Thursday, September 11, 2014

BANYAK MANA KUASA BUDI BICARA PEGUAM NEGARA, DATUK ZAHID ?

Aku terang bahawa aku tak pandai bab undang undang ni. Tapi nak jugak aku bertanya seluas mana kuasa budi bicara Peguam Negara? Kalau rakyat terbayak rasa memang sesuatu kenyataan itu boleh mencetuskan huru hara, mengganggu ketenteraman awam, tapi Peguam Negara tak rasa begitu mengikut budi bicaranya, maka apa pulak akan berlaku?

Kali ini aku harap DS Ahmad Zahid serius menggunakan budi bicaranya sebagai pemimpin Umat Melayu. Dah makin dalam luka Umat Melayu aku rasa...


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada polis untuk menghentikan siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

"Tugas pihak PDRM adalah untuk melakukan siasatan apabila adanya laporan polis.

"Dan kertas siasatan apabila diselesaikan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Tugas pendakwaan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara.

"Kita meletakkan kepercayaan 100 peratus pada peguam negara untuk melakukan pendakwaan berdasarkan budi bicara yang terdapat di dalam undang-undang yang telah termaktub di dalam Akta Hasutan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan peguam negara yang mahu mengkaji semula dakwaan kes hasutan.

Tindakan yang dijalankan mengikut akta tersebut kini menyebabkan ahli politik Pakatan Rakyat, ahli akademik, pendakwah dan wartawan diheret ke mahkamah.Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...