Monday, August 8, 2011

TAK PAYAH KE MASJID !

UNTUK LIHAT KEBESARAN ALLAH.

Antara perbezaan ketara Agama Wahyu dengan agama ciptaan manusia ialah Islam tiada tempat tertentu untuk menjadi ' gelanggang beragama'.

Tingkahlaku di masjid harus selaras dengan tingkahlaku di pasaraya, pemikiran di surau harus sejajar dengan pemikiran di pentas politik.

Maknanya seorang Islam yang tertib sewaktu mengimamkan sembahyang tetapi celupar dan tidak beradab semasa berceramah, harus duduk mengkaji diri.

Inilah cantik dan indahnya Islam. Demikian juga dengan banyak peristiwa yang berlaku akhir akhir ini. Sebagai contoh isu serbuah ke sebuah gereja oleh JAIS bagi menghalang usaha memurtadkan umat Islam.

Ini sebenarnya isu maruah yang merangkumi seluruh maruah umat Islam. KIta sewajarnya sanggup syahid kerana mempertahankan saudara saudara kita.

Tapi korang tengok apa yang berlaku :-

Haji Hadi kata ini semua mainan politik UMNO/BN yang nak tutup isu pilihanraya yang tidak bersih. Tak ke bodoh punya kenyataan. Yang serbu JAIS, yang arah Hassan Ali, Yang buat program ialah penyokong Pakatan, yang dikatakan salah UMNO.

Inilah kebesaran ALLAH yang aku maksudkan. Bila kita ria' dan takbur sampai melampaui batas, akhirnya ALLAH hukum kita dengan sesuatu yang menjatuhkan ' harga diri dan maruah kita '.

Aku yakin kenyataan Haji Hadi ini bukan saja mengejutkan orang biasa tapi puak puak PAS sendiri pun melompat dengan kebodohan Hadi.

Kebesaran ALLAH yang ketara lagi ialah kenyataan Nik Aziz. Dia langsung tak berani nak komen sebaliknya hanya kata, ' kita kawan ni sempena Ramadhan ni usahlah ada masalah ".

Maknanya Nik Aziz bagi jaminan kepada Kristian buatlah apa pun termasuk kristiankan orang Islam, beliau tidak akan ganggu. Sebaliknya beliau akan tetap berbaik baik khasnya sempena Ramadhan.

Kalau ada orang kritik atau marah kepada usaha murtadkan orang Islam, Nik Aziz akan pastikan pihak itu yang dilihat dan didapati bersalah.

Tu dia... ALLAH Ta'ala punya kuasa. Korang duduk menung depan komputer pun dapat menghayati kebesaran Tuhan. Kalau lebih lebih sangat macam Hadi dan Nik Aziz, akhirnya ALLAH sesatkan mereka sesesat sesatnya.


1 comment:

Anonymous said...

sedap luncai tuduh orang sesat , hebat sangat ka ko luncai. Luncai , hang tak tau ka yg UMPORNO perintah Malaysia bukan PAS. Apa yang UMPORNO yang ada kuasa buat untuk halang orang Islam murtad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...