Sunday, October 3, 2010

HADI MEMANG SELAYAKNYA MENJADI PRESIDEN.

SEBENARNYA SIAPAPUN LAYAK JADI PRESIDEN PAS.

Bila aku menulis tentang Haji Hadi, udang galah bertanya aku " kalau begitulah Hadi masih layakkah menjadi Presiden ?". Aku nak jawab cara mudah. Sebenarnya sesiapapun layak jadi Presiden PAS asalkan dia memenuhi beberapa syarat.

1. Dia boleh mengaji sikit sebanyak. Sebaiknya boleh Bahasa Arab asas je dah cukup.

2. Dia boleh hafal ayat ayat terpilih. Ini yang dikatakan mengambil sebahagian daripada Al Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain.

3. Dia jenis yang tidak takut. Makna kata kalau perlu pusing ayat Quran dia pusing. Kalau patut pusing hadis dia pusing. Kalau macam kita yang takut nak main ayat ni memang tak layak.

4. Dia mesti ada 'hati kering'. Kalau korang baca fatwa Hadi korang boleh nampak keringnya hati dia.Kalau kita, kita bimbang orang berbunuh sesama Islam. Kita risau suami isteri bercerai berai. Dia tak. Dia selesa je bila Ibrahim Libya dan pengikutnya terkorban dalam usaha polis mempertahankan diri.

5. Dia mestilah seorang yang ' tergamak ' dan kurang malu. Kalau kita, rasa malu bila sebelah petang di hadapan orang Islam cakap tentang memperjuangkan hudud, belah malam depan Cina kata hudud tak pernah ada dalam perancangan. Presiden PAS tak boleh ada malu tu.

6. Dia juga mestilah jenis orang yang boleh mencipta fitnah dan penipuan, kemudian dia sendiri percaya bahawa fitnah dan penipuan ini benar.

Ada banyak lagi. Nanti aku sambung. Jadi sesiapapun yang ada ciri di atas layak jadi Presiden PAS. Setakat ni aku nampak ramai yang layak. Mahfuz, Salehuddin dan ramai lagi. Cuma aku dengar cerita Mahfuz ada masalah sikit. Masalah sebutan. Dia sekarang ni tengah cuba perbaiki bacaan fatihah dia. Kita tunggulah, mungkin setahun dua lagi layaklah dia tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...