Sunday, May 23, 2010

BERJUANG DI LANDASAN DENGKI

Mulanya aku hairan juga. Tertanya tanya aku kenapa PAS begitu ghairah menunjukkan penentangan terhadap kelulusan lesen judi bola sepak dunia. Aku hairan kenapa perkara 4 tahun sekali ni jadi semacam gegak gempita negara dibuatnya.

Aku hairan kenapa judi magnum dan toto hari hari ada di Selangor dan Kedah tak pulak PAS bising. Alu mula terfikir ada ke judi yang halal macam di negeri yang aku sebut tadi.

Aku pun hairan apabila Pemuda UMNO Perak buat kenyataan lebih kurang sama macam PAS. Mimpi apa pulak Pemuda UMNO Perak ni. Sebenarnya UMNO selama lamanya mewartakan judi tak kira bila dan di mana adalah haram. Dah melambak orang Islam kena tangkap.

PAS je yang buat hukum bahawa yang haram adalah judi bola. Yang lain terutama di Selangor halal semuanya. Rupanya di akhir zaman ni ALLAH tak biarkan orang Islam keliru lama. Sekonyong konyong Ketua Pemuda PAS Pusat buat sidang media. ALLAH nak tunjuk.

Di akhir sidang media tu Mamat ni sebut lebih kurang " KAMI SYAK KELULUSAN LESEN JUDI KEPADA BERJAYA GROUP INI ADALAH LANGKAH BALAS BUDI KERANA BANTUAN YANG DIBERI KEPADA KERAJAAN DALAM BANYAK PILIHANRAYA ". Maknanya bukanlah kerana judi itu haram maka tentangan dibuat tetapi kerana Berjaya Group banyak tolong kerajaan.

Kesimpulannya apa yang diperjuangkan PAS ini bukanlah asas agama sebaliknya atas asas dengki . Itulah PAS.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...