Friday, December 20, 2013

LAGI PUNCA UMNO AKAN KALAH PRU 14 DIKENALPASTI !


Semalam aku bersembang sambil minum minum dengan beberapa orang kawan. Minum petang, santai jer pun. Kalau dah memang orang politik, mahu tak mahu cerita politik terkeluar juga walaupun aku dah tak berapa nak minat dah kisah politik ni.

Salah seorang kawan aku tu ialah kontaktor Kelas F dan Pembekal Makanan Bermasak yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Maknanya dari segi layak, memang layaklah nak masak di asrama sekolah sekolah dalam Malaysia.

Cuma yang tak sedap dengar, kawan aku ada pandangan yang mengejutkan aku. Katanya kalau betul nak berniaga, elakkan daripada ' diketahui ' sebagai aktivis UMNO atau penyokong UMNO.

Pengalaman kawan aku ni, samada projek Kelas F atau nak mohon membekalkan makanan di asrama, kalau sah sah orang UMNO peluang nak dapat projek amat tipis. Kalau dapatpun projek yang amat kecil yang tak mampu nak gajikan pekerja.

Jika kita mohon dengan sokongan Menteri, contohnya Muhyiddin Yassin, tobatlah tak kan dapat punya. Sekarang ni ada cakap cakap bahawa penyokong pembangkang akan lebih berpeluang kerana panel pemilihnya kebanyakannya condong kepada pembangkang.

Aku bukan orang berniaga. Jadi aku tak dapat nak sahkan maklumat ini. Tapi jika maklumat ini benar sebab aku juga pernah dengar maklumat seperti ini sebelum ini, maka betullah jangkaan ramai orang. UMNO sebenarnya ' rasa ' diri berkuasa sebenarnya tidak. Kosong...

Dan aku taklah hairan kalau selepas ini UMNO akan mereput secara perlahan lahan !



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...