Saturday, August 27, 2011

MAJLIS KHATAN LIM GUAN ENG SELEPAS SYAWAL.



Pulau Pinang- 27 Ogos 2011. Pejabat Perhubungan PAS Pulau Pinang mengesahkan bahawa satu majli besar besaran akan diadakan di Pulau Pinang bagi meraikan upacara berkhatan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Encik Lim Guan Eng.

PAS beranggapan bahawa kesediaan Lim Guan Eng untuk berkhatan adalah hasil dakwah pemimpin PAS kepadanya. Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng belum bersedia untuk memeluk Islam.

Sementara itu sumber dalaman DAP menyatakan bahawa pengorbanan Lim Guan Eng ini adalah sebagai tanda terima kasih tidak terhingga DAP kepada Mat Sabu kerana telah ' menukar ' komunis yang membunuh pasukan keselamatan dan anak isteri mereka dalam Peristiwa Bukit Kepung sebagai pejuang kemerdekaan.

Manakala para anggota keselamatan ini dikatakan pengkhianat negara dan wajib dibunuh. Kejayaan Mat Sabu menyerang institusi pertahanan negara ini dipercayai akan mengukuhkan kasih antara PAS dan DAP.


7 comments:

Anonymous said...

hang pejuang merdeka ka luncai atau pejuang mereka yang belasah harta negara. ideologi komunis yang sekat demokrasi sedang diamalkan umno sebenarnya.

Anonymous said...

Mat Sabu nampak begitu terdesak mahu memenangi hati Cina. Sanggup dia mengangkat komunis sebagai pejuang, menghina askar Melayu yang terkorban.

Sekarang kita tahu Mat Sabu sebenarnya musuh negara.

Anonymous said...

bukan masalah terdesak, dai cerita sejarah yang betul. peristiwa bukit kepong berlaku tahun 1950, polis tu kerja dengan penjajah british. jika berlaku lepas merdeka baru la polis tu boleh dianggap pejuang. tapi mereka berjuang untuk penjajah british.belajaq la sejarah jangan main sentimen sahaja

Anonymous said...

Sejarahnya ialah komunis tetap komunis. Tahun 50an inilah orangnya yang masuk kampung Melayu membunuh dan merogol. Peristiwa Bekor misalnya masih dalam ingatan.

Tentera kerajaan sah dikatakan pengkhianat, komunis dikatakan pejuang.

Mat Sabu sebenarnya nak tawan hati DAP yang mahu bawa balik Chin Peng dan iktiraf komunis ini sebagai pejuang.

Sebagai anak bekas tentera, walaupun ayah saya tidak mati di medan perang tetapi luka hati saya dengan Mat Sabu dengan mengatakan tentera British adalah pengkhianat.

Menyesal saya dan isteri mengundi PAS pada PRU 12 yang lalu.

Anonymous said...

Apa pula perasaan anal cucu ust. Ibrahim Libya Dan pengikutnya yg dibunuh polis atas arahan pemimpin umno. Polis di b.kepong Islam , ust. Ibrahim Libya Dan pengikutnya juga Islam. Tapi sampai Sekarang apa pembelaan umno terhadap keluarga ust Ibrahim Libya Dan pengikutnya.

Hanya yg umno buat putar belit Cerita sebenar gun a tv3,rtm,utusan utk tipu rakyat Msia . Sam a juga isu komunis bunuh polis British yg berbangsa melayu di bt kpg.

Kenapa umno tidak papar kisah sebenar memali jika mereka membela org Islam.kerana umno suk a putar belit semua isu utk kepetingan politik . Umno tidak ikhlas

Anonymous said...

Kalau benar bagus sangat PAS dan kasih sangat kepada Ibrahim Libya, kenapa Mat Sabu lesapkan kutipan derma untuk waris yang meninggal?

Memang benar waris tak dapat dakwa sebab kutipan tak pernah direkod.

Kalau saya nak sebut Ibrahim Libya pun malu.

Anonymous said...

Pencacai umporno jangan dok buat fitnah.

pencacai umporno ni kononnya anti cina tapi sebenarnya bohong, depa la jadikan orang cina kaya. Vincent Tan, Tokey Judi Genting, Tokey IPP semuanya kaya kerana UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...