Monday, August 29, 2011

DUA DIN TAK MAMPU TEWASKAN NORHAWATI ABDUL RAHMAN !

LUBUK MERBAU DILANDA TSUNAMI

HE!HE!HE! Berita panas menyambut idilfitri. Dua orang tokoh PAS
iaitu YB Zainuddin dan Ustaz Jamaluddin nampaknya gagal menghalang hasrat DAP meletakkan calon mereka iaitu Norhawati binti Abdul Rahman.

Aku dengar menyuarat Pakatan Padang Rengas bertukar jadi api yang marak menyala. Masing masing nak jadi calon. Inilah yang dikatakan
' Pakatan '.

Kalau orang UMNO tidur lagi aku tak taulah. ALLAH dah buka jalan. Terserah samada nak masuk ke tidak.

Memang ALLAH rahsiakan takdirNya tapi ALLAH suruh kita berusaha sebaik mungkin. Insyaallah kemenangan bersama kita.


MAT SABU PUKUL BLOGGER !


Korang ingat apa ? Pakai kerusi roda pun Mat Sabu mampu pukul orang.Teruk blogger kena balun. Blogger PAS pulak tuh..

Setengah mati blogger pertahan Mat Sabu berkaitan tuduhannya bahawa semua pasukan keselamatan yang bertugas dengan British adalah pengkhianat termasuk anak bini mereka. Manakala semua komunis adalah hero dan pejuang kebangsaan.

Tiba tiba Mat Sabu tak berani pertahan hujahnya. Mat Sabu kata dia tak ingat, tak boleh nak ulas.

He! He! He! Sia sia jer orang yang pertahan Mat Sabu. Dia sendiri tak berani pertahan diri.

Bodo punya Mat Sabu. Komunis bubar gerakan bersenjata mereka pada tahun 70an. Awal 70an tu ada lagi anggota pasukan keselamatan kita yang mati.

Kita merdeka tahun 1957. Kalau benar komunis nak bebaskan negara daripada British, mengapa hanya bubar pada tahun 70an ?

Pada juak juak PAS aku nak bagitaulah. Tahniahlah kerana pilih orang macam Mat Sabu jadi pemimpin. He! He! He! Pada aku Mat Sabu yang komunis.

Hebatlah jadinya. Komunis pimpin parti islam.


Saturday, August 27, 2011

MAJLIS KHATAN LIM GUAN ENG SELEPAS SYAWAL.



Pulau Pinang- 27 Ogos 2011. Pejabat Perhubungan PAS Pulau Pinang mengesahkan bahawa satu majli besar besaran akan diadakan di Pulau Pinang bagi meraikan upacara berkhatan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Encik Lim Guan Eng.

PAS beranggapan bahawa kesediaan Lim Guan Eng untuk berkhatan adalah hasil dakwah pemimpin PAS kepadanya. Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng belum bersedia untuk memeluk Islam.

Sementara itu sumber dalaman DAP menyatakan bahawa pengorbanan Lim Guan Eng ini adalah sebagai tanda terima kasih tidak terhingga DAP kepada Mat Sabu kerana telah ' menukar ' komunis yang membunuh pasukan keselamatan dan anak isteri mereka dalam Peristiwa Bukit Kepung sebagai pejuang kemerdekaan.

Manakala para anggota keselamatan ini dikatakan pengkhianat negara dan wajib dibunuh. Kejayaan Mat Sabu menyerang institusi pertahanan negara ini dipercayai akan mengukuhkan kasih antara PAS dan DAP.


Thursday, August 25, 2011

DR ASRI NI PENDAKWAH ISLAM KE PENDAKYAH KRISTIAN ?

BANYAK KENYATAAN MENGANGKAT GEREJA !

Aku faham ada banyak perkara Dr Asri tak puas hati. Bila JAIS tahan dia kerana berceramah tanpa permit, Dr Asri rasa sangat terhina dan ' wibawanya ' sebagai ulamak tersohor tercalar.

Dalam isu Gereja Damansara Utama nak kristiankan orang Islam nampak sangat Dr Asri mengikut menekan JAIS. Alasannya ialah susah sangat nak dapat bantuan zakat.

Dr Asri jangan ingat semua orang jahil. Bukan zakat sahaja bantuan untuk orang Islam. Jabatan Kebajikan Masyarakat, ADUN di mana orang berkenaan tinggal dan banyak lagi.

Kerajaan Selangor yang ' amat prihatin soal kebajikan ' dah 4 tahun memerintah, tak kan tak de bantuan boleh diberi?

Lagipun Dr Asri ' wajib ' bagitau umum bahawa ibu tunggal anak tiga itu tinggal di rumah sewa tahap mana. Berapa ribu sewaannya? Mewah atau susah cara hidupnya ?

Ibu tunggal ini tinggal di rumah yang disewa hampir 2000 ringgit . Dia juga ada kenderaan dan aku dengar ada kerjaya.

Adilkah Dr Asri untuk bila bukak mulut jer sebut kelemahan pengurusan agensi Islam ? Atau Dr Asri fikir hanya dia yang layak jadi kepala baru segalanya akan jadi baik ?

Sesekali duduklah bermuhasabah Dr. Tiada sesiapapun sempurna selepas Rasullullah walaupun ada orang sentiasa ' rasa begitu '.


RAKYAT KELANTAN CALON DAP LUBUK MERBAU !



Aku pernah berjanji untuk memberikan maklumat lanjut tentang calon calon DAP di DUN Perak pada PRU 13 nanti. Maka adalah yang mengatakan aku fitnah, mereka reka cerita.

Mereka ini adalah totok PAS yang sentiasa diberi keyakinan oleh pemimpin mereka bahawa PAS akan terus dihormati dan diberi kepercayaan oleh DAP.

He! He! He! Jangan mimpilah PAS. Baiklah korang bersedia. Korang akan disisih macam daun kari dalam gulai sembilang. Untuk korang nanti DAP dah sediakan perangkap.

Mat Sabu, imam besar PAS akan bertanding di kerusi Ipoh Barat menggantikan Kula yang dianggap telah derhaka. Mat Sabu dijangka dan dijamin menang.

Itu jer satu. Korang kena korbankan 4 kerusi PAS kepada calon Melayu DAP. Untuk Lubuk Merbau calonnya ialah seorang wanita yang berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Padang Rengas.

Calon ini sedang giat menggerakkan penambahan ahli DAP dan sedang berusaha menawan pengundi Melayu. Aku dah kira calon ini akan dapat 60% undi Cina , 10 % undi India dan merosot undi pembangkang khasnya PAS sebanyak lebih 40 %.

Dia akan kalah, insyaallah. Tetapi DAP menang dalam menjahanamkan maruah PAS !


Monday, August 22, 2011

NUAR BRAHIM BALUN PUNGGUNG ORANG, NAJIB PULAK NAK KENA BICARA !



KALAU INIPUN DIKATAKAN SISTEM KEHAKIMAN BERAT SEBELAH, AKU TAK TAULAH. BERTAHUN MENUNGGU, PULUHAN KALI TERTANGGUH DAN PELBAGAI TOHMAH DITERIMA MANGSA, HARI
INI NUAR BRAHIM TELAH BERCERAMAH SELAMA HAMPIR DUA JAM DALAM KANDANG.

TAK ADA SATU FAKTA PUN YANG DAPAT MENJAWAB MENGAPA AIR MANI NUAR ADA DALAM DUBUR SAIFUL. TAPI APA NAK BUAT, TAK ADA SESIAPA BOLEH BERTANYA.

HE! HE! HE! LAWAK SETENGAH MATI. TIBA TIBA DS NAJIB SUAMI ISTERI AKAN DIPANGGIL KE MAHKAMAH DAN MENGHADAPI PERBICARAAN.

APA KATA AZIZ BARI ?


Sunday, August 21, 2011

CALON MELAYU DAP PERAK DIKENALPASTI !

NIZAR MELAMBAI DALAM TANGISAN.

Apa yang cuba Pakatan sembunyikan selama ini akhirnya terdedah juga.
Cakap cakap tentang keretakan dalam hubungan PAS - DAP pada mulanya sekadar kocak kocak dalam cawan. Sekarang ni dah jadi ombak besar.

HE! HE! HE! Selama ini PAS adalah jugak bercakap perkara berkaitan agama dalam ceramah tetapi sejak berjaya digoda oleh DAP , PAS jadikan tokoh tokoh DAP sabagai subjek utama dalam ceramah mereka.

Maka PAS pun menjadi sangat kagum terhadap diri mereka sendiri kerana berjaya dimainkan oleh DAP. DAP yang selama lamanya dilatih untuk tidak menghormati Melayu Islam telah berjaya menjadi pelakon yang cukup hebat.

Bila Nizar diangkat menjadi MB Boneka di Perak, PAS serahkan seluruh jiwa raga mereka kepada DAP.

Malangnya nasib PAS ! Setengah mati masuk kampung keluar kampung membina persepsi baru terhadap DAP, tiba tiba DAP buat terkejut pulak.

DAP telah melatih beberapa orang peguam muda yang bertugas di firma guaman DAP untuk menjadi calon pada PRU 13. Ini berasaskan andaian bahawa DAP akan menang majoriti DUN Perak dan mereka berhak menjadi MB.

Calon upahan mereka sudah pasti akan jadi lembu yang dicucuk hidung.

DS Nizar Jamaluddin ? Ngangalah...baru dia tau selama ini dia tak ada apa apa pun. Dia dipilih sebab dalam 6 orang yang menang PRU 12 dia yang kuat menyalak...

Bila sampai masa, suara dah hilang, dia akan ditambat di belakang rumah sebab tuan dia malu dia dah kurap...


Friday, August 19, 2011

NASRUDDIN HASSAN TANTAWI MAKIN BERKUASA !!

KETAKUTAN PIMPINAN TERTINGGI PAS BERASAS !


Sewaktu Mat Sabu dimenangkan sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lalu, pimpinan tertinggi PAS sebenarnya amat sedar bahawa Mat Sabu jauh daripada layak untuk diletakkan di situ.

Mat Sabu seorang yang tidak berilmu atau jahil selain diketahui akhlaknya yang amat rendah. Namun ada suara menyatakan bahawa Mat Sabu diletakkan di situ sebagai benteng bagi menahan kemaraan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Nasruddin Hassan Tantawi dilihat tidak langsung terpengaruh dengan cerita keramat Nik Aziz. Bahkan beliau selesa berbeda pandangan dengan Mursyidul yang seakan menjadi ' dewa ' kepada sebahagian pemimpin dan ahli PAS.

Aku menjangkakan kemaraan Nasruddin tak dapat disekat lagi. Beliau mempunyai jentera yang setia dan bijak. Aku nak bagi contoh kat korang.

Baru baru ini seorang askar Nasruddin, Termizi Md Din yang juga AJK Pemuda Gombak telah menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah.

Dalam tazkirah itu Termizi telah mengingatkan

1. Puasa bukan petanda takwa

2.Orang yang makan harta rakyat sudah pasti tak bertakwa. Ini memang kenyataan berani mati menghentam pimpinan PAS. Siapa lagi yang makan harta rakyat selain PAS.

Puluhan tabung dilancarkan sedangkan tak pernah sekalipun pengumuman jumlah kutipan dibuat. Tabung Memali sebagai contoh, hingga kini tak dapat diketahui jumlahnya.

Dalam masa yang sama pada setiap kali ceramah, kutipan 'jihad' dilakukan tak kira di mana ia diadakan.

3. Tak pasal pasal beliau memetik hadis Nabi tentang orang yang berpenyakit hati yakni waham. Adakah petandanya ialah orang berkenaan sangat cinta dunia dan amat takut kepada mati.

Semua orang boleh menduga bahawa kenyataan ini khusus ditujukan untuk menghentam Nik Aziz. Umum memang menyedari bahawa menjadi pantang Tok Nenek Nik Aziz jika beliau dikatakan mengidap penyakit yang serius.

Jadi pada aku, halus mainan Tantawi ni. Cerdik juga politik dia. Kita pakat pakat tunggu tengok. Tak lama lagi aku rasa ada letupan baru akan berlaku dalam PAS !



Thursday, August 18, 2011

HANTU DI PEJABAT PENGHULU !!

SEDANG MENUNGGU USTAZ PAS UNTUK DIPULIHKAN...

Sebenarnya aku tak tau samada nak gelak atau nak marah. Yang pastinya aku malu bila lebai lebai PAS ni jadi bahan ejekan komunis Cina DAP.

Sebenarnya lebai lebai PAS ni jadi bahan olok olok jer. Aku tengok di pekan kecil tempat aku tinggal sekarang, lebai paling bising, paling celupar paling dapat perhatian cina cina DAP.

Nampak sangat lebai lebai ni jadi kuda. Tapi malangnya mereka ni tak sedar. Mereka rasa mereka benar benar hebat dan dihargai DAP.

HE!HE!HE! Kira kira macam Mat Sabulah...

Contoh kebodohan PAS yang DAP suka sangat ialah apabila mereka membesar besarkan kesilapan SPR. Memang matlamat DAP nak menyerang apa jua institusi yang ada kaitan dengan kerajaan UMNO/BN.

Cuma DAP cerdik. Dia tak menyerang sendiri SPR. Dia gunakan PAS.
Matlamatnya ialah bila orang kata bodoh, yang bodoh itu ialah PAS bukan DAP.

Sebagai contoh, sekarang ni di semua Pejabat Penghulu sedang dipaparkan senarai pengundi bagi suku kedua 2011. Orang boleh semak sebelum ianya diwartakan. Pergilah wakil parti atau orang perseorangan.

Pada masa ini kalau ada yang tak kena, boleh buat bantahan kepada SPR. Kemudian masa mengundi nanti setiap parti bertanding boleh letak counting agen dan polling agen. Boleh letak wakil parti masing masing.

Sebenarnya tak timbul soal penyelewengan, soal hantu. Pada aku yang hantunya PAS sendiri. Sebab itu banyak pusat rawatan mereka tumbuh merata rata. Kemudian pergilah kerana sebab apa sekalipun. Jawapannya pasti sama , hantu atau jin.

HE!HE!HE! Tok bomohnya bila sakit masuk hospital !


Wednesday, August 17, 2011

PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI ?

NUAR BRAHIM DIDAPATI TERLIBAT !

Kerana mangsa adalah seorang wanita Melayu manakala pembunuhnya pula ialah peguam India, maka pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama kakitangannya serta perbicaraan mereka hampir tidak dipedulikan.

Atas asas itu juga ramai yang tidak menyedari bahawa pembunuh yang membunuh jutawan kosmetik Melayu tersohor itu telah dibela oleh peguam bela yang sama membela Nuar Brahim Peliwat.

Dengan yang demikian, Manjeet Singh Dhillon peuam bela yang amat setia kepada Nuar Brahim telah menggunakan kaedah yang sama sewaktu membela pembunuh jutawan wanita Melayu ini.

Manjeet Singh bukan sahaja membela India Pembunuh itu tetapi dalam masa yang sama sentiasa berusaha menimbulkan kebencian terhadap sistem kehakiman.

Manjeet Singh sentiasa berusaha untuk menunjukkan pasukan pendakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan kepincangan. Polis juga turut dipalit sebagai melakukan siasatan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Aku dari awal lagi menjangkakan bahawa sepanjang tempoh perbicaraan ini yang akan dibicarakan bukan India Pembunuh Yang Kejam tetapi institusi yang berkaitan dengan kerajaan.

Bahkan aku percaya jika yang mati itu India manakala yang membunuh itu Melayu, kita akan lihat seluruh dunia berkabung dan memberi sokongan.

Bagaimana agaknya nasib anak cucu kita ? Menjadi Melayu Hina di bumi sendiri !


PETUNJUK 17 RAMADHAN !

PAS SOKONG SESIAPA NAK MURTAD !

Sekali lagi kita dapat perbaharui kesedaran bahawa kuasa ALLAH tiada siapa atau apapun dapat mengatasinya. Kita boleh merancang dan berikhtiar tetapi hasil akhirnya adalah ketentuan ALLAH jua.

Hari ini aku terbaca kenyataan Khalid Samad dalam akhbar edaran PKR edisi terbaru. Khalid adalah antara JK PAS yang paling banyak bercakap.

Khalid mungkin tidak mempunyai sebarang niat apabila mengatakan bahawa Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali sebenarnya langsung tidak tahu menahu berkaitan serbuan JAIS ke sebuah gereja di Selangor.

Kalau Dr Hassan tau pasti beliau akan melarang serbuan JAIS sebaliknya akan membiarkan umat Islam dikristiankan.

Khalid juga menyebut bahawa Putrajaya yang arahkan supaya umat Islam diselamatkan dalam gereja tersebut.

Ulasan aku ialah mudah jer. Ini semua kehendak ALLAH. Korang yang bercakap tentang Islam pagi petang siang malan, bila ada cabaran terhadap Islam lari kelam kabut.

Kemudian, nampaknya PAS sendiri setuju dan iktiraf usaha UMNO pertahankan Umat Islam berbanding PAS yang hanya berebut nak bercakap.


Tuesday, August 16, 2011

IKRAR YANG BUAT PAS LONDEH KAIN UNTUK DILIWAT DAP !

MUDAH JER MARUAH PAS TERGADAI..

HE! HE! HE!

Aku yakin kenyataan terbaru Lim Guan Eng ini amat menyentuh hati pimpinan dan ahli PAS. Aku tentunya ia jadi bahan perbualan pemimpin PAS sehingga ada yang termenangis, terharu atas keikhlasan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng kata sebagai respon kepada jemputan Nazri Aziz agar DAP menyertai BN. Melompat Guan Eng kata bahawa DAP akan tetap berdiri teguh bersama PAS dan PKR.

Aku yakin sangatlah bahawa PAS kepada DAP sebenarnya tiada apa apa. Kalau tengok 11 bulan di Perak, Nizar Jamaluddin benar benar dibuat macam budak suruhan DAP.

Disuruh duduk...duduk, disuruh berdiri...berdiri. Setiap soalan samada dari pihak media mahupun rakyat hanya boleh dijawab setelah izin Ngeh Koo Ham.

DAP hanya gunakan PAS sebagai pahat bagi membelah orang Melayu.Bila orang Melayu berpecah belah maka mudahlah mereka mengatur strategi merampas kuasa.

Jadi bila PAS dengar ikrar Lim Guan Eng, seronoklah mereka. Mereka rasa memang benar mereka berharga. Tengoklah PAS akan buat apa sahaja untuk balas kasih DAP termasuk menjual agama.

Lepas ini kita tunggu tengok, Lim Guan Eng akan jadi tokoh yang lebih mulia bagi PAS berbanding Nik Aziz sendiri.


Monday, August 15, 2011

MAK AII !! KUATNYA ONANI !!!

GADIS BIMBANG RAKANNYA KUAT ONANI...

Semalam aku baca ruangan soal jawab Dr. bersama Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain yang tersiar dalam Mingguan Malaysia.

Seorang pembaca mengadu berasa bimbang kerana rakannya begitu kuat melakukan onani. Hampir setiap hari rakannya melakukan onani sehingga buah dadanya menjadi kendur.

He!He!He!

Dr ini menjawab ada banyak sebab mengapa perlakuan ini dilakukan.

1. Manusia khasnya remaja sangat ghairah mahu mencuba sesuatu yang baru dan belum pernah dilakukan.

2. Seseorang yang sukan berkhayal dan berfantasi juga mungkin terjebak.

3. Pengaruh dadah dan alkohol juga mungkin jadi punca.

Cara paling utama yang disarankan oleh Dr ialah dengan berfikir secara positif. Sedari potensi yang dimiliki. Gunakan fikiran secara rasionak kerana hanya kemampuan berfikir rasional akan mengubah keadaan.

Elok jugak sesekali kita bincang perkara macam ini. Ada orang anggap ianya malu tapi untuk tujuan pendidikan aku rasa ia wajar dibincangkan.

Dr ini tidak melihat dari sudut agama tapi kita semua tahu apa sahaja bertentangan dengan tabii adalah dilarang. Termasuk juga seks luar tabii macam Nuar Brahim tu...


Sunday, August 14, 2011

BAKHILNYA NIK AZIZ,,,

HINA ORANG SUSAH SEMPENA RAMADHAN !

Aku tak taulah apa dah jadi dengan lebai ni. Kalau nak kata jahil dah diangkat jadi Mussyidul Am. Kalau nak kata koman, dah
lebih 20 tahun jadi Menteri Besar,

Semalam Nik Aziz merungut sebab ramai sangat orang mintak sedekah dan mohon simpati termasuk kepada dirinya.

" Kalau datang mintak di rumah saya, duit poket sayalah kena keluar. Kalau datang ke pejabat, boleh guna duit kerajaan negeri ". Kalau didengar orang, buruk sangat bunyinya.

Yang aku heran, PAS sentiasa ada tabung, mintak merayu kepada penyokong mereka. Lepas satu...satu tabung dilancarkan. PAS pusat tabung lain. PAS kawasan tabung lain.

Aku rasa , parti paling banyak mintak sumbangan di dunia ialah Parti PAS. Tak banyak sikit jejas juga imej Islam sebab PAS guna nama Islam.

Tak dengar pulak Nik Aziz merungut yer...

Sahabat dulu berhabis harta benda kerana Islam, Nik Aziz baru orang mintak sedekah dah merungut.

HE! HE! HE!


Friday, August 12, 2011

PAS AKUI PERJUANGAN ISLAM UMNO /BN

KHALID SAMAD BALUN NIK AZIZ SEMPENA RAMADHAN.

Aku rasa antara orang yang paling tak bahagia Ramadhan ini ialah Mussyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Banyak kesukaran yang beliau hadapi sebab ada banyak benda pelik berlaku.

Antara yang paling luarbiasa ialah apabila JAIS membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Selangor yang didapati sedang mempengaruhi umat Islam agar memeluk Kristian.

Pelik sebab Nik Aziz selama ini bercakap di seluruh negara betapa PAS telah berjaya melakukan dakwah sehingga ramai orang ' minat ' kepada Islam. Tiba tiba yang berlaku ialah orang Islam minat nak tingalkan Islam.

Lebih pelik lagi ianya berlaku di sebuah negeri yang dikuasai Pakatan. Lebih menarik bila isu yang sepatutnya menyatukan umat Islam ini sebaliknya bukan sahaja meretakkan lagi umat Islam bahkan meretakkan pimpinan PAS sendiri.

Terkini kenyataan Khalid Samad benar benar meludah muka Nik aziz, Katanya tindakan JAIS mahu menyelamatkan umat Islam adalah kesan didikan UMNO/BN.

Maknanya tak benarlah bila selama ini Nik Aziz mengatakan PAS akan bubar jika UMNO perjuangkan Islam. Selama ini rupanya PAS yang tak nak kepada Islam sebenar. Selama ini Nik Aziz hanya cakap sahaja tentang Islam tapi perasaan, pemikiran dan perlakuan sangat jauh menyimpang.

Aku tak tau apa akan jadi pada PAS di masa depan. Tapi hati kecik aku kata, PAS dah tinggal nama. Yang lain lainnya menunggu masa nak roboh, ghuyub menyembah bumi.


Wednesday, August 10, 2011

TERLALU ASYIK MENGOREK...

SEHINGGA TAK SEDAR APA BERLAKU.

Itulah. Mabuk dengan kekayaan segera yang mudah. Dapat jer kerajaan, Pakatan pembangkang pakat korek pasir di mana mana yang ada peluang.

Terlalu sangat asyik menghabiskan khazanah alam yang percuma menyebabkan Kerajaan Pakatan tidak menyedari apa yang berlaku dalam kalangan rakyat.

Rupanya ada lagi rakyat Selangor yang hidup melarat sehingga terpaksa menerima bantuan gereja untuk menyambung hidup. Tak usahlah Dr Asri nak tolong Kerajaan Pakatan dengan letakkan salah kepada JAIS.

Susah senang rakyat Kerajaan wajib tau. Tambahan pula dah jadi negeri dan negara kebajikan. Banyak sangat janji pembangkang masa nak pilihanraya. Jika mereka mampu tunaikan sebahagian daripadanya, pasti tak ada rakyat melarat.

Kemudian, kita tengok pulak peranan parti yang menjadi kerajaan. PAS,DAP dan PKR. Kata sangat prihatin. PAS selalu kutip duit untuk kononnya bantu orang Islam yang susah.

Akhirnya orang pun tak tau mana pergi kutipan yang dibuat. Kesimpulannya aku nak bagitau Pakatan, mentadbir negeri dengan mengkritik pentadbiran orang lain bukan sama.

Kalau setakat nak naik pentas, buat penilaian dan analisis sebenarnya Mahfuz Omar pun pandai. Tapi bila dah dapat negeri baru tau susah senangnya...



Tuesday, August 9, 2011

CENANGAU & MANJUNG MARI DERHAKA !

HE! HE! HE!


Gamaknya ini Ramadhan akhir kot sebelum PAS dibubarkan dan ahlinya akan berbondong bondong menyertai DAP. Tanda tanda PAS nak hancur dan makin jelas dan nampak satu persatu.

Hari ini aku baca dua blog penting PAS. Cenangau dan Manjung Mari.
Cenangau kecewa dengan kebodohan Mat Sabu. Sistem kerja dan kaedah yang digunapakai sehingga seseorang itu layak mengundi pun Mat Sabu tak tau.

Maknanya selama ini orang PAS kena tipulah. Pulun kempen untuk Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, dah menang baru sedar tokoh yang dipilih bodoh orangnya.


Manjung Mari pula nyatakan kekecewaan kerana kenyataan Ketua Pemua tidak selaras dengan pihak tertinggi dalam isu serbu gereja.
Kononnya Pemuda begitu tegas mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Pada aku semua ni wayang.Ini semua drama bagi membantu DAP merampas Sabah dan Sarawak yang majoriti pengundinya adalah Kristian.

Nantilah...aku perincikan...


Monday, August 8, 2011

TAK PAYAH KE MASJID !

UNTUK LIHAT KEBESARAN ALLAH.

Antara perbezaan ketara Agama Wahyu dengan agama ciptaan manusia ialah Islam tiada tempat tertentu untuk menjadi ' gelanggang beragama'.

Tingkahlaku di masjid harus selaras dengan tingkahlaku di pasaraya, pemikiran di surau harus sejajar dengan pemikiran di pentas politik.

Maknanya seorang Islam yang tertib sewaktu mengimamkan sembahyang tetapi celupar dan tidak beradab semasa berceramah, harus duduk mengkaji diri.

Inilah cantik dan indahnya Islam. Demikian juga dengan banyak peristiwa yang berlaku akhir akhir ini. Sebagai contoh isu serbuah ke sebuah gereja oleh JAIS bagi menghalang usaha memurtadkan umat Islam.

Ini sebenarnya isu maruah yang merangkumi seluruh maruah umat Islam. KIta sewajarnya sanggup syahid kerana mempertahankan saudara saudara kita.

Tapi korang tengok apa yang berlaku :-

Haji Hadi kata ini semua mainan politik UMNO/BN yang nak tutup isu pilihanraya yang tidak bersih. Tak ke bodoh punya kenyataan. Yang serbu JAIS, yang arah Hassan Ali, Yang buat program ialah penyokong Pakatan, yang dikatakan salah UMNO.

Inilah kebesaran ALLAH yang aku maksudkan. Bila kita ria' dan takbur sampai melampaui batas, akhirnya ALLAH hukum kita dengan sesuatu yang menjatuhkan ' harga diri dan maruah kita '.

Aku yakin kenyataan Haji Hadi ini bukan saja mengejutkan orang biasa tapi puak puak PAS sendiri pun melompat dengan kebodohan Hadi.

Kebesaran ALLAH yang ketara lagi ialah kenyataan Nik Aziz. Dia langsung tak berani nak komen sebaliknya hanya kata, ' kita kawan ni sempena Ramadhan ni usahlah ada masalah ".

Maknanya Nik Aziz bagi jaminan kepada Kristian buatlah apa pun termasuk kristiankan orang Islam, beliau tidak akan ganggu. Sebaliknya beliau akan tetap berbaik baik khasnya sempena Ramadhan.

Kalau ada orang kritik atau marah kepada usaha murtadkan orang Islam, Nik Aziz akan pastikan pihak itu yang dilihat dan didapati bersalah.

Tu dia... ALLAH Ta'ala punya kuasa. Korang duduk menung depan komputer pun dapat menghayati kebesaran Tuhan. Kalau lebih lebih sangat macam Hadi dan Nik Aziz, akhirnya ALLAH sesatkan mereka sesesat sesatnya.


Friday, August 5, 2011

MANA NIK AZIZ NIH YER !!

ADA ORANG KATA BERDOSA ANGGAP NIK AZIZ ULAMAK !

Hangpa setuju ka ? Kelmarin semasa aku bertemu dengan seorang rakan lama, dia bagitau aku bahawa Nik Aziz sebenarnya bukan seorang ulamak.
Bahkan mungkin boleh berdosa jika ada orang mengatakan Nik Aziz ulamak jika ' tafsiran ulamak waris para Nabi diperhalusi'.

1. Nik Aziz cuba menipu para penyokong dengan membina banglo di belakang rumah lamanya. Nik Aziz mahu dianggap zuhud. Begitu juga Nik Aziz dikatan selalu mengeluarkan kenyataan seperti orang susah sedangkan hidup beliau anak beranak amat mewah.

2. Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa pelik dan berbeza dengan ulamak lain dengan mengatakan ulamak yang berbeza pendapat dengannya sebagai ulamak jahat.

3. Nik Aziz dikatakan ' penjual agama ' apabila sanggup menggadaikan prinsip agama kerana mahu diterima oleh orang lain.

4. Nik Aziz tidak mampu menegakkan hujahnya berasaskan ilmu sebaliknya lebih cenderung menyerang secara emosi mana mana pihak yang berbeza dengannya.

Aku tak mau komenlah sebab ini pandangan orang. Walau bagaimanapun, aku sendiri secara peribadi anggap tidak ada apa apa yang istimewa Nik Aziz ni.

Apa yang ada ialah ' cerita dari mulut ke mulut yang dibawa secara terancang untuk gambarkan ketinggian Nik Aziz sedangkan sebenarnya tiada apa apa yang hebatpun '.

Apapun kita tunggulah sehari dua ni. Kita tengok ada banyak peristiwa besar berlaku dalam negeri Pakatan. Mari kita tengok berapa pula harga agama Nik Aziz nak lelong !


Thursday, August 4, 2011

SELEPAS AZIZAN RAZAK, HARUN DIN KINI MUSTAFA ALI SEDANG KRITIKAL !

KITA PAKAT BERDOALAH UNTUK MEREKA !

Sekarang ni musim pemimpin PAS sakit kot. Kalau pemimpin UMNO sakit, PAS akan kata macam macamlah termasuk mengaitkannya dengan puasa.

Sewaktu DS Najib buat pembedahan lutut, ada blogger upahan PAS bertanya adakah Najib berpuasa ke tak.

Bila Azizan Razak dan Harun Din menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan UMNO/BN di IJN tidak ada sesiapapun daripada UMNO yang sinis sebaliknya pakat mendoakan kesembuhan mereka.

Tak de lah pulak UMNO tanya kepada Harun Din, ' hai... pakar perubatan Islam pun masuk IJN ? '.

Orang UMNO dah dilatih bersangka baik.

Terkini Mustafa Ali pula diserang penyakit. Tapi bukan masalah jantung, cuma masalah mental. Jadi IJN tak terima lah. Setakat ni Mustafa Ali tidak merbahaya secara fizikal, jadi belum ada keperluan untuk menghantarnya ke Tanjung Rambutan.

Antara perkara yang baru dilakukan oleh Mustafa Ali ialah mengeluarkan kenyataan bahawa ada gerakan dalaman UMNO nak jatuhkan Najib. Mustafa Ali ialah SU Agung PAS yang dilantik oleh Presiden.

Beliau adalah tokoh yang tidak disukai oleh ulamak dan erdogan dalam PAS.

Sebab itu beliau tidak berani bertanding sebarang jawatan dlm parti. Aku anggap dia ni gila sebab dia sendiri tidak diterima dalam kelompoknya tiba tiba nak buat analisis dalam kelompok lain.

HE ! HE ! HE !

Atau dia sindir kumpulan tertentu dalam PAS kot ? Yang aku dengar dah sangat ' semak perut ' dengan Nik Aziz ?


Wednesday, August 3, 2011

SORRYLAH, HANG TAK LAYAK ZAN !

HANG KAKI LEPAK...BUKAN PENTADBIR NEGERI !

Jika kita pergi ke Kedah dan tanya soalan khasnya kepada orang UMNO,
adakah kita akan dapat balik memerintah Kedah, jawapannya agak sama.
Aku dengar alasan ni , rasa nak muntah pun ada.

" Payah sikit, ustaz Zizan ni baik ngan orang. Kalau orang kenduri ka...orang mati ka...awai awai dah dia mai ! "

Ada beberapa pemikiran yang timbul pada aku.

1. Inilah bentuk ceritanya semasa PAS mula memerintah Kelantan. Maknanya setelah puluhan tahun merdeka, tahap politik orang Melayu ialah kenduri dengan mati jer..

2. UMNO Kedah yang terkenal dengan tanjak dan gayanya sebelum ini nampaknya tidak mampu mengalahkan seorang MB bertaraf 'ustaz kenduri'.

3. Setinggi manapun perancangan dan idea masa depan yang dirancang, nampaknya politik Melayu tetap berpaksi pada hal hal kecil dan picisan.
Inilah nampaknya kunci penerimaan terhadap PAS walaupun terbukti PAS tak upaya nak capai apa apa.

4. Semua pemimpin PAS sebenarnya mempunyai ' kualiti ' kepimpinan yang sangat rendah. Ustaz Zizan ni adalah contohnya. Baru sedikit krisis dalam PAS negeri di Kedah didedahkan, Ustaz Zizan dah sesak nafas.

Jadi mari kita doakan agar Azizan segera sembuh. Kemudian dalam masa yang sama mudah mudahan lepas ini Azizan akan meletakkan jawatannya sebagai MB sebab dah ketara beliau tak mampu...



Tuesday, August 2, 2011

MASA DAN HARI DI MANA RUMAH NUAR BRAHIM TAK BOLEH DIKUNJUNGI

RUMAH MISTERI YANG DIDIAMI MANUSIA MISTERI !

Setakat ini tidak ada sesiapapun tampil membuat sebarang penafian. Ia menjadi kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut.

Cuma media semua tahu perkara ini kerana mereka membuat liputan dari semasa ke semasa. Kononnya Nuar Brahim adalah seorang tokoh yang mempunyai paling ramai bomoh di dunia.

Bomohnya pu la terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Cina, India, Melayu, Benggali, Siam. Dari Darul Shifa' pun ada.

Jadi kisah Nuar dengan bomoh orang dah tak heran. Yang orang mula nak heran ialah apabila Wan Zizah pun dah pandai main bomoh.

Setiap hari Selasa, mulai 5.30 petang Wan Zizah akan pasang colok di beberapa bahagian istana mereka. Berasaplah keliling rumah !

Bila ada yang tanya buat apa semua ni ? Wan Zizah kata ini adalah ikhtiar bagi melindung diri dan keluarga daripada musuh Nuar, kawan Nuar dan Nuar sendiri.

Kadang kadang bila kita dah terdesak kita sampai tak boleh nak berfikir.
Aku rasa jin yang Wan Zizah upah untuk kawal dia tu pun pening, tak tau siapa kawan siapa lawan...

Dan lebih penting daripada itu, aku nampak samada Nuar Brahim atau Wan Zizah masing masing macam dah tak percaya pada Tuhan...


Monday, August 1, 2011

WALAUPUN UZUR, NIK AZIZ BERNIKAH SEORANG LAGI !



Sesiapapun tak sangka. Rasa macam tak percayapun ada. Yerlah, jalan pun macam tak berapa nak larat. Melangkahpun dipimpin. Tiba tiba dengar dengar dah bernikah seorang lagi.

Itulah Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Hanya dia jer yang tahu samada dia mampu atau sebaliknya. Isteri terbaru Nik Aziz ialah seorang gadis berumur 21 tahun dan sedang menyambung pelajaran di Mesir.

Majlis perkahwinan sebenar akan diadakan secara besar besaran selepas Hari Raya Aidilfitri. Sekali di Kota Baharu dan sekali di Kuala Lumpur.


Walaubagaimanapun catatan di atas sengaja aku buat. Sebenarnya tak salah rupanya ada adakan cerita sebab ' tuan punya diri ' boleh tampil buat penjelasan.

Ini teori Chegu Bard bila Rosmah Mansor menafikan beli cincin 24 juta.
Chegu Bard kata beliau tak tuduh, Rosmah boleh bagi penjelasan.

Sesekali aku rasa bagus jugak guna kaedah Chegu Bard ni..untuk seronok seronok .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...