Sunday, November 9, 2014

PAU, YANG TAK DE PEMILIHAN, PENILAIAN WAJAR BERTERUSAN !

Tak meriah sangat kata orang Persidangan Agung UMNO ( PAU ) sebab tahun ini tak ada pemilihan. Pemimpin UMNO selesa sebab boleh goyang kaki. Pada aku tak salah kalau kita nak nilai prestasi pemimpin kita walaupun tiada pemilihan.

Presiden dengan Timbalan Presiden tak payah nilai sebab mereka tak bersaing dengan sesiapa. Kalau nak nilai jugak aku rasa kedua duanya telah mainkan peranan dengan baik.

Naib Presiden, ada tiga orang. Sebagai pemimpin Kerajaan aku fikir ketiga tiganya telah menjalankan tugas masing masing seperti yang sewajarnya.
Aku sebagai akar umbi rasa DS Hishammuddin paling kuat bekerja untuk parti. Masa nak pemilihan Datuk Zahid dan Datuk Shafie Afdal lebih kerap turun padang. Hampir setiap hari ada program bertemu UMNO di bawah. Dah menang kurang sangat turunnya.

Hishammuddin menang corot tetapi sangat aktif turun ke negeri dan bahagian. Mungkin alasannya ini ' perancangan ' tertentu sebab Hishammuddin diberi post yang sesuai untuk turun. Pada aku ini alasan.

Masa nak pemilihan dulu, masing masing pandai je cari sebab nak turun. Penggunaan media baru jugak aku nampak Hishammuddin jauh ke depan dan ini amat digemari anak muda. Dua orang lagi guna jugak media maya tapi tak aktif sangat.

MH370 dan MH 17 pada pandangan aku mengubah Hishammuddin 100%. Beliau nyata berbeza berbanding dengan apa yang beliau digambarkan sebelum pemilihan 2013.



Ada lagi tokoh yang pada aku boleh diberi fokus lebih. Mukhriz Mahathir berjaya sebagai MB Kedah  tapi ' kenegeriannya' menutup peluang untuk lebih menyumbang kepada UMNO.

Ismail Sabree Yaakob mungkin ramai tak tau adalah perancang yang sangat hebat. Banyak kejayaan beliau dalam usaha menolong pesawah dan nelayan tapi tak dihebohkan.

Khairy Jamaluddin cemerlang sebagai Menteri Belia dan Sukan tetapi gagal sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tak ada apa yang dapat dibuktikan oleh Pemuda setakat ini. Perjuangan Melayu lebih diperjuangkan oleh NGO.

Kebanyakan yang lain suam suam kuku. Wan Bro ? Malas cakaplah..dia perjuangkan dirinya dari masa pemilihan sampailah sekarang.

Wanita dan Puteri pada pandangan aku tetap menjadi sayap terkuat UMNO. kalau nak bagi apa apa tugasan parti, kedua dua sayap ini tak pernah gagal...


8 comments:

Anonymous said...

dah hang sokong Hishammuddin, hang kata dia baguslah.

Anonymous said...

Tak pe nak sokong sesiapa jangan jatuhkan orang lain sudahlah..

Anonymous said...

Saya sokong Datuk Hishammuddin. Pertama kerana dia Ketua Pemuda di zaman saya dan beliau humble mudah didekati..

Anonymous said...

Aku tak bimbang pasai pemimpin umno. Ramai yang ok. Yang aku bimbang umno kalah pilihanraya

Hamdan Rukun said...

Aku memang sokong Hishammuddin selepas PAU 2013. Aku kesan serangan terhadap beliau melampaui batas. Sebahagiannya mainan orang UMNO sendiri. Kemudian Tragedi MH370 mengukuhkan lagi keyakinan aku terhadap keupayaan sebenar beliau. Tapi aku tak perlekeh pilihan orang lainpun..

Anonymous said...

Kalau nak buat penilaian ini masanya. Kalau masa pemilihan pemimpin kita lain sikap depa..aku bekenan kat KJ

Anonymous said...

Hisham dan Mukhriz gandingan terbaik.

Anonymous said...

UMNO KENA BERANI MENILAI DIRI. JANGAN SELESA DAN PERASAAN BAIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...