Wednesday, May 12, 2010

13 MEI YANG LUKA

Esok 13 Mei 2010. 13 Mei adalah tarikh keramat dalam sejarah negara kita. Negara kita telah mengalami sejarah hitam pada tanggal 13 Mei 1969. Kita terkejut dan tergamam. Kata Tun Mahathir, keharmonian kaum yang kita banggakan adalah sesuatu yang tidak tulen sebenarnya.

Bagi orang Melayu, 13 Mei adalah lambang bahawa kita adalah hero. Kita adalah jaguh. Sedangkan pada pandangan aku tak ada apa yang hebatnya orang Melayu tanpa bantuan tentera dan polis. Orang Melayu suka perasan.

Orang Melayu sampai sekarang selalu menggunakan 13 Mei sebagai alat untuk tunjukkan kekuatan. Sedangkan sebenarnya orang Melayu telah tiada kekuatan pun. Sebab itu aku rasa menyampah bila ada pemimpin Melayu menyebut ' jangan jolok sarang tebuan' atau ' jangan bermain api' apabila ada pihak lain memperkatakan sesuatu yang dianggap sensitif dan menyentuh soal ketuanan Melayu atau Islam misalnya.

Hakikatnya orang tak gerunpun. Sarang tebuan dah dijolok . Hari hari. Bahkan tebuan dah menyengat orang Melayu. ( termasuk yang bunyi garang tu ). Tak ada apa berlakupun.Orang yang suka main api dah berjaya membakar hati orang Melayu. Tapi tak ada apapun jadi.

Kenapa pulak perkara ini aku timbulkan? Sebab aku harap sempena 13 Mei ni orang Melayu boleh berubah. Jangan lagi berasa macam hebat tetapi hakikatnya kosong. Jangan kita jadi macam Hang Tuah. Konon handal. Larikan anak dara orang. Anak dara tu betul betul gilakan dia, dia bagi Raja. Ada sahabat yang membela dia, dibunuh sebab nak bodek Raja. Akhirnya tinggalkan pesanan yang membuatkan orang Melayu perasan tak sudah, ' takkan Melayu hilang di dunia '. Malangnya sekarang ni orang Melayu dah hampir kehilangan dunia. Fikirkanlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...