Tuesday, September 30, 2014

ARTIS LAMPIAS NAFSU DI HOTEL !

Aku petik berita ini dari satu ruangan ' gossip ' tapi penulisnya kata ini benda sahih. Kalau sahih aku cadangkan agar laporan polis dibuat. Tak boleh biar maksiat ini berlarutan. Artis bukan kebal hukum syarak.
Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai ‘makan hati’ dan ‘sakit hati’ kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang maksiat.
Ini bukan khabar angin atau desas-desus lagi, tetapi seorang artis veteran itu ternampak sendiri perlakuan dua artis ini yang tidak teragak-agak dan tanpa segan silu masuk ke bilik. Mustahil artis wanita itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua. 

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.

SS dapat tahu, marah benar artis veteran itu dek perlakuan tidak senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang hormat pada penggiat seni tanah air.

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling. 

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu dia bagaikan kehilangan arah. 

Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan seang–katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak. 

SS semakin tidak faham dengan kebanyakan artis sekarang yang menghalalkan segala cara demi kepuasan sendiri. Malah mereka sangat berbangga bila buat kerja-kerja maksiat. Bukan mereka tak faham hukum, tetapi sengaja buat-buat lupa. 

PEROGOL TIGA SERANGKAI BAKAL HANCUR !!

Laporan Polis telah dibuat. Siasatan sedang berjalan. Aku yakin sangat pihak berkuasa kita tidak akan membiarkan kekejaman dilakukan oleh sesiapapun terhadap sesiapapun. Aku mohon siasatan terperinci dibuat dan rakyat ingin tahu apa kesudahannya...



Monday, September 29, 2014

ABBY ABADI MAIN BELON PULAK DAH !

Hubungan Abby Abadi dan Khairul Azli bukan lagi rahsia apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah memuatnaik gambar kejutan hari jadi Khairul yang dibuat oleh Abby.
"Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah. 
"Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat," katanya menerusi laman Instagramnya.
alt
Abby juga membuat penjelasan mengenai sambutan hari jadi jejaka tersebut yang dilakukan olehnya baru-baru ini. 
"Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.
"Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya.
"Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan," kata Abby lagi.- Sumber


Sunday, September 28, 2014

RAHSIA AWANG HITAM TERBONGKAR !

RAHSIA 'AWANG HITAM' GODA GADIS TEMPATAN GUNA LIDAH

Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit.

Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita.


“Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.


“Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya,” katanya.


Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.


Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.= Pilihan anda

Saturday, September 27, 2014

HARI HARI TERAKHIR PAS BERSAMA PAKATAN.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat) 



Aku kutip benda ni dalam sebuah blog PAS. Panjang tapi aku ambil sedikit untuk menggambarkan betapa PAS sedang berada dalam keadaan letih, panas. Kekalahan di Pengkalan Kubor menambahkan lagi derita PAS. Aku tak mau komen. Cuma aku rasa dah sampai masa untuk PAS kembali bersendirian.

ISTERI TOLONG SUAMI CABUL GADIS, BUAT SEX LUAR TABIE !!










SEREMBAN, 27 Sept - Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 Sept lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.

Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Okt ini.- SUMBER

Friday, September 26, 2014

REMAJA DILIWAT RAKAN !

Ini antara sebab mengapa aku tak setuju perbicaraan Anwar Ibrahim dibuat secara langsung di TV. Kes ini pada aku sangat memalukan. Nak beli surat khabar kena perhatikan betul betul. Kes rogol, liwat ni secara tidak langsung mengajar anak anak kita macam macam perkara yang patutnya mereka ' belum tahu ' lagi..


ALOR SETAR 26 Sept - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.
Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.
Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.
Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan. Sumber


Thursday, September 25, 2014

PASANGAN LEPAS GIAN DALAM KABIN DICEKUP !

DUNGUN– Tindakan sepasang kekasih melepaskan gian dalam kabin yang dijadikan tempat persembunyian mereka daripada pihak berkuasa membawa padah apabila lokasi itu diserbu polis, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail dilakukan selepas maklumat risikan mendapati suspek lelaki, 28, terbabit dengan penyalahgunaan dadah.


Bagaimanapun sebaik pintu kabin dibuka, seorang wanita didapati berada bersamanya dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sekeping wang kertas menyerupai mata wang RM100 dalam poket seluar suspek lelaki.


Siasatan awal, suspek lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu tiada hubungan muhrim dengan wanita terbabit dan mereka dipercayai sering melepaskan gian bersama-sama di dalam kabin berkenaan.


Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah methampethamine.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan dan menurutnya pasangan itu kini sedang disiasat. Sinar


Wednesday, September 24, 2014

ADAKAH INI GERAKAN MENUTUP MULUT TUN M ?


Gambar 1...


Marina Mahathir

Siapalah Syahredzan berbanding Marina ? Syahredzan hanya berbeza seni berfikir manakala Marina telah bertindak menongkah arus.

Adakah ini gerakan mahu menyindir Tun Mahathir yang hingga kini masih menjadi idola rakyat ?

Usah emosi. Objektiflah dalam melakukan sesuatu. Usah hukum bapak kerana ' kesilapan ' anak. Dan percayalah, kita kena gunakan hujah dalam mendepani ' pemikiran berbeza '...


Tuesday, September 23, 2014

DENGARLAH RINTIHAN SI MANJUNG MARI ! KAH ! KAH ! KAH !

Sebijik. Aku tak ubah sikitpun...

Kesian Datin Seri Wan Azizah...

Sepatutnya dalam usia yang diperingkat akhir ni sebagai seorang wanita seperti Dr Wan Azizah yang menjalani hidup penuh dengan cabaran dan ranjau hidup berehat dan bermesra dengan cucu-cucunya. dan bukannya disuruh menjadi seperti puppet menjadi gelak tawa musuh politik bah kan orang biasa pun turut terhibur sama....

Bermula dari Kajangmove, maka hari ini berjayalah sudah Anwar memenuhi hajat orang kesayangannya dengan menjadikan isterinya sebagai watak utama untuk menutup adegan yang yang sebenar..
Anwar sanggup melakukan apa sahaja rengetan dan permintaan Azmin walaupun berapa banyak perkara yang melibatkan dasar parti, namun orang lain pula yang jadi mangsanya..Azmin Ali tetap dihatinya.. kenapa? aku sendiri pun tak tau?... tetapi inilah senarionya,, berapa ramai pemimpin Pkr yang keluar parti, semuanya kerana Azmin Ali, 
sekarang puas sudah hati Azmin..
Cita-citanya dah pun berjaya.. betul apa yang dicakap oleh adiknya Azwan Ali..



ha ha ha, dimana Pengarah strategi Rafizi,, dimana Sua Saifuddin Nasution...

Dan rasanya inilah adalah lakonan terakhir Anwar, tanpa melibat isterinya..

Monday, September 22, 2014

YB TAK ADA ADAB !

Aku tak sokong PAS tapi bila berkelahi dengan ketua di media, musuh orang Melayu Islam bersoraklah !


  • SaariSaari
 1 / 1 
SHAH ALAM – Adun Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti beliau dibeli oleh PKR untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Malah beliau turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada parti sekiranya Abdul Hadi mempunyai bukti beliau berbuat demikian dan bersedia dibawa ke muka pengadilan sekiranya terlibat dalam politik wang.


“Saya tak tahu apa maksud ‘broker’, ‘barua’, dicuri dan dibeli. Jadi Pas perlu jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini 'broker' atau 'barua' dan dibeli.


"Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?


“Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar. Kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 semalam, Abdul Hadi mengkritik tindakan PKR dan DAP kerana mencuri dua Adun parti itu demi menjayakan misi 'Langkah Kajang’ seterusnya merebut jawatan Menteri Besar Selangor.


Beliau mendakwa ada pihak yang menjadi ‘broker’ dan ‘barua’ dengan mencuri Adun parti itu di Selangor dan tindakan tersebut seolah-olah mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin dalam PR.


Sementara itu, Saari berkata, Abdul Hadi sepatutnya membawa perkara itu kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran dalam muktamar.


“Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli Pas ,maka saya terimalah,” ujarnya.


Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan Adun Morib, Hasnul Baharudin tidak berjaya apabila beliau gagal dihubungi untuk mendapat penjelasan berhubung isu sama.

Sunday, September 21, 2014

MACAM FILEM, DICOLEK DAN DICABUL !

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal.
   
"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan  keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita di Bera.

Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi.

Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi.

Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bernama

Saturday, September 20, 2014

KAW KAW PUNYA BALUN !

Aku kagum Hj Hadi...jelas dan tepat.



TIADA KEBENCIAN !

Hishammuddin Ingatkan Jentera BN Jangan Tabur Politik Kebencian Ketika Berkempen

TUMPAT, 19 Sept – Jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor diingatkan tidak melakukan politik kebencian semasa berkempen.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan menanam kebencian dalam kalangan pengundi hanya akan memberi kesan buruk kepada penduduk setempat selepas pilihan raya kecil berakhir.
“Politik kebencian tidak membantu kerana yang buat pilihan pada akhirnya adalah pengundi. Jentera kempen akan pulang, bayangkan apa yang berlaku jika berlaku perpecahan.
“Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen sebelum hari pengundian dan saya harap kempen berjalan dengan sihat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 300 penduduk di Masjid Mukim Simpangan
di sini, hari ini.
DSC_2413editSLIDERHishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut melawat sekolah pondok Simpangan yang diasaskan calon BN, Mat Razi Mat Ail dan berjanji akan memberi sumbangan sebanyak RM50,000 untuk tujuan pembangunan sekolah itu.
Beliau turut memuji cara berkempen Mat Razi yang menggunakan pendekatan secara lembut dan tidak menyerang pihak lawan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.
“Bila tengok calon kita tenang (dalam menghadapi fitnah)… itu semangat yang kita nak tengok dalam pilihan raya kecil (ini). Cukup-cukuplah peperangan, pembunuhan (di negara luar). Ini cara orang Islam bawa diri masa kini.
“Jangan ingat apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil ini tak memberi kesan kepada dunia global yang kompleks ini,” kata Hishammuddin.
Semalam, Mat Razi dilaporkan kesal kerana PAS sentiasa menyerang peribadi beliau dan melempar fitnah terhadapnya dengan mendakwa kononnya beliau mempunyai kekasih gelap dan akan mendedahkan siapakah wanita itu.
Mengulas mengenai isu royalti yang dimainkan PAS dalam setiap ceramah, Hishammuddin berkata ia adalah taktik lapuk parti itu untuk meraih undi yang sekali gus dilihat cuba menanam kebencian kepada kerajaan pusat.
“Isu yang dibawa adalah lama, cuma dari sudut yang berbeza. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dah meramalkan perkara ini akan dibangkit, sebab itu dia (PAS) pusing (isu royalti).
“Orang ramai bukan bodoh untuk terikut-ikut dengan helah pembangkang, (tetapi) orang ramai nak wakil yang boleh buat kerja,” kata Hishammuddin.
PRK pada 25 Sept ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi
Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.-MediaUMNO



Thursday, September 18, 2014

RINGAN RINGANPUN SALAH KER ?

"SAYA CUMA RINGAN RINGAN, TAK MEMIPIT PUN"

on WEDNESDAY, SEPTEMBER 17, 2014 
Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”

Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.


Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.


Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.


Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.


“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.


“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini.



Tuesday, September 16, 2014

Monday, September 15, 2014

SETAN !! BAPA PAKSA ANAK LIMA TAHUN BUAT ORAL SEX !

Celaka yang digabungkan dengan babi. Aku tak pikir orang normal boleh tergamak ' membayangkan ' kegilaan ini berlaku.

JASIN 14 Sept. - Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks oral terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu selepas dia menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.

Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya, kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang dilakukan oleh bapa kandungnya berusia 37 tahun itu.
Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan seks oral seorang bapa terhadap anak perempuannya.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.

"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada hari sama dan direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan," katanya. Utusan

Aku tak tau apa hukumannya tapi aku harap biarlah maksimum. Biar dia tahu kesan perbuatannya. Jadi pengajaran pulak kepada orang lain.



Sunday, September 14, 2014

MAKIN JELAS !! UMNO DAN PAS BAKAL BERGABUNG !

Mengamuk beruk Mat Sabu , Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mujahid, Husam Musa. Pendek kata Anwar punya budak budaklah. Kenapa?
Mudah jer. Kalau bergabung, dia orang tak boleh jadi menteri macam yang Anwar Ibrahim janji.

Dia orang tak layaklah. Tobatlah. Setakat boleh bercakap, buat lawak sikit sebanyak mana layak jadi menteri. Timbalanpun tak lepas.
Korang bayangkan Mahfuz jadi Menteri Penerangan. kah ! kah ! kah !


          Hishammuddin sedang merayu Nik Aziz supaya mahu bergabung dengan UMNO. 


Ni lagu satu bukti

Weii! UMNO ni parti adab sopanlah. UMNO hormat orang tua tak kira parti manapun. Kalau UMNO terdesakpun, UMNO tak akan merayu mintak bergabung dengan PAS. PAS dah nak hancur, terimalah kenyataan,,tunggu masa jer. Aku jangka akhirnya PAS akan balik asal, bersendirian.

UMNO rasioanal. Hakikat yang UMNO akui sejak dulu, Nik Aziz orang alim sebab itu pemimpin UMNO tak kutuk Nik Aziz macam yang Anwarinas dok buat sekarang.

TERHANGAT !! ADA KEJUTAN DALAM MUKTAMAR PAS !

Beberapa hari saja lagi Muktamar PAS akan berlangsung. Muktamar kali ini tiada pemilihan tapi cakap cakap di bawah jauh lebih hebat berbanding pemilihan tahun lalu.

Diberitakan satu gerakan besar besaran sedang berjalan di akar umbi untuk memaksa Hj Hadi Presiden PAS turun dari kerusi presiden. Gerakan ini dikesan di Perak, Kedah dan Kelantan.


Menurut sumber beberapa orang kanan PAS sendiri sedang aktif turun ke negeri negeri bagi menjayakan misi ini. Antara yang disebut ialah Mat Sabu sendiri, Husam Musa, Mujahid dan beberapa orang pimpinan Pemuda PAS.



Bagaimanapun sumber memberitahu Dewan Ulama, Dewan Muslimat tetap teguh di belakang Presiden. Kita tunggulah, rasanya Muktamar kali ini akan jadi yang terhangat dalam sejarah..


Saturday, September 13, 2014

LALUAN BERANJAU DURI..

Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segala urusan...

SEPANG 12 Sept - Keselamatan anggota penyiasat daripada Malaysia tidak akan dipergunakan oleh kerajaan ekoran pasukan penyiasat kini berhadapan kesukan untuk memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perjalanan ke lokasi nahas bagi anggota penyiasat perlu diambil kira dan selamat setelah pertimbangan dilakukan.

"Amat sukar bagi pasukan penyiasat untuk masuk ke lokasi nahas berikutan pergolakan (di situ). Kita perlu tahu kawasan itu dikuasai pihak mana dan mesti akur arahan pihak terbabit.

"Kita juga menunggu laporan dari semua pihak termasuk perisik sebelum boleh masuk ke lokasi itu," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan lawatan ke Kiev, Ukraine bersama Hamzah bagi mendapatkan persetujuan pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah untuk membenarkan pasukan penyiasat masuk semula ke kawasan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Di samping itu, beliau turut akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap proses pencarian dan penyiasatan berhubung tragedi berkenaan.




Friday, September 12, 2014

RINGKAS, TEPAT, PADAT !

Maknanya Wan Azizah tak layaklah...



Thursday, September 11, 2014

BANYAK MANA KUASA BUDI BICARA PEGUAM NEGARA, DATUK ZAHID ?

Aku terang bahawa aku tak pandai bab undang undang ni. Tapi nak jugak aku bertanya seluas mana kuasa budi bicara Peguam Negara? Kalau rakyat terbayak rasa memang sesuatu kenyataan itu boleh mencetuskan huru hara, mengganggu ketenteraman awam, tapi Peguam Negara tak rasa begitu mengikut budi bicaranya, maka apa pulak akan berlaku?

Kali ini aku harap DS Ahmad Zahid serius menggunakan budi bicaranya sebagai pemimpin Umat Melayu. Dah makin dalam luka Umat Melayu aku rasa...


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada polis untuk menghentikan siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

"Tugas pihak PDRM adalah untuk melakukan siasatan apabila adanya laporan polis.

"Dan kertas siasatan apabila diselesaikan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Tugas pendakwaan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara.

"Kita meletakkan kepercayaan 100 peratus pada peguam negara untuk melakukan pendakwaan berdasarkan budi bicara yang terdapat di dalam undang-undang yang telah termaktub di dalam Akta Hasutan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan peguam negara yang mahu mengkaji semula dakwaan kes hasutan.

Tindakan yang dijalankan mengikut akta tersebut kini menyebabkan ahli politik Pakatan Rakyat, ahli akademik, pendakwah dan wartawan diheret ke mahkamah.Mkini

INDAH BAHASA DR ASRI...

Sedap bahasa Dr Asri. Dia balun PKR kerana kegagalan Langkah Kajang. Tapi berlapiklah, dia sendiripun aku rasa tak berapa nak syok dengan apa yang berlaku.
Aku rasalah...
( Sedutan pandangan Dr Asri )
"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

Kenyataan itu tersebut mendapat hampir empat ribu "Like" dalam tempoh dua jam pertama dan mengundang pelbagai komen mahupun kritikan daripada pengunjung Facebooknya.

Akaun bernama 'Musafir Lalu' menyatakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai.

Manakala 'Ahmad Toha Samsudin' pula bersependapat dengan 'Musafir Lalu' sambil menyatakan kejayaan bakal menanti dalam Langkah Kajang ini.

"Hanya yg berfikiran pendek saja mengatakan ianya kegagalan sedangkan sejarah melakar dan tarbiah mengajar bahawa setiap kegagalan ada kejayaan menunggu."

Sementara itu beberapa pengguna mempertahankan kenyataan Dr Mohd Asri itu.

Nasrul Hakim menulis: "Saya sokong Dr MAZA. Tak pilih bulu. Tegur mana yg tak betul...".

Mohd Khairil pula menyindir mereka yang naik berang dengan kenyataan Asri tersebut. 

Wednesday, September 10, 2014

VIDEO INI BUKTI WAN JI WAJIB DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN !

Berselindung di sebalik agama. Jiwa sarat dendam dan kebencian !



CEMBURU PUNYA PASAL, BINI POTONG ZAKAR SUAMI SAMPAI HABIS !

Fuzhou (China) : Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaluan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.
Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.
“Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaluan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas,” katanya.
Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berfoya-foya dengan wanita lain.
Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.
Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaluannya yang tinggal.
Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.
     Habis

Tuesday, September 9, 2014

DAHLAH ROMPAK, PAKSA PULAK BUAT SEKS ORAL !

KOTA BHARU - Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.

Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.


Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 pagi, 4 Mei 2014.


Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada tayar keretanya pancit.


Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.


Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta.


Dia kemudiannya memaksa mangsa melakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut.


Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.


Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat.


“Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan perubatan daripada pihak hospital,” katanya.- Sinar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...