Monday, May 10, 2010

PAS perbodohkan orang Islam


Ini aku tak boleh kompromi. Ini soal maruah agama. Orang Islam patut bangkit dan nyatakan pendirian. Jangan jadi dayus, orang dayus tak akan masuk syurga. Perbuatan begini akan menjejaskan usaha mengangkat martabat Islam yang selama ini berjaya kerajaan UMNO lakukan.

Kamu bayangkan. Bila dah jelas rakyat tolak PAS, ceramah mereka tak ada orang, PAS mula ubah strategi. PAS bukak banyak pusat rawatan Islam ( Kata mereka )Ustaz dan tok lebai PAS jadi doktor jampi. Ramai orang datang terutama yang tak berapa cerdik.

Yang buat aku bimbang , semua penyakit ubatnya air mineral yang dijampi. Semua penyakit dikatakan berpunca dari jin dan sihir. Air mineral lapan kupang. Dah jampi jadi sepuluh ringgit. Inaya orang.

Kaedah ini tak perlukan bukti saintifik. Korang bayangkan kalau orang Is;lam percaya penipuan ini. Aku takut ramai orang akhirnya mati kerana tak dirawat dengan betul.

Sambil ngubat mereka ini akan sebut tokoh tokoh PAS. Kononnya pakar dalam rawatan Islam. Rapat dengan ALLAH. Jadi sikit sebanyak orang pun percaya. Padahal Tok Guru sendiri berubat di hospital kerajaan BN.

Satu lagi aku tengok sekarang ni diaorang mula jual air penawar Tok Guru di farmasi. Kononnya apa penyakitpun boleh dirawat dengan air ni. Satu botol kecik harganya 7 ringgit.

Air memang antara penawar yang baik tapi bukan semua penyakit boleh dirawat dengan air.Penyakit yang paling berkesan dirawat dengan air ni ialah dahaga. Aku bimbang orang Islam akhirnya jadi lemah dan berpenyakit macam zaman belum merdeka . Orang lain yang sihat ambik alih negara.

Apa yang berlaku ni, adalah sesuatu yang bahaya kepada pembangunan orang Melayu. Aku jangka kalau pihak berwajib tak ambil tindakan menghalang perkara ini, tunggulah
masanya orang Melayu menjadi semakin ke belakang.

Nampaknya PAS ni kerana politik sanggup buat apa sahaja termasuk perbodoh bangsa sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...