Friday, October 22, 2010

PEMBAHAS KURANG BERKUALITI ?


DALAM GEGAK GEMPITA KITA HILANG LIMA NEGERI

Dah berpuluh kali aku mengikuti Persidangan UMNO. Memang aku akui kali ini pembahas yang membahaskan usul agak kurang menyengat berbanding tahun tahun yang lalu.

Tetapi aku tetap dapat melihat kesungguhan pembahas mengupas makna , mentafsir kata YAB Presiden. Pembahas bercakap soal survival bangsa. Pembahas menegur kepimpinan. Pembahas mengajak kita bermuhasabah.

Yang kurang ialah gaya. Yang mungkin tiada ialah cara. Terimalah kenyataan ini. Namun begitu, aku suka mengingatkan bahawa selama ini dalam keghairahan, dalam keasyikan menikmati pidato yang hebat, kita menjadi alpa.

UMNO terdorong berasa hebat kerana hebatnya persidangan. Bahkan kadangkala UMNO tenggelam dalam lawak jenaka. Akhirnya kita tergadai 5 negeri.

Usah kita ghairah bersidang, balik dalam ' roh yang kosong '. Biar dalam keadaan agak lesu tapi balik dengan jiwa yang sarat dengan keinginan untuk menebus maruah.

Pembahas usah rasa tertekan. Berbahaslah dengan cara sendiri. Berbahaslah kerana Allah demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...