Thursday, October 21, 2010

DAP SANGGUP BAYAR

ASALKAN PAS SANGGUP JADI PETUALANG

Sewaktu aku ke Gua Musang beberapa hari yang lalu , aku berhasrat nak menempah bilik untuk bersama sama memeriahkan PRK Galas. Aku diberitahu semua hotel dan ditempah selama tiga minggu oleh DAP.

Aku tanya petugas di Hotel GM Nanyang," DAP bertandingke pilihanraya ni ?". Bangga je Mamat ni jawab " Tak, dia tolong
kitalah ". Kitalah tu rupanya PAS.

Inilah petanda keracunan minda yang melanda umat Melayu Islam. DAP dikatakan penolong. Sama seperti yang berlaku di Perak selepas kerajaan Pakatan Pembangkang tumbang.

Orang Melayu tukang melalak di jalanan. DAP tolong cempak nasi dan air mineral. Inilah tolong namanya.

Sebab itu bila Ustaz Lim Guan Eng ditekan di Pulau Pinang, Al Fadhil Ustaz Mat Sapu, maaf Mat Sabu Tolong bersihkan nama Ustaz Lim di seluruh negara. Tolong menolong.

Sebenarnya mudah je membeli jiwa orang miskin. Bayar je makan minum. Beri sedikit kemudahan, dia akan jual apa sahaja termasuk agamanya.

Orang PAS ni miskin. Yang kaya pemimpinnya. Tapi pemimpinnya tak tunjuk kaya takut nak kena derma pulak. Korang agak selama ini berapa banyak Hj Hadi derma jihad ? Salehuddin Ayub ? Mahfuz seluar dalam ? Tak de.

Yang ghairah berderma ni orang kampung. Sebab dia orang percaya itu adalah jihad. Tok Guru tak perlu jihad ni sebab keputusan masuk syurga di tangan dia orang.

Balik kepada cerita hotel tadi, aku nak gambarkan betapa pemurahnya DAP. Menyumbang kepada PAS asalkan PAS sanggup bersama mereka menghancurkan Melayu Islam. Manakala PAS pula sentiasa terasa segalanya kerana DAKWAH MEREKA TELAH BERJAYA. Yang hancur..korang fikirkanlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...