Saturday, May 29, 2010

TPM 2 - SAH , NUAR BRAHIM DUA ALAM

Aku sikitpun tak terkejut dengan berita akhbar bahawa Nuar Brahim janji Timbalan Perdana Menteri kepada DAP. Dulu sebelum PRU 12 aku dengar dengan mata kepala aku sendiri Nuar Brahim buat janji yang sama.
Kepada pengundi Cina Nuar Brahim bukan sahaja janjikan jawatan TPM tetapi dia juga janjikan jawatan Menteri Besar, Pengarah Pelajaran , Ketua Setiausaha Kementerian dan banyak lagi.


Dia kata ada ramai penjawat awam memegang jawatan bukan kerana kelayakan tetapi kerana mereka Melayu. Manakala ada ramai Cina yang layak tidak berpeluang kerana mereka Cina. Inilah dasar kejam dan zalim BN yang akan diubah , katanya. ( Kenyataan ini dibuat di Kampong Station- Kuala Kangsar )


Kemudian Nuar Brahim bercakap pulak kepada pengundi Melayu di Lubuk Merbau. Dia kata hati hatilah dengan dasar BN. Selepas ini ada banyak jawatan orang Melayu akan diserahkan kepada Cina dan India, misalnya Pegawai Daerah dan Pengetua di sekolah sekolah.


Jadi apa nak herankan. Hari yang sama , masa yang hampir sama , tempat yang berbeza Nuar Brahim boleh jadi sesumpah. Pusing cakap. Jadi terima kenyataan. Jangan marah Nuar Brahim. Memang dunia dah tau, Nuar Brahim dua alam. Biarkan dia bercakap. Makin banyak dia bercakap makin banyak dia menghapu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...