Wednesday, August 10, 2011

TERLALU ASYIK MENGOREK...

SEHINGGA TAK SEDAR APA BERLAKU.

Itulah. Mabuk dengan kekayaan segera yang mudah. Dapat jer kerajaan, Pakatan pembangkang pakat korek pasir di mana mana yang ada peluang.

Terlalu sangat asyik menghabiskan khazanah alam yang percuma menyebabkan Kerajaan Pakatan tidak menyedari apa yang berlaku dalam kalangan rakyat.

Rupanya ada lagi rakyat Selangor yang hidup melarat sehingga terpaksa menerima bantuan gereja untuk menyambung hidup. Tak usahlah Dr Asri nak tolong Kerajaan Pakatan dengan letakkan salah kepada JAIS.

Susah senang rakyat Kerajaan wajib tau. Tambahan pula dah jadi negeri dan negara kebajikan. Banyak sangat janji pembangkang masa nak pilihanraya. Jika mereka mampu tunaikan sebahagian daripadanya, pasti tak ada rakyat melarat.

Kemudian, kita tengok pulak peranan parti yang menjadi kerajaan. PAS,DAP dan PKR. Kata sangat prihatin. PAS selalu kutip duit untuk kononnya bantu orang Islam yang susah.

Akhirnya orang pun tak tau mana pergi kutipan yang dibuat. Kesimpulannya aku nak bagitau Pakatan, mentadbir negeri dengan mengkritik pentadbiran orang lain bukan sama.

Kalau setakat nak naik pentas, buat penilaian dan analisis sebenarnya Mahfuz Omar pun pandai. Tapi bila dah dapat negeri baru tau susah senangnya...



7 comments:

Anonymous said...

hang tau fitnah sahaja luncai. Tugas utama pencacai umporno

Anonymous said...

Mereka tiada asas. Mereka hanya ada nafsu dan keghairahan. Natijahnya , mereka terperangkap dalam emosi mereka.

Anonymous said...

Tugas pencacai Pas pulak ialah sokong apa saja yang diarahkan oleh DAP.
Kalau tak sokong tak dapat kerusi pulak.

Pas jual agama untuk dapat kerusi.

Anonymous said...

sapa yg perintah msia ? UMNO bukan DAP. jadi apa yang UMNO buat untuk pertahan agama selama berkuasa.

shamsulS2 said...

Pada Pendapat Saya:-

UMNO mempertahankan kesucian dan maruah agama Islam tetapi mendapat tentangan daripada pihak PAS seperti dalam isu penggunaan nama Allah, seperti penggunaan nas-nas Al-Quran dan hadis oleh orang non-muslim dalam ceramah politik dan lain-lain peristiwa lagi yang telah terjadi.

Anonymous said...

kena la tahu bab penggunaan nama Allah atau isu lain berkaitan agama. yang berkuasa UMNO bukan PAS, fikir la sendiri.

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

Sudah terang lagi bersuluh apabila UMNO/BN hendak mengambil atau sudah mengambil tindakan terhadap pihak yang telah melanggar undang-undang syarie akan ada tentangan dan komen-komen serta campurtangan dari pihak pembangkang yang bertulang belakangkan orang Melayu yang beragama Islam.

Hitam dikatakan putih , putih dikatakan kelabu.

Kita tak boleh "fikir sendiri" jika kita masih mengamalkan cara hidup "in denial".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...