Friday, December 30, 2011

DAH KANTOI DI TITI SERONG , IDHAM LARI KE KUALA KANGSAR LA PULAK !


INI STRATEGI PAS SELAMANYA. JANJI DAN TIPU.MASA NAK PRU 12 DULU BANYAKNYA JANJI.

1. SERIBU SETAHUN KEPADA WARGA EMAS
2. SERIBU UNTUK PASANGAN PENGANTIN BARU
3. SERIBU UNTUK SETIAP BAYI BARU LAHIR

INI UMUMLAH. ADA BANYAK JANJI TEMPATAN OLEH CALON CALON PAS.MAKA BEREBUTLAH ORANG PAS BERKAHWIN LAGI DAN BEKERJA KERAS UNTUK DAPATKAN ANAK.

HARAM TAK ADA SATUPUN TERTUNAI. TAK ADA. YANG ADA ADALAH ALASAN. ALASAN PALING POPULAR IALAH KERAJAAN BN TAK BAGI PERUNTUKAN.

DAH AGAK TAK DAPAT YAKINKAN ORANG, MAKA YB PAS AKAN LARI CARI TEMPAT BARU. INILAH YANG KHALIL IDHAM LIM LAKUKAN. NAK TAK LARAT NAK TIPU DI TITI SERONG, AKHIRNYA TUTUP OFIS...

SEKARANG NI SEDANG GIAT MENIPU PULAK DI KUALA KANGSAR. KONONNYA NAK BETANDING DI SALAH SATU DUN DI KUALA.

HE..HE..HE..APA LAGI ORANG KUALA. LAYANLAH..LEPAS TU GHUYUBKAN MASA PRU 13..


Monday, December 26, 2011

ZIZAN BUAT HAL LAGI !!


SALAH SATU PETANDA KEJAYAAN UMNO IALAH APABILA KERAJAAN PIMPINANNYA BERJAYA RIBUAN MASJID DAN SURAU. PERGILAH DI CERUK MANAPUN, UMAT ISLAM BOLEH BERSOLAT DENGAN SELESA.

HATTA DI LEBUH RAYAPUN TERDAPAT TEMPAT SOLAT SEPANJANG JALAN. PUSAT BELI BELAH MACAM TESCO, JUSCO WAJIB JUGA ADA SURAU.

TAK PAYAH ISYTIHAR. ALLAH TAU KITA SEDANG MENEGAKKAN DAULAH ISLAMIYYAH. SEBAB ITU ALLAH REDHA KITA BERTAHAN.

PAS KEDAH PULAK TERBALIK. DI MULUT CAKAP ISLAM TAPI DALAM MASA YANG SAMA RUNTUHKAN SURAU. YANG DAHSYATNYA..AZIZAN RAZAKLAH.

PUNYER TAKBUR. DAHLAH RUNTUHKAN SURAU, DABIK DADA PULAK BAGITAU DIA EX STUDENT AL AZHAR. TAHU HUKUM HAKAM.

AKU NAK INGATKAN ZIZAN, HIDAYAH ALLAH TIDAK BERGANTUNG KEPADA ILMU SESEORANG TU. USAH TAKBUR. YANG AKU TAU TAKBUR MENENTANG ALLAH TAALA NI FIRAUN.

AKU NAK INGATKANLAH. KALAU ADA ORANG SAMAKAN NIK AZIZ MACAM NABI, JANGAN NANTI ADA YANG SAMAKAN ZIZAN MACAM FIRAUN.

TUHAN NAK BAGI PETUNJUK, NIKAH JER SATU LAGI TERUS MASUK IJN. INI SEMUA PETANDA. SURAU TU DAH BEROPERASI LEBIH SERATUS TAHUN, ZIZAN PULAK BARU BERKUASA TIGA TAHUN.

BAIKLAH BERTAUBAT..MUDAH MUDAHAN ALLAH TERIMA TAUBAT
KITA. BILA RASA DIRI HEBAT SANGAT, NANTI JATUH TERDUDUK TAK SEMPAT MENGUCAP....


Sunday, December 25, 2011

TERKINI NIK AZIZ !!


BARU BARU NIK AZIZ MASUK HOSPITAL LAGI. LETIH MELAMPAU. AKU DENGAR ADA KEJUTAN SELEPAS NIK AZIZ KELUAR HOSPITAL.

DOKTOR KATA NIK AZIZ BERADA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT. BOLEH TERUS JADI CALON PRU 13 DAN JADI MB KELANTAN UNTUK DUA PENGGAL LAGI.

KALAU UMNO KELANTAN MAMPU MERAMPAS KELANTAN NIK AZIZ MAMPU JADI KETUA PEMBANGKANG. NIK AZIZ DIKATAKAN AKAN TERUS BERKHIDMAT KERANA BELUM ADA YANG MAMPU MENGGANTIKANNYA.

KORANG BAYANGKAN REMUK HATI HUSAM, NIK AMAR, DAN RAMAI LAGI.
CAKAP BERDEGAR DEGAR TAPI NIK AZI KATA NAK PIMPIN KELANTANPUN TAK LAYAK.

KORANG BAYANGKAN PULAK BETAPA LEMAHNYA NIK AZIZ. DAH PULUHAN TAHUN JADI PEMIMPIN TAPI TAK ADA SEORANGPUN BERJAYA DILATIH DAN DIDIDIK.

TIMBUL PULAK PERTANYAAN, KALAU BEGITU NIK AZIZ MENGAPA ADA ORANG KATA DIA SETARA NABI ? DAN KENAPA NIK AZIZ SENDIRI TAK LARANG ORANG SAMAKAN DIRINYA DENGAN NABI ? KENAPA YER ?


Friday, December 23, 2011

" BAIK KO BERHENTI ! "


AKU SIKITPUN TAK TERKEJUT BILA MENGIKUTI KENYATAAN ADAM ADLI DI TV 3 SEBENTAR TADI. MAMAT NI DIJULANG PEMBANGKANG KERANA KEBE
RANIANNYA MENURUTKAN GAMBAR DS NAJIB ( DI PWTC- GELANGGANG UMNO ).

DIA KATA AKAN TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK ' KEBEBASAN MAHASISWA' ORANG YANG MENGAJI DI UNIVERSITI TERUTAMA UPSI SEBENARNYA TAHU MAHASISWA MEMANG BEBAS. BEBAS BELAJAR, BEBAS BERAKTIVITI.

TAMBAHAN PULAK UPSI MENYEDIAKAN BAKAL GURU. BANYAKLAH NORMA YANG WAJIB DIPATUHI . KEMUDIANNYA NAK DIDIK ANAK BANGSA.

NAK JUGAK AKU BERTANYA MAMAT NI, ADAKAH ' PELAJAR ' DI SEKOLAH BEBAS ? WAJARKAH MEREKA INI ' BEBAS ? '. KALAU NANTI MEREKA MINTAK KEBEBASAN, ADAKAH ADLI AKAN BERIKAN KEBESAN INI ?

YANG AKU TAU ' GILER BABI ' NAK BEBAS NI BUDAK MELAYU. YANG GUNA PTPTN KEMUDIAN TAK NAK BAYAR. ANAK CINA TAK PULAK KELAM KABUT NAK MINTAK BEBAS.

KEMUDIAN AKU NAK TANYA ADLI , " BERAPA POINTER KO ? AKU SEMAK JUGAK, KO TAK PERNAH DAPAT APA APA ANUGERAHPUN SETAKAT NI.
BAIKLAH KO BELAJAR DULU, ATAU BAIK KO BERHENTI JER, JADI ALAT PEMBANGKANG SEPENUH MASA "

AKU DOA AGAR KO TAK JADI CIKGU. KALAU JADI JUGAK, HANCUR ANAK BANGSA DAPAT CIKGU BERJIWA GANAS !


Sunday, December 18, 2011

NIK AZIZ SYOK DIKATAKAN NABI !


SETAKAT NI AKU TAK DENGAR LAGI SEBARANG KENYATAAN NIK AZIZ MENAFIKAN BAHAWA DIA NABI ! SEBALIKNYA DIA KAITKAN BENDA BENDA LAIN YANG LANGSUNG TAK ADA KAITAN.

TIMBUL PULAK SEMBAHYANG JUMAAT DI DUA TEMPAT DI TERENGGANU.
KONONNYA PARA PENGIKUT SYIAH PAS INI TUNGGU JER KENYATAAN HAJI HADI.

KALAU HADI KATA TUTUP ' MASJID ' MEREKA MAKA MEREKA AKAN KEMBALI BERSEMBAHYANG DI MASJID ASAL YANG DITENTUKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM.

APA MAKNANYA NI ? MAKNANYA HAJI HADI PUN SETARA NABI JUGAKLAH.
AKU DAH NAMPAK BANYAK SANGAT KESESATAN PAS NI. INI BUKAN POLITIK DAH ! INI DAH JADI AJARAN SESAT TAHAP ' RENDAH '.

JABATAN AGAMA PUN KENA ' BERTELUR ' SIKIT. KELUAR KENYATAAN JELAS, TEGAS DAN BERANI. MAJLIS FATWA MANA ?

UMAT ISLAM WAJIB DISELAMATKAN. AKU NAMPAK SEMACAM ADA PERTANDINGAN DALAM KALANGAN PIMPINAN PAS. LAWAN SIAPA PALING
TINGGI SEKALI ' PENDEWAANNYA '.

NIK AZIZ NI AKU PENGATI...MAKIN TINGGI ORANG PUJA..MAKIN NYANYUK DIA..


Thursday, December 15, 2011

' BAKAL CALON' PAS RASUAH !!


HE! HE! HE!

UNTUNGLAH PAS, ADA NABI SENDIRI. SEBAB ITU APA YANG DIA BISING KATA HARAM BILA UMNO BUAT, DIA BUAT JADI HALAL. BILA PEMIMPIN UMNO BANTU ORANG, BAGI ORANG SUMBANGAN SEBENARNYA MEMANG WAJIB PUN SEBAB UMNO KERAJAAN.

TAPI BILA TIBA TIBA ADA ORANG PAS BAGI BANTUAN, INI RASUAHLAH KOT . PADA KITALAH. PADA PAS LAIN PULAK.

NAK CERITANYA DI DUN CHENDERUH NI. PAS DAH ADA BAKAL CALON. DR AZALAN RADHI YANG JUGA NYDP PAS PADANG RENGAS. DR HOMEOPATI NI SEBELUM NI TAK PERNAH MUNCUL PUN.

TIBA TIBA JER JADI SANGAT AKTIF MASUK ESTET KELUAR ESTET, MASUK KAMPUNG KELUAR KAMPUNG. KONONNYA NAK BUAT BENDA YANG UMNO TAK BUAT.

DIA PILIHLAH DUA TIGA RUMAH. BAGI BERAS LIMA KILO, GULA SEKILO DAN DUIT LIMA RINGGIT. LEPAS TU RIUH SATU CHENDERUH KONONNYA PAS AMAT PRIHATIN DENGAN KEBAJIKAN RAKYAT.

NAK TERGELAK PUN ADA. SELAMA PULUHAN TAHUN, INILAH KERJA UMNO. BUKAN PILH PILIH, SEMUA RAKYAT DIBERI PERHATIAN.

AKU SUKA JUGA SEBENARNYA PAS BUAT BENDA MACAM INI. LEPAS DEPA BALIK ADA ORANG YANG TERIMA ' RASUAH ' TU KELAM KABUT PERGI RUMAH KETUA KAMPUNG. TANYA ' APA PASE DIA BAGI HAH ? '. NAK TERIMA KE TIDAK ?

JADI KEPUTUSANNYA IALAH TERIMALAH APA YANG DIA BAGI WALAUPUN ADA ORANG RASA SANGAT HINA TERIMA BENDA BENDA MACAM INI !


Tuesday, December 13, 2011

POLITIK TIGA SUKU!!


HE! HE! HE! AKU NAK KATA POLITIK GILER BABI . TAK SANGGUP AKU. JADI AKU KATA POLITIK TIGA SUKULAH YANG SEDANG MELANDA PEMBANGKANG SEKARANG.

HANGPA BAYANGKAN...KARPAL SINGH DENGAN RAMASAMY BOLEH BERKELAHI DALAM KONVENSYEN DAP. MUKA USTAZ LIM GUAN ENG MACAM SAMSU JER...

SAARI SUNGIP BOLEH UMUM DR HASSAN ALI TAK DAPAT CUKUP PENCALONAN NAK JADI CALON PRU 13. HASSAN ALI TAK TAU DI MANA PENCALONAN DIBUAT, DENGAN SIAPA DAN BILA.

YANG TIGA SUKUNYER HAJI HADI. BILA WARTAWAN TANYA DIA BUAT LAWAK PULAK. MAT SABU MENYENGIH, BETUL BETUL MACAM ORANG TAK BETUL.

DI AKAR UMBI PENYOKONG PAS SUBUH LAGI DAH BERKUMPUL DI BALAI PENGHULU DAN BALAIRAYA UNTUK DAPATKAN BORANG BANTUAN 500 RINGGIT. PEMIMPIN DEPA DOK KALUT KATA INI RASUAH.

INI SEMUA SENARIO, PETUNJUK BETAPA ALLAH SENTIASA MELIHAT DAN MEMERHATI. DALAM HATI PERUT KITA PUN DIA TAU. NIK AZIZ SAMPAI SEKARANG BELUM NAFIKAN BAHAWA DIA ADALAH NABI.

APA MAKNA SEMUA NI. AKU RASA INILAH HUKUMAN ALLAH KEPADA ORANG ORANG YANG MEMPERDAGANGKAN AGAMA. PAS SEDANG MENEMPUH ZAMAN SUKAR, GELAP TANPA JAWAPAN. MARI KITA BERDOA, MUDAH MUDAHAN PAS SEDAR DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

PANGKAL JALANNYA IALAH BUBARKAN PAS. MASUK UMNO ATAU MASUKLAH DAP. PKR ? PADA AKU PKR DAH JADI SEJARAH...


Thursday, December 8, 2011

LEPAS BERAK DEPA CABUT !

DEPA LAGI TERUK DARI JEPUN !

NI AKU TERKEJUT JUGAKLAH. MAMAT NI SEBENARNYA TAK PERNAH CAKAP POLITIKPUN. DUNIANYA IALAH LAUT, IKAN BELANAK DAN SESEKALI SEMILANG.

BILA AKU JUMPA BARU BARU NI, DIA DAH BERUBAH. DIA MARAH BENAR DENGAN DR MUJAHID DAN DRS IDHAM LIM.

KATANYA WAKIL RAKYAT PAS NI DAH MEMECAH BELAH MASYARAKAT PARIT BUNTAR KHASNYA TITI SERONG. KEKERAPAN MEREKA BERCERAMAH MENIMBULKAN ' KONFLIK ' DALAM MASYARAKAT.

SELAMA INI TAK PERNAH BERLAKU PEREBUTAN JK MASJID DAN SURAU. SELAMA INI RAKYAT TAK PERNAH BERTENGKAR DI KEDAI KOPI KERANA POLITIK. SEKARANG SEMUA INI BERLAKU.

YANG KAWAN AKU MARAH SANGAT KEDUA DUA WAKIL RAKYAT NI DAH TUTUP PUSAT KHIDMAT MASING MASING. YANG MASIH WUJUD HANYA MARKAS DAN PEJABAT PARTI.

BILA BERCAKAP DENGAN RAKYAT ASYIK BAGITAU ' PERUNTUKAN' DISEKAT. TIADA PERUNTUKAN. DEPA SENDIRI PAKAI KERETA MEWAH.

LAGIPUN KATA KAWAN AKU, KALAU DAH TAU SUSAH KENAPA BERJANJI MACAM MACAM ?

BETOI JUGAK NOO..HANGPA NAK LARI MANA ?


Tuesday, December 6, 2011

DAH JENUH KAFIRKAN ORANG, NIK AZIZ MENGAKU KAFIR..

PULAK DAH !

INILAH KERJA ALLAH TA'ALA. TAK PAYAH SUSAH SUSAH UMNO NAK KEMPEN JELASKAN KEPADA RAKYAT BAHAYA PAS.DENGAN SENDIRINYA KEMUNGKARAN MEREKA TERSERLAH.

SEKARANG NI HEBOH DALAM MEDIA KENYATAAN SEORANG PENCERAMAH MUDA YANG DIGELAR ' MAT SABU JUNIOR' MENGANGKAT NIK AZIZ SETARA NABI.

YANG PELIKNYA BUKAN PENCERAMAH ATAU BAHAN CERAMAHNYA. PADA AKU MEMANG ADA BADAN KHAS DALAM PAS YANG MERANCANG STRATEGI MENGANGKAT NIK AZIZ KE TAHAP TERTINGGI NI.

SATU MASA DULU, ORANG TAK BERANI NAK SEBUT NIK AZIZ PUN. TAKUT KETULAHAN.

YANG PELIKNYA NIK AZIZ. DIA KATA DIA TAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KENYATAAN ITU.

KORANG BACA KENYATAAN NIK AZIZ NI..

" SAYA HENDAK JAWAB BEGINI, KALAU ORANG MENYAMAKAN SAYA DENGAN NABI KUFUR, MAKA ORANG ISLAM TOLAK ISLAM JUGA KUFUR. SAMADA TOLAK ISLAM BERGANTI DEMOKRASI ATAU KEBANGSAAN JUGA BOLEH MEMBAWA KEPADA KUFUR, SERUPA JUGALAH. SAYA TAK ADA APA"

MAKNANYA KEPADA NIK AZIZ, AMALAN DEMOKRASI JUGA ADALAH KUFUR.DIA JADI WAKIL RAKYAT, KUFUR. DIA MENJADI MENTERI BESAR, KUFUR.

YANG TERSIRATNYA, KALAU NAK KATA DEMOKRASI TIDAK KUFUR MAKA KENA KATA USTAZ YANG ANGKAT NIK AZIZ NABI JUGAK TIDAK KUFUR.

MUDAH JER NIK AZIZ NI. PADA AKU DIA NI MEMANG DAH NYANYUK..

Monday, December 5, 2011

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH. ALLAH REDHA AKU KEMBALI MENULIS SETELAH AGAK LAMA BERCUTI. KADANG KALA BILA KITA BERPELUANG MENINGGALKAN ' DUNIA BIASA'
DAN BERALIH KE DUNIA LAIN WALAUPUN SEKEJAP, KITA AKAN DAPAT PERBAHARUI BEBERAPA KEBIASAAN HIDUP KITA SELAMA INI.

BEGITU JUGA AKU. BILA AKU KEMBALI, AKU DAPATI LEBIH 'TERANG, JELAS DAN NYATA' KEPERLUAN UNTUK MENYEMARAKKAN JIWA PEJUANG PEJUANG UMNO.
SEBENARNYA HANYA UMNO SAJA YANG MAMPU MENJADI ' ASBAB ' KEGEMILANGAN AGAMA BANGSA KITA INI.

SEMAKIN JELAS DAN TERANG PULAK BAHAYA PAS,PKR DAN DAP TERHADAP TAMADUN INI. KALAU BOLEH BERSERU, AKU NAK MENYERU KEPADA ANAK ANAK MUDA MELAYU ISLAM AGAR MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PAS YANG SEDANG MERUDUM SEKARANG INI.

TERKINI BILA NIK AZIZ MEMBIARKAN PENCACAI PAS MENGANGKAT DARJAT NIK AZIZ SETARA NABI NABI, MANAKALA SEMUA ULAMAK PAS SENYAP SUNYI. NANTILAH. AKU AKAN ULAS BENDA INI SELEPAS INI.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CATATAN AKU. AKU AKAN MULA BALIK LAH..


Thursday, September 22, 2011

KALAU RAMLAH ADAM GAMPANG , NIK AZIZ ?


HE ! HE! HE ! AKU BACA SATU BLOG PENYOKONG TEGAR DAP SEBENTAR TADI. DIA MENGGELAR RAMLAH ADAM ' GAMPANG '.

ALASANNYA KERANA RAMLAH ADAM BUAT MACAM TAHU SEMUA SEDANGKAN DIA MENGAJI SEJARAH JER...

PROFESOR TU BRO...DIKATANYA GAMPANG.

GAMAKNYA NIK AZIZ YANG MENGAJI BAHASA ARAB TETAPI BERLAGAK TERLAMPAU PANDAI, TAHU SEGALA GALANYA BAHKAN SEHINGGA DIANGKAT KE TARAF WALI...APA GELARAN NAK DIBERI YER...?


MAT SABU = PENGEMIS WARGA ASING !


AKU RASA MENITIK AIR MATA ORANG PAS BILA BACA KISAH MAT SABU TAK CUKUP DUIT NAK BAYAR WANG JAMINAN POLIS. AKU FIKIR DALAM SEHARI DUA NI ADA TABUNG DILANCARKAN UNTUK BANTU MAT SABU.

INILAH WAYANG BARU MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS YANG JUGA PEMINAT KARL MARX. SUSAHLAH KONONNYA. PEJUANG RAKYAT. ITULAH YANG CUBA MAT SABU BUKTIKAN.

INILAH JUGA WAYANG PENGEMIS YANG BERSEPAH DI KUALA LUMPUR. BILA KENA TANGKAP, DISIASAT RUPA RUPANYA ADA PULUHAN RIBU DALAM BANK. ADA RUMAH DAN KERETA SENDIRI.

MACAM MAT SABULAH. RUMAH ADA DUA BIJIK ( YANG DIKETAHUI)KERETA ADA TIGA. BINI SEKURANG KRANGNYA DUA. KALAU MISKIN MAT SABU TAK BOLEH HIDUP MACAM ITU.

DAP PUN TUMPANG WAYANG SAMA. PADAHAL MASA PRK BUKIT GANTANG, SEJAM JER 600 RIBU DISUMBANGKAN KEPADA NIZAR BAGI MEMECAHBELAH ORANG MELAYU.

YANG AKU KESIAN ORANG KAMPUNG. AKU DENGAR CERITA KISAH MAT SABU PUNGUT DUIT DI MAHKAMAH DAH JADI CERITA SAYU PILU DALAM KALANGAN ORANG PAS.

HE! HE! HE! INILAH YANG DIKATAKAN KENA TIPU HIDUP HIDUP !


Tuesday, September 20, 2011

HABIS...KALAU NUAR BRAHIM KENA JEL...UMNO BOLEH MENANG KER ?

JANGAN MIMPILAH...


BETUL JUGAK ! TAHUN 2008 DULUPUN NUAR BRAHIM MELIWAT JUGAK. PAS PUN BEGITULAH LAKONAN MEREKA. SEKEJAP ISLAM, SEKEJAP TAK ISLAM.

UMNO/ BN HAMPIR HAMPIR JADI SEJARAH. SANGAT BAHAYA BILA ADA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO FIKIR UMNO AKAN MENANG HANYA KERANA PAKATAN ADA MASALAH.

PERINGATAN DS NAJIB DI SELANGOR MENUNJUKKAN BAHAWA DALAM UMNO MASIH ADA ORANG YANG BERFIKIR DAN BERTINDAK UNTUK DIRI SENDIRI. ADA PEMIMPIN UMNO TIDAK BERFIKIR UNTUK PARTI.

AKU TERMAKAN JUGAK DENGAN CAKAP KAWAN AKU. SELAMANYA PAKATAN TAK PERNAH BERBUAT APA APA UNTUK RAKYAT. TAPI NAMPAKNYA MEREKA MASIH DAPAT SOKONGAN.

KALAU FIKIR LOGIK JER PUN KITA BOLEH KATA MAT SABU (MISALNYA)
DAH TENTU KENA PECAT. KORANG BAYANGKAN PEMBUNUH YANG TIDAK PERCAYA TUHAN DIANGKATNYA MENJADI HERO.

TAPI MAT SABU TETAP JUGAK DAPAT SOKONGAN TERMASUK OLEH ORANG ORANG YANG KELULUSAN TINGGI.

JADI MAKNANYA UMNO KENA SEDAR BAHAWA 'PAKATAN BERMASALAH' BUKAN BERMAKSUD UMNO/BN BERPELUANG LEBIH BANYAK. UMNO KENA TURUN MERENDAH DIRI KEPADA PENGUNDI.

UMNO KENA BUANG SIKAP SOMBONG DAN BERLAGAK. MENYAMPAH JUGAK ORANG SEBENARNYA. UMNO KENA TAHU BAHAWA DAH SAMPAI MASA UMNO KENA INSAF BAHAWA UMNO PERLUKAN ORANG , BUKAN ORANG YANG PERLUKAN UMNO.

UMNO TAK BOLEH LAGI BERFIKIR BAHAWA ORANG AKAN MENILAI BUDI MASALALU UMNO SEBALIKNYA ORANG SEDANG MENILAI MASA KINI DAN MASA HADAPAN UMNO ..

BUATLAH PENILAIAN, PEMBETULAN ATAU BERSEDIALAH MENERIMA HUKUMAN.


Thursday, September 15, 2011

MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS TERTINGGI PAKATAN MALAM INI !


UCAPAN NAJIB MALAM INI MACAM BOM KEPADA MEREKA.

SATU MESYUARAT KHAS PIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG DIJANGKA AKAN DIADAKAN SEBENTAR LAGI BAGI MEMBINCANGKAN SECARA SERIUS TINDAKAN SUSULAN YANG PATUT DILAKUKAN SELEPAS UCAPAN DS NAJIB SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA SEBENTAR TADI.

UCAPAN DS NAJIB ANTARA LAIN MENGUMUMKAN BEBERAPA AKTA DIMANSUHKAN SERTA MERTA BAGI TUJUAN MEMBERI LEBIH RUANG KEPADA RAKYAT.

ISA, AKTA MESIN CETAK DAN UNDANG UNDANG DARURAT ADALAH ANTARA YANG AKAN DIMANSUHKAN DENGAN KEMUNGKINAN AKAN DIGANTI AKTA YANG BARU.

MESYUARAT PAKATAN MALAM INI AKAN DIPENGERUSIKAN OLEH BAKAL PERDANA MENTERI , LIM GUAN ENG DIJANGKA AKAN MERANCANG DAN MENYUSUN BAHAN YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN MENGHADAPI PRU13.

APABILA AKTA AKTA INI DIMANSUHKAN PAKATAN KEHILANGAN SEBAHAGIAN BESAR ' MODAL' KEMPEN MEREKA. INI JUGA DIJANGKA AKAN MELEMAHKAN SOKONGAN ANTARABANGSA TERHADAP PAKATAN.

SINGAPURA, USA, AUSTRALIA DAN ISRAEL SELAMA INI MENYOKONG PAKATAN ANTARANYA KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN AKTA AKTA INI.

SUMBER JUGA MEMAKLUMKAN CERAMAH BESAR BESARAN AKAN DIADAKAN DI SELURUH DUNIA BAGI MEMUTAR BELITKAN UCAPAN DS NAJIB.

NIK AZIZ TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MENCARI NAS YANG SESUAI BAGI MENYOKONG PUTAR BELIT TERSEBUT.

SYABAS DS NAJIB ! !


Wednesday, September 14, 2011

PERANGKAP PSIKOLOGI NIK AZIZ !!


TERLALU CINTA DUNIA !

AKU YAKIN NIK AZIZ ADA AYAT DAN NASNYA. DIA BOLEH TAFSIRKAN SEGALA NASNYA AGAR SESUAI DENGAN UNTUNG RUGINYA SENDIRI.

NAMUN DI ATAS SEGALANYA UMUM TAHU BAHAWA NIK AZIZ AMAT MENCINTAI JAWATAN MENTERI BESAR DAN SEGALA MACAM MANFAAT DARIPADA JAWATAN ITU.

SEBAB ITU NIK AZIZ TERKETAR KETAR BAGITAU MASIH KUAT UNTUK JALANKAN TUGAS SEBAGAI MB.

HE! HE! HE! BILA DIA KATA DIA SERAH KEPADA AHLI UNTUK TENTUKAN MAKNANYA DIA NAK LAGILAH.

" PARTI KATA BERTANDING TOK GURU, SAYA BERTANDING. KALAU KATA TIDAK SAYA TAK BERTANDINGLAH. PEMIMPIN JEMAAH, JADI KENA IKUT KEHENDAK PARTI.

PERKATAAN YANG DIGUNAKAN SEMUANYA BERBENTUK PERANGKAP. DIA NAK INGATKAN DIA ADALAH TOK GURU DAN PEMIMPIN JEMAAH.

SIAPA YANG NAK KACAU TOK GURU DAN PEMIMPIN JEMAAH ?

DULU MASA SURUH TUN M TURUN MACAM MACAM DIKATA, DIKUTUK. PADAHAL TUN M SAMPAI SEKARANG JAUH LEBIH SIHAT BERBANDING NIK AZIZ.

DAN AKUPUN YAKIN SANGAT, LEPAS NI TAK ADA SIAPA BERANI SEBUT NIK AZIZ KENA TURUN. TOBATLAH...

AKU PULAK SUKA SANGAT NIK AZIZ TAK NAK BERHENTI. ADA BANYAK BENDA YANG DIA CAKAP AKAN BERI MASALAH PADA PAKATAN. POLITIK DEMOKRASI, MAKIN BANYAK SALAH CAKAP MAKIN BANYAK ORANG LARI.

TERUSKAN TOK GURU. DUA KALI PRU BOLEH LAGI, INSYAALLAH. LAGIPUN DI KELANTAN TAK ADA SESIAPA LAYAK JADI GANTI...

HE! HE! HE!





Tuesday, September 13, 2011

" SUDAH TUKAR KA ? "



WARTAWAN TAK SAYANG MULUT !!

AKU RASA KERJAYA WARTAWAN NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG CEKAL DAN BERANILAH. CALANG CALANG ORANG TAK BOLEH JADI WARTAWAN. WARTAWAN HARAKAH LAIN SIKIT. MEREKA HANYA REKA REKA CERITA DAN TULIS. LEPAS TU MINTAK MAAF.

WARTAWAN YANG BERTANYA BEBERAPA SOALAN CEPU INTAN KEPADA MAT SABU SEMALAM PATUT DAPAT ANUGERAH, SAMA DENGAN WARTAWAN TV3 YANG BUAT NUAR BRAHIM KENCING DALAM SELUAR ITU HARI.

KORANG BACALAH LEBIH KURANG YER...

WARTAWAN : TUAN DAH DENGAR RAKAMAN PERBUALAN YANG DIKATAKAN DI ANTARA TUAN DENGAN MAT SABU YANG TERSIAR DALAM BEBERAPA BLOG BARU BARU INI ?

MAT SABU : NO KOMEN.

WARTAWAN : ADAKAH TUAN MAHU NAFIKAN BAHAWA LELAKI DALAM RAKAMAN TERSEBUT ADALAH TUAN SEBENARNYA ?

MAT SABU : NO KOMEN

WARTAWAN : ADAKAH TUAN BERHASRAT MENYAMAN PIHAK YANG MENYIARKAN RAKAMAN TERSEBUT ?

MAT SABU : NO KOMEN ( NADA TINGGI )

HE! HE! HE! SUDAH TUKARLAH ! MANA PERNAH MAT SABU TAK RESPON PADA SOALAN WARTAWAN. KAN KER DIA BIJAKSANA ORANGNYA. KALI INI DIA KANTOI. TAK ADA PERKATAAN.

TAPI KORANG PERCAYA CAKAP AKU. KEPADA ORANG KAMP[UNG PAS AKAN KATA INI SEMUA CIPTAAN UMNO. MUDAH JER KAN..

AKU CAKAP TERUS TERANG. AKU MEMANG NO KOMEN...

HE! HE! HE! HANGPA TANYALAH KAT NORMAH PULAK..MESTI DIA AKAN KATA, " TANYA ABANGLAH.."

Sunday, September 11, 2011

DUA ULAMAK BESAR DITIPU DI HADAPAN SERIBU ORANG !



Malam tadi di Taman Melewar, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah menipu sekurang kurangnya dua orang ulamak. Ulamak PASlah.

Dalam dunia Islam nama dua orang ulamak ni tak masuk senaraipun. Tuan Ibrahim dan Haji Hadi terpaku mendengar penipuan Mat Sabu.Seribu orang( semuanya Melayu )menjadi saksi.

Penipuan pertama ialah Mat Sabu kata idolanya ialah Syed Qutb, Hassan Al Banna dan Sheikh Jamaluddin Al Afghani. He!He!he! Kalau aku ada, pecah perut aku jawabnya.

Mana ada. Mat Sabu selepas menang Timbalan Presiden PAS telah memberitahu Malaysiakini bahawa idolanya ialah Karl Marx dan Ayotullah Khomeini. Maknanya idola Mat Sabu ialah gabungan antara syiah dan komunis.

Penipuan kedua ialah Mat Sabu kata ia adalah pejuang Islam dan komited dengan perjuangan Islam. Ini pun lawak jugak. Kepada Malaysiakini Mat Sabu kata dia masuk PAS bukan kerana Islam tetapi kerana mahu memperjuangkan demokrasi. Dia mengaku dia adalah pejuang demokrasi.

Patutlah Mat Sabu boleh berpelukan dengan Nuar Brahim. Kaki kelentong. Kepada Melayu cakap lain. Kepada Malaysiakini yang dibaca oleh orang Cina dan India cakap lain pulak.

Aku tengah tunggu apa pulak kata Nik Aziz yer...




ALIAS ZENON DITEMUI !


Ketua Cabang PKR yang aku tulis hilang dua hari lepas telah 'ditemui' semula di Tol Cangkat Jering. Aku kata beliau diculik. Akhbar lapor beliau disamun.

Apapun aku nak sebut juga beberapa perkara. Suami kepada empat orang isteri ini tinggal di Padang Rengas. Jarak perjalanan dari Padang Rengas ke Cangkat Jering ialah kira kira sepuluh minit.

Lelaki berusia 73 tahun ini diculik pada pukul satu petang dan telah menghubungi seorang rakannya pada tengahmalam hari yang sama.

Aku nak betulkan cakap cakap setengah orang. Beliau tidak ditemui tetapi beliau menghubungi sendiri rakannya.

Aku rasa benda benda macam ni agak menarik kalau nak dikaji.
Maklumlah dah nak dekat pilihanraya. PKR Padang Rengas ni pulak tengah sangat panas. Macam PAS jugaklah. Sebab itu DAP terpaksa kerja keras di Padang Rengas.

Apapun syukurlah. Aku harap sangat Alias Zenon selamat. Kesian pulak kat isteri isterinya yang berempat tu.


Friday, September 9, 2011

GEMPAR !! KETUA PKR RANTING PADANG RENGAS DICULIK !!


Petang tadi satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Kangsar tentang kehilangan Alias Zainun, Ketua Cabang PKR Padang Rengas. Laporan telah dibuat oleh salah seorang isteri beliau.

Maaflah. Aku tak tau berapa jumlah isteri dia. Berita ini adalah daripada sumber dalaman PKR sendiri.

Alias Zainun pernah bertanding sebanyak dua kali melawan DS Nazri Aziz. Semua orang tau Alias Zainun tewas dalam kedua dua pilihanraya tersebut.

Oleh kerana perkara ini dah jadi kes polis maka aku tidak berniat untuk buat sebarang spekulasi. Cuma sumber ini menyebut laporan polis menyatakan beliau telah diculik.

Walaupun aku tau PKR Padang Rengas memang tengah bergolak hebat tetapi aku harap agar ianya tidak berkaitan dengan pergolakan itu.

Parti parti juga. Aku walaupun tak pernah sokong Alias Zainun tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya. Lagipun kalau Alias Zainun jadi calon Pakatan, insyaallah UMNO akan menang lebih mudah.



PESURUHJAYA PAS PERAK TIDAK RASUAH !



Mulanya aku heranlah jugak . Rajin benar Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussein turun ke Parit Buntar. Hampir setiap minggu. Ada kalanya seminggu dua kali.

Aku fikir Abu Bakar nak cover Idham Lim. Memang orang Titi Serong marah sangat dah sekarang ni. Semua janji Idham Lim masa kempen PRU 12 tidak terlaksana.

Hubungan dingin Idham Lim dengan pengundi Melayu jugak jadi isu. Asyik asyik Cina Bagan jer. Jadi ramai jugak orang kata, Abu Bakar nak tebus ' dosa ' Idham Lim.

Bulan puasa ni beliau turun jugak. Kali ni bagi sumbangan. Aku kata ' sumbangan'. Kalau korang nak kata itu rasuah, korang punya pasallah.

Rupanya Abu Bakar ada matlamat lain. Patutlah pasang umpan, bubu.
Abu Bakar akan jadi calon PAS Titi Serong. Pencacai PAS dah mula
berjalan di Titi Serong.

' Hangpa tak mau ka dapat MB jadi wakil kita ? ". Itulah lagu yang didendangkan sekarang. Ada jugaklah orang yang syok, teruja.


Cuma aku nak bagitaulah. Sewaktu cakap cakap Nizar akan lawan di Changkat Jering, para penyokong diberitahu Nizar akan jadi MB.

Nampaknya PAS nak wujudkan dua jawatan MB. Cuma yang nak jadi kalut sikit ialah DAP dah pasti letak calon Melayu. Bakal MB jugak.

HE!HE!HE! Kan dah pening tu !


Wednesday, September 7, 2011

SENANG JER HUSAM KAMBING TUMBANGKAN MAT SABU !

HUSAM LAKSANA KEHENDAK NIK AZIZ

Pertamanya aku mintak maaf pada korang. Beberapa hari aku tak menulis. ' Keluar ' sekejap. Lama tak keluar ni, sesekali kena juga keluar balik sambil melihat, menilai dan mengkaji diri.

Rumusan aku ialah aku tidak cukup kuat bekerja memberi kesedaran kepada Umat Melayu khasnya tentang bahaya yang sedang menunggu mereka di masa hadapan.

Bahaya paling utama ialah penyelewengan yang dilakukan oleh PAS yang sedikit sebanyak ' dipercayai' membawa risalah Islam. Ada orang khasnya anak muda telah terterangkap dalam pesona PAS sedangkan hakikatnya PAS lebih hampir kepada kumpulan ajaran sesat walaupun tak setara Ayah Pin.

Sebentar tadi aku bersembang dengan seorang rakan lama. Menarik juga pandangan kawan aku ni. Dia kata bila PAS Kelantan tiba tiba mengatur debat Mat Sabu dengan Khairy, dia tahu ini adalah usaha terancang PAS Kelantan nak tumbangkan Mat Sabu.

Nik Aziz sebenarnya mahu Tuan Ibrahim menjadi Timbalan Presioden tetapi malangnya Tuan Ibrahim kalah kepada Mat Sabu. Benar, Nik Aziz seorang pendendam.

Logik juga. Semua orang tahu Mat Sabu bukan seorang yang berilmu. Perhatikan ceramahnya di mana mana. Tiada ilmu dalam ceramahnya.
Mat Sabu seorang yang ' sensasi '.

Bahasanya yang kasar dan kadangkala lucah adalah kekuatannya. PAS Kelantan sebenarnya telah berjaya. Mat Sabu tidak berani melaksanakan tanggungjawab yang dibebankan di atas bahunya,

Mat Sabu boleh mencabar sesiapa sahaja sekarang. Siapa sahaja tetapi ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa satu masa Mat Sabu telah
tidak berani menyertai debat yang dianjurkan oleh PAS sendiri.

Jika ini dijadikan asas, maka korang jangan hairan jika sampai sekarang Nik Aziz tidak langsung membela Mat Sabu.

Di atas segalanya aku yakin dan percaya sangat, Husam adalah pemain utama penghinaan ini,


Sunday, September 4, 2011

INILAH YANG HERO MAT SABU TELAH LAKUKAN !

CERITA LUKA YANG TAK AKAN TERPADAM !

Ini adalah kupasan Datuk Ramlah Adam. Beliau barangkali menyokong UMNO tetapi bukan aktivis parti. Beliau adalah ahli akademik yang memikul kebenaran di atas bahunya.

25 Februari 1950 Jam 4. 30 pagi :-

Mat Indera telah membawa 200 orang Malayan Races Liberation Army(MRLA- PKM ) telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Sarjan Jamil Mohd Noh telah bertindak berani dan tak mahu menyerah kalah.

Dalam pertempuran itu 25 orang telah terkorban. Tiga orang isteri anggota keselamatan telah dicampak ke dalam api yang marak menyala.
Seorang kanak kanak telah turut dicampak ke dalam api. Rentung menjadi arang.

Semua peristiwa ini diceritakan oleh Yusof Rono yang merupakan satu satunya anggota yang terselamat dan dapat meloloskan diri.

Darah, tulang temulang dan airmata mereka yang gugur tak mungkin dapat diganti semula.

Alangkah ' bahayanya ' Mat Sabu. Walaupun menjadikan Karl Marx sebagai idola janganlah sampai menjadikan pejuang sebagai petualang.

Barangkali DAP sangat berbesar hati dan pasti akan menawarkan kerusi kepada Mat Sabu. Barangkali juga Mat Sabu akan menang kerana cucu cicit rakan rakan Mat Indera akan berusaha memenangkannya.

Tetapi percayalah. Mat Sabu akan dikenang sebagai salah seorang anak Melayu paling kotor dalam sejarah negara !


BERAS LIMA KILO JER !!

ITU JER BANTUAN PAS.

Dengaq macam nak tolong sangat. Kami pun pilah Parit Buntaq pasai nak dapat bantuan raya. Rupanya dapat beras lima kilo jer.

Inilah luahan hati salah seorang jiran aku. Punya ghairah dulu kempen untuk PAS pada PRU 12. Dengar macam semua masalah akan PAS selesaikan pada masa itu.

Rupa rupanya tak dak satu pun yang selesai. Dulu kata bila pilih PAS semua orang akan dapan geran bendang yang masih sangkut di Agro Bank Bagan Serai. Sekarang ni dah nak pilihanraya pulak.

Yang seronoknya depa kata janji tahun 2008 dulu dok keluaq balik.

Kata jiran aku, dah kena sekali tak kan lagi dah. Lagipun orang Parit Buntaq sendiri sangat susah jumpa wakil rakyat PAS ni. Masing masing pulun di Bagan. Jaga hati Cina , lukakan hati Melayu.

Apa pun kita tunggulah PRU 13. Aku cakap banyak nanti ada orang kata aku fitnah pulak.

HE! HE! HE!


Saturday, September 3, 2011

TERIMA KASIH ABANG MAT ! HE! HE! HE!

MAT SABU BERBUDI KEPADA UMNO !

Sebagai seorang yang praktikal aku mengaku UMNO agak perlahan dalam gerakerja kempen politik berbanding dengan PAS. Aku percaya sebahagiannya kerana pemimpin UMNO juga adalah pemimpin kerajaan yang terikat dengan banyak kerja.

Sebab itu ada banyak benda yang berlaku dari sudut politiknya terabai. UMNO tak ambil peluang macam yang PAS buat. Sebab itu juga banyak perkara berlaku di Kelantan, Selangor dan Kedah terlepas begitu sahaja.

Mujur ada Mat Sabu. Aku agak dah. Bila Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS, aku anggap ALLAH nak UMNO terus memerintah negara.

Mat Sabu terkenal sebagai ' kaki gebang '. Dia cakap kosong. Sebab itu dia jadi Ahli Parlimen sekejap jer. Lepas tu dia kantoi. Dia gagal melaksanakan apa jua yang dia cakap.

Orang macam Mat Sabu sangat berguna kepada UMNO. UMNO boleh tunggu Mat Sabu bercakap untuk kemudiannya dibalun balik.

Tapi aku betul betul tak sangka Mat Sabu akan dedahkan strategi Pakatan nak mengubah sejarah. Menukar pengganas menjadi pejuang, menukar pejuang menjadi pengkhianat.

Mat Sabu sebenarnya ' tercepat ' daripada orang lain. Pakatan rancang nak tukar sejarah ini selepas memerintah. Kelam kabut Karpal Singh nak buat ' pembetulan' tetapi dah terlewat.

Rakyat dah tahu rahsia mereka. Macam Ngeh Koo Ham buat di Perak.
Cuba bawak masuk Chin Peng dengan alasan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan.

Sekarang ni semua pemimpin Pakatan bertungkus lumus menjawab dan melakukan pembetulan. Berdasarkan pemerhatian aku, rakyat tak dapat terima penjelasan. Rakyat tengok sendiri rakaman ceramah Mat Sabu.

Alhamdulillah. Keghairahan Mat Sabu menginsafkan rakyat. Aku rasa Mat Sabu pun dah tak cukup 24 jam sehari nak perbetulkan balik kenyataannya.

PAS boleh salahkan media. Tapi PAS kena akui media melaporkan apa yang Mat Sabu cakap sebijik sebijik.

Aku tunggu Mat Sabu saman Utusan Malaysia. Lagi cepat lagi baik. Dengan ini lebih tepat rakaman ceramah Mat Sabu dapat disiarkan dan disaksikan oleh seluruh dunia.

Terima kasih, Abang Mat. HE! HE! HE!


BENAR , 16 SEPTEMBER HAMPIR BERLAKU !!

PENDEDAHAN WIKILEAKS MENGANGKAT MARTABAT BN !

Lebih kurang sama keadaannya dengan ceramah Mat Sabu. Pendedahan Wikileaks juga adalah bahan kempen yang wajib diperbesarkan oleh UMNO/BN.

Kalau peristiwa lompat di Perak dianggap oleh Pakatan sebagai ' politik jijik dan kotor ', Malaysiakini telah membuktikan Nuar Brahim telah
melakukan perkara ' jijik dan kotor' juga.

Bezanya UMNO/BN tidak menggoda ADUN Pakatan Perak. Mereka melompat sebahagiannya kerana Nizar Jamaluddin terbukti boneka yang tidak berdaya. Mereka melompat setelah umat Melayu Perak dijadikan rakyat Kelas Tiga.

Manakala Nuar menawarkan jawatan. He! He!He !

Kemudiannya diketahui untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja 4 orang dari Sabah dan Sarawak. Tidak termasuk Haji Hadi dan lim Kit Siang. Tidak dikira Azmin Ali.

Mereka 'telah' diberi rasuah. Katakan semua AP UMNO/BN ini mahu tetapi hakikatnya mereka tidak bersama Nuar Brahim. Yang penting kekotoran telahpun dibuat. Yang penting Nuar Brahim dan Pakatan
telah menghalalkan sesuatu yang mereka katakan jijik selama ini.

Terima kasih Wikileaks. Terima kasih Malayia kini. Inilah Nuar dan Pakatan. Gagal dan bergelumang najis !


Friday, September 2, 2011

AWAS SUAMI SUAMI DI KEDAH !!

ANDA DALAM BAHAYA !


Saja aku nak tolong peringatkan. Dah macam cerita purba la pulak. Pada zaman Aduka, Indera, Taruna, Tobeng, Demang, Jalak dalam filem dulu dulu suami yang ' tiada apa apa ' melopong bila Demang nak rampas bini depa.

Free jer. Nak lawan tak berani. Pengikut Demang ramai. Demang pulak kaya raya. Ada ilmu kependekaran yang tinggi. Melawan bererti maut.

Di Kedah kononnya ada jugak keadaan hampir sama berlaku. Tapi taklah secara kekerasan. Dikatakan ada pembesar negeri amat bijak dan licik dalam menggoda bini orang.

Persamaannya ialah ' ketinggian ilmu agama ' jadi alasan. Kemudian tak dak paksa paksa punya. Bini orang ni dengan rela hati mintak cerai dan bernikah dengan pembesar ni . Alasannya nak mengaji agama.

Yang aku nak peringat ialah sekarang ni angin sedang bertiup kencang di Kedah. Pembesar handalan ini kononnya sedang mempersiapkan diri untuk mengganti Azizan Razak yang dikatakan tidak lagi mampu menjalankan tugas.

Sedang ' bersepak terajanglah PAS '. Yang pentingnya aku nak ingatkan. Mana mana suami yang mempunyai isteri jelita yang mahu 'mengaji' agama, bawaklah mengaji sekarang.

Yang kedua, elakkanlah bawak isteri ni di majlis majlis yang ada ramai pembesar yang berilmu tinggi.

He! He! He! Aku tolong peringatkan. Tak nak pakai pun tak pa....


Monday, August 29, 2011

DUA DIN TAK MAMPU TEWASKAN NORHAWATI ABDUL RAHMAN !

LUBUK MERBAU DILANDA TSUNAMI

HE!HE!HE! Berita panas menyambut idilfitri. Dua orang tokoh PAS
iaitu YB Zainuddin dan Ustaz Jamaluddin nampaknya gagal menghalang hasrat DAP meletakkan calon mereka iaitu Norhawati binti Abdul Rahman.

Aku dengar menyuarat Pakatan Padang Rengas bertukar jadi api yang marak menyala. Masing masing nak jadi calon. Inilah yang dikatakan
' Pakatan '.

Kalau orang UMNO tidur lagi aku tak taulah. ALLAH dah buka jalan. Terserah samada nak masuk ke tidak.

Memang ALLAH rahsiakan takdirNya tapi ALLAH suruh kita berusaha sebaik mungkin. Insyaallah kemenangan bersama kita.


MAT SABU PUKUL BLOGGER !


Korang ingat apa ? Pakai kerusi roda pun Mat Sabu mampu pukul orang.Teruk blogger kena balun. Blogger PAS pulak tuh..

Setengah mati blogger pertahan Mat Sabu berkaitan tuduhannya bahawa semua pasukan keselamatan yang bertugas dengan British adalah pengkhianat termasuk anak bini mereka. Manakala semua komunis adalah hero dan pejuang kebangsaan.

Tiba tiba Mat Sabu tak berani pertahan hujahnya. Mat Sabu kata dia tak ingat, tak boleh nak ulas.

He! He! He! Sia sia jer orang yang pertahan Mat Sabu. Dia sendiri tak berani pertahan diri.

Bodo punya Mat Sabu. Komunis bubar gerakan bersenjata mereka pada tahun 70an. Awal 70an tu ada lagi anggota pasukan keselamatan kita yang mati.

Kita merdeka tahun 1957. Kalau benar komunis nak bebaskan negara daripada British, mengapa hanya bubar pada tahun 70an ?

Pada juak juak PAS aku nak bagitaulah. Tahniahlah kerana pilih orang macam Mat Sabu jadi pemimpin. He! He! He! Pada aku Mat Sabu yang komunis.

Hebatlah jadinya. Komunis pimpin parti islam.


Saturday, August 27, 2011

MAJLIS KHATAN LIM GUAN ENG SELEPAS SYAWAL.



Pulau Pinang- 27 Ogos 2011. Pejabat Perhubungan PAS Pulau Pinang mengesahkan bahawa satu majli besar besaran akan diadakan di Pulau Pinang bagi meraikan upacara berkhatan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Encik Lim Guan Eng.

PAS beranggapan bahawa kesediaan Lim Guan Eng untuk berkhatan adalah hasil dakwah pemimpin PAS kepadanya. Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng belum bersedia untuk memeluk Islam.

Sementara itu sumber dalaman DAP menyatakan bahawa pengorbanan Lim Guan Eng ini adalah sebagai tanda terima kasih tidak terhingga DAP kepada Mat Sabu kerana telah ' menukar ' komunis yang membunuh pasukan keselamatan dan anak isteri mereka dalam Peristiwa Bukit Kepung sebagai pejuang kemerdekaan.

Manakala para anggota keselamatan ini dikatakan pengkhianat negara dan wajib dibunuh. Kejayaan Mat Sabu menyerang institusi pertahanan negara ini dipercayai akan mengukuhkan kasih antara PAS dan DAP.


Thursday, August 25, 2011

DR ASRI NI PENDAKWAH ISLAM KE PENDAKYAH KRISTIAN ?

BANYAK KENYATAAN MENGANGKAT GEREJA !

Aku faham ada banyak perkara Dr Asri tak puas hati. Bila JAIS tahan dia kerana berceramah tanpa permit, Dr Asri rasa sangat terhina dan ' wibawanya ' sebagai ulamak tersohor tercalar.

Dalam isu Gereja Damansara Utama nak kristiankan orang Islam nampak sangat Dr Asri mengikut menekan JAIS. Alasannya ialah susah sangat nak dapat bantuan zakat.

Dr Asri jangan ingat semua orang jahil. Bukan zakat sahaja bantuan untuk orang Islam. Jabatan Kebajikan Masyarakat, ADUN di mana orang berkenaan tinggal dan banyak lagi.

Kerajaan Selangor yang ' amat prihatin soal kebajikan ' dah 4 tahun memerintah, tak kan tak de bantuan boleh diberi?

Lagipun Dr Asri ' wajib ' bagitau umum bahawa ibu tunggal anak tiga itu tinggal di rumah sewa tahap mana. Berapa ribu sewaannya? Mewah atau susah cara hidupnya ?

Ibu tunggal ini tinggal di rumah yang disewa hampir 2000 ringgit . Dia juga ada kenderaan dan aku dengar ada kerjaya.

Adilkah Dr Asri untuk bila bukak mulut jer sebut kelemahan pengurusan agensi Islam ? Atau Dr Asri fikir hanya dia yang layak jadi kepala baru segalanya akan jadi baik ?

Sesekali duduklah bermuhasabah Dr. Tiada sesiapapun sempurna selepas Rasullullah walaupun ada orang sentiasa ' rasa begitu '.


RAKYAT KELANTAN CALON DAP LUBUK MERBAU !



Aku pernah berjanji untuk memberikan maklumat lanjut tentang calon calon DAP di DUN Perak pada PRU 13 nanti. Maka adalah yang mengatakan aku fitnah, mereka reka cerita.

Mereka ini adalah totok PAS yang sentiasa diberi keyakinan oleh pemimpin mereka bahawa PAS akan terus dihormati dan diberi kepercayaan oleh DAP.

He! He! He! Jangan mimpilah PAS. Baiklah korang bersedia. Korang akan disisih macam daun kari dalam gulai sembilang. Untuk korang nanti DAP dah sediakan perangkap.

Mat Sabu, imam besar PAS akan bertanding di kerusi Ipoh Barat menggantikan Kula yang dianggap telah derhaka. Mat Sabu dijangka dan dijamin menang.

Itu jer satu. Korang kena korbankan 4 kerusi PAS kepada calon Melayu DAP. Untuk Lubuk Merbau calonnya ialah seorang wanita yang berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Padang Rengas.

Calon ini sedang giat menggerakkan penambahan ahli DAP dan sedang berusaha menawan pengundi Melayu. Aku dah kira calon ini akan dapat 60% undi Cina , 10 % undi India dan merosot undi pembangkang khasnya PAS sebanyak lebih 40 %.

Dia akan kalah, insyaallah. Tetapi DAP menang dalam menjahanamkan maruah PAS !


Monday, August 22, 2011

NUAR BRAHIM BALUN PUNGGUNG ORANG, NAJIB PULAK NAK KENA BICARA !



KALAU INIPUN DIKATAKAN SISTEM KEHAKIMAN BERAT SEBELAH, AKU TAK TAULAH. BERTAHUN MENUNGGU, PULUHAN KALI TERTANGGUH DAN PELBAGAI TOHMAH DITERIMA MANGSA, HARI
INI NUAR BRAHIM TELAH BERCERAMAH SELAMA HAMPIR DUA JAM DALAM KANDANG.

TAK ADA SATU FAKTA PUN YANG DAPAT MENJAWAB MENGAPA AIR MANI NUAR ADA DALAM DUBUR SAIFUL. TAPI APA NAK BUAT, TAK ADA SESIAPA BOLEH BERTANYA.

HE! HE! HE! LAWAK SETENGAH MATI. TIBA TIBA DS NAJIB SUAMI ISTERI AKAN DIPANGGIL KE MAHKAMAH DAN MENGHADAPI PERBICARAAN.

APA KATA AZIZ BARI ?


Sunday, August 21, 2011

CALON MELAYU DAP PERAK DIKENALPASTI !

NIZAR MELAMBAI DALAM TANGISAN.

Apa yang cuba Pakatan sembunyikan selama ini akhirnya terdedah juga.
Cakap cakap tentang keretakan dalam hubungan PAS - DAP pada mulanya sekadar kocak kocak dalam cawan. Sekarang ni dah jadi ombak besar.

HE! HE! HE! Selama ini PAS adalah jugak bercakap perkara berkaitan agama dalam ceramah tetapi sejak berjaya digoda oleh DAP , PAS jadikan tokoh tokoh DAP sabagai subjek utama dalam ceramah mereka.

Maka PAS pun menjadi sangat kagum terhadap diri mereka sendiri kerana berjaya dimainkan oleh DAP. DAP yang selama lamanya dilatih untuk tidak menghormati Melayu Islam telah berjaya menjadi pelakon yang cukup hebat.

Bila Nizar diangkat menjadi MB Boneka di Perak, PAS serahkan seluruh jiwa raga mereka kepada DAP.

Malangnya nasib PAS ! Setengah mati masuk kampung keluar kampung membina persepsi baru terhadap DAP, tiba tiba DAP buat terkejut pulak.

DAP telah melatih beberapa orang peguam muda yang bertugas di firma guaman DAP untuk menjadi calon pada PRU 13. Ini berasaskan andaian bahawa DAP akan menang majoriti DUN Perak dan mereka berhak menjadi MB.

Calon upahan mereka sudah pasti akan jadi lembu yang dicucuk hidung.

DS Nizar Jamaluddin ? Ngangalah...baru dia tau selama ini dia tak ada apa apa pun. Dia dipilih sebab dalam 6 orang yang menang PRU 12 dia yang kuat menyalak...

Bila sampai masa, suara dah hilang, dia akan ditambat di belakang rumah sebab tuan dia malu dia dah kurap...


Friday, August 19, 2011

NASRUDDIN HASSAN TANTAWI MAKIN BERKUASA !!

KETAKUTAN PIMPINAN TERTINGGI PAS BERASAS !


Sewaktu Mat Sabu dimenangkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lalu, pimpinan tertinggi PAS sebenarnya amat sedar bahawa Mat Sabu jauh daripada layak untuk diletakkan di situ.

Mat Sabu seorang yang tidak berilmu atau jahil selain diketahui akhlaknya yang amat rendah. Namun ada suara menyatakan bahawa Mat Sabu diletakkan di situ sebagai benteng bagi menahan kemaraan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Nasruddin Hassan Tantawi dilihat tidak langsung terpengaruh dengan cerita keramat Nik Aziz. Bahkan beliau selesa berbeda pandangan dengan Mursyidul yang seakan menjadi ' dewa ' kepada sebahagian pemimpin dan ahli PAS.

Aku menjangkakan kemaraan Nasruddin tak dapat disekat lagi. Beliau mempunyai jentera yang setia dan bijak. Aku nak bagi contoh kat korang.

Baru baru ini seorang askar Nasruddin, Termizi Md Din yang juga AJK Pemuda Gombak telah menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah.

Dalam tazkirah itu Termizi telah mengingatkan

1. Puasa bukan petanda takwa

2.Orang yang makan harta rakyat sudah pasti tak bertakwa. Ini memang kenyataan berani mati menghentam pimpinan PAS. Siapa lagi yang makan harta rakyat selain PAS.

Puluhan tabung dilancarkan sedangkan tak pernah sekalipun pengumuman jumlah kutipan dibuat. Tabung Memali sebagai contoh, hingga kini tak dapat diketahui jumlahnya.

Dalam masa yang sama pada setiap kali ceramah, kutipan 'jihad' dilakukan tak kira di mana ia diadakan.

3. Tak pasal pasal beliau memetik hadis Nabi tentang orang yang berpenyakit hati yakni waham. Adakah petandanya ialah orang berkenaan sangat cinta dunia dan amat takut kepada mati.

Semua orang boleh menduga bahawa kenyataan ini khusus ditujukan untuk menghentam Nik Aziz. Umum memang menyedari bahawa menjadi pantang Tok Nenek Nik Aziz jika beliau dikatakan mengidap penyakit yang serius.

Jadi pada aku, halus mainan Tantawi ni. Cerdik juga politik dia. Kita pakat pakat tunggu tengok. Tak lama lagi aku rasa ada letupan baru akan berlaku dalam PAS !



Thursday, August 18, 2011

HANTU DI PEJABAT PENGHULU !!

SEDANG MENUNGGU USTAZ PAS UNTUK DIPULIHKAN...

Sebenarnya aku tak tau samada nak gelak atau nak marah. Yang pastinya aku malu bila lebai lebai PAS ni jadi bahan ejekan komunis Cina DAP.

Sebenarnya lebai lebai PAS ni jadi bahan olok olok jer. Aku tengok di pekan kecil tempat aku tinggal sekarang, lebai paling bising, paling celupar paling dapat perhatian cina cina DAP.

Nampak sangat lebai lebai ni jadi kuda. Tapi malangnya mereka ni tak sedar. Mereka rasa mereka benar benar hebat dan dihargai DAP.

HE!HE!HE! Kira kira macam Mat Sabulah...

Contoh kebodohan PAS yang DAP suka sangat ialah apabila mereka membesar besarkan kesilapan SPR. Memang matlamat DAP nak menyerang apa jua institusi yang ada kaitan dengan kerajaan UMNO/BN.

Cuma DAP cerdik. Dia tak menyerang sendiri SPR. Dia gunakan PAS.
Matlamatnya ialah bila orang kata bodoh, yang bodoh itu ialah PAS bukan DAP.

Sebagai contoh, sekarang ni di semua Pejabat Penghulu sedang dipaparkan senarai pengundi bagi suku kedua 2011. Orang boleh semak sebelum ianya diwartakan. Pergilah wakil parti atau orang perseorangan.

Pada masa ini kalau ada yang tak kena, boleh buat bantahan kepada SPR. Kemudian masa mengundi nanti setiap parti bertanding boleh letak counting agen dan polling agen. Boleh letak wakil parti masing masing.

Sebenarnya tak timbul soal penyelewengan, soal hantu. Pada aku yang hantunya PAS sendiri. Sebab itu banyak pusat rawatan mereka tumbuh merata rata. Kemudian pergilah kerana sebab apa sekalipun. Jawapannya pasti sama , hantu atau jin.

HE!HE!HE! Tok bomohnya bila sakit masuk hospital !


Wednesday, August 17, 2011

PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI ?

NUAR BRAHIM DIDAPATI TERLIBAT !

Kerana mangsa adalah seorang wanita Melayu manakala pembunuhnya pula ialah peguam India, maka pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama kakitangannya serta perbicaraan mereka hampir tidak dipedulikan.

Atas asas itu juga ramai yang tidak menyedari bahawa pembunuh yang membunuh jutawan kosmetik Melayu tersohor itu telah dibela oleh peguam bela yang sama membela Nuar Brahim Peliwat.

Dengan yang demikian, Manjeet Singh Dhillon peuam bela yang amat setia kepada Nuar Brahim telah menggunakan kaedah yang sama sewaktu membela pembunuh jutawan wanita Melayu ini.

Manjeet Singh bukan sahaja membela India Pembunuh itu tetapi dalam masa yang sama sentiasa berusaha menimbulkan kebencian terhadap sistem kehakiman.

Manjeet Singh sentiasa berusaha untuk menunjukkan pasukan pendakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan kepincangan. Polis juga turut dipalit sebagai melakukan siasatan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku dari awal lagi menjangkakan bahawa sepanjang tempoh perbicaraan ini yang akan dibicarakan bukan India Pembunuh Yang Kejam tetapi institusi yang berkaitan dengan kerajaan.

Bahkan aku percaya jika yang mati itu India manakala yang membunuh itu Melayu, kita akan lihat seluruh dunia berkabung dan memberi sokongan.

Bagaimana agaknya nasib anak cucu kita ? Menjadi Melayu Hina di bumi sendiri !


PETUNJUK 17 RAMADHAN !

PAS SOKONG SESIAPA NAK MURTAD !

Sekali lagi kita dapat perbaharui kesedaran bahawa kuasa ALLAH tiada siapa atau apapun dapat mengatasinya. Kita boleh merancang dan berikhtiar tetapi hasil akhirnya adalah ketentuan ALLAH jua.

Hari ini aku terbaca kenyataan Khalid Samad dalam akhbar edaran PKR edisi terbaru. Khalid adalah antara JK PAS yang paling banyak bercakap.

Khalid mungkin tidak mempunyai sebarang niat apabila mengatakan bahawa Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali sebenarnya langsung tidak tahu menahu berkaitan serbuan JAIS ke sebuah gereja di Selangor.

Kalau Dr Hassan tau pasti beliau akan melarang serbuan JAIS sebaliknya akan membiarkan umat Islam dikristiankan.

Khalid juga menyebut bahawa Putrajaya yang arahkan supaya umat Islam diselamatkan dalam gereja tersebut.

Ulasan aku ialah mudah jer. Ini semua kehendak ALLAH. Korang yang bercakap tentang Islam pagi petang siang malan, bila ada cabaran terhadap Islam lari kelam kabut.

Kemudian, nampaknya PAS sendiri setuju dan iktiraf usaha UMNO pertahankan Umat Islam berbanding PAS yang hanya berebut nak bercakap.


Tuesday, August 16, 2011

IKRAR YANG BUAT PAS LONDEH KAIN UNTUK DILIWAT DAP !

MUDAH JER MARUAH PAS TERGADAI..

HE! HE! HE!

Aku yakin kenyataan terbaru Lim Guan Eng ini amat menyentuh hati pimpinan dan ahli PAS. Aku tentunya ia jadi bahan perbualan pemimpin PAS sehingga ada yang termenangis, terharu atas keikhlasan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng kata sebagai respon kepada jemputan Nazri Aziz agar DAP menyertai BN. Melompat Guan Eng kata bahawa DAP akan tetap berdiri teguh bersama PAS dan PKR.

Aku yakin sangatlah bahawa PAS kepada DAP sebenarnya tiada apa apa. Kalau tengok 11 bulan di Perak, Nizar Jamaluddin benar benar dibuat macam budak suruhan DAP.

Disuruh duduk...duduk, disuruh berdiri...berdiri. Setiap soalan samada dari pihak media mahupun rakyat hanya boleh dijawab setelah izin Ngeh Koo Ham.

DAP hanya gunakan PAS sebagai pahat bagi membelah orang Melayu.Bila orang Melayu berpecah belah maka mudahlah mereka mengatur strategi merampas kuasa.

Jadi bila PAS dengar ikrar Lim Guan Eng, seronoklah mereka. Mereka rasa memang benar mereka berharga. Tengoklah PAS akan buat apa sahaja untuk balas kasih DAP termasuk menjual agama.

Lepas ini kita tunggu tengok, Lim Guan Eng akan jadi tokoh yang lebih mulia bagi PAS berbanding Nik Aziz sendiri.


Monday, August 15, 2011

MAK AII !! KUATNYA ONANI !!!

GADIS BIMBANG RAKANNYA KUAT ONANI...

Semalam aku baca ruangan soal jawab Dr. bersama Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain yang tersiar dalam Mingguan Malaysia.

Seorang pembaca mengadu berasa bimbang kerana rakannya begitu kuat melakukan onani. Hampir setiap hari rakannya melakukan onani sehingga buah dadanya menjadi kendur.

He!He!He!

Dr ini menjawab ada banyak sebab mengapa perlakuan ini dilakukan.

1. Manusia khasnya remaja sangat ghairah mahu mencuba sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan.

2. Seseorang yang sukan berkhayal dan berfantasi juga mungkin terjebak.

3. Pengaruh dadah dan alkohol juga mungkin jadi punca.

Cara paling utama yang disarankan oleh Dr ialah dengan berfikir secara positif. Sedari potensi yang dimiliki. Gunakan fikiran secara rasionak kerana hanya kemampuan berfikir rasional akan mengubah keadaan.

Elok jugak sesekali kita bincang perkara macam ini. Ada orang anggap ianya malu tapi untuk tujuan pendidikan aku rasa ia wajar dibincangkan.

Dr ini tidak melihat dari sudut agama tapi kita semua tahu apa sahaja bertentangan dengan tabii adalah dilarang. Termasuk juga seks luar tabii macam Nuar Brahim tu...


Sunday, August 14, 2011

BAKHILNYA NIK AZIZ,,,

HINA ORANG SUSAH SEMPENA RAMADHAN !

Aku tak taulah apa dah jadi dengan lebai ni. Kalau nak kata jahil dah diangkat jadi Mussyidul Am. Kalau nak kata koman, dah
lebih 20 tahun jadi Menteri Besar,

Semalam Nik Aziz merungut sebab ramai sangat orang mintak sedekah dan mohon simpati termasuk kepada dirinya.

" Kalau datang mintak di rumah saya, duit poket sayalah kena keluar. Kalau datang ke pejabat, boleh guna duit kerajaan negeri ". Kalau didengar orang, buruk sangat bunyinya.

Yang aku heran, PAS sentiasa ada tabung, mintak merayu kepada penyokong mereka. Lepas satu...satu tabung dilancarkan. PAS pusat tabung lain. PAS kawasan tabung lain.

Aku rasa , parti paling banyak mintak sumbangan di dunia ialah Parti PAS. Tak banyak sikit jejas juga imej Islam sebab PAS guna nama Islam.

Tak dengar pulak Nik Aziz merungut yer...

Sahabat dulu berhabis harta benda kerana Islam, Nik Aziz baru orang mintak sedekah dah merungut.

HE! HE! HE!


Friday, August 12, 2011

PAS AKUI PERJUANGAN ISLAM UMNO /BN

KHALID SAMAD BALUN NIK AZIZ SEMPENA RAMADHAN.

Aku rasa antara orang yang paling tak bahagia Ramadhan ini ialah Mussyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Banyak kesukaran yang beliau hadapi sebab ada banyak benda pelik berlaku.

Antara yang paling luarbiasa ialah apabila JAIS membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Selangor yang didapati sedang mempengaruhi umat Islam agar memeluk Kristian.

Pelik sebab Nik Aziz selama ini bercakap di seluruh negara betapa PAS telah berjaya melakukan dakwah sehingga ramai orang ' minat ' kepada Islam. Tiba tiba yang berlaku ialah orang Islam minat nak tingalkan Islam.

Lebih pelik lagi ianya berlaku di sebuah negeri yang dikuasai Pakatan. Lebih menarik bila isu yang sepatutnya menyatukan umat Islam ini sebaliknya bukan sahaja meretakkan lagi umat Islam bahkan meretakkan pimpinan PAS sendiri.

Terkini kenyataan Khalid Samad benar benar meludah muka Nik aziz, Katanya tindakan JAIS mahu menyelamatkan umat Islam adalah kesan didikan UMNO/BN.

Maknanya tak benarlah bila selama ini Nik Aziz mengatakan PAS akan bubar jika UMNO perjuangkan Islam. Selama ini rupanya PAS yang tak nak kepada Islam sebenar. Selama ini Nik Aziz hanya cakap sahaja tentang Islam tapi perasaan, pemikiran dan perlakuan sangat jauh menyimpang.

Aku tak tau apa akan jadi pada PAS di masa depan. Tapi hati kecik aku kata, PAS dah tinggal nama. Yang lain lainnya menunggu masa nak roboh, ghuyub menyembah bumi.


Wednesday, August 10, 2011

TERLALU ASYIK MENGOREK...

SEHINGGA TAK SEDAR APA BERLAKU.

Itulah. Mabuk dengan kekayaan segera yang mudah. Dapat jer kerajaan, Pakatan pembangkang pakat korek pasir di mana mana yang ada peluang.

Terlalu sangat asyik menghabiskan khazanah alam yang percuma menyebabkan Kerajaan Pakatan tidak menyedari apa yang berlaku dalam kalangan rakyat.

Rupanya ada lagi rakyat Selangor yang hidup melarat sehingga terpaksa menerima bantuan gereja untuk menyambung hidup. Tak usahlah Dr Asri nak tolong Kerajaan Pakatan dengan letakkan salah kepada JAIS.

Susah senang rakyat Kerajaan wajib tau. Tambahan pula dah jadi negeri dan negara kebajikan. Banyak sangat janji pembangkang masa nak pilihanraya. Jika mereka mampu tunaikan sebahagian daripadanya, pasti tak ada rakyat melarat.

Kemudian, kita tengok pulak peranan parti yang menjadi kerajaan. PAS,DAP dan PKR. Kata sangat prihatin. PAS selalu kutip duit untuk kononnya bantu orang Islam yang susah.

Akhirnya orang pun tak tau mana pergi kutipan yang dibuat. Kesimpulannya aku nak bagitau Pakatan, mentadbir negeri dengan mengkritik pentadbiran orang lain bukan sama.

Kalau setakat nak naik pentas, buat penilaian dan analisis sebenarnya Mahfuz Omar pun pandai. Tapi bila dah dapat negeri baru tau susah senangnya...



Tuesday, August 9, 2011

CENANGAU & MANJUNG MARI DERHAKA !

HE! HE! HE!


Gamaknya ini Ramadhan akhir kot sebelum PAS dibubarkan dan ahlinya akan berbondong bondong menyertai DAP. Tanda tanda PAS nak hancur dan makin jelas dan nampak satu persatu.

Hari ini aku baca dua blog penting PAS. Cenangau dan Manjung Mari.
Cenangau kecewa dengan kebodohan Mat Sabu. Sistem kerja dan kaedah yang digunapakai sehingga seseorang itu layak mengundi pun Mat Sabu tak tau.

Maknanya selama ini orang PAS kena tipulah. Pulun kempen untuk Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, dah menang baru sedar tokoh yang dipilih bodoh orangnya.


Manjung Mari pula nyatakan kekecewaan kerana kenyataan Ketua Pemua tidak selaras dengan pihak tertinggi dalam isu serbu gereja.
Kononnya Pemuda begitu tegas mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Pada aku semua ni wayang.Ini semua drama bagi membantu DAP merampas Sabah dan Sarawak yang majoriti pengundinya adalah Kristian.

Nantilah...aku perincikan...


Monday, August 8, 2011

TAK PAYAH KE MASJID !

UNTUK LIHAT KEBESARAN ALLAH.

Antara perbezaan ketara Agama Wahyu dengan agama ciptaan manusia ialah Islam tiada tempat tertentu untuk menjadi ' gelanggang beragama'.

Tingkahlaku di masjid harus selaras dengan tingkahlaku di pasaraya, pemikiran di surau harus sejajar dengan pemikiran di pentas politik.

Maknanya seorang Islam yang tertib sewaktu mengimamkan sembahyang tetapi celupar dan tidak beradab semasa berceramah, harus duduk mengkaji diri.

Inilah cantik dan indahnya Islam. Demikian juga dengan banyak peristiwa yang berlaku akhir akhir ini. Sebagai contoh isu serbuah ke sebuah gereja oleh JAIS bagi menghalang usaha memurtadkan umat Islam.

Ini sebenarnya isu maruah yang merangkumi seluruh maruah umat Islam. KIta sewajarnya sanggup syahid kerana mempertahankan saudara saudara kita.

Tapi korang tengok apa yang berlaku :-

Haji Hadi kata ini semua mainan politik UMNO/BN yang nak tutup isu pilihanraya yang tidak bersih. Tak ke bodoh punya kenyataan. Yang serbu JAIS, yang arah Hassan Ali, Yang buat program ialah penyokong Pakatan, yang dikatakan salah UMNO.

Inilah kebesaran ALLAH yang aku maksudkan. Bila kita ria' dan takbur sampai melampaui batas, akhirnya ALLAH hukum kita dengan sesuatu yang menjatuhkan ' harga diri dan maruah kita '.

Aku yakin kenyataan Haji Hadi ini bukan saja mengejutkan orang biasa tapi puak puak PAS sendiri pun melompat dengan kebodohan Hadi.

Kebesaran ALLAH yang ketara lagi ialah kenyataan Nik Aziz. Dia langsung tak berani nak komen sebaliknya hanya kata, ' kita kawan ni sempena Ramadhan ni usahlah ada masalah ".

Maknanya Nik Aziz bagi jaminan kepada Kristian buatlah apa pun termasuk kristiankan orang Islam, beliau tidak akan ganggu. Sebaliknya beliau akan tetap berbaik baik khasnya sempena Ramadhan.

Kalau ada orang kritik atau marah kepada usaha murtadkan orang Islam, Nik Aziz akan pastikan pihak itu yang dilihat dan didapati bersalah.

Tu dia... ALLAH Ta'ala punya kuasa. Korang duduk menung depan komputer pun dapat menghayati kebesaran Tuhan. Kalau lebih lebih sangat macam Hadi dan Nik Aziz, akhirnya ALLAH sesatkan mereka sesesat sesatnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...