Wednesday, October 1, 2014

MKINI SILAP LAPOR LAGI !

Perit orang kampung buat jalan sendiri ke kabinet



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.

Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.


Ulasan
Mkini nak gambarkan kegagalan Kerajaan UMNO/BN. Tapi mereka tak sensitif. Ini adalah salah satu kawasan  dalam Malaysia. Sedikit sebanyak faktor kelemahan pegawai kerajaan, pimpinan masyarakat dan pimpinan politik memainkan peranan. 

Ia berbeza dengan masalah air di Kelantan. Air bersih untuk sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan selama 22 tahun.

Dan paling hebat, Mkini telah secara tidak sengaja telah melaporkan keprihatinan dua orang Menteri Barisan Nasional..

8 comments:

Anonymous said...

Silap tulis ludah muka sendiri Mkini ni..

Anonymous said...

Tindakan serta merta. Tahniah Hishammuddin dan Rahman Dahlan

Anonymous said...

Kelantan tak terlibat sebab mereka mmg suka air kotor

Anonymous said...

yANG BAIK KITA HARGAILAH. KITA TAK TAU APA BERLAKU SEBENARNYA. NAMPAK MACAM DALAM HUTAN JE.

Anonymous said...

Syabaslah. Serta merta punya respon. Ini baru betul. Rakyat didahulukan. Dulu mungkin maklumat tak sampai

Anonymous said...

Konon nak perlekeh. Jadi lain pulak. Mesti nyesal Malaysiakini

Anonymous said...

Ada baiknya pendedahan dibuat. Ada tindakan.

Anonymous said...

assalam. walaupun ia sesuatu yg aib & pahit, tapi ia berita yg hampir2 BENAR & bukan sesuatu yg bohong. Kalau Azmin bertaubat betul2 alhamdulilah pasti x akan ada huru hara nnti. Sayang UMNO kerana Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...