Friday, October 8, 2010

MINTAK MAAFLAH, AKU NAK TERGELAK..

HARAKAHDAILY BUKA RUANG KEPADA BUDAK TADIKA

Mintak maaflah ye. Kalau pun nak menolong Kerajaan Selangor yang dah nak runtuh, kalaupun nak tunjuk kerajaan Pakatan PKR / DAP ni baik sangat, ( maaf PAS tak termasuk dalam kerajaan Selangor, PAS ni untuk tujuan buat riuh rendah je ) tak perlulah sampai siarkan surat daripada pembaca yang gila.

Walaupun Harakahdaily selamanya tak pernah betul janganlah sampai merendahkan martabat ' Melayu Islam ' dengan bahan budak tadika. Harakahdaily ni sepatutnya mengekalkan status sebagai bahan bacaan orang dewasa.

Aku fahamlah Harakahdaily macam juga parti PAS sendiri mana pernah hormat orang. Tapi menyiarkan surat budak tadika untuk siaran Harakahdaily aku rasa tak patut sangat. Budak budak , biarlah diaorang bermain, berseronok macam budak budak lain.

Abdul Aziz bin Abdul Ghani ni budak sangat lagi. Kesian dia. Korang bayangkan dia boleh ucap tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana bagi buku teks ( agama ) percuma kepada pelajar di Selangor. Ucap tahniah pulak sampai 3 kali.

Korang mesti macam aku kan . Nak tergelak. Kerajaan UMNO/BN dah bagi buku teks percuma semua subjek sejak 1974. Selangor baru bagi. Itu pun riuh rendah.

Lepas tu budak tadika ni cadangkan supaya Kerajaan Selangor tolong bayarkan yuran bulanan 10/20 ringgit untuk kelas agama rakyat. Ini pun lawak juga. Sebab negeri lain mana ada kenakan yuran. Selangor je
yang kenakan yuran. Oh..Hassan Ali Exco dia. Patutlah.

Ada satu lawak lagi, di hujung surat dia , Abdul Aziz kata " biarlah UMNO terjun dengan labu labunya ", pulakdah..

Tapi walaupun harakahdaily siarkan surat budak tadika , dia cover juga dengan mengatakan bahawa semua surat adalah tanggungjawab penulis sendiri bukan Harakahdaily.

Oh ye..aku nak tumpang tanya, editor Harakahdaily darjah berapa sekarang ?






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...