Friday, October 8, 2010

PAS MUNGKIN TAK BERTANDING PRK GALAS

EKORAN MASALAH DALAMAN PARTI

Ini berita yang baru tersebar secara meluas khasnya di Kelantan. Pucuk pimpinan tertinggi PAS akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi perkara ini.

Menurut sumber yang amat rapat dengan Pejabat Menteri Besar Kelantan ada beberapa faktor yang mendorong perkara ini :-

1. PAS menjangkakan calon UMNO akan menang mudah kerusi Galas. Faktor Ku Li tidak dapat ditolak sama sekali.

2. PAS tidak akan kerugian apa apa jika tidak bertanding kerana perubahan kerusi tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri.

3. Sekiranya bertanding dan gagal mempertahankan kerusi, ini akan beri kesan besar terhadap imej PAS dalam Pakatan Pembangkang dan ia mungkin menjejaskan peluang dalam PRU 13.

4. Kesilapan Husam Musa dalam memperlekeh masyarakat Orang Asli juga telah menyebabkan jentera PAS bukan sahaja tidak dapat berkempen bahkan tidak dibenarkan masuk ke kawasan Orang Asli.

5. Faktor paling penting ialah PAS akan memberi tumpuan kepada satu kerusi parlimen yang akan dikosongkan tidak lama lagi. Sumber memaklumkan bahawa kerusi Parlimen di Kelantan ini akan dikosongkan oleh penyandangnya berikutan salahlaku yang tidak dapat disembunyikan. Sumber ini juga memaklumkan bahawa individu berkenaan telah diminta supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Sekiranya benar apa yang disebarkan , ini bermakna calon yang akan diletakkan bagi menentang calon UMNO ialah dari PKR.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...