Friday, October 1, 2010

BERFIKIR SECARA FAKIR


MALANGNYA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA(PKPIM )

Aku malu bercampur sedih membaca kenyataan Muhd Faizal Abdul Aziz, Presiden PKPIM . Aku rasa kalau para mahasiswa dengar kenyataan dia ni diaorang pun malu. PAS tentu seronok sebab samaje standard pemikirannya. DAP akan rasa lega sebab inilah tahap pemimpin pelapis Melayu Islam.

1. Kerajaan diminta memperhalusi dan mengambilkira kebajikan
peminjam sebelum kaedah potongan gaji dibuat.

Pertanyaan aku : Selama ini adakah kerajaan abaikan kebajikan rakyat. Kalau kerajaan abaikan apasal pulak dia adakan Tabung PTPTN ?

2. Kerajaan perlu mengenakan potongan minimum bagi mengelakkan
beban kepada pembayar.

Pertanyaan aku : Berapa potongan minimum yang dimaksudkan. Berapakah pendapatan yang diperlukan bagi mengelakkan beban peminjam ?

3. Bukan semua peminjam mampu menghadapi potongan gaji kerana
ada yang terpaksa memperuntukkan separuh daripada gaji untuk
membantu keluarga.

Pertanyaan aku : Kalau peminjam tu sampai ke sudah kata tak mam-
pu bayar, macamana ? Apa pulak nasib pelajar baru yang juga datang daripada keluarga susah ?

Kepada Tuan Presiden, usah pandang rendah kepada peminjam. Mereka tahu meletakkan keutamaan. Membayar hutang hukumnya wajib. Aku yakin mereka akan merancang kehidupan mereka. Mereka akan berjimat dan berhemah. Mereka orang yang belajar tinggi, insyaallah mereka akan bayar demi adik adik mereka pula.

Atau PKPIM boleh buat kursus mengendali kewangan bagi ahli ahli yang baru bekerja. Tuan Presiden kena berfikir apa yang kita boleh buat bukan apa pihak lain boleh buat untuk kita. Usah jatuhkan imej Islam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...