MOHAMAD SABU
Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu di Mahkamah Tinggi di sini semalam, untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah.
Menurut beliau, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.
“Notis kebankrapan telah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya,” katanya.
Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Pas dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mat Sabu dan Mustafa selaku defendan.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sd. Bhd.; Ketua Pengarang akhbar itu, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.
Terdahulu pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk Wan Ahmad Tidak Boleh Dipercayai dan Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari 2013.
Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah- UM

Ulasan

Sesiapapun yang kenal Mat Sabu pasti sedar beliau bukan orang susah. Bukan setakat ratus ribu, jutapun Mat Sabu boleh bayar. Mat Sabu berlakon susah sebab dia nak bagitau dia memang pejuang. Padahal duit Memali yang dikutip bertahun tahun tak habis lagi.

Korang tengok lepas ni DAP akan tolong, kutipan derma akan dilancarkan. Simpati terhadap Mat Sabu diharap meningkat. Ini semua wayang. Tapi tak taulah, Macai mereka mesti percaya punya..