Friday, May 7, 2010

Nau'zubillah...

Maka selepas berjaya membuat pertunjukan di DUN Pulau Pinang, berbondong bondonglah gerombolan pembangkang bercakap di seluruh negara. Kata mereka telah jelas bahawa Guan Eng selayaknya diberi gelaran Umar Abd Aziz.


Ustaz dan Tok Guru dalam PAS sama sama bersetuju. Dari sudut sejarah, Umar Abd Aziz adalah pemimpin Agung Islam selepas Rasullullah dan para sahabat. Bukan orang Islam sahaja mengaguminya tetapi juga orang bukan Islam.


Tetapi menyamakan seorang bukan Islam dengan khalifah ini adalah satu perbuatan jahat yang mungkin menjejaskan aqidah. Semua kita faham bahawa sebaik manapun manusia, ia hanya akan ALLAH nilai agamanya, imannya dan taqwanya. Adalah satu dosa jika ada orang menyamakan Guan Eng dengan Umar. Pertamanya kerana mamat ni dah tentu bukan Islam. Keduanya tengoklah kezalimannya kepada umat Islam di P Pinang.

Ya ALLAH, engkau ampunkanlah saudara aku yang kerana politik telah menggadai agama. Berilah mereka hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...