Monday, May 24, 2010

PAS SEMAKIN SESAT

PAS sedang menuju ke arah mengubah perlembagaan bagi membolehkan bukan Islam menjadi calon parti berkenaan dalam pilihanraya umum akan datang. Pelik ke kenyataan ini ?
Tak pelik langsung sebab aku dah tau dah bahawa sebenarnya akan sampai masa PAS pasti berkubur.


Sebab itu aku dari awal lagi menasihatkan kawan kawan bahawa sebenarnya adalah satu dosa bagi orang Islam untuk menjadi ahli, menyokong atau mengundi PAS. Bukan kerana ia sebuah parti tapi kerana ia menjual agama.


Terbaru Haji Hadi kata membuka pintu kepada orang Islam adalah sunnah. Rasullullah melaksanakan pendekatan ini semasa di Madinah. Ini jugalah manusianya yang satu ketika mengatakan berkawan dengan orang kafir adalah kafir dan darahnya halal atau boleh dibunuh.


Aku nak mintak Jabatan Agama Islam banyak negeri yang baru baru ini mengatakan nak siasat pengikut Asaari Mohamad kerana dikatakan sesat, siasat juga PAS yang makin hari makin jauh lebih sesat daripada Al Arqam.


Aku nak mintak Majlis Fatwa dan Majlis Ulamak yang kononnya menjaga agama agar tampil menyatakan pendirian. Kukuh dan Jelas. Jangan biarkan hanya Tan Seri Harussani seorang sahaja sebab Harussani dikatakan boneka UMNO.


Apa yang berlaku bukan lagi persoalan politik. Apa yang berlaku adalah persoalan maruah dan martabat agama. Akhir kalamnya nanti kita tiada apa apa pun selain Islam yang ALLAH anugerah kepada kita.

Aku percaya tiada sesiapapun dapat menjaga maruah dan martabat Islam selain kita. Aku percaya juga tiada siapapun berani secara terang dan nyata menghina Islam selain dari orang Islam sendiri yang telah ALLAH sesatkan. Siapa lagi selain PAS.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...