Wednesday, October 20, 2010

MEMANG SAYAP KITA DAH PATAH


SETAKAT INI TIADA APA YANG BOLEH DIHARAPKAN DARIPADA PERSIDANGAN SAYAP

Katakan bahawa aku adalah seorang yang pesimis. Katakan dan aku terima. Memang aku tidak berasa bahawa perhimpunan sayap yang berlangsung hari ini menjanjikan sebarang sinar.

Barangkali ada perwakilan yang jelas dengan keperluan sebenar tetapi kebayakannya bombastik, hampir sama dengan Muktamar PAS.

Kalau aku bertanya kepada perwakilan, apa nak buat bila balik aku yakin tak ramai orang tahu apa nak buat. 4 juta pengundi belum daftar, dua juta lebih Melayu. Ratusan ribu ahli UMNO juga belum berdaftar .

Ini tugasan sebenar orang politik. Mendapatkan undi untuk menang pilihanraya. Tapi semua itu boleh dimaafkan. Cuma perwakilan Pemuda daripada Kedah, Basorri Hassan pada aku paling komanlah.

Dia pertikai kuasa Presiden. Melantik Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah dengan alasan jadi alat PAS untuk kalahkan UMNO. Aku nak tanya Mamat ni, semasa PAS rampas Kedah dalam keadaan ' UMNO terhina ' siapakah Pengerusi Perhubungan ? Shafie Afdal, Bukan.

Adakah Mamat ini atau orang lain akan berpuas hati jika Mahadir Khalid jadi Pengerusi, atau Mukhriz ? Atau Ahmad Bashah ? Aku tak fikir begitu. Dulu zaman Sanusi Junid, pemikir hebat tak juga solid sokongan korang.

Yang sebenarnya korang di Kedah yang perlu berubah. Jangan fikir akulah yang terbaik dan paling layak. Usah asyik tidak bersetuju. Jangan tipu diri. Korang mana ada kasih parti, korang hanya fikir periuk nasi. Sebab itu sampai bila pun UMNO akan jadi pembangkang, melainkan orang macam Basorri digugurkan daripada jawatan.

Maaflah, mari kita doa agar orang orang tua yang bersidang esok akan bersidang dengan sepenuh jiwa raga dan balik dengan perancangan strategik. Nampaknya benarlah kata orang, sayap kita memang dah patah.

1 comment:

udanggalah said...

Aku pun menunggu sesuatu yang agak luarbiasa..tapi tak ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...