Tuesday, December 30, 2014

GEMPAR !! ZAINUDDIN MAIDIN SERTAI PAKATAN !

Aku peminat Tan Seri Zainuddin Maidin atau ZAM. Tulisannya aku ikuti sejak aku bersekolah menengah. Aku jugak percaya kepada perbezaan. Tapi tulisan yang ini aku tak berapa nak setuju.

Baca.:di sini 

Pertamanya aku percaya sangat betapa pemimpin kita telah diberi taklimat berkaitan banjir. Sebab itu ada pemimpin kita ke luar negara tidak kira apapun alasannya. Aku jugak percaya bahawa tiada pakar kaji cuaca yang dapat menggambarkan situasi banjir seperti yang telah berlaku.

Maka inilah batasannya. Hamba dan Pencipta. Sementelah, pergi dan balik keluar negara tentulah tidak sama seperti berulang alik dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani.

Dan aku percaya ZAM tidak sengaja membandingkan Tan Seri Muhyiddin dengan sesiapapun. Membanding dalam politik adalah melagakan. Satu perkara telah gagal disebut oleh ZAM dalam tulisannya iaitu segala bentuk bantuan telah disalurkan walaupun kedua dua pemimpin yang ' ditegur ' oleh ZAM masih belum pulang.

Cuma aku agak terkilan sedikit bilamana ZAM langsung tidak menulis apa apa tentang Anwar Ibrahim, sedangkan beliau dikatakan pejuang rakyat nombor 1 dalam negara.

Seperti pemimpin yang ditegurnya, ZAM jugak tidak sempurna. Izinkan aku pulak nak menegur. Orang yang kasih kepada kerajaan dan parti tentu tidak akan memberi peluru percuma kepada musuh.








Kadangkala gambar lebih jelas bercerita.

Aku rasa membaca tulisan ZAM yang ini sama macam memca tulisan penyokong Pakatan je..

Sunday, December 21, 2014

KEKUATAN SEBENAR AZMIN TERSERLAH !

Bukan calang calang manusia Azmin Ali ni. MB Selangor ini Timbalan Presiden PKR dan menjadi Menteri Besar dalam gelora Selangor. Bukan kecik anaklah.

Dua hari kebelakangan ini muncul lagi bukti kekuatan Azmin yang amat luar biasa. Tegas dan keras.



Azmin menghadiahkan DAP antara ladang babi terbesar di Selangor, di tengah tengah masyarakat Melayu yang telah memilih Pakatan pada PRU 12 dan PRU13.

Aku yakin UMNO dan PAS tidak akan mampu mengubah keputusan besar ini. Ini baru pemimpin. Pemimpin UMNO pun selalunya goyang bila banyak bantahan.

Azmin tidak. Tegas dan tiada dolak dalik. Tahniah Azmin, tahniah penyokong Pakatan Selangor yang telah memilih dengan betul pada PRU 13. Tahniah! Syabas!

Saturday, December 20, 2014

SEBAB INI DAP BENCI TUN !

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti seperi Umno, PKR dan PAS terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

“Sepatutnya, memandangkan orang Melayu membentuk 60 peratus daripada jumlah penduduk, kita sepatutnya memenangi pilihan raya.

“Namun disebabkan kita terpisah kepada tiga kumpulan, kita terpaksa menjadi pengemis, meminta pertolongan daripada kaum lain – terutama golongan Cina – untuk mendapatkan sokongan mereka

“Sama ada Umno, PKR, PAS... mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam satu seminar di Akademi Kenegaraan hari ini.

Sebab itu aku sentiasa berfikir DS Najib perlu mengadap Tun, mintak nasihat dan pandangan. Jangan biarkan ilmu, pengalaman berharga ini terbuang begitu sahaja.

Monday, December 15, 2014

MENTERI TAK BANYAK DURI !

Baca ini dulu..di sini..

Dah zamannya aku rasa. Bukan ada pilihanpun. Kalau ada pemimpin rasa macam nak sangat kehidupan peribadi, maka eloklah berhenti jadi pemimpin. Hidup dalam kotak peribadi sepenuhnya.



Aku kesan salah satu faktor mengapa DS Hishammuddin, Khairy dan beberapa orang yang lain dilihat rapat dengan rakyat khasnya anak muda ialah kerana kesediaan mereka berkongsi pergerakan mereka dengan masyarakat.



Lagipun aku perhatikan pemimpin aktif media sosial ni tak ada rahsia. Tak ada rahsia, maknanya tak ada durilah. Semua pergerakan, perbuatan orang tahu.

Yang banyak sangat pergerakan sulit ni, banyak pulak nak disembunyikan.

Saturday, December 13, 2014

TIADA LAGI RETORIK ! INSYAALLAH KITA TELAH BUKTIKAN..

Hari ini Naib Presiden UMNO Dato Seri Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menunaikan tanggungjawap yang beliau sendiri zahirkan pada PAU2014 29 November. Turut sama hadir dalam hari ini YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir.

"Bagi mengiktraf pengorbanan barisan perwira negara, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih rumah keluarga Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

“Pengorbanan mereka wajar diterjemahkan dengan komitmen untuk membela kebajikan keluarga mereka dari semua sudut,” katanya.

Malah, Hishammuddin berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perhebat untuk mengkaji penambahbaikan kebajikan bekas perajurit."




Bukan Retorik dan ini lah yang dipamerkan oleh Dato Seri Hishammuddin apabila pengumumannya pada ucapan penggulungan PAU2014 ditunaikan hari ini yang mana mengumumkan pemberian elaun sara hidup RM300 sebulan kepada para veteran ATM. Kepekaan kerajaan dalam mengingati jasa jasa para prajurit negara akan diteruskan dari masa ke semasa. Malah Dato Seri Hishammuddin juga memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan akan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menambah baik aspek kebajikan veteran ATM.

Dalam menyuarakan suara dan pandangan para prajurit negara Dato Seri Hishammuddin juga mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak agar Presiden Persatuan veteran ATM dilantik sebagai Senator. Usaha ini adalah untuk membawa usul-usul dari pihak veteran tentera kepada dewan dan seterusnya menambah baik lagi kebajikan para veteran ATM.

Keperihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan para veteran ATM perlu diteruskan apatah lagi para veteran ATM yang ada telah menabur bakti dalam menjaga keselamatan negara dan menjaga kedaulatan tanah air ini. Kepekaan Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin dalam mengambil berat para veteran ATM membuktikan kepada seluruh ahli UMNO bahawa ucapan beliau pada penggulungan PAU2014 bukan satu rekayasa ataupun retorik semata- mata. Kata dikota dan janji ditepati menjadi iktizam Dato Seri Hishammuddin Hussein.


Saya memetik ucapan Dato Seri Hishammuddin pada yang dizahirkan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2003

"Bersatulah sekalian anak bangsa. Bersedialah generasi muda umat Melayu, wira harapan negara, pertahankan kuasa bangsa kita.

Adat bersaudara, saudara dirapatkan,

Adat bernegeri, negeri dimakmurkan,

Adat beragama, agama didaulatkan,

Adat berbangsa, kuasa bangsa dipertahankan.

Oleh : Wan Muhammad Azri


Rakyat News

Friday, December 12, 2014

AMBIGA , KAH ! KAH ! KAH !

Hah ! Hah ! Hah ! Layakkah Ambiga cakap pasal teladan ? Weii ! Malulah. Cermin muka tu. Ajak Majlis Peguam, DAP cermin sama sama. Barulah ko akan nampak cemar yang selama ini tersembunyi.Patutlah beria ia bersama Pakatan. Satu kepala rupanya..
Kuala Lumpur – Bekas Presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan menyifatkan tindakan seseorang Perdana Menteri menyaman media merupakan suatu tindakan yang salah dan ‘amat menganggu’.
Katanya seseorang Perdana Menteri atau pemimpin negara tidak seharusnya menyaman akhbar kerana ia memberi kesan menakutkan kepada media.
“Bagi saya ia adalah satu teladan yang sangat buruk apabila Perdana Menteri menyaman akhbar.
“Pada saya itu salah, kerana ia memberi kesan negatif kepada demokrasi serta kesan negatif kepada kebebasan bersuara,” katanya pada forum ‘Freedom of Expression in Malaysia’ sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada Khamis.
Ambiga merujuk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel Mei lalu.
Katanya ada banyak platform untuk pemimpin tersebut memberi respon kerana kepada pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan, namun pemimpin itu tetap memilih untuk saman.
“Malaysia Kini telah memberi peluang untuk beliau membalas, namun beliau tidak mengambilnya. Jika seseorang diberi peluang untuk memberi respon dia perlu mengambilnya,” kata Ambiga.
Katanya, proses menyaman juga melecehkan kerana beliau (Najib) perlu berada di kotak tertuduh selama mana perbicaraan itu berlangsung.
Selain itu, Perdana Menteri juga perlu membolehkan dirinya disoal balas oleh peguam.
Jun lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.
Najib dan Ab Rauf menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Malaysiakini.com Steven Gan dan Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan yang bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” dan “How much will Najib spend to keep Terengganu?” Suara TV

Thursday, December 11, 2014

PELACUR CURI DUIT POLIS ?

Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.

Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.


Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.


Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.


Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!


Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.


Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.


Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan.


Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC


Ulasan


Aku heran macam mana benda gini boleh jadi. Zina ni haram, dah buat kerja haram cerita pulak kat orang. Pegawai polis tentu tahu undang undang. Buat malu PDRM jer..

Wednesday, December 10, 2014

SELAMAT PULANG DS, UMNO BELUM START LAGI...

Aku baca FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO. Salah seorang pemimpin UMNO yang tak pernah gagal mengongsikan pergerakannya bersama rakyat terbanyak. Ada orang suka, ada orang tak suka. Normallah, manusia..Aku suka.Biar rakyat tahu apa pemimpin buat.

Aku ucapkan selamat kembali kepada DS Hishammuddin dari lawatan kerja yang padat, kebanyakannya berkaitan isu pertahanan dan keselamatan. Tapi yang aku nak tulis bukan berkaitan lawatan kerja tu..


Aku nak bagi pandangan berkaitan Perhimpunan Agung yang baru lalu. Barupun dah masuk dua minggu sebenarnya. Aku rasa antara yang paling sibuk sebelum PAU ialah DS Hishammuddin dan teamnya yang diamanahkan melakukan transformasi dalam perbahasan dan usul.

Aku akui telah berlaku penambahbaikan yang ketara dalam aspek ini namun izinkan aku memberikan sedikit pandangan. Perbahasan telah berjaya menyemarakkan semangat perwakilan dan ahli UMNO seluruhnya. Makin jelas tentang kedudukan orang Melayu dan UMNO yang dikatakan makin terhimpit dan terkebelakang.

Tapi semangat dan kesedaran semata mata belum cukup untuk menangkan parti. Parti hanya akan menang jika UMNO benar benar menyusun gerakan menawan pengundi untuk bersama kita. Ini yang pada pandangan aku masih tak ada.

Selepas dua minggu belum ada satu kenyataanpun yang aku dengar atau baca berkaitan perkara ini. Oleh yang demikian, aku harap kalau ada orang boleh sampaikan kepada DS, sesuatu perlu dilakukan segera bagi mempastikan UMNO tidak ketinggalan terus di belakang DAP.

Kenapa DS Hishammuddin ? Sebab aku anggap UMNO dalam keadaan krisis. Masa kita dilanda krisis MH 370, DS telah mengadap perkara ini dan dikatakan tidak balik selama tiga minggu. Seluruh usaha digerakkan untuk mendepani krisis besar tersebut.

Maaf cakaplah, sekarang UMNO jugak sedang dalam krisis besar dan aku yakin DS Hishammuddin boleh diamanahkan menangani krisis ini.


Saturday, December 6, 2014

INI ASKAR KITA..

Inilah ATM. Askar kita. Sebab itu aku setuju sangat bila Menteri Pertahanan umum macam macam insentif sebagai tanda terima kasih kepada ATM. Mereka bukan hanya bercakap pasal pertahanan tapi mereka bersedia memberikan khidmat di mana sahaja diperlukan.

Kalau ikut kehendak DAP, mereka mahu kurangkan ATM. Mereka mahu bubar Askar Melayu. Kita dah nampak apa ada dalam hati puak puak chauvinis ni..


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 90 anggota tentera darat menyertai operasi bersepadu menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, pihaknya sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diberi terutama bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kami yakin dengan jumlah anggota tentera yang ditempatkan mampu untuk membanteras isu ini habis-habisan dan usaha kini giat dilakukan dengan menggerakkan anggota untuk menggempur pada waktu malam kerana kegiatan itu sering dilakukan oleh PATI pada masa itu.

“Operasi membanteras dijalankan secara sistematik dan sebagai organisasi menyeluruh, kami mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan serta sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Berkhatan 1MINDEF anjuran bersama Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan di Masjid Khalid Al-Walid, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Raja Mohamed Affandi berkata, ATM turut menempatkan anggotanya di beberapa kem di negeri-negeri yang mengalami banjir seperti Pahang, Terengganu dan Johor semasa musim tengkujuh.

“Kita tempatkan anggota ATM supaya dapat memberi bantuan terus kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan terutama mereka tinggal di kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan pertolongan.

“Usaha ini dilihat sebagai tanggungjawab dan amanah kerana ATM selain berfungsi sebagai organisasi pertahanan, kita juga bersedia untuk membantu orang ramai yang dilanda bencana,” ujarnya.

Friday, December 5, 2014

NAJIB DAH MULA MENCENGKAM !

Semua kita tahu DS Najib mengambil alih pentadbiran negara dalam keadaan sukar. Kita tak heran kalau cabaran hanya datang daripada pembangkang. Kita dah tahu hati perut pembangkang.

Tapi cabaran lebih besar apabila komponen BN sendiri memilih untuk tidak membantu. Undi Cina secara keseluruhannya memihak kepada DAP . MCA, GERAKAN memilih untuk tidak berbuat apa apa.

Satu ketika DS Najib nampak lemah sangat. Nak menawan Cina, orang Melayu berasa hati khasnya orang UMNO. Kritikan kawan dan lawan makin menghimpit.

Cuma baru baru ini khasnya selepas PAU 2014, aku rasa DS Najib mula dapat kekuatan baru. Ucapan Dasar dan ucapan penggulungan beliau menampakkan dengan jelas diri beliau yang sebenarnya.

Paling besar apabila beliau mengumumkan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Aku rasa ini sangat dominan dalam memulihkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan beliau.


Beberapa selepas PAU DS Najib buat keputusan menyaman Rafizi Ramli yang di mulutnya tak ada benda lain selain fitnah. Melampaui batas sejak 2008. Soalnya bila dibiarkan ia seolah olah benar. Rakyat termakan dengan fitnah, harga minyak naik sebab nak bayar cincin Rosmah.



Aku percaya orang UMNO memang dah lama tunggu ketegasan Najib. Semua harap DS Najib tak lagi berlembut dengan fitnah melampau ini. Aku sendiri rasa pembangkang Malaysia ni dah bukan berpolitik . Mereka nak kan kuasa sehingga sanggup hancurkan negara.

Aku harap ini adalah permulaannya. Selepas ini DS Najib tak boleh biarkan lagi persepsi dan fitnah merosakkan negara.


Thursday, December 4, 2014

DAULAT TUANKU ! SULTAN SELANGOR HUKUM ANWAR IBRAHIM !

KUALA LUMPUR 4 Dis - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah melucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1992.

Pelucutan gelaran tersebut dipercayai ekoran sikap derhaka Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Istana Selangor memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuatkuasa 3 November lalu.

Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

"Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

"Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan krisis menteri besar di Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam," kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambahnya, tindakan dan tingkah laku yang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menunjukkan bahawa dia tidak layak lagi untuk memegang apa-apa pingat.

Ulasan

Inilah antara perkara yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Institusi Raja bukan dibuat buat untuk suka suka . Ia adalah Institusi Payung yang diperaku oleh Perlembagaan dan rakyat seluruhnya.

Aku harap ini permulaan. Selepas ini ketegasan ini diharapkan akan berterusan.Tahniah, junjung kasih Tuanku.



Wednesday, December 3, 2014

POLITIK SOMBONG AKAN DITOLAK !

Sekarang ni kalau kita cakap soal pembangunan, orang dah tak berapa nak heran. Kerajaan dah buat macam macam pembangunan dah. Adalah kes kes terpencil tak air, tak ada lektrik.

Cakap pasal sumbangan dan bantuan, dah jadi tradisi UMNO/BN bagi sumbangan kepada rakyat. Jadi kenapa UMNO/BN ditolak jugak? Sebab imej berlagak, bertanjak yang ada pada segelintir orang UMNO. Tak kira di peringkat mana sekalipun.

Untuk selamat, buang imej berlagak ni. Pengundi tak suka. Pengundi suka orang yang senang mereka dampingi. Aku nak bagitau yang muda muda terutamanya. Jangan fikir kita tunjuk hebat, orang suka kita. Tak lah.

Makin merendah, orang makin suka kita. Ini mungkin antara contoh yang boleh diikutulah. Ramai lagi tapi aku memang berkenan dengan dia ni...




Bukanlah apa sangatpun. Tapi bayangkan kesannya kepada orang orang yang terlibat, kaum keluarga mereka. Tentunya perkara ini jadi percakapan dalam kalangan mereka.

Inilah politik. Apa saja yang kita buat, akan beri kesan kepada kita dan parti yang kita kasihi. Bersedialah turun ke bawah. Tak jatuh markah kita kalau kita merendah diri.

Monday, December 1, 2014

MAIN ANGKA JANGAN MAIN NOMBOR.


Selain daripada angka, undi tidak ada makna lain dalam politik pilihanraya. Katalah UMNO jujur, UMNO baik, UMNO berjiwa rakyat, UMNO begitu dan begini..ia tetap akan kalah kalau undi yang diperolehi kurang daripada parti lawan.

Jadi ini tugasan UMNO menjelang PRU 14. Tak payah nak jaga hati sesiapa. Ini tugasan UMNO. jangan harap MCA dan Gerakan sebab mereka akan berada dalam situasi menang sekalipun DAP memerintah. Tgklah pengundi baru yang mereka daftarkan.

Sunday, November 30, 2014

MAKA PAUPUN SELESAI..

Maka PAU pun berakhir. Masa aku melangkah meninggalkan PWTC, ramai perwakilan menyatakan  ni adalah Persidangan paling hebat pernah mereka hadiri. Sangat fokus, terus terang dan jelas.

DS Najib selaku Presiden cemerlang membuka dan menutup Persidangan.
TS Muhyiddin bijak bila sentiasa bercakap sebagai Timbalan yang berkesan. Naib Naib Presiden jugak telah menggulung dengan baik. Ada dua sebab aku rasa menjadikan Persidangan ini begitu menjadi.

1. Ucapan Dasar Presiden yang sangat baik. Menyelam lubuk hati nurani orang UMNO dan Melayu seluruhnya. Minda Perwakilan semacam telah diprogram dengan tepat bersama perasaan yang jelas tentang makna perjuangan UMNO. DS Najib cukup hebat apabila bersama akar umbi mempertahankan Akta Hasutan 1948 walaupun pernah menimbang untuk menggantikannya.

2. Faktor transformasi perbahasan jugak memainkan peranan besar. JK / Biro ini yang dipimpin oleh Naib Presiden, DS Hishammuddin dan DS Ismail Sabri dan Datuk Rosnah bekerja keras memimpin para pembahas dan hasilnya perbahasan tahun ini dikatakan cemerlang.

Biasanya perwakilan akan balik dengan pelbagai cerita lawak, jenaka dan gurauan. Kini perwakilan balik dengan semangat dan tugasan. Lebih daripada itu, tiada usul yang terabai walau tak dapat dijawab sekarang. Jawapan atau respond akan dihantar ke bahagian yang berkenaan.

Kita telah selesai bersidang bermakna kerja besar mesti bermula. Menyusun gerak langkah menawan pengundi agar bersama kita pada PRU 14.



Friday, November 28, 2014

DR MARSHITAH MOHON MAAF KEPADA DAP !

Belum jadi kerajaan pusat. Belum banyak negeri dikuasai. DAP dah buat perangai macam PAP. Jangan berbeza. Berbeza saman. Cakap lebih saman. Kah ! kah ! kah ! Korang Cina DAP nak bebas, lepas. Orang Melayu mesti taat pada korang. Haramjadah korang !
Jangan mimpilah. Dr Mashitah tak mungkin mintak maaf. Tolonglah ! Aku rasa sekarang dah sampai masa, Cina DAP wajib dilawan bedepan...
Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.
Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Isnin lalu, Mukhriz mengumumkan seorang lelaki Melayu kini ditahan di wad psikiatrik selepas didapati mengoyakkan kitab Al-Quran.

Namun, Mashitah pada hari Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka.

Pagi ini, dua MP wanita DAP membuat laporan polis terhadap kenyataan Mashitah yang disifatkan mereka sebagai membuat kenyataan tidak bertanggungjawab.




Thursday, November 27, 2014

KJ MASIH BERCAKAP APA YANG PEMUDA PATUT DAPAT !

Hari ini bermula Persidangan Agung UMNO bilamana sayap sayap telah selesai bersidang semalam. Aku ucap tahniah kepada semua sayap kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan penting mereka. Aku anggap ucapan TS Muhyiddin sewaktu perasmian, sangat baik, menyeluruh dan jelas.
Cuma bila KJ bercakap tentang Menteri Pemuda, Timbalan Menteri Pemuda, Ahli Parlimen, ADUN, Pegawai GLC, aku merasakan betapa KJ dan pemuda tidak jelas apa makna peremajaan parti. Beliau tetap bercakap apa Pemuda patut dapat bukan apa Pemuda patut sumbangkan.
Kalau aku jadi KJ, aku akan malu sebab hakikatnya Pemuda masih belum memberi makna besar kepada UMNO.
Gerak kerja, program tambah pengundi, program menguasai rakyat, pantas dan tangkas, berani berterus terang, menjuarai isu rakyat, menguasai media siber, semuanya merupakan hasil peremajaan parti. Pemuda masih belum berjaya dari sudut ini. Aku rasa artikel di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu...
KUALA LUMPUR 26 Nov - Proses peremajaan dalam UMNO memerlukan perubahan dilakukan terhadap parti yang dapat menarik minat generasi muda, dan bukan semata-mata perubahan dalam kepemimpinan parti dengan hanya dibarisi generasi muda.

Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, proses peremajaan itu melibatkan penambahbaikan pendekatan parti dalam mendengar dan mengambil tindakan proaktif terhadap suara 'orang muda' yang mempunyai tanggapan bahawa UMNO kini parti feudal dan mengalami defisit kepercayaan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, percaya impak peremajaan parti dapat memberi kesan positif terhadap kelangsungan parti itu dan keyakinan rakyat terhadap UMNO serta Barisan Nasional.

"Apa yang diberitahu oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam ucapan pada perasmian perhimpunan agung tiga sayap UMNO semalam, adalah satu pandangan yang ikhlas dan benar.

"Kita perlu mendengarnya dan membuat perubahan," katanya semasa melawat operasi pusat media bersempena Persidangan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ucapan Muhyiddin semalam yang berkata sudah tiba masanya UMNO merekayasa perubahan untuk terus kekal relevan dan menegaskan UMNO sedang dipintas gerakan yang lebih canggih dan sesuai dengan selera masa kini.

Hishammuddin menjelaskan, biarpun langkah transformasi dilakukan dengan menaikkan sekumpulan pemimpin muda dalam barisan kepimpinan parti dan kerajaan namun ia masih belum mencukupi.
Hishammuddin Tun Hussein

Katanya, UMNO telahpun mengetengahkan pemimpin muda dalam pentadbiran negara dan negeri termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Beliau berkata, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Idris Haron pula menerajui kepimpinan peringkat negeri masing-masing di Perak dan Melaka.

Hishammuddin turut berharap banyak cadangan dan usul dapat diperoleh daripada perbahasan pada perhimpunan agung kali ini bagi mencari penyelesaian berkesan untuk Umno mendekati golongan muda, yang kini dilihat lebih analitikal dalam penilaian mereka terhadap parti berkenaan.

Jelasnya, rakyat negara ini harus mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di Iraq, Libya dan Syria apabila tindakan rakyat negara terbabit yang mahukan perubahan drastik dalam pentadbiran negara mereka telah menjejaskan ketenteraman serta kestabilan negara tersebut.

"Negara-negara ini sehingga kini belum menemui penyelesaian terhadap konflik dalaman mereka, malah mereka diancam pengaruh IS (kumpulan militan Islamic State) dan pemberontakan. Apa yang kami harapkan perubahan itu biarlah berlaku dalam suasana yang aman," katanya.


Tuesday, November 25, 2014

APA LAGI YANG UMNO MAHU ?


Petang tadi para perwakilan UMNO Empat Peringkat mendengar amanat Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri yang kita kasihi. Tertutup dan sangat sarat dengan nasihat, harapan. 

Malam ini Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO merasmikan Persidangan Sayap sayap UMNO. Sudah tentu ia jugak ucapan yang menuntut gerakerja kepada semua Perwakilan.

Aku perhatikan tahun ini Majlis Kerja Tertinggi benar benar bersedia. Semacam mahu meletakkan kerja kepada orang UMNO. DS Hishammuddin rasanya paling aktif sebab beliau mengetuai Biro Usul dan Perbahasan yang menentukan berjaya gagalnya Perhimpunan.


DS Hishammuddin benar benar turun ke gelanggang, bersama berpencak.


Begitu inklusif, menyusur hingga ke akar. Naib Presiden Bro, Menteri lagi. Sampai begini. Maka aku ingin bertanya kalau yang di atas sudah turun betul betul ke bawah, apa lagi yang orang UMNO mahukan supaya mulakan gerk kerja, mulakan kempen menawan pengundi ?

Nak tunggu jadi pembangkang ?


Sunday, November 23, 2014

PM TAK BOLEH LIHAT JAUH SAHAJA...

Di mana silap kita, soal Najib

0

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan persoalan berhubung pemberian bantuan kepada penyokong parti sendiri dan bukannya masyarakat.

Memberi contoh, Najib berkata, walaupun kerajaan diterajui parti itu membina masjid, membentuk persatuan ibu bapa dan guru serta memberikan rumah, tindakan itu tidak diterjemah kepada sokongan politik.

“Di mana silap kita?” soalnya.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada Umno terlalu sibuk dengan urusan dalaman sehingga mempertahan ketua bahagian lebih penting daripada mencari sokongan terhadap Umno.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan hari ini.


Ulasan.
Itu adalah sebahagian daripada ucapan YAB Perdana Menteri yang jugak Presiden UMNO. Ada dua perkara besar terkandung dalam petikan ini.

1. Buat apapun orang tak sokong UMNO

2. UMNO buat kerja politik parti mengatasi pilihanraya.

Aku rasa cakap yang macam ini agak baru dilahirkan oleh PM. Selama ini jangan kata PM tak tau apa yang berlaku, cuma PM tak sebut. Sekarang PM dah mula sebut. Dah berkali kali pun.


Orang UMNO aku percaya perlahan lahan akan berubah. Tapi PM sendiri kena berubah jugak. Kita perhatikan bagaimana cara hidup orang UMNO di Kuala Lumpur yang kalah berbanding orang Bahagian di kampung yang menang.


Kalah lebih dapat manfaat berbanding menang. Ini pandangan lapisan ataslah. Cara mudah. Kemudian ibu pejabat UMNO. Aku rasa ada banyak pembeulan wajib dilakukan di situ bagi memberi kesegaran kepadanya...PM semaklah sebelum buat apa apa.


Nadi transformasi UMNO duduknya di Ibu Pejabat malangnya Ibu Pejabat tiada apa apa untuk digerakkan..

Thursday, November 20, 2014

SIMPATI DAH HILANG, SORRYLAH !

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mempertahankan kenaikan pangkat Mohd Anuar Ismail, pegawai penyiasat kes berkaitan Teoh Beng Hock, yang dipertikaikan pembangkang dan anggota keluarga mendiang.

Low menegaskan Anuar melalui proses ketat, termasuk ujian ujian kompetensi dan penilaian yang diperaku serta tempoh perkhidmatannya lebih sepuluh tahun.

Malah, kata Low, siasatan polis dan siasatan dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen kesalahan jenayah dilakukan pegawai suruhanjaya itu.

“Malah selari dengan peraturan perkhidmatan awam, beliau tidak disabitkan dengan sebarang tuduhan dan kesalahan jenayah.

“Justeru, beliau wajar diberi pertimbangan untuk kenaikan gred sebagaimana pegawai-pegawai lain atas prinsip innocent until proven guilty (tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah),” katanya.

Low dalam kenyataannya hari ini bagaimanapun berkata, sekiranya Anuar didapati bersalah, beliau akan kehilangan pangkat dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Menurut jawapan parlimen pada 17 November, Anuar pegawai penyiasat gred 44 semasa insiden 2009, kini menjawat jawatan gred 48.

Tarikh kenaikan pangkat Anuar tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, dua lagi pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu – Hishammuddin Hashim dan Mohd Ashraf Mohd Yunus – masing-masing kekal dengan gred 54 dan 29.
Ulasan
Aku rasa ini dah lebih. Apa pasal pulak DAP yang nak tentukan siapa nak naik pangkat siapa yang tidak? SPRM pun konon macam berani sangat. Ini dah sampai masa, rakyat nak tahu kenapa TBH disiasat, siapa yang disyaki dan banyak lagi soalan yang tak terjawab.
Mendiang mmg dikasihi kaum keluarga. Kaum keluarga patut serang majikan mendiang, bukan pihak lain?
Kita semua simpati tapi bila jadi begini, aku rasa simpati tu dah hilang..

Monday, November 17, 2014

DAP AKAN JADI KERAJAAN SELEPAS PRU 14 !

Aku rasa ramai dah tahu betapa Anwar samada ke penjara atau terlepas bukan lagi unsur penting dalam politik Malaysia. Telah cukup kerosakan yang Anwar lakukan dalam memecah belahkan orang Melayu sehingga ada orang Melayu tidak lagi berasa apa apa menjadi Melayu.

Dari sudut ini kita kena akui bijaknya DAP. Anwar dilambung lambung, dijulang julang sehingga semua percaya DAP sedaya upaya cuba menyelamatkan Anwar daripada kekejaman UMNO/ Kerajaan.

Persepsinya UMNO bukan lagi peliwat tapi mangsa konspirasi. Inilah jugak yang diulang ulang oleh para peguambela Anwar sejak dari awal. Orang tak fikirpun betapa Anwar mempunyai masalah ' jenayah dan undang undang '. Tabi'i meliwat Anwar tiada kaitannya dengan UMNO.

Aku nampak sekarang DAP sedang berada di fasa kedua. Meruntuhkan PAS dari dalam PAS sendiri. Serangan bertali arus Lim Guan Eng dan kuncu kuncunya terhadap Haji Hadi sebenarnya bukan serangan terhadap Hj Hadi sebagai individu tetapi sebagai pemimpin parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO.

DAP merancang dengan teliti dan mereka cukup sabar dan tekun. Dengan membina imej baik, sempurna mereka menggoda anak anak Melayu kelas 1 dengan pemikiran baru yang selari dengan keinginan anak muda.

Anak muda ini pula diberikan segala macam keperluan, fizikal mental. Anak anak muda ini diberikan kepercayaan mengendalikan program besar dan bajet besar juga. Mereka menutup segala rasis dengan idealisme perjuangan yang palsu tapi diyakini.

Aku rasa kita tidak perlu menunggu lama. PRU 14 akan membuktikan teori aku ni. DAP akan bertanding bersendirian, tanpa PAS dan PKR. Anak Melayu dan bumiputera akan jadi calon PRU 14 dengan lambang DAP.

Dengan gerakan menambah pengundi yang konsisten , aku percaya DAP sudah mencongak betapa mereka akan memerintah Malaysia selepas PRU 14.

Pada ketika itu Melayu akan dihalau macam Melayu Pulau Pinang sekarang. Dihalau dengan hina dan tiada seorangpun dapat menyelamatkan mereka.

Saturday, November 15, 2014

HISHAMMUDDIN BALUN MAHFUZ !!

'Tak perlu mohon maaf isu MH17, MH370'



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata parti dan presidennya tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan kerajaan dalam mengurus bencana yang menimpa MH17 dan MH370.

Beliau turut memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya bertindak dengan tegas dan tidak mengikut telunjuk kuasa besar dunia.

“Kalau Umno teruk sangat tidak mungkin negara kita boleh berhadapan dengan masalah MH17 dan MH370.

“Kalau bukan Najib yang melakukannya tidak mungkin 43 jasad warganegara Malaysia dapat dikenal pasti dan mungkin mereka masih bergelimpangan di tanah Ukraine," katanya.

Menurutnya, Najib perlu dihormati kerana turut mendapat pengiktirafan serantau dalam memimpin Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Presiden kita perlu dihormati kerana tidak tunduk pada Presiden (Rusia, Vladimir) Putin dan (Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama dalam menyelesaikan masalah MH17.

“Kalau Umno dan pemimpin kita tidak dihormati tak mungkin proses kepimpinan Asean beralih kepada Malaysia,” katanya.

Malah, beliau turut memuji kepimpinan Umno dengan menyatakan kehebatannya dalam mengendalikan media dari luar negara berbanding Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

“Hebat sangat kah Mahfuz kalau boleh berdepan dengan CNN dan Aljazeera berbanding kami,” ujarnya.

“Kita tidak kata kita ini hebat tetapi Umno tidaklah teruk sangat,” katanya dalam ucapan pembukaan sati persidangan meja bulat Umno hari ini.

Persidangan itu bagi membincangkan usul tertinggi sempena Perhimpunan Agung Umno di Petaling Jaya.


Ulasan

Sesekali pemimpin UMNO kena cakap macam ini. Jiwa besar dan bangga dengan pencapaian. Malangnya ada orang UMNO sendiri perlekeh keupayaan pemimpin sendiri.


Aku rasa dah sampai masa. Dengan rakyat , dengan akar umbi merendah diri. Dengan musuh kena cengelah..dok lembek lembek, kena pijak nanti..



Thursday, November 13, 2014

PERHIMPUNAN PALING SERIUS DALAM SEJARAH !

Jangkaan akulah. Kalau pembahas benar benar mengambil amanah ini dengan serius. Apa lagi nak. Bercakap apa sahaja yang selama ini disekat atas nama perpaduan, atas nama persetiaan murni. Kali ini UMNO bercakaplah melahirkan apa yang selama ini terbuku.

HishamMuddin Tun Hussein berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi sempena Per
HishamMuddin Tun Hussein berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Sunway Resort Hotel & Spa Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam. – UTUSAN/Kamal Basir Wahab





KUALA LUMPUR 12 Nov. - Perhimpunan Agung UMNO 2014 buat pertama kali­nya akan menjadikan isu berkaitan ke­pentingan rakyat sebagai fokus utama perbahasan usul dan bukannya membincangkan masalah dalaman parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara yang akan dibahaskan ialah isu-isu berkaitan Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sekolah satu aliran selain membincangkan perjuangan UMNO dalam memartabatkan Islam ketika dunia sedang mencemuh agama itu akibat ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menurut beliau, usul-usul yang dibangkitkan itu akan dipastikan tidak hanya ‘terucap di bibir sahaja’ tetapi akan segera dilaporkan kepada kementerian terlibat.
“Secara rasionalnya, perhimpunan kali ini jangan dibelenggu dengan pindaan perlembagaan parti yang berhubung kait dengan pemilihan UMNO kerana soal pemilihan akan diadakan selepas pilihan raya umum.
“Kita akan mengumpulkan semua usul dari setiap bahagian untuk memastikan bahawa segala teguran, cadangan dan pandangan dari akar umbi dapat dipanjangkan secara langsung kepada kementerian terlibat supaya usul tidak tinggal usul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Kepemimpinan Tertinggi Perhimpunan Agung UMNO, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Jamaluddin Mohd. Jarjis.
Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Perhimpunan Agung UMNO berkata, setiap pembahas usul juga perlu memastikan perbahasan dibuat tanpa emosi dan dibincangkan secara serius mengikut roh dan semangat perjuangan parti.
Katanya, setiap ahli juga tidak perlu bersikap apologetik dalam membahaskan usul tetapi perlu berbangga bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan.
“Kenapa kita perlu apologetik? Kita bukan takbur atau rasa diri hebat tetapi UMNO bukanlah teruk sangat. Jadi, sempena kita berhimpun kali ini saya mahu usul kita mempunyai isi kandungan yang betul-betul dapat dijiwai oleh mereka yang berada di bawah,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...