Monday, January 18, 2010

Tunggulah, tak lama lagi

Aku tak terkejut baca akhbar semalam . Awang Selamat menulis tentang rancangan Nuar Brahim PKR nak buat road show seluruh negara. Matlamatnya ialah untuk mempastikan keadilan diberikan kepada Nuar. Keadilan tu pulak maknanya ialah gugurkan semua tuduhan liwat oleh Saiful. Diberitakan juga tempat pertama yang diaorang berhimpun adalah 200 datang.

Aku rasa Nuar Brahim ni dah habis ikhtiar. Terowong yang dilalui setakat ini tak menampakkan sebarang cahaya di depannya. Dia dah tak nampak jalan. Usaha akhirnya ialah kumpul orang. Demonstrasi. Dia cuba hasut pemuda pemuda sampai keluar statement Pemuda Geng Kita.

Di sinilah silap Nuar Brahim. Dia ingat pemuda pemuda ni tak menilai, tak berfikir. Pemuda dah nampak sebenarnya Nuar Brahim ni siapa. Pemuda baca surat khabar. Pemuda baca internet dan buat penilaian. Pemuda tidak lagi bertindak atas emosi. Ini aku tabik kat pemuda pemuda ni. Dia orang tahu dulu tahun 98 masa buat demonstari kena tangkap haram Nuar Brahim tak tolong. Kena buang kuliah, kena tangguh exam. Hasilnya yang kaya raya konco-konco Nuar Brahim. Yang kena tangkap hidup melarat.

Aku percaya, korang tengoklah nanti. Lepas ni Nuar Brahim akan kata nyawanya terancam. Dia akan lari kelam kabut ke kedutaan asing minta pertolongan. Atau dia akan cuba lari ke luar negara tak balik balik sampai sudah. Sekarangpun dia dah mula . Caci negara di luar. Perlekeh negara sendiri di Amerika dan di Australia. Lepas ni dia akan kata kerajaan marah dia kerana tindakannya dan merancang untuk membunuhnya.

Korangpun tahu budak dia Raja Petra tu sebenarnya ujian je. Test the water. Selamat ke tidak kalau aku lari. Maknanya Raja Petra sanggup gadai nyawa untuk bukak laluan Nuar Brahim. Sebab itu kerajaan aku cadang jangan kelam kabut cari Raja Petra sebaliknya jaga Nuar Brahim yang tunggu signal nak cabut. Kalau tak percaya korang tunggule.

Thursday, January 14, 2010

40 ribu pelancong India hilang

Tajuk di atas bukan tajuk filem. Bukan juga tajuk Harakah atau Suara Keadilan yang memang selamanya suka menipu dan mensensasikan berita. Ia adalah tajuk berita utama beberapa akhbar arus perdana beberapa hari lepas.

Pada aku tak ada apa yang luar biasanya. Aku tahu tanahair yang tercinta ini adalah tempat tumpuan seluruh dunia. Ini adalah lubuk emas yang memberi ruang kepada sesiapa yang rajin. Tanpa batas. Sebab itu kalau kita berjalan di bandar bandar besar kita boleh melihat macam macam jenis manusia. Macam macam warna kulit. Salah satu ciri negara yang baik ialah apabila orang suka datang.

Berita yang tersiar, sebenarnya tersiar selepas pelbagai usaha pihak pembangkang nak gambarkan teruknya Malaysia. Nuar Brahim merata bercakap Malaysia ni macam neraka. Diskriminasi kaum minoriti konon. Nafikan hak bangsa lain, sumbat kat orang Melayu.

Kalau benar Malaysia ni teruk apa pasal India ni tak nak balik? Itu belum check Cina, Bangla, Filipina dan lain lain lagi. Aku percaya ramai lagi yang sekarang sedang sembunyi. Takut kena tangkap.

Yang lari dari Malaysiani hanya orang Malaysia yang dah jual maruah bangsanya. Macam pencacai Nuar Brahim, Raja Petra. Tapi logiknya ada. Pada aku Raja Petra ni bukan orang . Dia tak layak dipanggil ' orang '. Dia ni jenis haiwan yang dikategorikan sebagai najis mugallazah tu.

Jadi korang boleh bayangkan, kalau Raja Petra ' mughallazah' Nuar Brahim tentulah penternaknya.

Begitu juga Pengerusi Hindraf. Mengata Malaysia teruk tapi kaum kerabat dia datang tak nak balik balik. Aku tahu tambi ni pun kalau boleh nak balik tapi apa nak buat dah telajak ludah. Nak jilat dah malu. Kepada puak puak pembangkang di Malaysia ni, kamu cakap lah apapun yang kamu suka hakikatnya kita tetap juga aman damai . Bukan saja rakyat bebas bina kehidupan tapi orang luar yang datang pun jatuh hati dengan suasana yang kita ada. Sudahlah. Berhentilah menyalak bukit, buat sakit tekak je. Biarlah Nuar Brahim sorang. Dia mana ada pilihan. Dah tersilap lorong. Orang semua lorong depan. dia...? ALLAH Maha Besar

Tuesday, January 12, 2010

Bertaubatlah sementara ada masa.

Semalam aku terjumpa senaskah akhbar Harakah dalam bas. Aku jangka ianya memang ditinggalkan di situ sebab orang yang membelinya rasa menyesal. Memanglah baca Harakah ni macam baca cerita dongeng. Makin dibaca makin kita jadi tak percaya. Mula mula rasa seronok, lama lama rasa macam kena perbodoh. Inilah Harakah.

Aku pula sejak kecil lagi diasuh oleh mak bapak aku supaya minat membaca. Sejak itu aku jadi pembaca yang rajin. Alhamdulillah, rupa rupanya bila kita banyak membaca susah orang nak tipu kita. Patutlah pimpinan PAS larang ahlinya baca bahan lain selain Harakah. Dia takut penyokongnya jadi cerdik dan berfikir. Natijahnya, mereka jadi penyokong buta tuli.

Aku ambil kesempatan membaca Harakah tu. Ya ALLAH punyalah retorik. Nampak sangat nakkan undi. Semua kenyataan macam nak jaga sangat hati orang Kristian. Kenyataan yang agak kontra seperti yang dikeluarkan oleh Dr Harun Din dan Hj Harun Taib haram tak tersiar.

Dan lebih malang , ada kenyataan yang pada aku paling bacul dan jahat. Kenyataan Mahfuz Omar. Tajuk besarnya lebih kurang kata ada tangan ghaib dalam peristiwa sabotaj gereja. Sesiapapun yang baca akan memikirkan bahawa tangan ghaib tu adalah UMNO. Takkan DAP pulak sebab yang buat kenyataan , Mahfuz. Tetapi dalam berita selanjutnya Mahfuz kata dia tak tuduh sesiapa. Lawak bodo jenis apa ni ? Inilah kerja mereka ni. Cetus persepsi kemudian elakkan diri. Biarkan persepsi itu menyubur. Untunglah mereka.

Kesimpulan aku, PAS langsung tak ada pendirian dalam isu penggunaan kalimah ALLAH ni. Mereka tak peduli maruah Islam tercabar. Yang penting pada mereka undi. Ya ALLAH, ampuni mereka. Berilah mereka hidayah.

Aku pulak tetap teguh dengan pendirian bahawa cabaran dan penghinaan ini hanya bermula apabila PAS membuka ruang untuk mereka berbuat demikian. Bayangkan , di hadapan pimpinan tertinggi PAS Nga Kor Meng pernah menyatakan, " Saya adalah penganut Kristian yang setia tetapi saya juga membaca dan mengkaji Al Quran ". Apa maknanya ungkapan ini. Maknanya walaupun dia dah kaji Al Quran, Kristian juga yang benar. Masa tu Haji Hadi ada, Mahfuz pun ada, Nizar pun ada. Apa yang mereka lakukan? Senyap, pana. Depan mata, depan penyokong mereka , Islam diperlekeh, sampai sekarang tak berani nak pertahan. Bertaubatlah. Hidupni sekejap je. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal abadi. Masa masih ada. Aku doakan ALLAH buka pintu hati kau orang

Sunday, January 10, 2010

Aku dah jangka dah..

Sehingga artikel aku tulis berita melaporkan sudah 7 gereja cuba dirosakkan. 1 masjid dan 1 surau disabotaj. Semua ini berpunca daripada keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH terhadap majalah Herald. Cepat cepat ada pihak menunding jari kepada UMNO.
Sorrylah, aku dah bertahun bergelumang dengan UMNO ni. Jatuh bangun, susah senang. Masa aman, masa krisis. Sejak dulu lagi aku tak pernah dididik untuk menggunakan kaedah keras ni.
Kaedah kurang ajar ni bukan budaya UMNO. Bukan tak ada orang UMNO yang hebat. Sanggup mati kerana perjuangan . Aku juga sanggup. Tapi salah satu budaya UMNO yang sampai sekarang terpahat kuat dalam jiwa aku ialah mematuhi pemimpin.
Pemimpin kata jangan berkeras, hormati mahkamah maka kita ikut arahan. Lagipun sebagai orang yang ada kuasa buat apa susah payah nak buat onar.
Kau orang kaji tengok di Malaysia ni siapa yang berjiwa ganas. Siapa yang suburkan jiwa benci? Siapa yang baring depan kereta raja? Siapa yang berhimpun di jalanan ganggu orang berniaga?
Siapa yang selalu paksa anak muda bangkit buat penentangan?

Siapa pula yang selalu ke luar negara menabur racun memburukkan negara?Siapa yang bercakap di Australia kata Malaysia menzalimi kaum minoriti ? Aku tak terkejut kalau pihak yang ini upah orang untuk buat kacau. Percayalah ..rakyat terbanyak inginkan suasana damai. Orang UMNO sampai bila bila pun akan guna saluran yang betul sebab kebenaran inilah yang selamanya UMNO perjuangkan. Sebab itu ALLAH UMNO redha sebagai parti tertua berkuasa di dunia. Aku yakin sangat sekuat mana pun usaha pengkhianat ni cuba berbuat onar ia tetap tidak akan meruntuhkan UMNO. Insyaallah

Monday, January 4, 2010

Selamat Berkenalan

Pertamanya aku panjatkan syukur ke hadrat ALLAH kerana limpah izin dan kurniaNya aku dapat juga melibatkan diri dalam bidang yang mulanya aku fikir sia sia.Menulis dalam blog dengan blog sendiri.Ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin negara yang melihat it sebagai penting dan memberi penekanan kepadanya. Walaupun ada orang menggunakan it untuk tujuan yang jahat dan menghancurkan tapi aku akan gunakan ruang ini untuk usaha usaha pembangunan manusia. Sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan dari dahulu sampai sekarang dan aku yakin ia akan terus dilakukan selain kerajaan yang ditunjangi UMNO ini.
Aku memang anak UMNO. Aku lahir dalam keluarga miskin. Kampung aku terletak di pedalaman. Bapak aku kerja kampung dengan pendapatan yang tak menentu. Bila aku mula darjah satu kerajaan mula bagi pinjaman buku teks sampailah aku habis sekolah. Masuk sekolah menengah aku dapat biasiswa. Tak ada bising apa pun. Separuh dari kawan kawan aku dapat biasiswa. Sebahagian dari mereka sekarang menjadi profesional dan menyokong pembangkang dan bercakap tentang kesamarataan.
Aku sampai berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku anak fakir. Sama seperti kebanyakan anak Melayu lain yang sekarang ni menyertai pembangkang termasuklah Anwar Ibrahim yang sekarang menjadi juara kesamarataan.
Kalau tidak kerana Melayu Anwar Ibrahim agaknya jadi penjual ubat. Sebab dia memang pandai bercakap. Menipupun dia tak takut. Cakap agama sejak muda tapi menipunya ALLAH je yang tahu.. Bayangkan dulu dulu masa jadi Presiden ABIM dia kata ada orang mati kerana kebuluran di Baling. Jenuh orang cari sampai sekarang tak jumpa.Kemudian masa kena penjara dia kata nak kena racun, kena kena suntik kuman Aids tapi sampai sekarang masih hidup meneruskan penipuan. Bini dia pun tahu dia ni penipu tapi apa nak buat dah jadi laki. Tanyalah Azizah tu. Bahagiake berlakikan Anwar Ibrahim? Dah tentu idak. Tapi apa nak buat , perempuan tak ada kuasa jatuhkan talak. Kalau tidak dah talak tiga dah.
Aku doa dan aku yakin, aku tak akan jadi Melayu yang lupa. Aku tahu asal usul aku. Emak bapak aku bangga aku jadi macam sekarang. Teguh mengenang budi. Dan aku yakin, ramai anak muda sekarang dah mula sedar bahawa menjadi Melayu Islam ini adalah pilihan ALLAH dan wajib di syukuri. Sebahagian dari tanda kesyukuran itu ialah mempertahankan apa yang ada supaya generasi selepas ini dapat merasai nikmatnya. Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...