Monday, November 17, 2014

DAP AKAN JADI KERAJAAN SELEPAS PRU 14 !

Aku rasa ramai dah tahu betapa Anwar samada ke penjara atau terlepas bukan lagi unsur penting dalam politik Malaysia. Telah cukup kerosakan yang Anwar lakukan dalam memecah belahkan orang Melayu sehingga ada orang Melayu tidak lagi berasa apa apa menjadi Melayu.

Dari sudut ini kita kena akui bijaknya DAP. Anwar dilambung lambung, dijulang julang sehingga semua percaya DAP sedaya upaya cuba menyelamatkan Anwar daripada kekejaman UMNO/ Kerajaan.

Persepsinya UMNO bukan lagi peliwat tapi mangsa konspirasi. Inilah jugak yang diulang ulang oleh para peguambela Anwar sejak dari awal. Orang tak fikirpun betapa Anwar mempunyai masalah ' jenayah dan undang undang '. Tabi'i meliwat Anwar tiada kaitannya dengan UMNO.

Aku nampak sekarang DAP sedang berada di fasa kedua. Meruntuhkan PAS dari dalam PAS sendiri. Serangan bertali arus Lim Guan Eng dan kuncu kuncunya terhadap Haji Hadi sebenarnya bukan serangan terhadap Hj Hadi sebagai individu tetapi sebagai pemimpin parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO.

DAP merancang dengan teliti dan mereka cukup sabar dan tekun. Dengan membina imej baik, sempurna mereka menggoda anak anak Melayu kelas 1 dengan pemikiran baru yang selari dengan keinginan anak muda.

Anak muda ini pula diberikan segala macam keperluan, fizikal mental. Anak anak muda ini diberikan kepercayaan mengendalikan program besar dan bajet besar juga. Mereka menutup segala rasis dengan idealisme perjuangan yang palsu tapi diyakini.

Aku rasa kita tidak perlu menunggu lama. PRU 14 akan membuktikan teori aku ni. DAP akan bertanding bersendirian, tanpa PAS dan PKR. Anak Melayu dan bumiputera akan jadi calon PRU 14 dengan lambang DAP.

Dengan gerakan menambah pengundi yang konsisten , aku percaya DAP sudah mencongak betapa mereka akan memerintah Malaysia selepas PRU 14.

Pada ketika itu Melayu akan dihalau macam Melayu Pulau Pinang sekarang. Dihalau dengan hina dan tiada seorangpun dapat menyelamatkan mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Saya setuju tanda tanda nak kalah dah jelas pada umno. tak nampak kegiatan yang dibuat. di bawah ni lagilah pulak, ketua cawanganpun sombong.

Anonymous said...

aq lama dah merasakan matsabu n geng tak rasa malu pun jadi calon dap..keh2 .itulah harga melayu sekarang yg dibentuk sedemikian rupa leh pkr@pr .. dap gak munglin akan mendapat cita2nya oleh lebodohan sendiri.

Anonymous said...

aq lama dah merasakan matsabu n geng tak rasa malu pun jadi calon dap..keh2 .itulah harga melayu sekarang yg dibentuk sedemikian rupa leh pkr@pr .. dap gak munglin akan mendapat cita2nya oleh lebodohan sendiri.

Anonymous said...

Apa nak kata. UMNO pun dah nak hancor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...