Wednesday, October 22, 2014

NAJIB AKAN TURUN SEBELUM PRU 14...

Aku membaca tulisan Tokoh Wartawan yang juga pemerhati politik yang tajam dan berani Datuk A Kadir Jasin..http://kadirjasin.blogspot.com/2014/10/isu-kepemimpinan-memperkatakan-khairy.html.

Elok sangat catatan ini dibuat menjelang Perhimpunan Agung UMNO kira kira sebulan lagi. Setidak tidaknya sebagai bahan pemikiran  para perwakilan terutama yang akan berbahas nanti.

Kita tak usah cuba menelah apa yang tersirat dalam hati beliau tapi kita punya hak untuk menganalisis apa yang tersurat ikut suka kita. Aku mengesan ada sekurang kurang tiga mesej yang cuba disampaikan.

1. Pergerakan Khairy Jamaluddin ke arah menjadi Perdana Menteri Malaysia
2. DS Najib akan terpaksa berundur sebelum PRU 14
3. DS Hishammuddin akan menggantikan DS Najib sebelum Khairy mengambil       alih

Aku tidak akan mengulas tentang Khairy tapi aku cenderung untuk berbincang tentang perkara kedua . UMNO secara umumnya sedang menghadapi masalah.
UMNO makin hilang identiti sebagai pejuang kepada kepentingan orang Melayu dan segala sesuatu yang berkait rapat dengannya.

Kalau kita bertanya soalan, apakah yang sedang UMNO perjuangkan ? Sebenarnya tiada apa yang UMNO perjuangkan. Ini berbeza dengan parti parti yang lain. MCA, Gerakan dan DAP memperjuangkan kaum Cina dan kepentingan mereka. MIC pejuang kaum India manakala PAS kononnya memperjuangkan Islam.

Ini akan dapat kita sahkan nanti apabila kita mengikuti perbahasan dalam Perhimpunan Agung. Bahkan pemimpin tertinggi parti yang menyampaikan ucapan penggulungan akan bercakap betul betul sebagai Menteri. Tan Sri Muhyiddin akan bercakap tentang isu pendidikan Malaysia, DS Zahid pastinya akan bercakap tentang sesiapa yang akan didakwanya kali ini. Begitulah seterusnya.

Oleh kerana tiada apa yang diperjuangkan maka tidak akan ada sebarang usaha muhasabah, melakukan penilaian kendiri dan melakukan pembetulan. oleh yang demikian tentulah tiada kelemahan akan dibincangkan dalam perhimpunan kali ini. Tiada.

Hasilnya DS Najib akan dilihat sebagai OK, tiada masalah. Tak mungkin pemimpin yang tiada masalah akan dipaksa turun. Lebih baik tak usah bercakap tentang kelemahan orang lain supaya orang lain tidak melihat kelemahan kita.
Itulah kesimpulannya.

Yang seronoknya ada orang mencadangkan agar Akta Hasutan dibahaskan dalam Perhimpunan. Tak taulah tapi aku percaya Akta Hasutan bukan keutamaan bila kita bercakap tentang Melayu. Lagipun aku yakin perkara ini telah jelas. Majoriti rakyat ia dipertahankan.

Lebih seronok bila Setiausaha Kerja, Datuk Rauf mengisytiharkan hospital sementara akan disediakan sepanjang tempoh Perhimpunan. Lemahnya orang UMNO..

Jadi kesimpulan aku, DS Najib akan terus. Malangnya tiada sesiapa dalam UMNO akan membantunya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang hebat.

2 comments:

Anonymous said...

Bab Kadiaq Jasin dan geng dia suka sangat atoq siapa akan jadi pemimpin, siapa akan dilantik jadi menteri, siapa layak siapa tak layak. Ini kerja depa sejak jadi wartawan dulu.

Seolah-olah depa pulak king maker pada hal depa masih ada kerja lain yang perlu di buat.

Stop lah dok atoq urusan orang. Biaqlah bagaimana puak UMNO nak atoq kerja depa.

Pasai apa hang tak tolong atoq kerja DAP jika hang rasa hang hebat sangat dalam percaturan politik negara ini.

Hang pun kalau bertanding pilihanraya belum tentu ada penyokong. Cakap macam hang tu tau

Anonymous said...

Sekarang ni Umno memang dah tak ada perjuangan utk memberi projek mega pada kroni macam masa TM dulu,Kadir J ni pun dah terlepas peluang menerima'pemberian'begitu.Tapi Umno masih memperjuangkan keistimewaan utk orang Melayu,kalau nak projek atau keistimewaan tersebut,berusahalah sendiri bukan atas dasar kroni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...