Monday, October 6, 2014

FUGRO DISCOVERY

Seperti yang diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, operasi mengesan dan menyelamat MH 370 akan diteruskan. Kata Datuk Seri Hishammuddin " Saya melihat ke dalam mata kaum keluarga MH 370 dan dapat menyelami perasaan mereka. Saya dan kerajaan berjanji, walau apa juga rintangannya kita akan teruskan usaha SAR MH 370 "..

MELBOURNE 5 Okt. - Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.
Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.

Lebih 111,000 kilometer persegi kawasan carian itu telah dianalisis dan kerja ukur batimatri atau pemetaan di dasar laut telah dilaksanakan sehingga kini.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sehingga kini pesawat itu belum ditemui bagi membongkar misteri kehilangannya dan usaha mencari masih diteruskan. - BERNAMA





5 comments:

Anonymous said...

Teruskan usaha. Biarkan Pakatan membuat andaian dan tohmahan. Kita bukan nak pengiktirafan manusia. Kita mahukan redha Allah

Anonymous said...

Rakyat bersama kerajaan. MH 370 mengubah persepsi rakyat terhadap pembangkang. Mereka tak peduli..

Anonymous said...

Kalau tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. Hendak seribu daya. Cuba dan terus cuba

Anonymous said...

Cari dan selamat. Tapi jangan lupa cari dalangnya

Anonymous said...

Mh 370 Mh 17 adalah mimpi ngeri. Kerajaan perlu memikirkan kaedah mempertahankan negara dan segala aset kita daripada pencerobohan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...