Tuesday, May 18, 2010

SYABAS TAIB MAHMUD

Kalau aku ada di Sarawak sekarang aku akan jumpa Taib Mahmud Ketua Menteri. Betul. Aku akan salam dan cium tangan dia. Dewan Negeri hari ini menggantung dua orang ahli Dewan pembangkang kerana hina Dewan.

Tahniah. Baru sehari kalah Taib Mahmud tunjuk kuasa dia. Taib Mahmud tak macam pemimpin UMNO yang hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Aku rayu pimpinan UMNO tirulah Taib Mahmud. Masa ada kuasa, kunakan kuasa yang ada. Rakyat khasnya umat Melayu amat bangga.

Aku rayu Taib Mahmud jangan termakan desakan supaya letak jawatan. Umat Melayu perlu orang macam Taib Mahmud untuk berjuang demi maruah Umat Melayu. Teruskan Taib. Aku yakin ramai orang sebak dengan keberanian yang ditunjukkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...