Monday, December 30, 2013

TERKINI !! PERHIMPUNAN HARAM 31 DISEMBER 2013 DIBATALKAN !


Mohon jasabaik kawan kawan semua. Sila panjangkan berita yang aku dengar nih ! Perhimpunan Haram 31 Disember yang berselindung di sebalik isu kenaikan harga barang dibatalkan sama sekali.

                                              Gambar hiasan 

Aku dengar pembatalan ini adalah akibat kegagalan mana mana pihak untuk mengaku sebagai penganjur. Malah beberapa NGO yang dinamakan oleh pihak polis sebagai ' mungkin penganjur ' juga telah menafikan sekeras kerasnya penglibatan mereka.

Aku bersyukur, alhamdulillah. Buat apa susah susah nak berhimpun protes harga barang naik. Yang naikkan barang Cina DAP yang berniaga. Pergilah ke pasar, korang akan tau apa barang yang naik harga dan mengapa harganya naik.

Baiklah bawak anak anak berjalan atau berehat di rumah. Lagipun masa tu kita dah bersiap siap anak nak bersekolah. Sekarang ni kita dah taupun sebenarnya ramai yang mengaku ' hero rakyat', kena gempaq sikit lari lintang pukang...


Saturday, December 28, 2013

TAHNIAH ROSMAH MANSOR !


Yang ini aku respeklah. Tahniah kepada Rosmah Mansor dan Datuk Najib.
Anak dia yang juga anak tiri PM kita , Riza Shahriz Abdul Aziz, baru berumur 36 tahun jer tapi dah mampu beli rumah ( kondo mewah )
berharga 33.5 juta dollar US. Duit Malaysianya 110 juta.

Kondo ini terletak di New York, USA. Riza ini mengaji dan bekerja di luar negara. Pada aku ini pencapaian yang amat membanggakan.

Macam macamlah kalau orang nak mengata. Sebab ada orang fikir Melayu ni biar kekal miskin. Biar Cina jer kaya raya.

Pada aku Rosmah boleh tumpang banggalah. Anak yang berjaya maknanya mak bapak dia berjaya didik dia. Mudah jer. Aku nak cadangkan mana mana anak Melayu yang berduit beli jugak hartanah yang mahal mahal di Pulau Pinang. Biar Guan Eng ternganga !




                                              Gambar hiasan..

Thursday, December 26, 2013

PERHIMPUNAN HARAM 31 DISEMBER , LELAKI INI SEDANG DICARI !



Perhimpunan Haram walau apapun tujuannya sudah pasti akan datangkan kesan yang sangat buruk. Tarikh yang dipilihpun dah nampak jahatnya. Tarikh orang nak bawak anak cucu berehat.

Ada orang nak relaks, ada orang jerit pekik ! Turunkan ! Turunkan !

Maka polis terpaksa datang. Bila polis datang ada orang provok. Polis kejar, orang tu lari. Langgar cucu orang. Tok dia marah. Jerit, gaduh !

Polis pulak yang kena maki. Keadaan jadi huru hara. Media antarabangsa buat liputan. Hancurlah imej Malaysia !

Jadi jangan biarkan benda ini berlaku. Cegah ! Halang !

Hanya seorang jer yang aku belum dengar bercakap lagi. Sebelum ini aku dah syok dah dengan ketegasan dia. Aku tak tau kenapa sekarang senyap sesenyapnya !

Kalau korang nampak lelaki ini, korang tolong mintak dia bercakap yer !


Sunday, December 22, 2013

PEMUDA UMNO KALAH TERUK DENGAN UNIT AMAL DI SUNGAI SIPUT !


Aku tak mahu mengulas atau memberi pandangan. Aku hanya nak menceritakan peristiwanya.

Empat hari lalu, seorang pelajar Tingkatan satu SMK Simpang Beluru telah jatuh dan lemas sewaktu memancing di Sungai Perak berhampiran Jambatan Victoria.

Tiga hari operasi mencari dilakukan oleh pelbagai agensi. Bomba, JPAM,Polis,Rela dan orang ramai. Akhirnya semalam jenazah ditemui di sekitar Kota Lama Kiri.





Yang aku nak ceritanya dalam tempoh itu, Unit Amal Pas lengkap beruniform bertungkus lumus membantu operasi. Mereka mengedarkan makanan dan minuman dan mereka bergilir gilir di tempat kejadian sepanjang masa operasi berjalan.





Mereka mencelah dan menyelit di celah celah orang ramai. Mereka menjadi percakapan orang ramai. Mereka dihargai dan dilihat bersama menghulurkan bantuan dan simpati.





Soalan aku dan teman teman yang lain...mana Pemuda UMNO Sungai Siput ?







Friday, December 20, 2013

LAGI PUNCA UMNO AKAN KALAH PRU 14 DIKENALPASTI !


Semalam aku bersembang sambil minum minum dengan beberapa orang kawan. Minum petang, santai jer pun. Kalau dah memang orang politik, mahu tak mahu cerita politik terkeluar juga walaupun aku dah tak berapa nak minat dah kisah politik ni.

Salah seorang kawan aku tu ialah kontaktor Kelas F dan Pembekal Makanan Bermasak yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Maknanya dari segi layak, memang layaklah nak masak di asrama sekolah sekolah dalam Malaysia.

Cuma yang tak sedap dengar, kawan aku ada pandangan yang mengejutkan aku. Katanya kalau betul nak berniaga, elakkan daripada ' diketahui ' sebagai aktivis UMNO atau penyokong UMNO.

Pengalaman kawan aku ni, samada projek Kelas F atau nak mohon membekalkan makanan di asrama, kalau sah sah orang UMNO peluang nak dapat projek amat tipis. Kalau dapatpun projek yang amat kecil yang tak mampu nak gajikan pekerja.

Jika kita mohon dengan sokongan Menteri, contohnya Muhyiddin Yassin, tobatlah tak kan dapat punya. Sekarang ni ada cakap cakap bahawa penyokong pembangkang akan lebih berpeluang kerana panel pemilihnya kebanyakannya condong kepada pembangkang.

Aku bukan orang berniaga. Jadi aku tak dapat nak sahkan maklumat ini. Tapi jika maklumat ini benar sebab aku juga pernah dengar maklumat seperti ini sebelum ini, maka betullah jangkaan ramai orang. UMNO sebenarnya ' rasa ' diri berkuasa sebenarnya tidak. Kosong...

Dan aku taklah hairan kalau selepas ini UMNO akan mereput secara perlahan lahan !



Wednesday, December 18, 2013

PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN, MIMPI YANG TAK MUNGKIN JADI KENYATAAN !




INI YANG AKU RESPEK DIA NIH !!
CEPAT, TEPAT DAN TEGAS. TAK ADA PANTUN SELOKA. TERUS BERI PERINGATAN DAN AMARAN. JANGAN TERLIBAT SAMA SEKALI DENGAN SEBARANG PERHIMPUNAN HARAM.

BERITA MALAM INI MELAPORKAN USAHA PIHAK TERTENTU UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN BAGI MENGGULINGKAN KERAJAAN. SATU LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TETAPI BELUM ADA TANGKAPAN DIBUAT.

AKU PERCAYA ORANG BAIK DAH TENTU TAK KAN BUAT KERJA INI. INI KERJA KOMUNIS. MENGANGGUK DI AIR KERUH. 

MEREKA TAHU SEBAHAGIAN RAKYAT SEDANG TERTEKAN, ADA RAKYAT SEDANG MARAH. AKU NAK BAGITAU HANGPA, AKUPUN TENGAH MARAH DENGAN KERAJAAN.

BUAT MALU AKU JER. LEPAS NAIK, NAIK,LEPAS NAIK NAIK LAGI. MAMPUIH NAK BERJAWAB DENGAN ORANG KAMPUNG !

TAPI TOBATLAH AKU NAK BAGITAU, BUAT MASA INI, INILAH KERAJAAN YANG TERBAIK UNTUK KITA. ORANG KAMPUNG TAU. NAK HARAP PAS ? DAP ? PKR ?

DEPA SENDIRI TAK BEGHAPA NAK BETUL. PEMILIHAN DALAM PARTIPUN TAK DAPAT NAK SELESAI, INI PULAK NAK PERINTAH NEGARA. SORRYLAH !

AKU NAK BAGITAU KEPADA ORANG YANG NAK MENGANJURKAN PERHIMPUNAN NI, ORANG MELAYU KHASNYA KALAU MARAHKAN NYAMUK TAK KAN BAKAR KELAMBU, AKU JAMINLAH !


                                     Rakyat tahu bagaimana menangani nyamuk...

ADA BUDAK BALUN HAJI HADI..! KAWW PUNYER...

Aku tak taulah apa nak jadi dengan budak nih ! Korang bacalah sendiri...DI SINI...



Kalau ikut kepercayaan orang kampung aku ( sorang jerlah ), Haji Hadi sama macam Nik Aziz. Tak boleh disanggah, tulah !


Kaki fitnah rupanyer...

Sunday, December 15, 2013

DAH BIMBANG BENAR DENGAN UMNO, JOM KITA DENGAR ORANG MENGAJI...

Bercakap bercakap dah ! Orang tak ambil peduli. Sementara nak tunggu apa jadi dengan UMNO, jom kita dengar bacaan Al Quran. Moga Allah redakan kebimbangan kita...




Friday, December 13, 2013

PATUTLAH KPOP BOLEH JAJAH DUNIA !

Aku bukan gila K POP. Tapi aku nampak budaya ini sangat berkuasa.
Sekarang aku tahu sebabnya...



Kesungguhan, penghayatan dan ketulusan mereka dalam seni amat luarbiasa. Mereka tak mengada ngada, mereka tak gedik. Mereka menjadi diri mereka yang sebenar.

Kita...?



Thursday, December 12, 2013

ZAHID DAH TUNJUKKAN BUKTI, MT SABU WAJIB JAWAB !! JAWAPAN NIK AZIZ TAK DIPERLUKAN !


Zahid dah buktikan dia ada bukti Mat Sabu pendukung Syiah. 



Sekarang kita tunggu dua perkara,

1. Mat Sabu jawab dakwaan ini kepada umum

2. Pihak berwajib mendakwa Mat Sabu di Mahkamah.

Sekiranya ini tidak berlaku maknanya tiada apa apalah...


KEPADA LIM GUAN ENG SAMPAH LEBIH UTAMA DARIPADA MASYARAKAT INDIA !!




23 keluarga India dari Ladang Byram, Nibong Tebal Pulau Pinang diarahkan mengosongkan rumah mereka oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang selewat lewatnya pada 18 Disember ini. Kerajaan memutuskan untuk menjadikan tapak rumah mereka sebagai tempat pelupusan sampah.

Setiap keluarga  diberikan sebanyak RM 2000 sebagai pampasan. Ini jer nilai yang DAP berikan kepada masyarakat India yang sudah puluhan tahun tinggal di kawasan ini.

Aku pasti Lim Guan Eng ada alasan. Dia akan berikan hujah. Tapi kenyataannya , Kerajaan DAP telah halau penduduk ini seperti Kucing Kurap.

Mana tokoh tokoh pejuang masyarakat India? Ambiga ? Kulasegaran?
N. Surendran ?





                                                Tentera DAP !





Wednesday, December 11, 2013

BEGINI MAHASISWA, HANCURLAH NEGARA DI MASA DEPAN !


Aku tak tau apa yang dah jadi dengan universiti di Malaysia nih ! Dulu orang berebut rebut nak masuk universiti, kalau ada budak kampung masuk universiti kendurilah sekampung. Bangga dengan pencapaian anak kampung tu.

Sekarang bukan kata sekampung, hampir setiap rumah ada anak anak yang masuk univrsiti. Dah jadi biasa anak anak masuk universiti. Sebahagiannya kerana kejayaan dasar kerajaan. Baguslah.

Tapi aku tengok kebelakangan ini, mahasiswa dan jadi tak tentu arah. Tak de kualiti. Cara berfikir dan bertindak sangat tidak matang bahkan macam tak berfikir pulak.

Menyertai demonstrasi, perhimpunan. Malangnya kebanyakannya budak budak Melayu. Aku pernah tanya, apa yang diperjuangkan ? Tak dapat nak jawab dengan meyakinkan. Asyik asyik cakap nak ganti, ubah kerajaan zalim.

Aku kata zalim benarkah kerajaan kepada kamu? Nak masuk universiti dengan kelulusan minima. Anak Cina, India melambak dapat 9 A tak dapat masuk matrik, tak dapat masuk universiti. Anak Melayu 6A/7A dah boleh masuk matrik seterusnya masuk universiti.

Tak cukup duit ada PTPTN. Dapat tawaran dah dapat pendahuluan 1500 ringgit. Kemudian dapat lagi pinjaman tambahan. Zalim apa lagi ?

Hari ini ada pulak kumpulan TURUN. Gabungan NGO ( kononnya )dan mahasiswa lancarkan gerakan menuntut turunkan kos sara hidup. Semua Melayu kecuali Ketua Pemuda DAP ! Ketua Pemuda PAS pun hadir, tukar racun.

Lebih malang lagi Pengerusi gerakan ini ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam
( GAMIS ). Pelik aku, bila berkait dengan Islam jer, bodohlah pemikirannya.

Apa tak bodohnya, sentiasa nak MENGUBAH ORANG LAIN, DIRI SENDIRI TAK BERUBAH. Aku berani jaminlah, tengok hand phone dia, jenis apa? Koman? Sorrylah budak Melayu tak pakai barang koman. Tgk baju seluar pulak..macam orang dah kerja.

Motor ? Wajib ada padahal dia student. Ini maksud aku. Orang cerdik tak ghairah nak ubah orang atau keadaan. Orang bijak akan selalu menyesuaikan diri ikut keadaan.

Kita tak ada kuasa turun harga barang. Harga barang Cina DAP yang kawal. Kita sesuaikan apa barang yang kita nak guna...ini baru betul. Anak Cina bermatian belajar, budak Melayu jadi kuda PAS dengan DAP !



Melayu....
Cina...

Tuesday, December 10, 2013

TASHA SHILLA SUKA LELAKI ' WOW '!


Pelakon cantik, Tasha Shilla mengaku hatinya telah tertawan dengan lelaki baru. Mudah kata, cintanya sudah berubah kepada lelaki lain.

Kalau dahulu, Tasha rapat dengan bintang bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Sekarang tak lagi.

Cinta Tasha kini milik peninju Muay Thai bernama Hans. Kalau dilihat secara luaran, penampilan Hans lebih maskulin dan hebat. Badan berketul ketul. Bertatu !?

Rupanya Tasha tak suka lelaki Melayu. Tasha lebih suka lelaki Cina. Sebab itu dia tolak cinta Mahali.- Mingguan Malaysia.

P/S - He..he..masa muda Tasha, bolehlah. Ada rupa pulak. Bila dah jadi makcik, sape sape pun tak peduli...
Gambar hiasan

Saturday, December 7, 2013

MAT SABU FAILKAN SAMAN TERHADAP ZAHID !


Kuala Lumpur 7 Dis - Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dijangka akan memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi kerana dikatakan memfitnah beliau semasa berucap pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013.

DS Zahid antara lain, menegaskan bahawa beliau mahu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk segera mengambil tindakan terhadap pemimpin no 2 PAS itu.

Baca disini ...

Aku ada soalan sikit..

1.  Korang agak, Mat Sabu nak saman ke tak ?
2.  Kenapa pulak DS Zahid suruh Jamil Khir ?
3.  Kenapa DS Zahid umum benda ni dalam Perhimpunan UMNO ?

Kita tunggulah sehari dua ni...

Tuesday, December 3, 2013

TOLONGLAH !! JANGAN BUAT LAWAK !


Maka hari ini bermulalah Persidangan UMNO 2013 selepas menyelamatkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 yang lalu. Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO jam lapan malam ini.

Tahun ini pada pandangan aku UMNO bersidang dalam ' krisis '. UMNO tidak bersidang dalam selesa. UMNO kena akui kenyataan ia bukan lagi parti yang berkuasa macam dulu dulu.

1. UMNO hilang kuasa dalam menentukan hala tuju rakan rakan dalam BN. Parti komponen UMNO hampir lumpuh khasnya dalam menawan pengundi Cina. UMNO seakan tidak disegani oleh sekutu dalam BN. Bayangkan dalam keadaan ' GAGAL ',
MCA dan Gerakan saban waktu meminta pelbagai ' benda ' untuk kepentingan orang Cina.

2. UMNO juga gagal ' memahami dan membantu ' rakyat khasnya orang Melayu. Aku rasa selepas PRU 13 tiada apa apa yang dilakukan oleh UMNO yang menyebabkan orang Melayu boleh bangga. Hal hal yang berkaitan dengan Melayu dan Islam jelas diperjuangkan oleh NGO. UMNO hampir tidak ' bersuara ' sama sekali.

3.  UMNO gagal menguasai kerajaan. Ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri Melayu tetapi perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetap juga berlaku. Contohnya UMNO gagal menjaga kebajikan Kakitangan Awam yang peratusan Melayunya amat tinggi.

Tengok ' penderitaan ' yang ditanggung oleh para guru. ( Peratusan Melayu tertinggi dan merupakan kakitangan kerajaan teramai ). Sehingga sekarang, hari hari aku dengar guru merungut kerana tekanan kerja. Sehingga diberitakan ramai guru beralih menyokong pembangkang.

4.  UMNO gagal mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Pengguna terbesar dalam negara ialah orang Melayu. Aku nak katakan semua harga barang naik. SEMUA. Tinggal lagi ada yang diumum, ada yang tidak diumum. Orang Melayu dan tak boleh nak hadapi kenaikan ini sebenarnya.

5. UMNO juga gagal mempertahankan harga komoditi yang rata rata melibatkan orang Melayu. Harga getah pernah naik sehingga enam ringgit tetapi kemudiannya turun dan tak naik naik sehingga sekarang. Sewaktu harga getah naik, semua harga barang naik. Malangnya sewaktu harga getah turun, tiada satupun harga barangan pengguna yang turun.

Ini antara bahan yang aku nak bagi pada pembahas di Persidangan UMNO. Cakap soal derita dan kesusahan rakyat. Biar Presiden dan pemimpin dengar.

Jangan buat lawak ! Rakyat jadi benci mendengarnya. Atau kita tunggu PRU 13. Tunggu rakyat hukum dan UMNO jadi sejarah !




Sunday, December 1, 2013

DS NAJIB SAHKAH UMNO TELAH GAGAL !


SELAMA INI AKU PERCAYA UMNO SELAKU TUNJANG BARISAN NASIONAL DAN PAKSI KERAJAAN ADALAH JUARA PERPADUAN. OLEH YANG DEMIKIAN AKU
KOMPROMI DENGAN MACAM MACAM PENGORBANAN YANG UMNO DAN ORANG MELAYU LAKUKAN SEJAK DAHULU SAMPAI SEKARANG.

NAMUN , BARU BARU INI YAB PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MEMBUKTIKAN SESUATU YANG BERBEZA...DI SINI

AKU CUBA BERSANGKA BAIK. TAPI AKU TAK DAPAT MENOLAK BEBERAPA PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN AKU.

1. APA SUDAH JADI DENGAN MACAM MACAM DASAR DAN PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SELAMA INI ?

2. MENGAPA ' MEREKA ' YANG DILANTIK SEDANGKAN SEBAHAGIANNYA AGAK SANGAT BERBEZA DENGAN UMNO SECARA TERSURATNYA ?

3. MENGAPA SEKARANG, SEAKAN MENJADI MIND SETTING KEPADA PERWAKILAN YANG BERHIMPUN BEBERAPA HARI LAGI ?

ITULAH PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN AKU. AKU TAK TAULAH ORANG LAIN. PADA AKU INI ADALAH SALAH SATU PERKARA PELIK YANG DS NAJIB LAKUKAN...


Thursday, November 28, 2013

APASAL PULAK NAK MARAH CINA DAP ?!!


PELIKLAH PULAK AKU ! PAKAT NAK MARAH. HARI HARI ADA JE ARTIKEL, BERITA TENTANG ORANG MARAH CINA DAP. HARI HARI ADA 20/30 ORANG BERKUMPUL KONONNYA NAK TUNJUK MARAH PADA CINA DAP !

APA SEMUA NIH ? CINA NI HANYA KATA KAKITANGAN BAWAHAN MPSP KUCING KURAP . ITU JER. KAKITANGAN BAWAHAN INI KEBETULANNYA MELAYU.
MAKNANYA CINA DAP INI KATA MELAYU KUCING KURAPLAH !

SATU MASA DULU CINA DAP KATA MELAYU YANG BUAT DEMO DEKAT PEJABAT KETUA CINA DAP DI GEORGETOWN BERUK/ MONYET. ADA JUGA DUA TIGA HARI ORANG MELAYU MARAH !

DUA TIGA HARI KELUAR ARTIKEL, BERITA. 20/30 ORANG PAKAT PAKAT BERKUMPUL BAWAK MANILA KAD SURUH KETUA CINA DAP MINTAK MAAF.

SAMA MACAM SEKARANG. SAMA JER...

TAPI KORANG TENGOK NANTI, BILA CINA DAP SURUH HALAU MELAYU YANG BERNIAGA DI TEPI JALAN...'KUCING KURAP' INILAH YANG DENGAN PENUH TAAT
SETIA PEGHAMBAT ORANG MELAYU YANG BERNIAGA CARI SESUAP REZEKI.

KUCING KURAP INILAH JUGA TANPA BELAS KASIHAN BAWAK JENTERA LANGGAR WARUNG MELAYU, HABIS HANCUR PINGGAN MANGKUK, PERIUK BELANGA. TANPA RASA KASIH DAN KASIHAN !

BILA CINA DAP ARAHKAN SUPAYA PAKSA MELAYU KOSONGKAN KAMPUNG LAMAN MEREKA YANG TERSEPIT DI TENGAH TENGAH KOTA RAYA, MAKA BERLARIANLAH ' KUCING KURAP ' INI MENGHALAU UMAT SEDARAH DENGAN MEREKA. BANGGA BUKAN MAIN KERANA MEREKA ADA KUASA SIKIT !

' KUCING KURAP ' INI SANGAT TAAT KEPADA CINA DAP !

AKU INGAT LEPAS DAH KENA TERUK SEJAK DAP PERINTAH MULAI 2008, MELAYU PENANG AKAN INSAF. DAH KENA HINA, KENA CERCA .

KORANG TENGOK KEPUTUSAN PRU 13. MELAYU PENANG BAGI UNDI KEPADA SIAPA?

MAKA MARI KITA REDHA. KEBANYAKAN YANG KENA HINA KAW KAW NI IALAH ORANG YANG PERCAYA CINA DAP DAN SAHABAT MEREKA PAS DAN PKR JAUH LEBIH BAIK BERBANDING UMNO ! REDHALAH KITA WALAUPUN HATI HANCUR LULUH TENGOK KAUM KITA DIHINA. HAKIKATNYA PENGHINAAN ITU PILIHAN MEREKA !


Tuesday, November 26, 2013

ALAMAK !! HISHAMUDDIN SEBUT PASAL ARROGANT PULAK DAH !!


Kalau dah nak jatuh, nak punah macam macam cara dan kaedah seseorang atau sesuatu organisasi akan jatuh meghuyub, jadi sejarah. Sama jugak kalau seseorang atau sesuatu organisasi itu nak naik, macam macam sebab berlaku untuk membolehkannya naik.

Aku dapat melihat ramai tokoh yang naik mencanak secara tidak disangka sangka. Laju bahkan luarbiasa meninggalkan orang lain. Perkara sebegini lazimnya berlaku dalam dunia politik. Lihat Anwar Ibrahim, pada aku dia adalah contoh klasik bagaimana seorang ahli politik naik berdesup, turut berdebab !

Sekarang ini aku sedang memantau dengan teliti sebuah organisasi yang sedang menjunam tapi secara perlahan lahan. Dia naik pun tak dan sampai ke puncak dan sangat perlahan pendakiannya.

Tapi aku percaya dia akan turun kalau tak menjunampun turun dengan kelajuan sederhana. Tanda tanda kejatuhan amat ketara khasnya dalam Muktamar baru baru ini. Yer , aku sedang melihat Pas jatuh.

Ada banyak petanda tapi aku nak ambil satu aspek sahaja.

Mana mana organisasipun akan hancur bila rasa hormat dan segan kepada pemimpin dah tiada. Hishamuddin Karim perwakilan dari Terengganu misalnya telah menimbulkan isu yang amat BERAT UNTUK DIAKUI TAPI AMAT BESAR KESANNYA.

Biru muka para pemimpin Pas bila dikatakan sombong, bongkak dan sentiasa rasa diri sendiri lebih baik dan lebih hebat daripada orang lain. Kalau dah sombong, bongkak sesama sendiri maka sudah pastilah sombang bongkak juga dengan rakyat.

Kenyataan ini rupanya terbukti apabila keputusan pemilihan parti menunjukkan hanya seorang ' calon tak cerdik ' menang dalam pemilihan. Itupun menang dalam majoriti yang sangat kecil, Mohamad Sabu.

Seorang lagi calon tak cerdik walaupun popular kerana ' bisingnya ' terbuang dalam saingan Naib Presiden, Mahfuz Omar.

AJK Pas pusat semuanya golongan berpendidikan tinggi yang aku yakin mewakili kumpulan Arrogant seperti yang ditimbulkan oleh Hishamuddin.

Apa lagi yang Pas ada. Selamanya berpaut kepada golongan Agamawan, golongan ini sudah menjadi serpihan. Mahu menggunakan modal hudud, nampaknya Pas dah kematian angin apabila diminta membawa usul ke Parlimen dan beberapa pemimpin Umno menyatakan komitmen untuk menyokong.

Pas tiada apa apa selain riuh rendah, berkonsert, dulu nasyid sekarang metal !

Kita tunggu, aku rasa tak lama dah. Kita akan lihat kejatuhan parti arrogant menyembah bumi !




Friday, November 22, 2013

HAH ! HAH ! HAH ! MASALAH TEKNIKALLAH PULAK !!


USAH TAKBUR ! USAH PANDANG HINA ORANG LAIN !

KALAU NAK NAIK TAK PA, TAPI JANGAN JIJAK KEPALA ORANG !

HARI INI ALLAH TUNJUK DAH. PEMILIHAN AJK PAS PUSAT TERPAKSA DITANGGUHKAN KE HARI ESOK KERANA MASALAH TEKNIKAL.

PATUTNYA PENGUNDIAN DIBUAT PETANG TADI, TAPI TERPAKSA DITANGGUHKAN. KONONNYA PENGUNDIAN TEMBALAN PRESIDEN BERJALAN.

BERAPA RIBU ORANG BERTANDING ? HAH ?

BERAPA RIBU ORANG MEMILIH ? HAH ?

AKU MALU NAK BAGITAULAH ! MALU SEBAB DEPA KATA DEPA PARTI ISLAM. DEPA KATALAH !

TULAH...BILA SPR YANG KENDALI PILIHANRAYA YANG LIBATKAN BERJUTA ORANG SILAP SIKIT, SATU DUNIA HANGPA ISYTIHAR.

HARI INI HANGPA SILAP. HANGPA  NAK KATA APA ?


Thursday, November 21, 2013

HABISLAH UMNO ! PAKATAN BERADA DALAM TAHAP SEMPURNA SEKARANG !!


HE..HE..HE..

KALAU UMNO YANG MACAM INI, MAMPUSLAH KENA KUTUK !

DAP

LIM KIT SIANG  - LIM GUAN ENG

KARPAL SINGH  - GOBIND SINGH DEO ( SORANG LAGI TU SUAM SUAM)

PKR

ANWAR IBRAHIM   - NURUL IZZAH ( WAN AZIZAH TU TAK DE MAKNENYE)

PAS

HAJI HADI    - MUHAMMAD KHALIL ABD HADI

NIK AZIZ      - NIK MUHAMMAD ABDUH

ADAPUN KRONISME NEPOTISME DALAM PAKATAN HUKUMNYA HARUSSSS !

TAPI PENGIKUT MEREKA ADA KOMEN APA APA ? HE..HE..DAH BUTA HATI DAH SEBENARNYA PUAK PUAK NIH !!

MAK AIII !! 21 ORANG DICABULNYA !


SEORANG PAKAR BIUS KANADA DIDAPATI BERSALAH KERANA MELAKUKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP 21 WANITA KETIKA MEREKA BERADA DALAM KEADAAN TIDAK BERMAYA KERANA DIBIUS.
BAGAIMANAPUN KESEMUA PESAKIT DALAM KEADAAN SEDAR.

GEORGE DOODNAUGHT DIDAKWA MENCIUM, BERCUMBU DAN MEMAKSA SEKS ORAL KEPADA PESAKITNYA DI HOSPITAL NORTH YORK, TORONTO SEPANJANG TEMPOH EMPAT TAHUN BERAKHIR 2010.

MAHKAMAH DIBERITAHU," MANGSA MENYEDARI APA YANG BERLAKU TETAPI TIDAK DAPAT BERGERAK ".

DEFENDAN BAGAIMANAPUN MENYATAKAN MANGSA SEBENARNYA MENGALAMI IGAUAN SEKSUAL YANG DISEBABKAN SEDATIF YANG MENGELIRUKAN INGATAN MEREKA. DIA JUGA MENYATAKAN TIDAK MUNGKIN MELAKUKAN PERBUATAN ITU TANPA DISEDARI OLEH ORANG LAIN SEDANGKAN PEMISAHNYA HANYA TIRAI PEMBEDAHAN.

SEORANG PENYELIDIK TURUT MENYATAKAN KESAN BIUS JUGA BOLEH MENYEBABKAN HALUSINASI.

AKHIRNYA MAHKAMAH MENDAPATI PAKAR BIUS INI BERSALAH ATAS ALASAN TIDAK MUNGKIN BEGITU RAMAI PESAKIT MENGALAMI KESANNYA YANG SAMA KEMUDIAN BERPAKAT UNTUK MEMBUAT ADUAN.

PENDAKWA MENEGASKAN SEBAGAI PAKAR DR GEORGE TAHU MENGAWAL TAHAP BIUS YANG MEMBOLEKAN SESEORANG ITU MELAWAN ATAU BERTINDAK BALAS.

DEFENDAN AKAN HADIR SEMULA KE MAHKAMAH UNTUK MENDENGAR HUKUMAN DIJATUHKAN.

P/S - KALAU LAH KES YANG SERUPA BERLAKU DI MALAYSIA, DAH TENTU 

1. ADA ORANG KATA DEFENDAN ADALAH ORANG UMNO
2. KALAU MELIBATKAN SEORANG ' TOKOH ', DAH TENTU IA AKAN DIKATAKAN FITNAH DAN ROAD SHOW PASTI DIADAKAN.

HE ! HE! HE! DOKTOR NI TERMINUM UBAT BIUS KOT, SEBAB ITU BANYAK BENAR HALUSINASI NYA !



Wednesday, November 20, 2013

18 SG ! MAYAT KELUAR DARI KUBUR !!

HERNANI, FILIPINA 19 NOV.- KEKUATAN TAUFAN HAIYAN YANG MELANDA NEGARA INI DENGAN KELAJUAN ANGIN KIRA KIRA 314 KILOMETER SEJAM BUKAN SAHAJA MEMBAWA KEMUSNAHAN KEPADA HARTA BENDA, MALAH TURUT MENYEBABKAN MAYAT DAN RANGKA MANUSIA TERKELUAR DARI KUBUR.

SUKARELAWAN, CLAIRE GREGORIO BERKATA KEADAAN ITU BERLAKU DI BANDAR HERNANI, WILAYAH SAMAR TIMUR.

" KEADAAN TAK UBAH SEPERTI MIMPI NGERI APABILA BEBERAPA MAYAT, RANGKA SERTA BATU NISAN TERKELUAR DARI KUBUR AKIBAT TAUFAN BERKENAAN ".

DIKATAKAN MAYAT DAN RANGKAT BERTEBARAN DI ATAS JALANRAYA TERMASUK MAYAT SEORANG LELAKI YANG BARU SAJA DIKEBUMIKAN.

SELEPAS SEMINGGU STRATEGI INI BERLAKU, SERAMAI 3976 ORANG TELAH TERKORBAN MANAKALA 1600 ORANG HILANG DAN TIDAK DIKETAHUI KEADAAN MEREKA.

EMPAT JUTA ORANG KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL DENGAN SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA MEREKA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG.

( SUMBER : UTUSAN MALAYSIA )

BEGITULAH, BILA ALLAH MENGHENDAKI SESUATU ITU BERLAKU MAKA IA PASTI AKAN BERLAKU. KITA INI HAKIKATNYA TIADA APA APA SELAIN KASIH DAN RAHMAT ALLAH.

DALAM PADA KITA BERSIMPATI DENGAN MUSIBAH YANG MELANDA ORANG LAIN, MARI KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA.


Saturday, November 16, 2013

ARTIKEL BODOH OLEH DR BODOH DALAM PORTAL BODOH !


PEMEGANG PHD PERANCIS DEDAH KAJIAN TERHADAP PEKIDA !!

HE! HE! HE! TIGA KALI BODOH. DAH LAH MEMANG BENCI KEPADA MELAYU, DIA AJAK ORANG LAIN IKUT MEMBENCI APA SAJA YANG NAMPAK BERKAITAN DENGAN MELAYU.

ITULAH MALAYSIAKINI. HARI INI ADA ARTIKEL DALAM MALAYSIAKINI YANG MENDEDAHKAN HASIL KAJIAN ( KONONNYA ) OLEH SEORANG PEMEGANG DR FALSAFAH DARIPADA SEBUAH UNIVERSITI DI PERANCIS.

( KONONNYA ) DR SOPHIE LAMIERE MEMBUAT KAJIAN SELAMA LIMA TAHUN TERHADAP PEKIDA DENGAN RAMAI MENJADI SUBJEK KAJIANNYA.

AKU MALAS NAK ULAS PANJANG ARTIKEL YANG BERNIAT JAHAT NI. AKU CUMA NAK BAGITAU MALAYSIAKINI BUKAN SEMUA ORANG BODOH MACAM YANG MALAYSIAKINI FIKIR.

KALAU AKU JADI PENYELIA ( KONONNYA )DR NI, PASTI DIA TAK LEPAS. KAJIANNYA TIDAK DAPAT DIPERTANGGUNGJAWABKAN SEBAB KUALITI KAJIANNYA ( BERKAITAN PEKIDA ) JELAS SALAH, MENYELEWENG DAN TIDAK TEPAT.

PERKARA SANGAT ASAS TENTANG PEKIDAPUN DIA DAH SALAH,

MERAH   - DARAH
KUNING  - RAJA
HIJAU     -ISLAM

AKU TAK NAK LAH CAKAP SOAL ' KEWAJARAN KAJIANNYA ' BILA DIA TOHMAH PEKIDA DALAM BANYAK PERKARA. AKU PUN TAK NAK BERCAKAP BAGI MEMPERTAHANKAN PEKIDA.

AKU CUMA NAK BAGITAU, UNTUK KESEKIAN KALINYA MALAYSIAKINI TETAP DENGAN AGENDA MENIMBULKAN KEBENCIAN KEPADA ORANG MELAYU TERMASUK DENGAN MENYIARKAN ARTIKEL TIPU YANG NYATA!


Friday, November 15, 2013

" TANYA SAMA POKOK APA PASAI GOYANG..."


INI BUKAN PASAL NUAR BRAHIM. LAGU YANG NUAR BRAHIM NYANYI NAMPAKNYA DAH TERBALIK. SEKARANG PKR SABAH YANG GOYANG TERUK. BIARLAH...

AKU NAK BERCAKAP PASAL UMNO PERAK. BERITA TENTANG ADUN PERAK NAK MELOMPAT MUNGKIN PSYWAR PEMBANGKANG TAPI ADA ISU YANG SEDANG MELANDA UMNO PERAK KHASNYA, YANG PERLUKAN PERHATIAN DAN TINDAKAN YAB MENTERI BESAR.

AKU FIKIR DR ZAMBRY USAH BERFIKIR SECARA MUDAH SANGAT. USAH SEKADAR MENYEBUT SUARA SUARA YANG TIMBUL INI MAINAN PEMBANGKANG SEMATA MATA.

PETANG TADI AKU BRCAKAP DENGAN BEBERAPA ORANG TEMAN YANG AKTIF DALAM UMNO DI PERAK. ADA ISU YANG PADA AKU MESTI DILIHAT OLEH MB SEBELUM RETAK MENJADI BELAH.

1. KEBAJIKAN PEMIMPIN UMNO TERMASUK WAKIL RAKYAT TIDAK DIJAGA OLEH MB. ADA WAKIL RAKYAT YANG BARU KHASNYA, BUKAN DARIPADA KALANGAN AHLI PERNIAGAAN. INI MENIMBULKAN KESUKARAN BAGI MEREKA UNTUK MEMBANTU RAKYAT.

2.  MB DILIHAT/DINILAI SEBAGAI MENGUTAMAKAN PERBADANAN MENTERI BESAR, YAYASAN BINA UPAYA ( YBU ) DALAM BANYAK PERKARA. INI MENGAKIBATKAN PEMIMPIN PARTI RASA KETINGGALAN SEDANGKAN SURVIVAL PARTI BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN DAN AHLI PARTI.

3.  MB MEMPUNYAI BEGITU RAMAI PEGAWAI KHAS YANG MEMPUNYAI BEGITU BANYAK KUASA. DIKATAKAN PEMIMPIN UMNO YANG MAHU BERTEMU MB MESTI MELALUI PEGAWAI KHAS YANG AKHIRNYA MEMBUAT KEPUTUSAN SAMADA BOLEH/TIDAK BOLEH BERJUMPA MB.

4.  MB JUGA DIKATAKAN MENAJA ORANG ORANG TERTENTU UNTUK BERTANDING DI BAHAGIAN PADA MASA PEMILIHAN YANG LALU. INI DIANGGAP CAMPURTANGAN DA AHLI UMNO KESAL DENGAN PERKEMBANGAN INI.

AKU TAK TAU BENAR ATAU TIDAK DAKWAAN INI TAPI IA JADI PERCAKAPAN. PERSEPSI TIMBUL ASALNYA KERANA CAKAP CAKAP
BEGINI.

AKU FIKIR ELOKLAH PERKARA INI DIBERI PERHATIAN. UMNO MEMERINTAHPUN DENGAN KELEBIHAN YANG SEDIKIT. SILAP LANGKAH UMNO BOLEH JADI PEMBANGKANG SEMULA.


Tuesday, November 12, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS PENGARUHI PEMILIHAN PAS !!


AKU MINTAK MAAF YER !

INI KAWAN AKU YANG KATA. AKU TAK ADA BUKTI DAN TAK MINAT NAK 
CARI BUKTIPUN. CUMA AKU SUKA LOGIK KAITANNYA.

PEMILIHAN PAS KALI INI SANGAT LUAR BIASA BERBANDING DENGAN PEMILIHAN PEMILIHAN YANG LALU. KITA TENGOK PEMILIHAN DAP YANG PENUH TIPU MUSLIHATPUN TAK MACAM PAS WOO!!

AKU CAKAP TENTANG DEWAN PEMUDA PAS. MASYAALLAH. KORANG TERGAMAK TAK NAK SAMAKAN ORANG DENGAN ANJING? AKU TAK SANGGUP. TAPI PAS SANGGUP, LETAK GAMBAR ANJING GANTI GAMBAR CALON YANG DIA TAK SUKA.

TAPI KAWAN AKU KATA TADI, ELOK KALAU KITA BOLEH KAJI. MUNGKIN INI KESAN KEGHAIRAHAN ANAK ANAK MUDA INI TERHADAP PENCERAMAH AGUNG MEREKA USTAZ AZHAR IDRUS.

AKU RASA SIKIT SEBANYAK ADA LOGIK JUGAK. UAI AGAK KASAR, BAHASANYA MEMANG KADANGKALA MENGGERUNKAN. BILA ' IDOLA' DAH SEBUT, APA ADA MASALAH .

KORANG RASA MACAMANA ?


Wednesday, November 6, 2013

KALAU BEGINI CARA KHAIRY BERFIKIR, UMNO DALAM BAHAYA BESARLAH !!


AKU HARAP BERITA YANG AKU BACA TAK BENAR. KALAU BENAR AKU HARAP KHAIRY AKAN SEGERA MENARIK BALIK KENYATAAN ITU DAN BUAT PEMBETULAN.

KHAIRY KETUA PEMUDA UMNO YANG BARU MENANG TERAMAT BESAR DALAM PERSAINGAN YANG SEBENARNYA TAK BERSAINGPUN.

KHAIRY KATA KEPUTUSAN PRK SUNGAI LIMAU ADALAH ' TAMPARAN HEBAT BUAT PAS !' SEBABNYA UMNO BERJAYA MASUK KE KUBU KUAT PAS YANG SELAMA INI TAK DAPAT DITEMBUSI.

YA ALLAH ! SELAMATKANLAH  UMNO.

KALAU MENANG DENGAN MAJORITI 1084 UNDI DIKATAKAN  MENERIMA TAMPARAN HEBAT, YANG KALAH 1084 UNDI DENGAN SEGALA KEKUATAN MAKSIMA NAK DIKATAKAN APA ?

AKU DAH BUAT KIRAAN MUDAH, ADA SERAMAI 4168 PENGUNDI BERDAFTAR TAK KELUAR MENGUNDI, INI NAK DIKIRA SEBAGAI APA?

DALAM SISTEM DEMOKRASI KITA, AKU TAK TAU PULAK ' BOLEH MENEMBUSI KUBU KUAT LAWAN ' TERMASUK DALAM PERKIRAAN MENANG.

YANG AKU TAU SEJAK DULU KALA LAGI MENANG KALAH DIUKUR BERDASARKAN ANGKA ! WALAUPUN 1 ( SATU ) JER LEBIHNYER.

AKU SEKALI LAGI HARAP AKAN ADA PIHAK BUAT PENCERAHAN. KITA NAK MENGADAP KERJA BESAR PRU 14. KALAU KITA TAK BETULKAN CARA BERFIKIR ORANG UMNO, KHASNYA PEMIMPIN KANAN PARTI AKU BIMBANG KITA PAKAT PAKAT RASA SERONOK DENGAN ' KEJAYAAN' DI SUNGAI LIMAU.

TOLONGLAH SESIAPA YER...


Tuesday, November 5, 2013

WOOIII !! TERKEJUTLAH ! KORANG BACA NIH !!


KERAMAT ANGKA !

SEWAKTU TUN RAZAK MEMILIH TUN DR ISMAIL SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI, TUN DR ISMAIL IALAH NAIB PRESIDEN NO 3.

BILA TUN DR ISMAIL MENINGGAL DUNIA, TUN RAZAK MEMILIH HUSSEIN ONN YANG JUGAK NAIB PRESIDEN NO 3.

TAHUN 1976 BILA TUN HUSSEIN MELANTIK DR MAHATHIR JADI TIMBALAN DIA, DR MAHATHIR JUGAK BERADA PADA KEDUDUKAN NO 3 NAIB PRESIDEN.

PASCA MAHATIRISME, MUSA HITAM DAN ANWAR IBRAHIM ADALAH NAIB PRESIDEN NO 1 YANG TAK SEMPAT JADI PERDANA MENTERI, ABDULLAH BADAWI BERADA DI RANKING NO 2.

KENAPA AKU TULIS INI ? SEBAB AKU NAK BAGITAU KORANG, NAIB PRESIDEN PALING POPULAR DALAM UMNO BIASANYA ( BUKAN SEMESTINYA ) ADALAH TOKOH YANG MENJADI POPULAR KERANA ISU TERTENTU KHASNYA MELIBATKAN ORANG MELAYU.

INI ISU MASA PEMILIHAN UMNO ! KORANG TENGOKLAH BILA DAH SELESAI PEMILIHAN, APA JADI KEPADA PERJUANGAN BANGSA INI. AKU PERCAYA SENYAP !! SEPI !!

SIAPA NAIB NO 3 SEKARANG ?

SEORANG LELAKI DENGAN DARAH MUHAMMAD AL FATEH DALAM DIRINYA. DATUK DAN AYAHNYA ADALAH NEGARAWAN !

BANGKITLAH HISHAMUDDIN !! AYUH, INI MASANYA MEMBUKTIKAN KEBOLEHAN. TAK PAYAH BANYAK CAKAP. TAK PAYAH WAYANG WAYANG!

NANTI AKU CADANGKAN APA YANG KO PATUT BUAT. KEMENTERIAN PERTAHANAN ADALAH KEMENTERIAN MELAYU.

ANAK ASKAR ADALAH ANAK MELAYU. BINI ASKAR BINI MELAYU. ASKARPUN ORANG MELAYU.

ADALAH SATU DUA KERAT CINA/ INDIA. APALAGI ?

TUHAN DAH BUKAK LORONG..AZAM LEPAS INI AKU RASA KO AKAN JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN AKAN JADI PERDANA MENTERI.

PADAMKAN MASA LALU WALAU APAPUN CERITANYA. SEMPENA I MUHARAM INI, BUKAK BUKU BARU. NEGARA BANGSA INI WAJIB DIBANGKITKAN !


Monday, November 4, 2013

MASA MUHASABAH DAN BUAT PEMBETULAN !!


MAKA KITAPUN MELANGKAH KE TAHUN BARU 1435 HIJRAH. SYUKURLAH ALLAH PANJANGKAN UMUR USIA KITA AGAR KITA DAPAT TERUSKAN USAHA MEMAKMURKAN TANAH TERCINTA INI.

AKU NAK BUKA BUKU TAHUN BARU INI DENGAN MEMBUAT SEDIKIT SEMAKAN TERHADAP SEJARAH UMNO, PARTI KERAMAT KITA KERANA AKU JANGKA HARI HARI SELEPAS INI ADALAH AMAT MENCABAR BAGI UMNO TIDAK KIRA APA SEBAB DAN ALASANNYA.

1434 YANG BARU KITA TINGGALKAN MEMBAWA DUA SEJARAH BESAR POLITIK NEGARA. PRU 13 DAN PEMILIHAN UMNO.

PRU13 MENYAKSIKAN BETAPA WUJUD JURANG YANG SEMAKIN MELEBAR ANTARA PENGUNDI BUMIPUTERA DENGAN PENGUNDI CINA. MANAKALA PENGUNDI INDIA NYATA MEMILIH UNTUK BERMAIN SELAMAT.

PENGUMUMAN OLEH PRESIDEN UMNO TENTANG ' TSUNAMI CINA 'NAMPAKNYA TIDAK MERUBAH LANSKAP POLITIK NEGARA YANG MAHU TIDAK MAHU TERPAKSA MENGGABUNGKAN KETIGA TIGA BANGSA UTAMA ( MELAYU/CINA/INDIA )UNTUK MENGEKALKAN KUASA PEMERINTAHAN.

INILAH TAKDIR. MELAYU YANG BERPECAH TIDAK MUNGKIN MAMPU MEMERINTAH SECARA BERSENDIRIAN. KALAUPUN MAMPU BERSATU DAN MEMERINTAH, IA TIDAK AKAN JADI KERAJAAN YANG KUAT KERANA KUASA EKONOMI TERLETAK DALAM TANGAN KAUM CINA.

TUN DR MAHATHIR MOHAMED PADA TAHUN 1969 MENGISYTIHARKAN BAHAWA BELIAU TIDAK PERLUKAN UNDI CINA UNTUK MENANG PILIHANRAYA DAN NYATA BELIAU KALAH.

MAHATHIR YANG ULTRA MELAYU KEMUDIANNYA LEBIH TOLERAN KHASNYA SEWAKTU MULA JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI.

IRONINYA, PEMIMPIN TERTINGGI UMNO AKAN JADI PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA. INI FAKTA YANG TAK MUNGKIN DAPAT DIUBAH.

ATAS ASAS INI, AKU NAMPAK PEMILIHAN UMNO 2013 SEDIKIT SEBANYAK TELAH MEMBAWA UMNO MUNDUR KEBELAKANG. TOKOH YANG BERTANDING SEBAHAGIANNYA ' CUBA KELIHATAN ' SEPERTI HERO MELAYU.

CALON YANG 'BERWAJAH ULTRA MELAYU ' MENDAPAT DOKONGAN KUAT AHLI UMNO DAN JADI AMAT POPULAR SERTA MENDAPAT UNDI YANG TINGGI. NAIB PRESIDEN, AHLI MAJLIS TERTINGGI MEMPUNYAI CORAK YANG SAMA.

CALON YANG AGAK ' LEMBUT ' HAMPIR HAMPIR KECUNDANG.

MAKA JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA TOKOH INI AMAT TERKENAL, DIJULANG DAN DISANJUNG OLEH ORANG UMNO DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK DIYAKINI OLEH ORANG LAIN YANG JUGA BERADA DALAM KERANGKA POLITIK NEGARA.

DR FUAD ZARKASHI, DATUK GHANI OTHMAN, DATUK ALI RUSTAM ADALAH ANTARA TOKOH ' MELAYU UMNO ' YANG TEWAS DALAM PRU DAN AKHIRNYA IKUT TERJEJAS DALAM PARTI SENDIRI.

INILAH YANG AKU NAK AJAK BERMUHASABAH. PEMIMPIN JANGAN JADIKAN PERJUANGAN MELAYU SEBAGAI ALAT UNTUK LONJAKKAN DIRI DALAM PARTI TAPI AKHIRNYA TIDAK MENYERLAH DALAM KERAJAAN.

ORANG UMNO PULA JANGAN ' PERCAYA ' BAHAWA PEMIMPIN YANG SELALU BERCAKAP ATAS LANDAS BANGSA SUDAH PASTI AKAN MAMPU JULANG BANGSA INI KE PUNCAK.

PEMBETULAN YANG INGIN AKU SARANKAN IALAH PILIH PEMIMPIN YANG TIDAK SEKADAR BERCAKAP TENTANG BANGSA SEMATA TETAPI IA BOLEH TEMPATKAN DIRINYA DI ATAS SEGALA BANGSA YANG ADA.

PADA KETIKA DI PUNCAK INILAH, PEMIMPIN INI AKAN DAPAT MENGANGKAT MARTABAT BANGSANYA DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK PULA MERAMPAS HAK BANGSA LAIN .

HAKIKATNYA BANGSA KITA TIDAK AKAN KUAT HANYA KERANA KITA KUAT BERCAKAP TENTANGNYA. BANGSA KITA AKAN KUAT JIKA KITA MERANCANG DENGAN BIJAK SEGALA KEPERLUAN KITA, BERUSAHA MENCAPAINYA DAN DALAM MASA YANG SAMA TIDAK ADA SESIAPAPUN BERASA IRI HATI ATAU TERANIAYA.


Sunday, November 3, 2013

HISHAMUDDIN TUNJUK KETEGASAN !


MASA NAK PEMILIHAN MACAM MACAM TOHMAH ORANG TERHADAP HISHAMUDDIN HUSSEIN.

LEMBEK ! LEMAH ! SETAKAT BERANI BAGI AMARAN ! MACAM MACAMLAH.

TAKDIRNYA TOHMAHAN TERANCANG INI GAGAL MENOLAK HISHAMMUDDIN KELUAR DARIPADA BARISAN TIGA NAIB PRESIDEN.

KALAU CALANG CALANG ORANG, AKU RASA LARI DAH ! MELAMPAU PERANG PERSEPSI YANG DILANCARKAN.

MALAM INI KITA NAMPAK HISHAMUDDIN BERTEGAS. JELAS, TERANG DAN NYATA. MEMANG MASANYA KENA BERTEGAS BILA KEDAULATAN NEGARA DICEROBOHI.

TV 3 MENYIARKAN SIDANG MEDIA HISHAMUDDIN YANG MENGARAHKAN PEGAWAI PEGAWAI AUSTRALIA DAN AMERIKA MEMBERI PENJELASAN SECEPAT MUNGKIN BERKAITAN PENDEDAHAN TENTANG AKTIVITI PENGINTIPAN YANG MEREKA LAKUKAN.

HISHAMUDDIN TURUT MEMBERI AMARAN BAHAWA HUBUNGAN BAIK SELAMA INI MUNGKIN TERJEJAS EKORAN TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU.

INI BARU BETUL. BERTINDAK PADA MASA YANG SESUAI. HISHAMUDDIN BERCAKAP MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA. TIADA KETAKUTAN, TIADA LAPIK BAHASA.

AKU SEBAGAI RAKYAT AMAT BANGGA. JANGAN MEREKA FIKIR, MALAYSIA TIADA UPAYA UNTUK PERTAHANKAN MARUAH !



PESIMISTIK, JIWA KECIL MASIH MENGHANTUI UMNO !!


PRK SUNGAI LIMAU :
PENGUNDI BERDAFTAR   : 27222 ORANG
PENGUNDI MELAYU          : 25323 ORANG
PENGUNDI CINA                : 1842 ORANG
PENGUNDI INDIA              : 15 ORANG

SELEPAS PRU 13, DENGAN UMNO MENAMBAH 8 KERUSI MANAKALA TSUNAMI CINA DIWARTAKAN OLEH PRESIDEN UMNO SENDIRI. TAMBAHAN PULA UMNO BARU SELESAI PEMILIHAN PARTI DENGAN SELURUH KEKUATAN DAN JENTERA INDIVIDU PARTI DITAMPILKAN,MAKA AKU JANGKAKAN PRK SUNGAI LIMAU AKAN JADI MEDAN SULUNG UMNO MEMERAH SEGALA DAYA USAHA MENAWAN PENGUNDI MELAYU.

RUPA RUPANYA TELAHAN AKU SILAP. UMNO TURUN DENGAN KEPERCAYAAN BAHAWA KITA TERPAKSA JUGA BERGANTUNG KEPADA UNDI CINA.

MAKA MAKAN MALAM KELAS HOTEL, PENGUMUMAN PERUNTUKAN KILAT JUTAAN RINGGIT TELAH MENJADIKAN ORANG CINA MAKIN SOMBONG DAN MENYEDARI ' HARGA ' MEREKA.

NELAYAN, PETANI MELAYU KEKAL DILAYAN DENGAN SUMBANGAN DUA TIGA RATUS RINGGIT...MACAM BIASA.

INILAH YANG PERLUKAN REFORMASI SEBENARNYA. UMNO PATUTNYA DAH BANGKIT, BERUBAH. TEMUI SETIAP KEPALA PENGUNDI MELAYU.

RAYU MEREKA, BERI ANAK MUDA JAMINAN PEKERJAAN BERPENDAPATAN SETIMPAL. BIAR MEREKA BERASA BANGGA JADI MELAYU.

TEMUI ORANG TUA WARGA EMAS. BERI MEREKA KEMUDAHAN RAWATAN, ARAHKAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DEKATI MEREKA UNTUK DIBANTU SEMAKSIMA MUNGKIN.

NAIB PRESIDEN, ANGGOTA MAJLIS TERTINGGI DIBERI SETIAP SATU PDM SEORANG. LAMBAKKAN SEGALA PERUNTUKAN KEPADA ORANG MELAYU KHASNYA PENGUNDI.

MAJORITI WAJIB JADI RAJA DALAM SISTEM DEMOKRASI. BERHENTILAH BERGANTUNG HARAP KEPADA CINA KERANA SEJARAHNYA CINA MEMANG TAK PERNAH IKHLAS.

ATAU YANG AKU BIMBANGI, KERANA NAK JAGA MINORITI CINA UMNO AKAN HILANG KEPERCAYAAN MAJORITI MELAYU !


Friday, November 1, 2013

HISHAMUDDIN HUSSEIN BUKA PINTU RAHSIA NEGARA CHINA !


DUNIA MENYEDARI BETAPA AMERIKA SYARIKAT BUKAN LAGI KUASA DOMINAN DUNIA BAIK DARI SUDUT EKONOMI MAHUPUN DARI SUDUT KETENTERAAN.

SELEPAS ERA PERANG DINGIN, RUSSIA JUGA HAKIKATNYA GAGAL MENYERLAH WALAUPUN DIAKUI PRESIDEN VLADIMER PUTIN SENTIASA DIANGGAP SEBAGAI ANTARA ORANG PALING BERPENGARUH SEKARANG.

SEBALIKNYA DUNIA SEDANG MENGHALA KE NEGARA CHINA KUASA BARU DUNIA YANG MELONJAK SECARA KONSISTEN DALAM SEGALA ASPEK. 
PENGUASAAN EKONOMI, DASAR PINTU TERBUKA DALAM BIDANG PERDAGANGAN MEMBOLEHKAN CHINA MENJADI PESAING KUAT AMERIKA SYARIKAT.

BAGAIMANAPUN CHINA MASIH MENGEKALKAN SIKAP BERAHSIA DALAM BIDANG KETENTERAAN SEHINGGA BANYAK NEGARA TERTANYA TANYA KEKUATAN SEBENAR NEGARA CHINA.

INILAH ASAS YANG MENYEBABKAN KITA BERASA BANGGA APABILA MENTERI PERTAHANAN, DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MENERIMA PENGIKTIRAFAN LUARBIASA APABILA DIJEMPUT MELAWAT KE IBU PEJABAT ARMADA LAUT SELATAN CHINA DAN SEKALI GUS WILAYAH KETENTERAAN GUANGZHOU.

LEBIH BERSEJARAH LAGI APABILA HISHAMUDDIN DIBERIKAN TAKLIMAT LANGSUNG MENGENAI KETETERAAN LAUN CHINA TERMASUK TEKNOLOGI LAUT MEREKA YANG SELAMA INI DIANGGAP RAHSIA BESAR MEREKA.

TENTUNYA NEGARA BERBANGGA KERANA SELEPAS MENJALIN HUBUNGAN SEJAK ZAMAN ALLAHYARHAM TUN RAZAK, HISHAMUDDIN ADALAH SATU SATUNYA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBESAR INI.

KITA BERHARAP INI AKAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA PERHUBUNGAN DUA HALA YANG LEBIH ERAT LAGI SELEPAS INI.


Wednesday, October 30, 2013

DUA PERKATAAN YANG MENYEBABKAN PAS TERSEDAK !!


KALAU DAH BERKEMPEN BERGAYUT DENGAN SALAH SILAP ORANG.
TUNGGU APA ORANG NAK SILAP, SILAP BUAT KER, SILAP CAKAP KER MAKA JADI MODALLAH PADA PAS.

DIA PULAK SELAMANYA TAK BERBUAT APA APA. TAK BANYAKLAH BENDA YANG NAK DITEGUR. DOK BERCAKAP DARI MULA TUBUH SAMPAI SEKARANG.

INILAH YANG BERLAKU DALAM KEMPEN DI SUNGAI LIMAU. BILA TAN SERI MUHYIDDIN KAITKAN PENYAKIT ARWAH USTAZ AZIZAN DENGAN PENGGUNAAN GULA , MELOMPAT ORANG PAS.

SERONOK MAINKAN ISU INI.

HABIS KAUM KELUARGA DIHASUT, DITAMBAH PULAK LEBIH KURANG. MEDIA DEPA DOK PERBESAR BENDA NI.

TIBA TIBA MUHYIDDIN TAMPIL, MINTAK MAAF KEPADA SEMUA YANG TERKESAN TERSINGGUNG. " BUKAN NIAT SAYA ', KATANYA " MAAFKAN SAYA ".

NOKTAH. BERHENTI. TERPADAM !

HE! HE! HE! APA LAGI PAS NAK KEMPEN ? MASA BANYAK LAGI. ORANG MULA BERCAKAP TENTANG JIWA BESAR MUHYIDDIN.

PAS SELURUHNYA MENIPU, BERBOHONG SAMPAI KESUDAH TAK MINTA
MAAF. 

MUDAH JER TUHAN BAGI PENGAJARAN KAT KITA..BILA KENA MEMILIH TUHAN TUNJUKKAN TERANG TERANG KEPADA PENGUNDI SIAPA YANG SEWAJARNYA DIPILIH !


Monday, October 28, 2013

GANDINGAN SEJARAH !



SEKEPING GAMBAR MEMBAWA SERIBU MAKNA.

GAMBAR DI ATAS DIRAKAMKAN SEMASA HARI PENAMAAN CALON PRK SUNGAI LIMAU SEBAIK SAHAJA SELESAI PEMILIHAN UMNO.

SEBAIK SAHAJA HISHAMUDDIN DAN MUKHRIZ SELESAI BERSAING UNTUK TEMPAT KETIGA NAIB PRESIDEN UMNO. HISHAMUDDIN MENINGGALKAN MUKHRIZ DENGAN SEMBILAN UNDI.

ITU PERISTIWANYA. BIASA, PEMILIHAN BERMAKNA ADA YANG TERPILIH ADA YANG TIDAK TERPILIH. BIASA .

YANG LUAR BIASA IALAH PROSES YANG BERLAKU. SANGAT LUAR BIASA.

HISHAMUDDIN SEMACAM MENERIMA HUKUMAN, HISHAMUDDIN MACAM TAK PERNAH BERJASA, TAK PERNAH BERBAKTI.

AKU YAKIN HISHAMUDDIN BELAJAR BANYAK PERKARA. DUA NAIB YANG BERADA JAUH DI HADAPAN WALAUPUN KONONNYA BERSAMA.

DUA CALON LAGI  BERADA JAUH DI BAWAH. YANG BERHAMPIRAN,PINTAS MEMINTAS SEBELUM KEPUTUSAN IALAH MUKHRIZ- HISHAMUDDIN.

SERANGAN, TOHMAHAN, TUDUHAN DARI KELILING DIRI HISHAMUDDIN MENGGAMBARKAN BETAPA BELIAU AKAN TEWAS. TAPI BELIAU TIDAK TEWAS . TAK KIRA APA SEBABNYA HISHAMUDDIN MENANG DAN MASIH BERADA DALAM BARIS NAIB PRESIDEN.

AKU TERBAYANG SESUATU. HISHAMUDDIN PERLU BERFIKIR ' DI LUAR BERTIGA '. BANGKIT DENGAN AZAM BARU. HENTIKAN SEGALA RAJUK.

LUPAKAN SEGALA SAYU PILU. JANGAN TAKUT MENGAKU SILAP PADA MASA LALU. JANGAN TAKUT BERJANJI UNTUK LEBIH MANTAP PADA MASA DEPAN.

MARI KITA BERFIKIR BEGINI,

DULU - TUN RAZAK KEPADA HUSSEIN ONN KEPADA MAHATHIR

MASA DEPAN - NAJIB KEPADA HISHAMUDDIN KEPADA MUKHRIZ.

YANG DIPERLUKAN HANYA KEBERANIAN DAN KEYAKINAN TEGUH !


Sunday, October 27, 2013

MUHAMMAD AL FATEH / UMNO, SATU PEMERHATIAN...


SABDA RASULLULLAH SAW,

" KOTA KANSTANTINOPEL AKAN JATUH KE TANGAN ISLAM. PEMIMPINNYA ADALAH SEBAIK BAIK PEMIMPIN. TENTERANYA ADALAH SEBAIK BAIK TENTERA ", HADIS RIWAYAT AHMAD IBNU HAMBAL.

SYEIKH BAYRAM SEORANG ULAMA HADIS KEMUDIANNYA SATU HARI MENGULAS BETAPA PEMIMPIN YANG BAIK, TENTERA YANG BAIK DAN RAKYAT YANG BAIK ADALAH KOMBINASI PENTING JIKA ISLAM MAHU MENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL.

HADIS INI KEMUDIANNYA MENJADI PERANGSANG KEPADA PEJUANG ISLAM UNTUK CUBA MENAWAN KOTA KONSTANTINOPEL. UMAR AL QATTAB, MUAWIYAH ABU SUFYAN, HARUN AMINURRASHID DAN RAMAI LAGI CUBA MEREALISASIKAN HADIS INI NAMUN GAGAL.

AKHIRNYA SULTAN MUHAMMAD AL FATEH ( 29 MAC 1432 - 3 MEI 1481)
BERJAYA MENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL.

SEJARAWAN MENGATAKAN SULTAN INI ADALAH PEMIMPIN YANG AMAT BAIK, TENTERANYA ADALAH TENTERA TERBAIK DAN SEMUA RAKYATNYA ADALAH RAKYAT YANG AMAT BAIK.

MENGAPA BENDA INI AKU TULIS? AKU NAK MENGINGATKAN SELURUH KELUARGA UMNO, UMNO INI AKAN BERTAHAN, KUKUH KUAT SELAGI PEMIMPIN TERTINGGI, PEMIMPIN BAHAGIAN DAN CAWANGAN MASING MASING MENJAGA DIRI, JADI ORANG YANG BAIK.

PEMILIHAN BARU BARU INI MENCERITAKAN BANYAK PERKARA. ORANG UMNO SEBENARNYA SENTIASA MENJADIKAN ' PIHAK LAIN' SEBAGAI ASBAB TIMBUL PERMASALAH DALAM UMNO.

YANG PALING MUDAH BAGI UMNO IALAH MENYALAHKAN PEMIMPIN. PEMIMPIN YANG MEREKA TAK SUK ( TANPA SEBAB SEBENARNYA)DITOHMAH, DICERCA SEHINGGA KELIHATAN MACAM LANGSUNG TAK BERGUNA.

ORANG UMNO BERKEMPEN LEBIH DARIPADA KEMPEN PILIHANRAYA.
TIDAK PULAK TERFIKIR BETAPA LUKANYA ORANG YANG DICERCA ITU.

ORANG UMNO MENYEDIAKAN BAHAN SECUKUPNYA UNTUK PEMBANGKANG. AKU DENGAR SEKARANGPUN PEMBANGKANG DI SUNGAI LIMAU MAIN ISU YANG SAMA.

' UMNO DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN YANG LEMAH DAN LEMBEK'.

ITU BARU SATU ASPEK. BELUM LAGI BERCAKAP TENTANG POLITIK WANG, MISALNYA. DALAM PADA MULUT KITA BERKATA 'HAPUSKAN POLITIK WANG' TANGAN KITA MENADAH.

INILAH UMNO YANG AKAN MENGADAP PRU14. WAYANG DAN DRAMA YANG TAK BERKESUDAHAN.

AKU HARAP PEMIMPIN YANG TERKESAN USAH PATAH HATI. TERUSKAN PERJUANGAN, BUAT PEMBETULAN. KALAU UMNO NAK KEKAL PEMBETULAN WAJIB DIBUAT SEPENUHNYA, SELURUHNYA...



Saturday, October 26, 2013

JERAT CINA DAP MENUSUK KAKI HISHAMUDDIN !


AKU TENGOK RAMAI ORANG DAH FOKUS PRK SUNGAI LIMAU. BAGUSLAH,
CUMA AKU NAK TULIS SIKIT PASAL PEMILIHAN UMNO. AKU HARAP PEMILIHAN INI JADI SEKOLAH KEPADA KITA SEMUA.

BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH DIKUTIP JADI PEDOMAN. PEMILIHAN PIMPINAN DI MANA MANA PERINGKATPUN AMAT PENTING SEBAB LEPAS INI KITA NAK MENGADAP PRU 14. JAUH LEBIH GETIR DARIPADA PRU 13 YANG BARU LALU.

MULAI SEKARANG AKU AKAN BAGI LEBIH PRHATIAN KEPADA HISHAMUDDIN HUSSEIN SEBAB DALAM BANYAK BANYAK CALON BERTANDING DIA ANTARA YANG PALING DAPAT PERHATIAN. KENA BALUN KIRI KANAN.

AKUPUN IKUT SAMA BALUN DIA NI. SEBENARNYA ' FOR NOTHING '.
CUMA BILA AKU KAJI ADA DUA SEBAB KENAPA HISHAMUDDIN KENA TERUK.

1. PERISTIWA DIA MINTAK MAAF SEBAB HUNUS DAN CIUM KERIS.
2. DIA KELIHATAN ' TIDAK KUAT ' SEMASA MENJADI MENTERI KDN.

SENARIO POLITIK NEGARA KITA BEZA DENGAN ORANG LAIN. MANA MANA PARTI NAK MENANG, TAK BOLEH MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI SEBALIKNYA KENA BERGANTUNG BANYAK KEPADA UNDI ORANG LAIN.

PARTI MELAYU BERGANTUNG KEPADA CINA, INDIA. PARTI CINA BERGANTUNG KEPADA UNDI MELAYU. INI REALITI.

KEADAAN AKAN JADI SEBALIKNYA JIKA ORANG MELAYU UNDI MELAYU TAPI UNDI MELAYU BERPECAH TERUK. MUTLAK ! JADI PARTI PARTI MELAYU SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA UNDI CINA WALAU APAPUN ALASANNYA.

KESANNYA CINA JADI SANGAT BERKUASA WALAUPUN MEREKA ADALAH KUMPULAN MINORITI. UMNO JAGA HATI CINA, PAS JAGA HATI CINA DAN PKR JAGA HATI CINA.

CINA PULAK JADI BONGKAK DAN SANGAT SOMBONG KERANA SEDAR 
'KUASA' MEREKA.

INILAH PUNCA MENGAPA PEMIMPIN MELAYU TAK BERAPA NAK BERANI.
USAH SEMBANGLAH ! SAMA SEMUA . PAS DAN PKR PUN !

YANG PALING TAKUT IALAH PEMIMPIN YANG BERTANDING DI KERUSI MACAM SEMBRONG, CINA ADA PERATUSAN TINGGI, HAMPIR 40%.

DI SINILAH HISHAMUDDIN HUSSEIN BERTANDING !

AKU NAMPAK SEGALA TINDAKAN HISHAM BANYAK DIPENGARUHI OLEH
' KEBIMBANGAN ' INI. ORANG POLITIK MANA ADA BERTANDING NAK KALAH. TAK DAKLAH...

ORANG PULAK KEMUDIANNYA BANDING DENGAN ZAHID HAMIDI. DIA PEGANG KDN SELEPAS PRU YANG MENJELASKAN PENDIRIAN CINA. TSUNAMI ! ZAHID HAMIDI TAK PAYAH JAGA HATI CINA DAH .

CINA DAH SILAP. DIA TUNJUK BELANG DIA PADA MASA YANG TAK BETUL. DIA JANGKA MENANG PUTRAJAYA RUPANYA TAK.

ZAHID BERTINDAK DENGAN PERAAAN SELAMAT DAN TIDAK BERGANTUNG. DAH TENTU NAMPAK LAIN. JADI AKU PERCAYA HISHAMUDDIN JADI MANGSA MAINAN POLITIK CINA .

DIA TERPERANGKAP ! MALANGNYA ORANG UMNO PULAK TAK NAMPAK SEBAB KENAPA HISHAMUDDIN ' BERKELAKUAN ' SEPERTI ITU.

CINA TIPU, MELAYU MARAH DAN HAMPIR KEPADA BENCI. 

AKU NAMPAK BENDA NI. JADI AKU CADANGKAN SUPAYA HISHAM BANGKIT. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN INI. BANGKIT BALIK DAN MULAKAN HIDUP BARU. 

KADANG KADANG ORANG KENA JATUH DULU BARU DIA BOLEH PERBETULKAN LANGKAH UNTUK MENUJU MATLAMAT !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...