Saturday, May 29, 2010

TPM 2 - SAH , NUAR BRAHIM DUA ALAM

Aku sikitpun tak terkejut dengan berita akhbar bahawa Nuar Brahim janji Timbalan Perdana Menteri kepada DAP. Dulu sebelum PRU 12 aku dengar dengan mata kepala aku sendiri Nuar Brahim buat janji yang sama.
Kepada pengundi Cina Nuar Brahim bukan sahaja janjikan jawatan TPM tetapi dia juga janjikan jawatan Menteri Besar, Pengarah Pelajaran , Ketua Setiausaha Kementerian dan banyak lagi.


Dia kata ada ramai penjawat awam memegang jawatan bukan kerana kelayakan tetapi kerana mereka Melayu. Manakala ada ramai Cina yang layak tidak berpeluang kerana mereka Cina. Inilah dasar kejam dan zalim BN yang akan diubah , katanya. ( Kenyataan ini dibuat di Kampong Station- Kuala Kangsar )


Kemudian Nuar Brahim bercakap pulak kepada pengundi Melayu di Lubuk Merbau. Dia kata hati hatilah dengan dasar BN. Selepas ini ada banyak jawatan orang Melayu akan diserahkan kepada Cina dan India, misalnya Pegawai Daerah dan Pengetua di sekolah sekolah.


Jadi apa nak herankan. Hari yang sama , masa yang hampir sama , tempat yang berbeza Nuar Brahim boleh jadi sesumpah. Pusing cakap. Jadi terima kenyataan. Jangan marah Nuar Brahim. Memang dunia dah tau, Nuar Brahim dua alam. Biarkan dia bercakap. Makin banyak dia bercakap makin banyak dia menghapu.

Friday, May 28, 2010

PENIPU RUPANYA MAMAT NI..

Aku baca Harakahdaily.net. Sebenarnya tak sengaja. Aku mintak maaflah pada kawan kawan sebab secara tak sengaja terbaca laman penipu ni. Walaupun dah tahu penipu, tapi oleh kerana kenyataan dibuat oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi aku jadi confuse pulak.

Aku pun antara percaya dengan tidak, terdorong untuk mengikuti kenyataan tersebut yang lebih kurang berbunyi " Pemuda PAS akan menjalankan kempen seluruh negara bagi mendidik masyarakat menjauhi judi. Ahli Pemuda PAS akan berada berhampiran semua premis judi seluruh negara bagi mengedarkan risalah kempen ".

Dua hari aku tunggu di depan Magnum. Lepas Magnum pergi Sport Toto. Haram. Batang hidung pemuda PAS pun tak ada. Aku punyalah teruja nak tumpang berkempen. Sampai ke sudah tak ade.

Inilah kesan peralat agama untuk politik. Akhirnya ALLAH tunjukkan siapa benar siapa salah. Kalau harap serbanje tapi cakap tak betul, tetap juga penipu di sisi Tuhan. Bertaubatlah.

Wednesday, May 26, 2010

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH T MOHAN

Selepas PRU 12 , ini adalah masa yang pada aku amat bermakna, amat berharga. Adalah masa masa yang lain yang juga bermakna. Nanti nampak macam kufur nikmat pulak. Biarlah PAS je yang kufur nikmat, UMNO kena maintain akhlak dengan ALLAH TAALA ni.

Aku tak peduli Veel Paari. Dia ni bukan tau apa pun. Nasib dia baik sebab bapak dia Samy Veloo. Kalau tidak cari besi buruk je tahap dia. Sebab itu tambi ni boleh keluarkan kenyataan bodoh macam tu.


Yang aku nak tabik dan ucap terima kasih ialah kepada T Mohan Ketua Pemuda MIC. Bila dia kata nak timbang keluar BN aku rasa macam nak melompat. Punya seronok aku. Kawan kawan aku yang UMNO yang tak UMNO datang ke rumah aku bawak pisang, ada yang bawak karipap. Semua seronok sangat. Maklumlah , kalau MIC keluar BN maknanya biawak yang UMNO dukung selama ini semacam dah terlepas.


Cuma aku nak rayu T Mohan . Tolonglah jangan timbang. Tolonglah. Keluarlah.Keluar. Banyak sangat kudis kurap yang MIC timbulkan selama ini. Keluarlah. UMNO boleh berdikari. UMNO ada maruah. Orang Melayu yang lari selama ini akan kembali bersama UMNO jika MIC keluar.


Satu lagi aku nak rayu pimpinan UMNO. Jangan marah MIC. Jangan pulak nak pujuk. Sikap pimpinan UMNO kali ini akan menentukan sikap penyokong setia UMNO. Kalau pimpinan bertegas aku percaya penyokong yang di bawah akan bangga dan bekerja setengah mati untuk kembali kuatkan UMNO.


Kepada peniaga pisang juga aku nak rayu. Bersedialah Jumaat ni. Kalau MIC keluar UMNO aku yakin ada ramai orang hantar pisang ke masjid termasuklah aku. Alhamdulillah.

Tuesday, May 25, 2010

PAS DITIMPA BALA

Secara tergesa gesa Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS pusat mengadakan sidang media. Idris Ahmad menyatakan bahawa keputusan untuk ahli bukan Islam PAS mengundi bagi memilih pimpinan PAS belum dimuktamadkan kerana perlembagaan parti perlu dipinda terlebih dahulu.


Menurut sumber, persefahaman yang dicapai bersama Pakatan dalam isu ini ialah PAS perlu menggugurkan perkataan ' ISLAM ' pada nama parti tersebut sebelum rancangan ini dilaksanakan.


Sumber ini juga mengatakan bahawa percubaan Pakatan untuk meniru konsep Barisan Nasional hanya mendatangkan impak minima dan tidak cukup untuk merealisasikan percubaan menobatkan Lim Kit Siang di Putrajaya.


Sumber yang tidak mahu namanya didedahkan juga menyatakan bahawa satu Jawatankuasa Khas akan dibentuk bagi tujuan mengkaji perkara ini di samping mencari dan mengumpulkan nas nas daripada Al Quran dan Hadis serta pandangan ulamak bagi mewajarkan pelaksanaan pendekatan baru PAS ini.


Saya percaya bahawa apa yang berlaku ini adalah bala yang ALLAH turunkan sebagai kifarah kepada segala penyelewengan yang PAS lakukan selama ini. Walaupun saya tidak percaya percaya kepada PAS, tapi saya juga sukar tetapi terpaksa percaya bahawa ada masa ketikanya kerana kuasa orang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama.

Monday, May 24, 2010

PAS SEMAKIN SESAT

PAS sedang menuju ke arah mengubah perlembagaan bagi membolehkan bukan Islam menjadi calon parti berkenaan dalam pilihanraya umum akan datang. Pelik ke kenyataan ini ?
Tak pelik langsung sebab aku dah tau dah bahawa sebenarnya akan sampai masa PAS pasti berkubur.


Sebab itu aku dari awal lagi menasihatkan kawan kawan bahawa sebenarnya adalah satu dosa bagi orang Islam untuk menjadi ahli, menyokong atau mengundi PAS. Bukan kerana ia sebuah parti tapi kerana ia menjual agama.


Terbaru Haji Hadi kata membuka pintu kepada orang Islam adalah sunnah. Rasullullah melaksanakan pendekatan ini semasa di Madinah. Ini jugalah manusianya yang satu ketika mengatakan berkawan dengan orang kafir adalah kafir dan darahnya halal atau boleh dibunuh.


Aku nak mintak Jabatan Agama Islam banyak negeri yang baru baru ini mengatakan nak siasat pengikut Asaari Mohamad kerana dikatakan sesat, siasat juga PAS yang makin hari makin jauh lebih sesat daripada Al Arqam.


Aku nak mintak Majlis Fatwa dan Majlis Ulamak yang kononnya menjaga agama agar tampil menyatakan pendirian. Kukuh dan Jelas. Jangan biarkan hanya Tan Seri Harussani seorang sahaja sebab Harussani dikatakan boneka UMNO.


Apa yang berlaku bukan lagi persoalan politik. Apa yang berlaku adalah persoalan maruah dan martabat agama. Akhir kalamnya nanti kita tiada apa apa pun selain Islam yang ALLAH anugerah kepada kita.

Aku percaya tiada sesiapapun dapat menjaga maruah dan martabat Islam selain kita. Aku percaya juga tiada siapapun berani secara terang dan nyata menghina Islam selain dari orang Islam sendiri yang telah ALLAH sesatkan. Siapa lagi selain PAS.

Sunday, May 23, 2010

BERJUANG DI LANDASAN DENGKI

Mulanya aku hairan juga. Tertanya tanya aku kenapa PAS begitu ghairah menunjukkan penentangan terhadap kelulusan lesen judi bola sepak dunia. Aku hairan kenapa perkara 4 tahun sekali ni jadi semacam gegak gempita negara dibuatnya.

Aku hairan kenapa judi magnum dan toto hari hari ada di Selangor dan Kedah tak pulak PAS bising. Alu mula terfikir ada ke judi yang halal macam di negeri yang aku sebut tadi.

Aku pun hairan apabila Pemuda UMNO Perak buat kenyataan lebih kurang sama macam PAS. Mimpi apa pulak Pemuda UMNO Perak ni. Sebenarnya UMNO selama lamanya mewartakan judi tak kira bila dan di mana adalah haram. Dah melambak orang Islam kena tangkap.

PAS je yang buat hukum bahawa yang haram adalah judi bola. Yang lain terutama di Selangor halal semuanya. Rupanya di akhir zaman ni ALLAH tak biarkan orang Islam keliru lama. Sekonyong konyong Ketua Pemuda PAS Pusat buat sidang media. ALLAH nak tunjuk.

Di akhir sidang media tu Mamat ni sebut lebih kurang " KAMI SYAK KELULUSAN LESEN JUDI KEPADA BERJAYA GROUP INI ADALAH LANGKAH BALAS BUDI KERANA BANTUAN YANG DIBERI KEPADA KERAJAAN DALAM BANYAK PILIHANRAYA ". Maknanya bukanlah kerana judi itu haram maka tentangan dibuat tetapi kerana Berjaya Group banyak tolong kerajaan.

Kesimpulannya apa yang diperjuangkan PAS ini bukanlah asas agama sebaliknya atas asas dengki . Itulah PAS.

ALHAMDULILLAH...ALLAH KURNIAKAN KITA NAJIB

Tak ada apa faedah pun yang aku dapat bila aku memuji DS Najib. Tapi aku tak boleh kufur nikmat. Aku anggap Najib ni ALLAH anugerahkan kepada kita rakyat Malaysia. Semakin clear aku. Semalam Najib mengulas tentang polemik baru dalam MIC.

Najib mintak supaya MIC segera buat pembetulan. Jika perubahan dianggap penyelesaian maka berubahlah.Najib langsung tak tunjuk reaksi marah atau kecewa padahal aku nampak sebarang polemik dalam mana mana parti komponen adalah pengkhianatan jelas kepada BN dalam keadaan sekarang.

MCA pun inilah masa nak jadi juara Cina. Letakkan kesalahan kepada kerajaan ( sebenarnya UMNO )apabila pengundi Cina tidak mengundi BN. Nak ugut UMNOlah sebenarnya.

Tenang Najib pada aku luar biasa dan aset kepada parti. Cuma aku harap pimpinan UMNO yang lain kenalah sama pemikiran dan sikapnya. Semua peringkat kena bagi sokongan kepada Najib. Ini masa krisis. Masa sukar. Orang UMNO kena solid.

Walau bagaimanapun dalam masa yang sama aku harap janganlah hendaknya tenang dan sabar Najib ni akhirnya diukur sebagai takut dan lemah. Sesekali kita kena tunjuk juga, tenang kita tenang bermaruah.

Friday, May 21, 2010

Tahniah, SPRM

Mahkamah memutuskan rayuan Tan Boon Wah untuk menetapkan masa penyiasatan SPRM hanya boleh dilaksanakan pada waktu pejabat ditolak.

Aku bersyukur sangat dengan keputusan ini sebab sejak PRU 12 itu hari , aku nampak macam macam usaha dibuat oleh pihak pembangkang untuk menunjukkan betapa teruknya agensi agensi penguatkuasaan kerajaan.

Polis , SPRM memang sasaran utama diaorang. Isu sebenarnya bukan masa. Masa adalah alat. Matlamat mereka ialah nak tunjukkan kepada rakyat betapa teruknya agensi ini. Akhirnya mereka nak bagitau rakyat kerajaan kita teruk dan jadikan agensi di bawahnya sebagai alat untuk kepentingan sendiri.

Puak puak ni harap akhirnya kerajaan akan dibenci dan kalah pilihanraya. Ni dia target diaorang. Bila kerajaan tumbang, yang tumbang sebenarnya orang Melayu. Siapa akan naik ?DAP . Cina.

Jadi aku percaya keputusan mahkamah ini adalah pertolongan ALLAH kepada kita. Bersyukurlah.

Thursday, May 20, 2010

PEMUDA PAS BODOH..

Ada ramai orang bodoh dalam dunia. Tapi kebanyakan orang bodoh ALLAH anugerahi kelebihan lain misalnya rajin, tekun dan sebagainya.

Hari ini aku jumpa orang bodoh yang aku rasa ALLAH tak anugerah apa apa bahkan ada kemungkinan ALLAH sesatkan akan dia. Orang bodoh ini adalah Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Adake dia kata Menteri Besar Perak berpolitik kerana memberi perutusan sempena Hari Guru baru baru ini. Bodoh betuk Mamat ni.

Perutusan itu adalah perutusan Menteri Besar, Ketua Kerajaan di Perak. Itu bukan perutusan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Macamana Pemuda PAS pilih pemimpin, sama sama bodoh kot ..?

Tuesday, May 18, 2010

SYABAS TAIB MAHMUD

Kalau aku ada di Sarawak sekarang aku akan jumpa Taib Mahmud Ketua Menteri. Betul. Aku akan salam dan cium tangan dia. Dewan Negeri hari ini menggantung dua orang ahli Dewan pembangkang kerana hina Dewan.

Tahniah. Baru sehari kalah Taib Mahmud tunjuk kuasa dia. Taib Mahmud tak macam pemimpin UMNO yang hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Aku rayu pimpinan UMNO tirulah Taib Mahmud. Masa ada kuasa, kunakan kuasa yang ada. Rakyat khasnya umat Melayu amat bangga.

Aku rayu Taib Mahmud jangan termakan desakan supaya letak jawatan. Umat Melayu perlu orang macam Taib Mahmud untuk berjuang demi maruah Umat Melayu. Teruskan Taib. Aku yakin ramai orang sebak dengan keberanian yang ditunjukkan.

ROMBAKAN KABINET



Tak payah analisis . Tak payah nak sayu sayu. Ini masa bertindak. Jangan mintak akar umbi je berubah. Pucuk pimpinan macam mati pucuk . Orang mati pucuk je yang rendah harga diri. Biar PAS je yang bacul. Pimpinan UMNO jangan jadi bacul macam PAS.

Negara Tanah Melayu ni amanah ALLAH kepada kita UMNO. Jangan langgar amanah ini. Takdir kepada kita ini sangat istimewa tetapi juga jadi beban. Mesti ada keberanian. Aku dah kaji. Aku dah lihat akar umbi sedang tunggu. Tunggu untuk sama berpencak atau untuk lari. Lebih baik tak ada team daripada berada dalam team yang lembik.

Korang kat atas mungkin tak ada apa apa sebab korang tak rasa susah senang nak jaga cawangan. Nak jaga orang kampung dalam keadaan apa benda pun tak pernah dapat. Aku dan kawan kawan tak rasa apa sebab bangga jadi anggota pasukan UMNO yang berkuasa.

Sekarang ada orang nak ngaku ahli UMNO pun malu. Nak pasang sticker pun takut sebab UMNO betul betul lemah.

Akar umbi tengah tunggu apa pucuk pimpinan nak buat. Aku nak bagi cadangan rombak kabinet. Buang semua menteri dan Timbalan Menteri Cina sehingga mereka dapat balik undi Cina ni.

UMNO jangan takut. Aku yakin kalau buat berani begitu ahli UMNO akan naik sheikh balik. Ini dah down sangat ni. Semua pimpinan UMNO mesti dipanggil semula. Beri tugasan. Beri amanah . Jawatan nak kerja tak nak, macamana ?

Berpuluh kali kursus di Janda Baik. Apa hasil ?

Terima kenyataan, kita tak boleh dan tak ada kuasa nak ubah Cina. Tapi kita ada kuasa ubah Melayu atau ahli UMNO.

Pucuk pimpinan keluar belanja sikit. Tubuh pasukan yang ikhlas buat kerja menyusun semula strategi dari A - Z. Strategi mesti bercapah. Bangunkan Melayu dan ajar Cina. Jom. Jangan tunggu sampai dah nak mati baru nak berubat.

Percaya kepada aku. Kalau pucuk pimpinan tunjuk berani, akar umbi 60 kali ganda beraninya.

Monday, May 17, 2010

BOIKOT KEDAI CINA



Kalau Cina boleh tunjuk kuasa dia perbodoh Orang Melayu, mari kita tunjuk kuasa kita pulak.
Aku nak ajak korang jangan beli barang di kedai Cina kalau barang itu ada di kedai Melayu. Atau mamak. Atau India.

Jangan Cina. Jangan beli ikan dengan Cina. Jangan beli beras kedai Cina. Jangan beli gula kedai Cina. Jangan beli Harakah kedai Cina ( Ops silap - Jangan beli Harakah ).

Aku cabar Mufti atau Ulamak kecuali yang ada dalam PAS. Keluar fatwa tak boleh beli barang kedai kafir kalau ada kedai Islam. Masa dah sampai. Tolonglah untuk sekali ini kita ajar Cina. Tanpa Melayu mampuih dia tak boleh cari makan.

Perkasa - jom kita kempen. Kedai Cina mesti dianggap macam najis mughallazah. Sebutpun geli.

KENCING ATAS KUBUR



Aku pasti. Selepas keputusan PRK Sibu , aku dah nampak Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri atau boneka yang ikut telunjuknya. Aku boleh bayang Datuk Najib jadi Ketua Pembangkang. Anwar Ibrahim dalam jail. Nik Aziz dah nyanyuk . Haji Hadi bukak pondok di Selatan Thailand.

Orang Melayu hari hari buat demonstrasi. Satu kumpulan adalah 10 / 20 orang. Asrama penuh, MRSM penuh dengan Cina. Pegawai Tinggi Tentera dan Polis, Cina. Jangan cakaplah ' Di Raja ' akan menyelamatkan agensi ini. Agama pun PAS gadai , inikan pulak benda benda dunia.

Orang Cina dah solid. Orang Melayu PAS dah gila. Orang UMNO dan ' getik '. Sejak PRU 12 kerajaan yang ditunjangi UMNO ( Selepas ini disebut UMNO sahaja ) jadi 'bingung'. Macam orang kena jajah. Makin Cina tipu, makin banyak bagi Cina.

Petang tadi Muhyiddin umum kerajaan tetap tunai janji di Sibu. Selepas ini kalau ada pilihanraya lagi, tak payahlah BN terlibat. Siap je duit untuk Cina Cina tu. Tinggalkan Orang Melayu. Abaikan Orang kampung sebab orang kampung memang dah patah hati pun.

Dulu orang kampung bangga masuk UMNO sebab UMNO berkuasa. Sekarang orang tak sekolahpun dapat rasa UMNO macam perempuan tua yang tak diingini dan tidak mampu berbuat apa apa selain menanti ajal.
Aku tak putus asa nak ingatkan pemimpin UMNO. Tak payahlah nak tunjuk macam ' Hero Baik ' sebab orang tak hormatpun. Orang Melayu khasnya ahli UMNO sedang tunggu masa dan ketikanya pemimpin UMNO jadi berani. Masa tak banyak dah. Sekarang atau tak payah langsung.

Tunggulah masa dan ketikanya " Anak Cucu Kencing Di Kuburan Kita ".

Friday, May 14, 2010

Choo Keong agen DAP ?Ayuh blogger, mari kita berjuang

Pandangan aku betapa DAP sedang menguasai ' percaturan politik' negara semakin kukuh. Semakin kuat gerak hati aku mengatakan ' Umat Melayu..beringatlah'. DAP sedang mara dengan pantas dan tangkas.

Petang ini Wee Chee Keong mengumumkan keluar PKR. Walaupun dia ada menempelak Kit Siang, tidak pulak dia ngatakan nak bersama BN. Dia akan bergerak bebas. Wakil Rakyat Cina Bebas. Dia tak mungkin bersuara atas nama Malaysia selepas ini.

Chee Keong hanya nak meruntuhkan moral Anwar dalam keadaan Anwar Ibrahim setengah nyawa sekarang. Anwar dah tak berguna lagi sekarang. DAP atau Cina dah dapat segalanya sekarang. SEGALANYA Sebahagian daripada orang Melayu telah dapat ditakluk pemikiran dan perasaan mereka. Terutama Melayu PAS.

Orang Melayu dah cukup berpecah sekarang. Di mana mana pun sekarang orang Melayu takkan jadi majoriti. Kuasa Melayu dah luntur. Sekarang Cina yang menjadi paling berkuasa. Anwar dah berjaya diperalatkan dengan amat berkesan.

Korang tunggulah nanti. Korang akan lihat bagaimana Anwar tidak akan dibela di mahkamah. Karpal Singh akan jadikan perbicaraan Anwar sebagai gelanggang menyuburkan prasangka dan kebencian kepada kerajaan terutamanya UMNO.

Karpal akan pastikan Anwar didapati bersalah. Kemudian Anwar akan dipenjara. Yang tinggal PAS. PAS yang juga sedang dilanda krisis dalaman yang serius. PAS akan jadi Pak turut kepada DAP kerana sedar diri mereka lemah.

Blogger Melayu kena kerja kuat memantau perkembangan semasa ini. Jangan tertipu dengan politik licik anak anak didik Lee Kuan Yew ni. Blogger Melayu yang insaf kena tolong mantapkan UMNO. Jangan harap sangat pemimpin UMNO. Mereka ini tak pedulikan UMNO ( sebahagiannya ). Najib barangkali anugerah Tuhan kepada kita sama macam Tun Mahathir. Tapi Najib sorang tak mampu buat apa apa.

Nampaknya ini masa blogger pulak berjuang mempertahankan maruah bangsa. Orang Melayu wajib disedarkan.

Wednesday, May 12, 2010

PAKATAN BERPECAH

Ini berita yang tak ramai orang tahu. Aku pun dapat cerita ni dari sumber yang tak mahu dikenali. Sumber ni dah bertaubat dan tak mahu lagi bersekongkol dengan pakatan lanun yang tak tahu asal usul. Dulu sumber ni macam tak dapat hidayah. Percaya terutama pada Nizar. Tapi bila dia ikut Nizar secara konsisten, dia tahu Nizar ni bapak penipu.

Sumber inilah yang bagitau aku, baru baru ini berlaku pertengkaran hebat antara Nizar dengan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Meng. Kononnya PAS telah dikatakan gagal menarik pengundi Melayu sebaliknya penyokong sedia ada pulak yang lari kepada BN.

Beberapa siri ceramah Nizar gagal menarik pendengar dan banyak belanja yang digunakan gagal menghasilkan sesuatu yang mereka harapkan. Dalam masa yang sama Nizar pula terkilan apabila DAP mula merekrut orang Melayu tertentu untuk dijadikan calon seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar boneka mereka.

Sumber ini juga memaklumkan bahawa Nizar dan pimpinan PAS yang lain telah dilarang daripada menyertai kempen di Sibu.

Aku tak terkejut dengan apa yang berlaku ni. Dah dijangka , kalau orang kawin sindiket jaranglah aku dengar berkekalan bahagia. Tunggu masa jatuh talak je.

13 MEI YANG LUKA

Esok 13 Mei 2010. 13 Mei adalah tarikh keramat dalam sejarah negara kita. Negara kita telah mengalami sejarah hitam pada tanggal 13 Mei 1969. Kita terkejut dan tergamam. Kata Tun Mahathir, keharmonian kaum yang kita banggakan adalah sesuatu yang tidak tulen sebenarnya.

Bagi orang Melayu, 13 Mei adalah lambang bahawa kita adalah hero. Kita adalah jaguh. Sedangkan pada pandangan aku tak ada apa yang hebatnya orang Melayu tanpa bantuan tentera dan polis. Orang Melayu suka perasan.

Orang Melayu sampai sekarang selalu menggunakan 13 Mei sebagai alat untuk tunjukkan kekuatan. Sedangkan sebenarnya orang Melayu telah tiada kekuatan pun. Sebab itu aku rasa menyampah bila ada pemimpin Melayu menyebut ' jangan jolok sarang tebuan' atau ' jangan bermain api' apabila ada pihak lain memperkatakan sesuatu yang dianggap sensitif dan menyentuh soal ketuanan Melayu atau Islam misalnya.

Hakikatnya orang tak gerunpun. Sarang tebuan dah dijolok . Hari hari. Bahkan tebuan dah menyengat orang Melayu. ( termasuk yang bunyi garang tu ). Tak ada apa berlakupun.Orang yang suka main api dah berjaya membakar hati orang Melayu. Tapi tak ada apapun jadi.

Kenapa pulak perkara ini aku timbulkan? Sebab aku harap sempena 13 Mei ni orang Melayu boleh berubah. Jangan lagi berasa macam hebat tetapi hakikatnya kosong. Jangan kita jadi macam Hang Tuah. Konon handal. Larikan anak dara orang. Anak dara tu betul betul gilakan dia, dia bagi Raja. Ada sahabat yang membela dia, dibunuh sebab nak bodek Raja. Akhirnya tinggalkan pesanan yang membuatkan orang Melayu perasan tak sudah, ' takkan Melayu hilang di dunia '. Malangnya sekarang ni orang Melayu dah hampir kehilangan dunia. Fikirkanlah.

Tuesday, May 11, 2010

Berubahkah UMNO?



Sewaktu menggulung perbahasan Persidangan UMNO setelah pertama kali menjadi Presiden ,
DS Najib telah menyarankan keperluan untuk UMNO berubah. Atau pilihan yang ada ialah menjadi parti yang rebah.

Maka menangislah para perwakilan . Sebak dan sayu. Baliklah mereka ke bahagian dan cawangan masing masing. Seminggu dua minggu berada dalam ' mood dan semangat' untuk melakukan perubahan.

Setelah setahun izinkan aku bertanya , benarkah telah berlaku perubahan ? Aku yang berada di akar umbi ni sebenarnya melihat tiada sebarang perubahan telah berlaku. UMNO kekal lesu dan letih. UMNO kekal beku dan jumud.

Hari ini orang berduyun duyun ke PWTC. Orang kecil berhasrat bertemu orang besar. Orang bisnes ghairah bersalaman. UMNO kekal sebagai parti yang menjadi alat orang berniaga. Ketua cawangan tinggal di kampung. Melayan bahagia menjadi pimpinan parti yang tidak disedarinya sedang menunggu ajal.

Aku yakin UMNO akan pupus dan jadi sejarah. Pimpinan tertinggi mungkin tak sedar perkara ini kerana mereka asyik dengan idea pengurusan parti dan mengabaikan pengurusan ahli yang menjadi nyawa parti selama ini.

Kita tunggulah. Buatlah pemutihan. Berperasaanlah bahawa UMNO tetap kuat. Persetanlah ahli yang setia dan berjuang puluhan tahun. Angkat dan junjunglah ahli yang selama ini menjadikan UMNO kuda tunggangan.

Kepada Menteri dan Wakil Rakyat, jadilah Raja sementara ada hamba sahaya. Tak lama lagi kita sama sama jadi hamba kepada DAP. Percayalah. UMNO tak pernah berubah. Yakinlah kepada aku.

Selepas ini kita akan saksikan , ahli dan pimpinan UMNO yang elit bertembung dengan ahli hamba sahaya yang hina . Masing masing manangisi takdir, menziarahi pusara UMNO yang semak.

Kepada DS Najib , perubahan sebenarnya tidak akan berlaku selagi keberanian untuk berubah tidak disuburkan.

Monday, May 10, 2010

PAS perbodohkan orang Islam


Ini aku tak boleh kompromi. Ini soal maruah agama. Orang Islam patut bangkit dan nyatakan pendirian. Jangan jadi dayus, orang dayus tak akan masuk syurga. Perbuatan begini akan menjejaskan usaha mengangkat martabat Islam yang selama ini berjaya kerajaan UMNO lakukan.

Kamu bayangkan. Bila dah jelas rakyat tolak PAS, ceramah mereka tak ada orang, PAS mula ubah strategi. PAS bukak banyak pusat rawatan Islam ( Kata mereka )Ustaz dan tok lebai PAS jadi doktor jampi. Ramai orang datang terutama yang tak berapa cerdik.

Yang buat aku bimbang , semua penyakit ubatnya air mineral yang dijampi. Semua penyakit dikatakan berpunca dari jin dan sihir. Air mineral lapan kupang. Dah jampi jadi sepuluh ringgit. Inaya orang.

Kaedah ini tak perlukan bukti saintifik. Korang bayangkan kalau orang Is;lam percaya penipuan ini. Aku takut ramai orang akhirnya mati kerana tak dirawat dengan betul.

Sambil ngubat mereka ini akan sebut tokoh tokoh PAS. Kononnya pakar dalam rawatan Islam. Rapat dengan ALLAH. Jadi sikit sebanyak orang pun percaya. Padahal Tok Guru sendiri berubat di hospital kerajaan BN.

Satu lagi aku tengok sekarang ni diaorang mula jual air penawar Tok Guru di farmasi. Kononnya apa penyakitpun boleh dirawat dengan air ni. Satu botol kecik harganya 7 ringgit.

Air memang antara penawar yang baik tapi bukan semua penyakit boleh dirawat dengan air.Penyakit yang paling berkesan dirawat dengan air ni ialah dahaga. Aku bimbang orang Islam akhirnya jadi lemah dan berpenyakit macam zaman belum merdeka . Orang lain yang sihat ambik alih negara.

Apa yang berlaku ni, adalah sesuatu yang bahaya kepada pembangunan orang Melayu. Aku jangka kalau pihak berwajib tak ambil tindakan menghalang perkara ini, tunggulah
masanya orang Melayu menjadi semakin ke belakang.

Nampaknya PAS ni kerana politik sanggup buat apa sahaja termasuk perbodoh bangsa sendiri.

Nuar Brahim Terberak



Ini berita baik yang mesti dibaca oleh semua orang termasuk golongan sesat yang berada dalam PAS dan PKR. Sesat bermaksud sentiasa ada peluang untuk berpatah balik. Kembali kepada kebenaran.

Aku tak libatkan DAP sebab diaorang bukan sesat. Diaorang memang berniat nak runtuhkan Melayu. Runtuh Melayu runtuhlah agama. Runtuh Melayu runtuhlah Raja. Ini memang matlamat diaorang. Jadi , diaorang tak sesat. Diaorang memang berada atas trek.

Nuar Brahim dikatakan terberak kerana takut, terkejut,dan ngelabah beruk mendapat maklumat bahawa lebih 400 orang Cina dari seluruh negara telah hadir temuduga terbuka untuk pelbagai jawatan SPRM yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Nuar Brahim mengamuk marah kepada pasukan elit yang ditubuhkannya bagi " mencetus persepsi" bahawa SPRM adalah agensi kerajaan yang menjadi kuda UMNO.

Berjuta wang Nuar Brahim belanjakan bagi menjayakan hasrat hina ini nampaknya telah gagal. Kehadiran begitu ramai anak muda Cina membuktikan betapa SPRM adalah satu badan yang diyakini masyarakat. Kalau orang anggap SPRM ini tiada wibawa dah tentu orang tak nak terlibat dalam SPRM. Ini , nampak berpusu-pusu orang nak bersama.

Kesimpulannya 'perang' yang Nuar Brahim dan konco konconya lancarkan terhadap SPRM ternyata tidak berjaya. Ini petanda awal kejatuhan kamu Nuar. Percayalah, orang bersama kamu sekarang bukan kerana kamu benar, tapi kerana duit kamu. Habis duit kamu nanti , siaplah..kamu pulak kena liwat.

Friday, May 7, 2010

Nau'zubillah...

Maka selepas berjaya membuat pertunjukan di DUN Pulau Pinang, berbondong bondonglah gerombolan pembangkang bercakap di seluruh negara. Kata mereka telah jelas bahawa Guan Eng selayaknya diberi gelaran Umar Abd Aziz.


Ustaz dan Tok Guru dalam PAS sama sama bersetuju. Dari sudut sejarah, Umar Abd Aziz adalah pemimpin Agung Islam selepas Rasullullah dan para sahabat. Bukan orang Islam sahaja mengaguminya tetapi juga orang bukan Islam.


Tetapi menyamakan seorang bukan Islam dengan khalifah ini adalah satu perbuatan jahat yang mungkin menjejaskan aqidah. Semua kita faham bahawa sebaik manapun manusia, ia hanya akan ALLAH nilai agamanya, imannya dan taqwanya. Adalah satu dosa jika ada orang menyamakan Guan Eng dengan Umar. Pertamanya kerana mamat ni dah tentu bukan Islam. Keduanya tengoklah kezalimannya kepada umat Islam di P Pinang.

Ya ALLAH, engkau ampunkanlah saudara aku yang kerana politik telah menggadai agama. Berilah mereka hidayah

Thursday, May 6, 2010

Zaid Masuk DAP

Tak tahan dengan politik 'huru hara' dalam PKR, ditambah pula dengan kekalahan mengejutkan dalam PKR, Zaid Brahim mengalihkan komitmennya kepada parti pembangkang paling berkuasa sekarang iaitu DAP.

Perpindahan ini bagaimanapun diraikan dengan pulut kuning dan pisang oleh sebahagian besar ahli dan pemimpin PKR yang melihat Zaid sebagai saingan mereka selepas Nuar Brahim disumbat dalam penjara nanti.


Bagaimanapun Zaid tidak diterima masuk secara serta merta sebaliknya akan diuji dengan beberapa tugasan oleh DAP. Tugasan paling asas yang mesti Zaid jayakan ialah mempastikan institusi raja dapat diruntuhkan sekurang kurangnya dari segi moral.

Semalam Zaid telah mulakan tugasan ini apabila beliau mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Selangir dan seluruh institusi raja. Kenyataan beliau juga dilihat berbau ugutan dipercayai telah mendapat pujian pimpinan tertinggi DAP.

Menurut sumber, mereka akan minum minum bagi meraikan kejayaan Zaid ini di satu tempat yang dirahsiakan.

Ulasan :-

Aku malas nak ulas apa apa peristiwa yang melibatkan orang yang telah dipicit telonya.

PHONES

http://31e4f91zlo1s8sb12fufjojf5b.hop.clickbank.net/Click Here!

Tuesday, May 4, 2010

DAP menang berganda

Hilanglah kisah Hulu Selangor. Zaid Brahim dah terpadam dari sejarah. Serik dia aku rasa. Rasa macam pandai, tapi kena pebodoh dengan Nuar Brahim. Sekarang telo dia dalam genggaman Nuar Brahim, cakap lebih Nuar picit telo dia.

Yang sedang merayakan kejayaan besar ialah DAP. Kit Siang telah diangkat menjadi pejuang peneroka. Dia berjaya masuk felda yang selama ini menjadi lambang perjuangan orang Melayu.

Nuar Brahim setengah nyawa berdepat kes liwat. Nik Aziz tengah pening melayan macam macam isu. Makin jawab makin silap. Nik Aziz betul betul jadi liabiliti kepada PAS. Hadi langsung tak berbunyi.

Ini petanda awal. Tak lama lagi aku rasa, pembangkang ni akan jadi satu. D A P.

Nuar Brahim , terlajak perahu boleh diundur, terlajak pancut..

Hari ini mahkamah menolak rayuan Nuar Brahim untuk menggugurkan tuduhan liwat yang dikemukakan oleh Saiful. Aku yakin lepas ni peguam Nuar Brahim akan cari kaedah lain bagi mempastikan sekurang kurangnya perbicaraan akan tertangguh untuk satu jangkamasa lagi.

Apa makna semua ni ? Maknanya Nuar Brahim takut nak masuk mahkamah. Memang dah jelas gamaknya segala bukti yang ada. Nuar terhimpit sangat. Dengan Karpal Singh dah buat pengakuan. Karpal Singh dah masukkan kepala Nuar Brahim dalam kain dia.

Nuar Brahim dah jadi orang terjajah. Dijajah oleh Karpal dan konco - konconya. Sebab itu Nuar tak ada pilihan. Dia pun benci pada Karpal, Kit Siang ni . Nik Aziz pun dia meluat. Tapi apa nak buat. Kalau begitu keadaannya kita tak hairan Nuar sanggup gadai negara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pancut..

Monday, May 3, 2010



widgeo.net


widgeo.net

counter



widgeo.net

Penipu Islam Semalaysia



Dalam dunia ni ada ramai penipu. Di Malaysia pun ramai. Tapi penipu yang berlambangkan Islam dan menipu secara berjemaah tak banyak. PAS je.

Penipuan paling baru ialah ada orang nak bunuh Nik Aziz. Buat apa bunuh Nik Aziz ? Nik Aziz bukan apa apa pun. Kalau kata orang UMNO, rugi sebenarnya kalau Nik Aziz tak ada. Sebab Nik Aziz ni amat berkesan memecah belahkan PAS.

Dia ni dengan Haji Hadi macam orang ' bermadu '. Tak boleh bersua muka. Aku jangka ugutan ini adalah sebahagian daripada perancangan PAS. PAS tengah gabra dengan pendedahan terbaru Syed Azidi tentang peruntukan 4 juta RM untuk hancurkan negara. Syed Azidi kata burukkan imej pentadbiran Pak Lah. Sebenarnya matlamat kotor PAS ialah hancurkan negara.

Tak ada pimpinan PAS yang boleh jawab. Benda dah buat. Macam Nuar Brahim juga. Air dah terpancut , mana boleh tarik balik. Jadi nak tutup kisah khianat negara timbulkan isu ugut bunuh Nik Aziz. Harapan PAS, negara akan bergegar. Rakyat akan bangkit. Rupanya tak. Orang ramai termasuk ahli PAS tak kisah pun. Ini juga satu kejutan buat Nik Aziz..

Yang sekarang jadi isu ialah gerakan PAS khianat negara . Ini rakyat marah. Kesimpulannya, rakyat lebih kasih dan sayangkan negara berbanding Nik Aziz. Tok Guru , bermuhasabahlah.

Penipu Islam Semalaysia


Dalam dunia ni ada ramai penipu. Di Malaysia pun ramai. Tapi penipu yang berlambangkan Islam dan

Nuar Brahim Dalam Bahaya


Sebelum keputusan PRK Hulu Selangor diumumkan Nuar Brahim dah tau akan kalah. Cuma Nuar dengan puak puak dia terkejut sangat sebab kalah 1725 je. Dia orang jangka mesti majoriti lebih daripada 5 ribu punya.

Jadi Nuar Brahim cepat cepat pergi Oslo. Konon ada konvensyen. Kata nak bentang kertas kerja. Sebenarnya Nuar Brahim kena mengadap sponsor dia selama ini. Puak puak Yahudi ni tak puas hati atas kegagalan Nuar Brahim menunaikan janji merampas Putrajaya.

Korang percayalah kepada aku, puak Yahudi ni ada dendam membara kepada Tun Mahathir sebenarnya. Semua usaha diaorang selama puluhan tahun digagalkan oleh Tun. 22 tahun Tun menjadi PM macam macam usaha Tun buat yang secara langsung mengangkat martabat Islam.

Ini musuh sebenar Yahudi. Korang kajilah sejarah Yahudi sejak dahulu lagi. Tiada lain musuh utama diaorang selain Islam. Hakikatnya dalam sejarah moden tak ada pimpinan Islam sehebat Tun. Korang carilah kalau ada.

Kehebatan Tun menenggelamkan semua tokoh Yahudi. Ini yang diaorang geram sangat. Jadi diaorangpun latih beberapa orang di Malaysia untuk memadam dan menghancurkan legasi Tun. Maka adalah dua tiga orang bersama Nuar Brahim. Dalam PAS pun ada.

Dah banyak kali Nuar diberi peluang tapi gagal, Duit dah curah macam hujan, kerja tak jadi. Aku tak taulah. Tapi aku bimbang esok dengar dengar dah hilang begitu je Nuar Brahim ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...