Friday, October 31, 2014

LETUPAN BESAR DI LAUT CINA SELATAN !

KOTA KINABALU 31 Okt - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini membuktikan siapsiaga ditahap tertinggi dalam mempertahankan negara selepas berjaya menembak tepat ke sasaran torpedo Black Shark di Perairan Laut Cina Selatan, pagi tadi.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan kepada media berkata, torpedo tersebut dilancarkan dari kapal selam KD Tun Razak ke sasaran permukaan iaiti sebuah feri penumpang yang telah diubahsuai bagi tujuan penembakan.

"Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

"Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali," katanya.

Hadir ketika pelancaran torpedo tersebut, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan Mohd Shahbudin Ibrahim, Panglima Armada, Laksamana Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli yang menyaksikannya dari platform pesawat EC 725, di Perairan Laut China Selatan.

Jelas kenyataan tersebut, kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

"Kapal selam kelas SCORPENE merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

"KD TRZ dinamakan bersempena nama Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussien sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara," katanya.




Thursday, October 30, 2014

UNTUK BACAAN HAKIM NEGARA SAHAJA !

SINGAPURA 30 Okt - Mahkamah Tinggi Singapura mengekalkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, iaitu undang-undang yang melarang seks antara lelaki, dan menolak hujah-hujah bahawa peruntukan itu bertentangan dengan Perlembagaan.

Dalam memutuskan bahawa peruntukan itu tidak menyalahi Perlembagaan, Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada tiga hakim semalam menolak dua cabaran berasingan untuk menghapuskan undang-undang itu.

Pasangan gay Gary Lim, 46, dan Kenneth Chee, 38, serta Tan Eng Hong, 51, berpendapat ​​undang-undang itu bersifat diskriminatif dan wajar dihapuskan sah mahkamah.

Mereka berhujah mengatakan bahawa Seksyen 377A melanggar hak mereka untuk perlindungan saksama di bawah undang-undang, seperti yang dijamin oleh Perkara 12 Perlembagaan, dan melanggar hak mereka untuk hidup dan bebas, seperti dijamin oleh Perkara 9.

Undang-undang itu memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, sama ada secara terbuka atau tidak.

Tan adalah orang pertama yang mencabar undang-undang itu pada 2010 selepas dia didakwa melakukan seks oral dengan lelaki lain dalam tandas awam.

Manakala Lim dan Chee kemudiannya memfailkan cabaran mereka sendiri dan kes mereka didengar secara berasingan dan ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Quentin Loh tahun lalu.- rn



Hakim negara yang susah susah berjuang untuk peliwat !

Monday, October 27, 2014

PERWAKILAN USAH BUAT LAWAK , INI BUKAN MASANYA !

Tiang seri' negara bakal dibahas dalam AGM Umno



Umno sedang mengumpul pandangan daripada akar umbi berhubung perkara berkaitan 'tiang seri' negara seperti agama, kaum dan institusi diraja untuk dibahaskan pada perhimpunan agung parti itu bulan depan.
  
Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pandangan berkenaan penting bagi mengelak perkara berkaitan 'tiang seri' negara menjadi polemik hingga mencetuskan perpecahan kaum di negara ini.
 
"Majlis Tertinggi Umno sudah putuskan saya memimpin Jawatankuasa Usul dan Jurucakap sempena Perhimpunan Agung Umno. Saya juga pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno.
  
"Sehubungan itu, Umno menerusi jawatankuasa dan biro ini sedang mendapatkan pandangan daripada akar umbi mengenai perkara-perkara 'tiang seri' untuk dibawa dan dibahaskan ke Perhimpunan Agung parti," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Muafakat Johor di Kluang, hari ini.
  
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyanathan.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata pandangan daripada akar umbi amat penting bagi Umno dalam menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara-perkara yang sering diperkatakan rakyat terutamanya Akta Hasutan.
 
Menurutnya mengambil kira pandangan akar umbi juga merupakan amalan tradisi Umno dan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan rakyat.
 
Konvensyen Umno Johor di Johor Baharu awal bulan depan juga akan dijadikan medium bagi mendapatkan maklum balas daripada akar umbi berhubung perkara berkenaan, katanya.
 
-Bernama 


Ulasan
Aku rasa jika menjadi kenyataan inilah kali pertama orang UMNO boleh bercakap terbuka tentang tiga unsur penting yang selama ini diperjuangkan. Kalau tidak orang UMNO macam terpaksa memendam, kerana nak jaga hati macam macam orang.

Hati orang UMNO hancur lebur. Cina, India sebebas bebasnya bercakap. Dah jadi macam orang Melayu pulak menumpang. Dalam masa yang sama, ini aku rasa pengiktirafan kepada DS Hishammuddin . Beliau dan teamnya dah berjaya mengubah cara pemilihan pada pemilihan yang lalu. Aku harap beliau berjaya jugak kali ini.

Aku jugak rasa ini penghormatan jugak diberi kepada akar umbi UMNO. Gunakan peluang ini sepenuhnya. Usah buat lawak bodoh masa ada peluang bercakap benda yang serius untuk agama, bangsa dan tanah air.


DAP, MCA, GERAKAN gunakan persidangan mereka untuk kukuhkan penguasaan, UMNO kena gunakan peluang ini setelah kita pasti PAS dan PKR tidak boleh kita harapkan.




Saturday, October 25, 2014

POLITIK ULAR ?


Hari ini dah 1 Muharram 1436. Beberapa hari saja lagi orang orang UMNO akan berkampung di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2014. Kenyataannya selepas PAU 2013, tiada sebarang pencapaian hebat UMNO yang boleh dibanggakan.

Aku percaya UMNO kena benar benar bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum 14 yang dijangka akan berlangsung pada tahun 2018. Berbanding parti parti lain, yang aku rasa selamat hanya DAP kerana politik perkauman Cina. Yang lain bergantung kepada setakat mana parti itu bersedia.

Kali ini aku nak bercakap satu aspek saja. Inklusif seperti yang diwar warkan khasnya selepas PRU 12 yang menyaksikan UMNO hampir tumbang. Pemimpin UMNO kena berubah. Kalau pemimpin UMNO masih bertanjak, berlagak, aku tak rasa UMNO akan menang lebih besar.


Selepas pemilihan lalu, yang menyaksikan cabaran terbesar Datuk Seri Hishammuddin mempertahankan Naib Presiden, disusuli dengan keberkesanan beliau menangani MH370, aku dah jadi peminat beliau. Aku nampak DS Hishammuddin ini ada gaya tersendiri dalam berpolitik.

Kesediaan beliau turun bersama rakyat memang aku kagumi dan bila aku bersembang dengan rakan rakan, nampaknya ramai yang suka cara ini khasnya anak anak muda. Masa untuk dilihat ' berkuasa ' sebenar dah berlalu bahkan dah jadi punca penolakan rakyat.


Rakyat mahukan pemimpin yang mudah didekati, mesra. Kalau nak tunjuk lagak , gaya hebat, rakyat tak hormat pun. Aku rasa DS Najibpun ada kualiti ini.

Anwar Ibrahim memang ' mesra rakyat ', dan begitu kebanyakan pemimpin Pakatan khasnya DAP. Semua pemimpin kanan Pakatan boleh ditemui tanpa banyak syarat. Bila bila masa.

Maka ada pemimpin UMNO akan kata, " Kami pemimpin Kerajaan, ada prosedur yang nak kena ikut ". Aku setuju jugak tapi untuk pengetahuan prosedur itulah yang akan menghukum UMNO nanti.

Masa berubah. Cara berfikir manusia jugak bertukar. Kalau UMNO selesa dengan cara lama, aku bimbang UMNO akan jadi pembangkang. Pembangunan, kemudahan awam umumnya dah hampir selesai. Rakyat terbanyak tidak lagi berfikir mereka bergantung kepada UMNO.

Maka apa lagi yang UMNO miliki berbanding pembangkang? Tiada. Sebab itu pemimpin UMNO perlu sekurang kurang kelihatan seperti ular yang pada bila bila masa sanggup menyusur akar.

Thursday, October 23, 2014

RIBUAN ORANG SERTAI FLASH MOB SELAMATKAN ANWAR DI PERAK.

Kejayaan besar PKR Perak sebab ribuan orang yang lalu lalang dapat melihat mereka berhimpun. kalau tak ada orang lalu lalang, maka mereka jer lah dalam 20 0rang.

Aku dengar peniaga di kawasan berhampiran marah sebab perniagaan mereka terganggu. Orang nak singgah rasa tak selesa.


Bagaimanapun beberapa orang peniaga telah menyumbangkan buah limau bali kepada kumpulan ini yang dipercayai kering tekak . Hah ! Hah ! Hah !





IPOH 23 Okt - PKR Perak melalui Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjalankan flashmob selama 20 minit di hadapan Gerai Limau Tambun, Jalan Gopeng di sini, semalam sebagai sokongan atas perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini.

Flashmob digelar ‘Rakyat Hakim Negara’ itu berlangsung selama lebih 20 minit disertai lebih 20 ahli PKR dan AMk diketuai Timbalan Ketua AMK Negeri, Tan Kar Hing.

Ketika ditemui, Kar Hing berkata, perbicaraan membabitkan Anwar itu nanti disifatkan bukan bersifat perbicaraan individu, tetapi lebih kepada perbicaraan rakyat.

“Dalam masa beberapa hari lagi, Datuk Seri (Anwar) akan dibicarakan. Untuk itu, kita berharap agar semua golongan rakyat dapat memberi sokongan kepada beliau (Anwar).

“Kita anjurkan beberapa siri  flashmob di beberapa lokasi berlainan sehinggalah ke tarikh perbicaraan berkenaan berlangsung.

“Secara keseluruhannya, flashmob ini adalah satu mesej jelas kepada rakyat untuk terus memberi sokongan kepada Anwar,” katanya.

Sementara itu Setiausaha PKR Negeri, Mohammad Anuar Zakaria berharap agar mahkamah dapat berlaku adil ketika perbicaraan berkenaan kelak berdasarkan kepada prinsip perundangan sebenar.

Wednesday, October 22, 2014

NAJIB AKAN TURUN SEBELUM PRU 14...

Aku membaca tulisan Tokoh Wartawan yang juga pemerhati politik yang tajam dan berani Datuk A Kadir Jasin..http://kadirjasin.blogspot.com/2014/10/isu-kepemimpinan-memperkatakan-khairy.html.

Elok sangat catatan ini dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO kira kira sebulan lagi. Setidak tidaknya sebagai bahan pemikiran  para perwakilan terutama yang akan berbahas nanti.

Kita tak usah cuba menelah apa yang tersirat dalam hati beliau tapi kita punya hak untuk menganalisis apa yang tersurat ikut suka kita. Aku mengesan ada sekurang kurang tiga mesej yang cuba disampaikan.

1. Pergerakan Khairy Jamaluddin ke arah menjadi Perdana Menteri Malaysia
2. DS Najib akan terpaksa berundur sebelum PRU 14
3. DS Hishammuddin akan menggantikan DS Najib sebelum Khairy mengambil       alih

Aku tidak akan mengulas tentang Khairy tapi aku cenderung untuk berbincang tentang perkara kedua . UMNO secara umumnya sedang menghadapi masalah.
UMNO makin hilang identiti sebagai pejuang kepada kepentingan orang Melayu dan segala sesuatu yang berkait rapat dengannya.

Kalau kita bertanya soalan, apakah yang sedang UMNO perjuangkan ? Sebenarnya tiada apa yang UMNO perjuangkan. Ini berbeza dengan parti parti yang lain. MCA, Gerakan dan DAP memperjuangkan kaum Cina dan kepentingan mereka. MIC pejuang kaum India manakala PAS kononnya memperjuangkan Islam.

Ini akan dapat kita sahkan nanti apabila kita mengikuti perbahasan dalam Perhimpunan Agung. Bahkan pemimpin tertinggi parti yang menyampaikan ucapan penggulungan akan bercakap betul betul sebagai Menteri. Tan Sri Muhyiddin akan bercakap tentang isu pendidikan Malaysia, DS Zahid pastinya akan bercakap tentang sesiapa yang akan didakwanya kali ini. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana tiada apa yang diperjuangkan maka tidak akan ada sebarang usaha muhasabah, melakukan penilaian kendiri dan melakukan pembetulan. oleh yang demikian tentulah tiada kelemahan akan dibincangkan dalam perhimpunan kali ini. Tiada.

Hasilnya DS Najib akan dilihat sebagai OK, tiada masalah. Tak mungkin pemimpin yang tiada masalah akan dipaksa turun. Lebih baik tak usah bercakap tentang kelemahan orang lain supaya orang lain tidak melihat kelemahan kita.
Itulah kesimpulannya.

Yang seronoknya ada orang mencadangkan agar Akta Hasutan dibahaskan dalam Perhimpunan. Tak taulah tapi aku percaya Akta Hasutan bukan keutamaan bila kita bercakap tentang Melayu. Lagipun aku yakin perkara ini telah jelas. Majoriti rakyat ia dipertahankan.

Lebih seronok bila Setiausaha Kerja, Datuk Rauf mengisytiharkan hospital sementara akan disediakan sepanjang tempoh Perhimpunan. Lemahnya orang UMNO..

Jadi kesimpulan aku, DS Najib akan terus. Malangnya tiada sesiapa dalam UMNO akan membantunya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang hebat.

Monday, October 20, 2014

MACAM ANJING, JADI CINA DI MALAYSIA UNTUNG !

Aku kata untung jadi anjing di Malaysia. Orang Islam lupakan hukum agama kerana nak memenangi hati Cina dan India. Sebab itu Nurul Izzah cepat cepat keluar kenyataan sokong program sentuh anjing. Bila dia keluar kenyataan , UMNO terpaksa respond. Tentunya UMNO akan kata " mana boleh saja saja nak pegang anjing" . Jadi, UMNO akan dilihat ' Kurang Malaysian'.





Cinapun untung di Malaysia. Cina DAP, Cina Gerakan, Cina MCA sebenarnya hanya ada 1 Cina. Melayu pulak bila dah berbeda politik maka segalanya kena bercanggah berkelahi.

Di Hong Kong , Cina buat demonstrasi kena balun, kena tangkap. Berpuluh bahkan beratus orang dah kena tangkap. Aku tak tau apa perasaan Cina Malaysia bila baca apa yang berlaku di Hong Kong

Di Malaysia Cina mahu orang Melayu dibenarkan berdemonstasi kalau boleh hari hari. Di Malaysia Cina mahu orang Melayu kalau bekerja, berhentilah beberapa hari untuk berdemo. Kalau students, pontenglah sehari dua. Pergilah berpanas berhujan.

Di Malaysia sebenarnya Cinalah TUAN. Cina boleh buat apa saja, kata apa saja. Kerajaan akan tolong Cina di satu sudut, manakala Cina tolong sesama sendiri di sudut yang lain.

Paling utama, Cina cakaplah apa sahaja sebab Melayu tak berani nak marah termasuklah pemimpin besar. Sebenarnya Cina Malaysia untung. Mereka lebih raja daripada raja...

Friday, October 17, 2014

ADAM ADLI ? KAH ! KAH ! KAH !



Kalau kita belajar sikit sikit psikologi manusia, kita akan tahu dalam diri ini ada ( - ) dan ada  ( + ). Ada baik buruknya diri kita dan kerana itu Allah turunkan agama untuk selamatkan manusia. Bagaimana manusia itu membesar, belajar, bergaul akan mempengaruhi dua unsur tadi.

Kalau kawan dengan orang baik, maka insyaallah baiklah kita. Kalau kawan dengan orang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat jugak. Inilah manusianya Adam Adli. Beliau silap pilih kawan sehingga jiwanya menjadi kotor, gelap. Dendam, dengki subur dalam jiwa yang macam gini.

DAP sangat cekap dalam memanipulasi hakikat ini. Sebab itu dia berjaya menawan orang. Jiwa yang sebegitu dipupuk, dibelai sehingga akhirnya pemilik jiwa itu percaya bahawa dirinya benar. Adam tergolong dalam golongan ini. 

Korang boleh tunggu dan lihat. Akhirnya Adam Adli akan jadi penentang yang hebat. Beliau akan menentang apa sahaja dan akhirnya beliau akan menentang dirinya sendiri. Kepada aku Adam Adli adalah sampah yang dimuliakan oleh Pakatan kerana Pakatan sendiri adalah sampah sarap.

Sebab itu apabila Adam menolak daripada menjadi ahli UMNO ( Rujuk Mkini ) aku lega sangat. Aku tak boleh bayangkan bagaimana busuknya UMNO jika orang macam Adam Adli berada di dalam..

Thursday, October 16, 2014

HISHAMMUDDIN JADIKAN DAP NAMPAK BODOH !

Aku anggap ini respond terbaik Hishammuddin Hussein . Aku dan orang lain tahu apa niat DAP sewaktu menimbulkan isu ini. Walaupun bukan komunis tapi hati perut Cina DAP ni tetap macam komunis. Orang Melayu jangan kaya. Orang Melayu mesti kekal bangsat supaya senang nak dijajah.

Hishammuddin langsung tak mengelak. Anwar Ibrahim sampai sekarang tak mahu jawab pasal jam Omega. Mengelak kiri kanan. DAP sampai sekarang tak jawab kenapa bangsatkan Melayu Pulau Pinang. Kenapa tipu masa mesyuarat.

Akhirnya Tony Pua pulak yang nampak bodoh. Weii ! Dia bukan berniaga senapanglah !


KUALA LUMPUR 16 Okt - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara tegas menyatakan tidak akan mempertahankan adiknya, Datuk Haris Tun Hussein Onn sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung penerimaan kontrak percetakan label keselamatan rokok dan arak bernilai RM77 juta.

 Hishammuddin berkata, Haris juga perlu menjelaskan sebarang isu yang timbul mengenai penerimaan kontrak terbabit.
"Sekiranya ada perkara-perkara yang tidak kena, saya minta dia jawab, dan saya tidak akan mempertahankannya jika beliau salah.

"Saya tidak ada sebarang pengetahuan serta kaitan langsung tentang apa yang beliau (Haris) lakukan, beliau tidak pernah beritahu apa-apa kepada saya, dia tidak akan terima sebarang perlindungan dari saya," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin mendedahkan, Haris juga tidak pernah menerima sebarang kontrak daripada mana-mana kementerian yang pernah diwakili beliau sejak dahulu.

"Sebarang isu konflik berkaitan kepentingan tidak timbul, pihak pembangkang boleh buat sebarang dakwaan tetapi akhirnya, saya tidak ada sebarang hubungan dengan apa yang dilakukan beliau.

"Tiada sebarang persoalan memandangkan Haris tidak pernah terima sebarang keuntungan daripada Kementerian-Kementerian yang pernah saya wakili sebelum ini malah isu kontrak yang dibangkitkan ini tidak ada kena mengena dengan Kementerian Pertahanan," ujarnya.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal penglibatan Syarikat Lembah Sari milik Haris, yang didakwa menerima kontrak percetakan label keselamatan rokok dan arak bernilai RM77 juta. 

Tony mempersoalkan adakah syarikat itu menerima tawaran secara rundingan terus daripada kerajaan dengan menawarkan harga terendah bagi kontrak berkenaan.- RN

Tuesday, October 14, 2014

AKTA HASUTAN TAK DAPAT DIPERTAHAN JIKA INI PEJUANGNYA !



Awalnya eloklah kita akui Akta Hasutan ini tidak akan menjadi isu jika bukan kerana Kerajaan UMNO/BN sendiri yang menawarkan penghapusannya. Setelah ISA, Akta Hasutan dipercayai dapat memulihkan populariti Kerajaan UMNO/BN yang merudum. Mari kita telan hakikat ini walaupun pahit. ( Tun Mahathir terluka dengan keputusan ini ). Kepercayaan itu palsu.

Apa signifikannya Akta ini ? Akta ini tidak penting sebenarnya jika kita semua saling menghormati antara satu sama lain khasnya menghormati undang undang dan Perlembagaan negara.  Tetapi manusia perlu dikawal. Jika tidak,  ada yang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara bangsa yang telah terbina sekian lama.

Kita bukan sahaja mempunyai ahli politik yang cita cita politik meranapkan akal budi mereka bahkan kita mempunyai rakyat yang ' jiwanya kontang ' jika tidak mencetuskan kekacauan dan kegelisahan. Di sini Akta Hasutan amat berguna.

Aku sendiri cenderung mahu Akta Hasutan 1948 ini dipertahankan bahkan pernah bertemu Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu menjaga undang undang namun beliau agak ' berbeza' dengan pendirian aku.

Jangan ada yang menyangka Kerajaan Najib ini silap semua. Najib telah membuka gelanggang agar rakyat membahaskan perkara ini secara mendalam dan kerajaan memerhati dengan tekun dan teliti. Pada ketika inilah kita perlukan pejuang tulen yang boleh berpencak dengan betul. Tari dan bunga biar indah serta pukulan padu dan tepat. Inilah yang aku kesali dan anggap sesuatu yang malang sebenarnya. Kita kekurangan pendekar atau kalaupun ada,  pendekar kita gopoh dan emosi.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz adalah peguam muda Melayu yang amat aku banggakan. Berani dan lantang. Pastinya bijak sehingga menjadi seorang peguam yang aku yakin sedang mencanai nama. Malangnya...

Malang 1

KUALA LUMPUR, (MLP) - Isu menaikkan band MUET bagi pelajar IPT semakin hangat apabila seorang peguam menawarkan khidmat guamannya kepada pelajar dan mahasiswa untuk menyaman kerajaan Malaysia.

Peguam tersebut, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata semua pelajar dan mahasiswa boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana cadangan menaikkan MUET bertentangan dengan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Azam berpendapat keputusan kerajaan menaikkan syarat kemasukan am ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah terlalu ketat.

Menurut laporan Astro Awani, Azam berpendapat demikian berdasarkan keputusan MUET 2010, yang mencatatkan hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan hanya 0.97% sahaja yang mencapai band 5 untuk calon ijazah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasukan ke IPTA dan syarat bergraduasi berdasarkan keputusan MUET.


Azam jangan berjiwa kerdil dan memandang rendah anak Melayu .         Azam sepatutnya melontarkan cadangan bagaimana membantu anak Melayu untuk berjaya dalam Bahasa Inggeris seperti dirinya. Meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris tidak sama sekali menggugat Perkara 152, 153 Perlembagaan bahkan ia tetap terpelihara. Semua bangsa WAJIB LULUS BAHASA MELAYU UNTUK LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM. Saudara kita orang Cina dan India tidak melompat kerananya sebaliknya mereka menghantar anak ke kelas tambahan Bahasa Melayu.



Malang 2


Malang 3

Malang 2 dan 3 kepada aku ( Aku harap aku silap ) tiada kaitannya dengan usaha mempertahankan Akta Hasutan. Ia telah menjadi perkara peribadi. Antara A dan B , siapa terbukti lebih kuat dan berani. Mempertahankan Akta Hasutan bukan persoalan antara dua manusia. Ia jauh lebih besar daripada itu. Kita mahu Akta ini dipertahankan kerana ia adalah alat yang amat berkesan dalam dalam memelihara keharmonian hidup rakyat majmuk di Bumi Bertuah ini. Lebih bahaya lagi jika pejuang kita mempunyai dua titik akhir dalam perjuangannya. Kemasyhuran, nama , kadang kala melekakan kita.

Malang 4





Aku tidak kenal Syahredzan Johan melainkan selepas ia memimpin kempen menghapuskan Akta Hasutan melalui Majlis Peguam. Beliau tidak banyak mengeluarkan kenyataan dan aku anggap beliau sebagai halangan yang boleh diatasi. Ironinya beliau seorang yang tenang dan objektif. Wawancara di atas menggambarkan dirinya.

Jangan lupa dalam pertarungan,  kuat sahaja belum menjamin kita menang. Kita mungkin tersilap langkah. Tenang membolehkan kita berfikir dan bertindak betul pada masa perlu.

Biar aku berterus terang. Aku anggap kedua dua peguam muda ini adalah aset Umat Melayu yang amat berharga. Aku mahu kedua duanya. Perbezaan tidak boleh dibiarkan memecahbelahkan kita Umat Melayu. Padalah dengan perpecahan sedia ada kerana jika kita berpecah belah begitu teruk, tiada Akta yang akan dapat menyelamatkan kita.

Akhirnya jangan kita pula mengajak orang berperang dan berbunuhan sesama sendiri sedangkan kita tidak pernah sekalipun duduk semeja.



ARTIKEL YANG MENYAMPAH AKU BACA !

KUALA LUMPUR 13 Ot - Kumpulan penjenayah kini cuba mencabar kemampuan anggota polis dan sistem perundangan negara selepas ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Wan Junaidi, selepas ketiadaan ISA, undang-undang yang tinggal sekarang semuanya memerlukan polis mengemukakan bukti sebelum membuat penangkapan.

"Mereka mencabar kuasa undang-undang dan kemampuan polis kita, dan oleh kerana apa yang saya sudah sebut dari dulu, lagi, apabila ISA tidak boleh digunakan lagi.

"Undang-undang yang ada sekarang adalah berlandaskan bukti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Wan Junaidi berkata, disebabkan perkara itu, rakyat seharusnya menerima hakikat hari ini keadaan berkenaan menyukarkan pasukan polis menahan mereka yang dipercayai terlibat tanpa bukti kukuh.

Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti punca insiden letupan bom tangan di Bukit Bintang baru-baru ini dan ianya berpunca daripada perebutan kawasan antara kumpulan kongsi gelap.

Wan Junaidi berkata, polis kini sudah memperkecilkan siasatan mereka sejurus menerima maklumat berkenaan dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita sudah mengetahui ini adalah satu pergaduhan antara badan kongsi gelap dan nak mendominasi kawasan tersebut, jadi ia lebih mudah sedikit dari sudut yang awal," katanya.

"Maka kita akan umum hasil siasatan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, dengan perubahan sistem perundangan yang memerlukan bukti nyata sebelum sebarang tangkapan dilakukan, ia sedikit menyukarkan anggota PDRM menahan mana-mana pihak yang disyaki terlibat dengan kegiatan itu.

"Kita memang sudah mengetahui perkara ini berlaku sejak dulu lagi, kita ketahui, kita juga memperkasakan PDRM, menubuhkan beberapa unit dalam Kementerian Dalam Negeri, termasuk unit perisikan dan cawangan khas dalam perkara ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan berkenaan adalah "perang psikologi" yang menunjukkan mereka mungkin terkesan, tetapi belum lagi terkeluar.

"Jadi dalam keadaan sedemikian, kita kena lihat perkembangan akan datang, ini 'psychology warfare' dan menunjukkan 'we may be down, but we are not out'," katanya.

Ulasan

Aku mudah jer. ISA dimansuhkan kerana Kerajaan UMNO/BN nak popular. Nak dilihat budiman dan akhirnya mendapat sokongan besar dalam pilihanraya. Hakikatnya ini tidak berlaku. Sebaliknya pemimpin Pakatan makin besar kepala dan beraja di mata, bersultan di hati.

Setakat nak bagitau ini semua kerana ISA tak de aku rasa tak ada faedah. Buat sesuatu. Sementara masih ada kuasa, atau tunggu masa kejatuhan. Masa itu menyesal dah tak berguna lagi.


Saturday, October 11, 2014

MAT SABU TENAT !

Agak pelik. Mat Sabu sakit langsung tak jadi bahan berita khasnya dalam media Pakatan terutamanya PAS. Aku tunggu jugak, nak dengar perkembangan. Tak de.


Cuma semalam seorang kawan bagitau, Mat Sabu tenat dan sangat kurang bercakap. Doktor yang awalnya mengesyaki Mat Sabu diserang denggi, kemudiannya mendapati Mat Sabu ' sihat '.

Kawan aku kata Mat Sabu beberapa kali muntah darah dan berak berdarah. Ada maklumat kata Mat Sabu disahkan oleh seorang bomoh di Krabi, Thailand terkena sihir yang amat kuat.

Tolonglah. Kalau ada sesiapa punya maklumat. Sebenarnya satu masa Mat Sabu adalah salah seorang kawan aku walaupun berbeza ideologi politik...

Thursday, October 9, 2014

KEBAJIKAN ATM KEUTAMAAN KERAJAAN.

Benda ini aku sokong sangat. Cabaran yang sedang dihadapi amat besar. Anggota keselamatan kita bukan lagi sekadar beroperasi dalam latihan sebaliknya memang berdepan ancaman. Lahat Datu sepatutnya mengajar kita untuk lebih bersedia.

Dalam pada kita berharap anggota keselamatan berkorban, kita juga sewajarnya memikirkan kebajikan mereka dan keluarga mereka.

Tahniah kerajaan UMNO/BN. Tak payah umum Negara Berkebajikan tapi sentiasa utamakan kebajikan rakyat.



Wednesday, October 8, 2014

MAHATHIR TEGUR LAGI, DS NAJIB DENGAR KER?


TEGURAN SAYA PADA KERAJAAN BUKAN NASIHAT – DR MAHATHIR


Tun Dr Mahathir Mb Selangor

Oleh: Tun Dr Mahathir Mohamed
1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.
2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.
3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.
4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.
5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.
6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.
7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.
8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.
9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.
10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.
11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.
12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.
13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.
14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan. – www.chedet.com
Suara TV - TQ

Tuesday, October 7, 2014

MESEJ PELIK DARIPADA MENTERI.

Pasti ramai sedang berpusu-pusu pulang dari kampung setelah bercuti sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, masa yang ada telah dimanfaatkan utk bertemu insan tersayang di kampung walaupun terpaksa memandu berjam-jam. Ternyata amalan ziarah-menziarahi tatkala musim perayaan masih menebal dlm tradisi kita. Ia merupakan satu tradisi hebat yg perlu kita wariskan kpd generasi akn datang. Sesibuk manapun kita, jgnlah sesekali kita lupa luangkan masa menziarahi ibu bapa kita. Bagi saya, ketibaan Hari Raya Aidiladha kali ini bawa pengertian yg sangat besar dalam hidup saya kerana saya baru sahaja kehilangan bonda tersayang. Sehingga hari ini masih terngiyang-ngiyang saat dan kenangan bersama bonda. Saya ingin berpesan kpd mereka yg masih memiliki ibu dan ayah agar hargailah kedua-duanya sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga. Akhir kata, marilah kita sedekahkan Alfatihah buat ibu bapa dan saudara-mara yg telah pergi meninggalkan kita.

AL FATIHAH.

( Petikan FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein )


Ulasan

Ramai kawan aku bercakap tentang perkara ini hari ini. Kenyataan yang amat menyentuh dan sangat rapat dengan kita. Jarang ahli politik mampu mencurahkan isi hati macam ini.

Dalam pada pemimpin Pakatan menghasut rakyat agar tidak pulang ke kampung kononnya kerana tidak mampu, DS Hishammuddin menekankan peri penting pulang untuk bersama ibu bapa.

Seriuslah. Aku kagum dengan kenyataan ini...



Monday, October 6, 2014

FUGRO DISCOVERY

Seperti yang diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, operasi mengesan dan menyelamat MH 370 akan diteruskan. Kata Datuk Seri Hishammuddin " Saya melihat ke dalam mata kaum keluarga MH 370 dan dapat menyelami perasaan mereka. Saya dan kerajaan berjanji, walau apa juga rintangannya kita akan teruskan usaha SAR MH 370 "..

MELBOURNE 5 Okt. - Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.
Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.

Lebih 111,000 kilometer persegi kawasan carian itu telah dianalisis dan kerja ukur batimatri atau pemetaan di dasar laut telah dilaksanakan sehingga kini.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sehingga kini pesawat itu belum ditemui bagi membongkar misteri kehilangannya dan usaha mencari masih diteruskan. - BERNAMA





Sunday, October 5, 2014

Wednesday, October 1, 2014

MKINI SILAP LAPOR LAGI !

Perit orang kampung buat jalan sendiri ke kabinet



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.

Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.


Ulasan
Mkini nak gambarkan kegagalan Kerajaan UMNO/BN. Tapi mereka tak sensitif. Ini adalah salah satu kawasan  dalam Malaysia. Sedikit sebanyak faktor kelemahan pegawai kerajaan, pimpinan masyarakat dan pimpinan politik memainkan peranan. 

Ia berbeza dengan masalah air di Kelantan. Air bersih untuk sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan selama 22 tahun.

Dan paling hebat, Mkini telah secara tidak sengaja telah melaporkan keprihatinan dua orang Menteri Barisan Nasional..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...