Monday, October 25, 2010

RUPANYA RAKYAT KITA HIDUP SENANG

HARGA GETAH BEKU MENCAPAI 6 RINGGIT 1 KG

Semalam aku pegi makan kundas dan minum teh tarik di sebuah pekan kecil berhampiran Kuala Kangsar. Karai nama pekan ini.
Macam macam perkara aku dengar dibincangkan oleh pak cik pak cik yang sebahagiannya aku kenal.

Belum habis aku minum dah ada orang bayarkan minuman aku. Ada yang bagitau aku sekarang ni duduk je minum adalah orang yang akan bayarkan.

" Getah dah 6 ringgit sekilo ". Kata mereka. Kalau dulu anak anak yang makan gaji hantar duit seratus sebulan ke kampung, sekarang anak anak yang balik kampung, mak bapak tolong bagi duit minyak.

Kenapa aku cerita perkara ini ? Aku nak kaitkan harapan DS Najib semasa menggulung persidangan UMNO dua hari lepas. Dia harap pemimpin UMNO bercakap kepada rakyat. Banyak benda yang dibuat tapi tak disebut.

Minyak naik 10 sen pembangkang masuk kampung salahkan kerajaan, tapi harga getah naik 2 ringgit , senyap sunyi. Padahal ini semua adalah usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Memang dah sampai masanya aku rasa untuk pemimpin UMNO bercakap apa yang telah dilakukan. Insyaalllah rakyat akan menghargai kerja baik kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...