoalan. Jika kasihkan Nuar Brahim jangan benarkan dia sesat terus.
Cukuplah kerosakan yang telah dilakukannya. Berilah Nuar Brahim ruang untuk bertaubat dan perbaiki diri.

Sujudlah Wan Zizah. Mohonlah kepada ALLAH. Mudah mudahan ALLAH berikan petunjuk atau pilihlah kehancuran yang dicipta oleh tangan Wan Zizah sendiri. Na'uzubillah.

Wednesday, October 13, 2010

NUAR BRAHIM LARI KE JAKARTA



SELEPAS TERSUNGKUR DI PARLIMEN

Nuar Brahim hanya sempat sepagi di Parlimen. Niat asalnya untuk membuktikan kewibawaan dan kehebatan tidak kesampaian apabila Datuk Mustapha Mohamad menumbangkan Nuar Brahim seawal pusingan pertama.

Kalau di kampung ternganga orang kampung dengar penjelasan Nuar Brahim berkaitan ekonomi. Digunanya istilah yang bombastik, hebat supaya orang kampung tak faham.

Semakin orang tak faham semakin mudahlah Nuar Brahim menipu. Kemudian Nuar Brahim bagilah cadangan penyelesaian. Orang kampungpun percaya ekonomi tentu pulih jika Nuar Brahim jadi Perdana Menteri.

Tapi di Parlimen Nuar Brahim tumbang. Tok Pa terus kata Nuar Brahim tak jujur. Bagi data salah. Bila data salah, maka salahlah analisisnya. Ekonomi naik dikatakan turun.

Tok Pa pulak bagi nasihat kat Nuar Brahim, lain kali semak betul betul baru bercakap. Fulamak..tersandar Nuar Brahim. Lari tak cukup tanah. Tipu pulak Indon di Indonesia. Esok aku cerita ini pulak.

Tuesday, October 12, 2010

KING LIM KIT SIANG NAIK PANGKAT



KINI KING KIT SIANG ADALAH SALAH SEORANG MURSYIDUL AM PAS

Kini PAS telah memperluaskan perdagangan agama Islam dengan melantik Penasihat DAP King Lim Kit Siang sebagai salah seorang mursyidul amnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mengumumkan bahawa PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat akan bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh ' mengumumkan calon bagi pilihanraya DUN Galas '.

Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman juga menegaskan bahawa pada masa pengumuman itu dibuat akan dipastikan kehadiran Nik Aziz, Hj Hadi dan Kit Siang bersama sama.

Kantoi Nuar Brahim. Langsung tak ada dalam ingatan PAS. Atau saja Ustaz Halim nak perlekeh Nik Aziz. Idola Nik Aziz ditiadakan.

Catatan : Tahniah kepada King Lim Kit Siang. Nampaknya berkesan dakwah apek ni kepada PAS.

USAH NILAI SEKERAT SEKERAT, NILAI SELURUHNYA


SAYAP DAH PATAH, USAH BERKOKOK LEBIH KAMPUNG TERGADAI

Aku dapat merasakan luka hati kawan kawan apabila membaca kenyataan DS Najib , Perdana Menteri kita bahawa Cina bukan pendatang. Aku bagaimanapun ingin mengingatkan kawan kawan supaya baca peghabih ucapan Najib.
Dia kata bukan pendatang 'KECUALI BEBERAPA GENERASI DAHULU '
Apa maknanya ? Maknanya Najib kata Cina Malaysia hari ini adalah anak cucu cicit pendatang. Betullah , nak apa lagi ?

Kedua , korang kena tengok pulak macamana Najib balun Cina ni berdepan depan. Ini patut kerja Khairy tapi Khairy beri tumpuan balun Melayu dalam Perkasa. Maaf cakaplah..dalam konteks ni Khairy lebih gagal daripada gagal. Sekupang tak guna mamat ni.

Najib warning Cina jangan tipu. Mintak macam macam tapi tak nak sokong BN. Peruntukan terima melambak tapi undi kosong. Korang ingat orang sebarangan boleh cakap macam ini ke?

Tersandar Cina korang tau tak. Cakap Najib cakap amaran tau. Jangan main main sama saya. Saya tau lu orang punya tipu daya.

Kawan kawan jangan asyik layan luka hati, sayu hati je. Aku nak tanya, berapa banyak pengundi baru Melayu yang korang dah daftar ? Koranmg taulah kan..kita tak akan menang pilihanraya dengan semangat. Kita akan menang dengan undi.
Bila menang baru boleh cakap banyak sebab dah ada kuasa.

Mari sama sama kita terima kenyataan. Sayap UMNO dan patah sekarang. UMNO sedang bertongkat paruh. Mari kita bagi sokongan. Jangan hanya bagi tekanan. Bila kita dah kuat, barulah kita boleh dan layak bercakap banyak.

Datuk Najib sangat lama dalam UMNO. Sangat lama dalam Pemuda UMNO. Aku boleh nampak api dalam jiwanya. Tapi korang jangan lupa. Sekarang DS Najib juga adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA. TOLONGLAH MEMAHAMI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...