Monday, June 30, 2014

VIDEO - MENTERI MH 370 SUDAH TUKAR, TAPI...





Dulu orang kata dia ni lemah , lembek. Maka berduyun duyunlah orang buat cerita. Aku yakin sebahagian besarnya digerakkan oleh Pakatan yang memang nak melihat UMNO berkubur selepas Najib.



Tapi secara tiba tiba apabila Allah uji Malaysia dengan tragedi MH 370, Hishamuddin melonjak. Aku rasa tanpa dirancang. Komitmen tinggi, rasa simpati yang mendalam , sokongan isteri dan anak anak rupanya memberi tenaga luar biasa kepada Hishamuddin yang ketika itu memangku Menteri Pertahanan.



Hari ini sewaktu Majlis Serah Tugas kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai, Hishamuddin sekali lagi menyatakan komitmennya untuk terus memberikan apa jua bantuan yang diperlukan.



Ia semacam dah jadi kerja peribadi beliau. Sebelum ini beliau pernah menyatakan ' Saya melihat ke dalam mata kaum keluarga MH370 dan dapat merasakan harapan mereka'.



Aku percaya kepada qadha dan qadhar. Barangkali Allah dah takdirkan UMNO ini sentiasa ada pelapis walaupun sampai satu masa kitapun berasa agak sangsi. Jika ini takdirnya, maka mari kita satukan hati dan perasaan kita, mudah mudahan Allah berikan kita kekuatan...




BINI ORANG DICEKUP KHALWAT DI SIANG HARI 1 RAMADHAN !!

Aku rasa inilah antara keperluan hudud. Biar hukuman dijalankan kepada seorang dua orang, kemudian yang lain takut nak buat. Korang bayangkan bini orang, askar pulak tu. Dah ada dua anak, duduk berjahat dengan jantan buat apa?

Aku kesian kepada suami wanita terbabit. Apa nak bagitau kaum keluarga. Apa nak cakap dengan anak anak. Tensionlah. Hari baik, bulan baik tapi buat perangai tak baik...

PAS pun cakap berdegar degar, rupanya apapun tak mula lagi. Mujurlah UMNO bukan parti pendendam. Dengan kerjasama UMNO panel asas teknikalnya dah terbentuk. Takpelah, tak payah tunggu hudud. Gunakan segala undang undang sedia ada. Hukum semua yang buat maksiat nih !
ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi.

“Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian.

“Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin.

“Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam.

“Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan.- Sumber



                                                   Hiasan

KAWAN ANWAR TUDUH LAWANNYA ROBOT !


Korang baca berita ni. Spesis yang bila kalah reka macam macam cerita tak munasabah. Dia ni gila. Dituduhnya lawannya robot. Anwar pulak tuduh semua orang yang tidak setuju dengannya sebagai  konspirator yang asyik berkonspirasi.

Konspirasi paling hebat dilakukan oleh musuh Anwar ialah memasukkan air mani Anwar ke dalam dubur Saiful ! Kah ! kah ! kah !


Ahli Kongres AS ‘bukan manusia’

Oklahoma City: Seorang daripada ahli Kongres AS dikatakan bukan manusia sebenar sebaliknya robot selepas dia digantung mati dalam insiden kononnya disiar secara langsung di selatan Ukraine.
Membuat dakwaan itu, Timothy Ray Murray berkata, beberapa orang penduduk Oklahoma dan anggota Kongres dari negeri lain digantung selepas didapati bersalah oleh “Mahkamah Dunia” yang terletak di selatan Ukraine.
Murray berkata, mahkamah itu bersidang pada atau sekitar 11 Januari 2011.Antara yang digantung hingga mati, kata Murray, ialah anggota Kongres Republikan, Frank Lucas.
Namun latar belakang kepada dakwaan Murray itu juga perlu difahami.
Frank Lucas
Dia adalah pencabar kepada Lucas tetapi disahkan tewas minggu lalu.
Lucas mewakilo Oklahoma di Kongres AS sejak 20 tahun lalu. Dia memperoleh 82 peratus undi penduduk negeri berkenaan berbanding 5.2 peratus oleh Murray. Disebabkan Lucas kononnya bukan manusia sebenar, Murray mencabar keputusan pilihan raya berkenaan dan menuntut undi itu dipindahkan kepadanya. “Kini semua orang tahu dia (Lucas) sudah mati,” katanya di laman sesawangnya. Menurut Murray, dia berhak dilantik sebagai ahli Kongres kerana sifatnya sebagai manusia sebenar. Mengulas tuduhan itu, Lucas berkata dia tidak pernah menjejak kaki ke Ukraine. “Saya memang sering berdepan pelbagai dakwaan dalam politik, tetapi apabila dituduh bukan manusia, ia adalah kejutan yang luar biasa.
                                                              Ray , kawan Anwar

“Ini kali pertama saya dituduh robot,” katanya. - Agensi

Sunday, June 29, 2014

AKTOR NI BELUM KAWIN DAH KENA KONTROL !!

Kemelut yang melanda antara Zizan Razak dan Marina Juki sememangnya mencuri perhatian orang ramai. Segalanya dikatakan bermula apabila Emma Maembong yang juga merupakan kekasih Zizan menyatakan hasrat untuk berundur daripada syarikat Wire Fame Entertaiment selepas pulang daripada bercuti di Amerika Syarikat. Rupa-rupanya ada sedikit salah faham yang berlaku ketika artis-artis Wire Fame bercuti di Amerika iaitu pada Februari lalu.
zizan dan emmaKata Marina Juki menerusi Sinar Harian:-
Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.
Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.
Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.
Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera
zizan emma
Ramai suara-suara sumbang yang memberi pendapat Zizan telah banyak berubah setelah bercinta dengan Emma Maembong. Hmmmm. Pastinya selaku seorang profesional, Zizan pandai membahagikan antara kerjaya dan percintaan. Takkanlah kerana seorang wanita nak bergaduh dan berselisih faham sampai ke tahap ini kan? Pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap perkara ini tidak berlanjutan ke mahkamah. Sama-samalah kita doakan- Sumber

Saturday, June 28, 2014

EHH ! KENAPA HASSAN MALEK, NAJIBLAH !


Sajalah. Sempena Ramadhan Al Mubarak ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Ini masa indah buat umat Islam kerana Allah turunkan rahmatNya.

Aku ni marhain, akar umbi. Aku tahu banyak perkara yang orang atasan tak tau. Tapi aku tak akan sabotaj Kerajaan UMNO yang aku kasihi ini. Sejak dalam perut lagi mak aku dah bawak aku berjuang dalam UMNO bersama bapak aku.

Aku percaya buruk buruk UMNOpun, tak ada satu partipun dapat mengatasinya sekurang kurangnya buat masa ini. Aku nak jumpa Najib tapi ada orang kata, orang kampung , pegawai Najib payah nak lepaskan berjumpa Najib. Najib sibuk cakap isu  besar, isu kecil pegawai jer boleh selesai.

Anggaplah ini surat, tidak rasmi sebab kali terakhir aku tulis surat rasmi masa tak hadir ke sekolah Tingkatan lima dulu.

YAB Perdana Menteri,

Ada ramai orang menulis kepada Hassan Malek kerana harga barang. Aku rasa tak berbaloi sebab Hassan Malek susah nak faham sebab dia sentiasa ada jawapan, merasional, memberikan justifikasi. Ini bukan sesuatu yang rakyat mahukan.

Rakyat mahu harga barang dikawal kalau tidak diturunkan. Kalau YAB tanya saya apa barang yang naik ? Semua..yer semua. Rakyat di kampung sekarang ni tengah susah. Harga getah 1.80 sen sekilo. Terlalu murah sehingga orang kampung jatuh miskin.

Harga ikan kembung 13.00 sekilo. Ayam 10.00 sekilo. Gula, kopi, beras, tepung segalanya. Semua harga barang keperluan naik harga manakala pendapatan menurun. Jika YAB tanya saya, adakah rakyat bahagia? Tidak. Rakyat sedang menderita.

YAB,

Hampir setiap hari YAB tampil di TV bercakap tentang kejayaan. Rakyat jadi keliru, eh, apa PM aku cakap nih? Tak pahamlah.

Saya dengan rendah diri mohon YAB panggillah Ketua Kampung, Ketua Cawangan. Dapatkan maklumat sebenar sebab pegawai YAB rasa saya melaporkan sesuatu yang seronok YAB dengar, bukan sesuatu yang benar benar berlaku.

Saya harap jugak agar jangan  lepas ini YAB arah Hassan Malek buat siasat sebab kalau dia turun, maknanya macam tak ada apa apalah.

Ringkas surat saya YAB. Tak pandai sangat nak berbahasa bahasa. Harap harap dapat perhatian..

Saya Yang Benar,


( Alahai Si Luncai )


p/s-  He..he..kalaulah PM dengar yer...kah ! kah ! kah !


SYHHH !! VIDEO INI ISTIMEWA UNTUK TONTONAN WARDINA !





Aku tahu Wardina pentaksub Nik Aziz. Selepas menampakkan wajah sebenarnya setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Wardina adalah kritikan terhadap Kerajaan dan sesiapa yang cenderung kepada Kerajaan.

Apabila remaja OKU ditemui dalam keadaan daif di Negeri Sembilan, serta merta Wardina menyerang Kerajaan.

Sekarang kes yang hampir sama berlaku di Kelantan. Tentu kita ingin mendengar apa kata Wardina !


KAH ! KAH ! KAH ! BLACKOUT OOO !!! SPR, TOLONG JAWAB, KAH ! KAH ! KAH !

Rupanya apa yang selama ini dijerit jerit, dibentak bentak adalah sesuatu yang ada dalam kepala gila PKR. Dahsyat ooo...korang baca kat bawah nih. Ini aku ambik dari blog Pakatan tau, bukan dari blog BN. BN tak ambik pusingpun pemilihan PKR, takut kena balun dengan kerusi.

PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani.

Pemilihan semula 3 cabang esok

Johari berkata beliau dimaklumkan satu substesyen TNB berdekatan blok bangunan itu rosak menyebabkan keseluruhan blok bangunan itu terputus bekalan elektrik.

Mengulas penangguhan pemilihan semula cabang PKR Kelana Jaya dan Puchong - yang sepatutnya berlangsung esok kepada 10 Ogos - Johari berkata pihaknya perlu menyediakan keperluan logistik
petugas yang bertugas diambil luar Selangor.

Malah, sambutan Ramadan pula dijangka pada 29 Jun dan mereka tidak sempat untuk pulang menyambutnya bersama keluarga.

Apatah lagi dua cabang mempunyai ramai ahli dan terdapat permohonan daripada calon-calon yang bertanding meminta supaya tarikh itu ditangguhkan.

"Sebagai JPP kita fleksibel, demi untuk keadilan untuk calon-calon dan anggota untuk membuat pemilihan. Walaupun kita tak gembira, tapi kita juga buat pertimbangan," katanya.

Tiga cabang Sepang, Subang dan Sungai Besar akan mengadakan pemilihan pada esok, tambahnya.

Pemilihan semula juga akan berlangsung esok di empat cabang di Sabah - Tenom, Pensiangan, Keningau dan Papar. Sementara di Sarawak pula ialah Batang Sadong, Julau, Kapit, Limbang dan Sarikei.

"Cabang di Sabah dan Sarawak tiada penangguhan. Sementara saya jangka pemilihan di Subang dilihat menarik," katanya.

Beliau menjangkakan keputusan rasmi akan diperolehi pada 12 Ogos depan - sebelum Kongres PKR yang berlangsung pada 22 Ogos.

Friday, June 27, 2014

ZIZAN RAJA LAWAK DALAM BAHAYA !!

Walaupun pelawak tetapi bukan semua perkara boleh dibuat melawak. Ada perkara kena ditangani secara serius. Dalam kes ini aku rasa Zizan telah lakukan silap besar apabila menutup akaun syarikat tanpa persetujuan atau makluman rakan kongsi.

Bila dah buat laporan polis, perkara dah jadi riuh. Ini bukan sahaja tak baik untuk individu terbabit tapi buruk kesannya terhadap industri. Lawak Zizan pada pandangan aku lawak ' semasa '. Tak lama lagi kalau cara lawaknya tak berubah, Zizan akan menurun.


Jadi dah betullah jika buat perniagaan. Berniaga betul betul sebagai bekalan hari tua. Zizan bukan P Ramlee, lawaknya merentasai zaman.




Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat



SUBANG JAYA: Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa.
Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.
"Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.
"Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu," katanya.
Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.
Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
mStar Default Image
Marina Juki menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Zizan Razak selepas akaun bank sayrikat Wire Fame disekat.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.
Masalah itu berlarutan sehingga  Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.
Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As'ari dan Kaka Azraf.
"Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.
"Perkara ini membuatkan Johan As'ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.
"Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional," ujarnya.
Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.- Sumber

ANAK BAPAK , NURUL IZZAH SEDANG MENGEJAR ANWAR IBRAHIM !





Aku bukan cerita pasal nikah cerai Nurul Izzah. Dah tak de jodoh, mungkin jodoh yang lain sedang menanti. Ada orang kata kerana ada orang ketiga.



Biarlah. Cuma aku nak mengajak kita sama sama tunggu tengok. Bagaimana proses perceraian ini akan berlaku. Salah satu kelebihan Anwar Ibrahim ialah beliau mampu mengatur perbicaraan . Dalam dunia ni aku rasa yang paling banyak menangguhkan perbicaraan Anwar Ibrahimlah.



Sekarang benda ni aku rasa Nurul Izzah nak lawan. Kita tunggulah tengok. Dalam masa yang sama korang ada dengar tak pemimpin UMNO sebut pasal kes Nurul Izzah ni ? Aku rasa tak de sebab ini isu peribadi. Tapi Kalau Nurul Izzah atau Anwar dan pemimpin Pakatan lain, jika ada pemimpin UMNO terlibat kes macam ini, tak tidur malamlah dia orang. Satu dunia riuh, inilah bezanya...


Thursday, June 26, 2014

SELEPAS KESIHATAN , SATU LAGI JABATAN KERAJAAN SABOTAJ PERNIAGAAN ORANG ISLAM !

Aku petik artikel ini daripada Blog AANS, terima kasih. Aku mintak halal. Aku cuma pelik macam mana Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan boleh keluarkan kenyataan yang sebegini ' nakal '.



on Wednesday, June 25, 2014 
Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah.

“Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula.



Sumber


Tidakkah kenyataan ini akan menghancurkan perniagaan nasi kandar? Tidakkah ini satu lagi sabotaj terhadap perniagaan Umat Islam. Berilah cadangan, nasihat supaya ia dapat diperbaiki. Jangan buat kenyataan macam budak sekolah.

Pengarah AADK tapi cakap umum macam itu. Patutlah masalah dadah tak pernah selesai !



Wednesday, June 25, 2014

WEIII ! ZAINI HASSAN UTUSAN DAH BUAT LAWAK PULAK !!

Aku minat tulisan Datuk Zaini. Ada roh dan jiwa perjuangan Melayu. Tapi penulisan beliau yang aku turunkan di bawah ini mengecewakan aku. Aku takut nanti ada orang UMNO percaya pada penulisan beliau dan pakat mencontohi UMNO Cheras.

Perjuangan sebenar UMNO bukan pada pakaian, rupa paras atau percakapan. Perjuangan UMNO sebenar ialah memenangi pilihanraya.
Apa maknanya kelihatan dan kedengaran hebat tapi kalah pilihanraya.

Aku harap Zaini akan betulkan cara berfikir beliau. Pemikiran yang silap akan jerumuskan UMNO ke lembah hina walau sehebat manapun pakaian yang dipakai. Dalam masa yang sama aku harap akan fokus kepada usaha memenangi pilihanraya dalam PRU 14 akan datang.

UMNO Cheras terbaik! ( Tulisan Zaini Hassan )
MALAM kelmarin saya menghadiri majlis ulang tahun ke-20 UMNO Bahagian Cheras.
Sungguh unik malam itu. Jemputan lelaki memakai persalinan kepahlawanan Melayu, berbengkung dan bertengkolok.
Itulah pertama kali saya melihat, dengan kagumnya, pakaian hulubalang, kepahlawanan dan pembesar Melayu dalam pelbagai gaya dan mewakili pelbagai negeri sekali gus.
Ia cukup unik. Ikatan tengkoloknya cukup hebat. Nilai estetikanya cukup tinggi.
Sepatutnya perlu ada satu muzium yang menempatkan semua pakaian Melayu zaman silam itu untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Saya boleh bayangkan itulah pakaian lazim yang dipakai di zaman Kesultanan Me­layu lebih 500 tahun dahulu.
Syabas ketua bahagian Cheras iaitu Syed Ali Alhabshee, seorang berketurunan Arab Yemen, yang berasimilasikan Melayu jati Nusantara.
Yang menariknya Perdana Menteri (PM) Najib Tun Razak tidak hadir ke majlis negara meraikan Presiden Republik Tajikistan, untuk semata-mata memenuhi undangan ke majlis UMNO Cheras itu.
UMNO Cheras ternyata lain daripada yang lain. Sepatutnya itulah yang patut dicontohi oleh semua bahagian UMNO seluruh negara. Ia amat mesra rakyat dan diuruskan secara profesional. Ketua bahagiannya cukup versatil dan berani berhujah - katanya demi masa depan UMNO mengatasi individualiti.

Namun yang menarik perhatian saya dalam majlis itu ialah ucapan PM selaku Presiden UMNO.
Saya yang duduk di sebelah Datuk Shukor Abdul Manan, setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM) menyapa beliau "sungguh mendalam maksud ucapan Najib itu." Beliau bersetuju dan mengangguk.
TPM Muhyiddin Yassin juga sepatutnya hadir ke majlis Cheras itu, namun diarahkan oleh bosnya untuk hadir ke jamuan negara bersama Presiden Tajikistan itu.
Najib menggariskan enam faktor yang UMNO dan para pemimpin serta ahli-ah­linya perlu ada untuk memastikan kesinambungan parti itu dan kuasa Melayu.

Faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.
Faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.
Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.
Dua faktor seterusnya adalah kebijak­sanaan dan keikhlasan yang bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

Bagi saya faktor kedua dan keempat - kesetiaan dan kesetiakawanan - amat pen­ting dalam sesuatu perjuangan. Jika hilang kedua-dua itu maka pincanglah sebuah persatuan dan rosaklah sebuah kesatuan.
Dalam suasana politik Melayu kini yang berpecah-belah, mesej itu jelas amat pen­ting sekali.
Kita tidak boleh lagi berpecah-belah. Melayu harus bertaut kembali. Belajarlah daripada kesilapan pemimpin dan orang Melayu sejak zaman kesultanan silam dahulu. Bacalah Sejarah Melayu dan renungilah kutub-khanah bangsa itu.

Hasad dengki, tamak haloba, angkuh, bongkak, taksub, jahil, suka berkelahi membawa kelemahan dan kehancuran kepada Melayu.
Oleh itu jangan ada jugalah adu-domba oleh mana-mana pihak ke atas perhubu­ngan Najib dan Muhyiddin. Perlukah dilaga-lagakan antara kedua-duanya?
Akhir sekali syabas Syed Ali dan barisan kepemimpinan UMNO Cheras. Sebagai seorang yang bukan ahli UMNO, selagi masih berada dalam alam kerjaya ini, saya melihat parti itu dengan penuh harapan - syaratnya contohilah Cheras!

CEO PETRONAS BONGKAK !!

Baca artikel di bawah. Hayati setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya . Lihat betapa sombongnya anak Melayu setelah berada di puncak !Dia lupa barangkali, dia mustahil berada di situ jika dia bukan Melayu. Dia pasti tidak akan naik setinggi itu jika kerajaan ini bukan Kerajaan yang ditunjangi UMNO !


Minyak dan gas bukan milik Bumiputera semata-mata, kata CEO Petronas


CEO Petronas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata kerana ia milik semua rakyat Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.



.


Tan Sri  Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia."Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.
The Malaysian Insider

Tuesday, June 24, 2014

DEMI KEBENARAN, BEKIR DEDAHKAN SHAHNAZ BUKAN DARA SEWAKTU DINIKAHI !





Masyaallah ! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesuatu yang jadi rahsia sejak puluhan tahun akhirnya terdedah di mahkamah. Sebagai orang Islam kita jadikan perkara ini pengajaran. Jangan pulak tambah luka hati orang yang terlibat.



( Perbicaraan tuntutan mutaah 100 juta Shahnaz Majid terhadap bekas suaminya yang juga anak kepada Tun Patinggi Abdul Taib Mahmud )


Monday, June 23, 2014

KAH ! KAH ! KAH ! SAMBIL JAWAB, BALUN PULAK !

Jangan layan tindakan 'nakal'


KLUANG 22 Jun - Ahli-ahli UMNO dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan spekulasi dan kerja-kerja nakal pihak tidak bertanggungjawab yang berniat melemahkan parti serta melaga-lagakan pucuk pimpinan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli-ahli sebaliknya perlu terus bersatu dan memberi sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; parti dan kerajaan.
"Tindakan pihak tersebut membuat pelbagai spekulasi adalah tidak berasas kerana hanya akan mengakibatkan perpaduan yang telah lama dibina dalam parti dan kerajaan pecah.
"Saya nasihatkan semua pihak, jangan kita ikut rentak mereka dan rapatkan barisan serta beri sokongan padu kepada pimpinan yang ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar dalam laman sosial menyatakan beliau akan menyandang jawatan nombor dua dalam parti dan kerajaan.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, semua pihak perlu melihat contoh yang berlaku di Selangor ketika ini berikutan kecelaruan kepemimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdepan dengan kekalutan dalam partinya.
"Dalam keadaan sekarang ini amat sukar untuk menjadi pemimpin, lihat sahaja apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang haru-biru sehingga meja dan kerusi melayang.
"Bayangkan kalau ini yang berlaku di peringkat Kerajaan Pusat, justeru perkara ini perlu dibendung," tegasnya.
Hishammuddin yakin dengan kematangan pemimpin dan ahli parti dalam menghadapi spekulasi yang dilakukan pihak yang mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) porak peranda itu.
Sumber:Utusan malaysia

Ulasan

Aku rasa penjelasan ini dah cukup bagi menjelaskan segalanya. Kalau orang lain cakap, biarkanlah. Tapi kalau orang UMNO yang buat kerja ini untuk  syok syok, aku rasa eloklah berhenti. Hishamuddin bukan jenis yang boleh dikipas.




Sunday, June 22, 2014

KAH ! KAH ! KAH ! KHALID IBRAHIM HILANG KATA, WAN AZIZAH BAKAL MB WANITA PERTAMA !





Barangkali betul Tan Seri Khalid tak bimbang, tak risau. Beliau sudah dapat mengagak bahawa Kajang Move adalah gerakan untuk menjatuhkannya.

Dia juga tahu Anwar tidak mahu menjadi calon sebab Anwar akan sekali lagi ke penjara. Anwar mahukan jaminan untuk keluarganya, maka Wan Azizah diletakkan sebagai calon.



Dengan bantuan beberapa orang pemimpin Pakatan yang taat kepadanya, Anwar mulakan tekanan kepada Khalid. Tekanan dari atas, dari bawah. Dari kiri dan kanan.

Aku yakin akhirnya Khalid akur dan akan turun. Penggantinya ialah Wan Azizah.  Tapi korang kena ingat, ini bukan kronisme nepotisme. Ini adalah kehendak rakyat Selangor.

Jom kita bergelak ketawa Kah ! Kah ! kah !




KHAS UNTUK BACAAN LELAKI YANG GHAIRAH NAK KUAT !


Ini bukan kali pertama berlaku. Dah banyak kali. Yang makan makan matipun aku dengar ada. bacalah, buat pedoman...
Kuala Lumpur: “Ubat ‘bodoh’ itu hanya kuat sekejap, selebihnya merosakkan kehidupan saya,” kata mangsa ubat kuat lelaki dikenali sebagai Alif, 35, yang kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan jantung dan buah pinggang.
Menurut Alif, dia mencuba beberapa jenis ubat kuat yang diperkenalkan rakannya kerana mahu menikmati kepuasan maksimum ketika bersama isterinya.
Katanya, pada mulanya ubat terbabit memberi kesan diingininya, namun lama kelamaan kesan sampingan ubat kuat yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu memakan dirinya.
“Setahun saya menggunakan ubat kuat seperti pil dan minuman pracampuran, ia memang memberi kesan terbaik. Namun, hanya selama itu saya dapat menikmatinya.
“Kini saya tidak lagi mengambil ubat terbabit kerana disahkan menghidap masalah jantung dan rosak buah pinggang akibat pengambilannya.
“Saya benar-benar menyesal, namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Dulu saya tidak hiraukan nasihat orang terdekat, kini baru saya tahu kesannya.
“Ia benar-benar menghancurkan kehidupan saya. Kini dengan pelbagai penyakit, saya tidak dapat memuaskan isteri, apatah lagi diri sendiri,” katanya.
Antara ubat haram digunakan Alif ialah dua produk yang dihasilkan di kilang haram berkenaan.Alif berkata, sebelum disahkan menghidap masalah jantung serta rosak buah pinggang, dia berasa sesak di dada dan sukar bernafas.
“Selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit terbabit namun tidak tahu apa puncanya.
“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, doktor menjelaskan organ dalaman saya rosak akibat pengambilan racun berlebihan.
“Saya terkejut dengan perkara itu dan akhirnya, baru saya dapat tahu racun terbabit banyak ditemui di dalam ubat kuat haram yang saya ambil.
“Saya harap tiada lelaki lain turut menjadi mangsa. Jika ada masalah, segera berjumpa doktor dan jangan mencuba ubat kuat haram terbabit kerana ia pasti memakan diri sendiri,” katanya.- metro



Saturday, June 21, 2014

SUBHANALLAH....RAJA BOMOH BERTAUBAT !!


Betullah kata orang. Hidayah adalah hak mutlak Allah Ta'ala. Pada bila bila masa Allah anugerahkan hidayah, pada bila bila masa Allah tarik hidayah.

Demikianlah yang berlaku kepada salah seorang bomoh terkenal di Indonesia iaitu Ki Joko Bodo yang mengaku telah bertaubat dan meninggalkan kesemua aktiviti menyingkap kes kes mistik dan alam ghaib selepas terdengar bisikan misteri ketika menunaikan umrah.

                                   Ki Joko Bodo

Malah Ki jugak mewakafkan sebuah kawasan yang sebelum ini dijadikan tempat pertapaannya. Kawasan ini kemudiannya dibuka untuk dijadikan kawasan beribadah.

Dalam pengakuannya kepada detik.com. Ki menyatakan beliau mendengar bisikan sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci yang menyerunya supaya bertaubat.

Ki Joko menyatakan bahawa beliau akan menghabiskan masanya melakukan amal ibadah dan mendalami ilmu agama. Ki Joko Bodo pernah menggemparkan masyarakat apabila menyatakan MH 370 disembunyikan di alam ghaib.

Kita doakan agar niat Ki Joko untuk mengambdikan diri kepada Islam akan tercapai dan diberkati Allah.

CELAKA PUNYA ALONG , DAH ROGOL HUTANG PAKSA BAYAR JUGAK !!


Benda benda macam ini berlaku. Di satu sudut kita boleh kata macam macamlah. Orang senang sukar nak faham bagaimana orang susah , susah.
Sesuatu wajib dibuat supaya orang tak sampai perlu meminjam kepada Along.
Dalam masa yang sama, aku heran macam mana Along ni boleh mekar, berkembang macam negara kita tak ada undang undang.

Korang baca laporan media di bawah..ini gila babi punya kerjalah !



Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya.Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah,” katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.
“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.- Metro
                                                             Gambar hiasan

Friday, June 20, 2014

BUMI TERPINGGIR DI KLIA 2 - JAWAPAN...

Isu pasal peluang peniaga Bumiputera di KLIA 2 nampaknya begitu cepat mendapat reaksi pihak berwajib. Dalam masa dua minggu, kita dah dengar jawapan MAHB dan kita jugak dengar daripada Pemangku Menteri Pengangkutan.

Aku ucap syabas sebab tindakan segera ini, biasanya dah nak pecah runtuh baru kita dengar penjelasan. Kena teruskan cara ini. Jangan sampai dah jadi barah baru nak jawab, aku rasa dah tak ada maknanya. Kitapun faham, selepas jawapan akan ada soalan baru timbul. Inilah yang dikatakan dinamis.

Jawab sampai rakyat faham apa sebenarnya berlaku...

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menjelaskan, jumlah peniaga bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) adalah sebanyak 35 peratus dan bilangan tersebut akan ditingkatkan kepada 38 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, peningkatan bilangan peniaga bumiputera itu berdasarkan kepada lot-lot yang diperuntukan khusus kepada mereka dan lot-lot di bawah tanggungjawab korporat syarikat.

Berdasarkan angka tersebut ujarnya, jumlah peniaga bumiputera di klia2 antara yang tertinggi berbanding kompleks perniagaan runcit popular lain di sekitar Lembang Klang yang hanya merekodkan penyertaan bumiputera antara lima hingga 10 peratus.

Katanya, terdapat 17 outlet di bawah lot tanggungjawab korporat syarikat di mana lima daripadanya telah dianugerahkan kepada Bread & Batter, The Dough, Batik Hub, Mollydookers Coffe Bars dan Eat at Joe yang kesemuanya usahawan baharu bumiputera.

"Enam lagi akan dianugerahkan di bawah Program Pembangunan Usahawan Bumiputera, yang merupakan usahasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Peserta di bawah program ini masih di dalam penilaian dan pemilihan akan dibentangkan untuk kelulusan Lembaga pada Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas gesaan kerajaan supaya 20 syarikat milik kerajaan (GLC) terlibat sama dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Wan Abdul Aziz berkata, MAHB berganding bahu dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menjayakan agenda tersebut.
"Kami berbangga kerana kami menyahut seruan kerajaan untuk terlibat sama dalam membantu meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan perdagangan.
"Dalam membangunkan klia2 sebagai pusat komersial, kami mempunyai perancangan untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera meningkatkan penyertaan mereka di dalam perniagaan runcit. Perancangan ini bagi tempoh lima tahun dan kami berada pada landasan itu. Pada 2018, kami menjangka mempunyai sekurang-kurangnya 54 peratus penyertaan syarikat-syarikat bumiputera," katanya.

Menurut Wan Abdul Aziz, kewujudan klia2 memberi manfaat kepada syarikat-syarikat bumiputera bukan sahaja dari segi peluang dan meningkatkan perniagaan tetapi dalam membantu pembangunan sebuah terminal kelas dunia.

"Sebagai sebuah syarikat senaraian awam, MAHB objektif dalam menentukan tindakannya supaya syarikat kekal berdaya saing demi kepentingan pemegang-pemegang saham," katanya.
Isu tentang susahnya mencari restoran Melayu di klia2 disuarakan menerusi kolum Cuit Penolong Ke­tua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pada 11 Jun lalu, walaupun lapangan terbang itu digembar-gemburkan sebagai mercu tanda baharu kebanggaan negara.

Utusan Malaysia minggu lalu melaporkan rasa tidak puas hati dua entiti syarikat bumiputera iaitu Mydin dan Estinwira.
Pengerusi Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir mendakwa MAHB masih membisu berhubung permohonan syarikatnya untuk membuka francais kopitiam Killiney sedangkan mereka sudah bersedia pada bila-bila masa termasuk dari segi konsep restoran dan kemudahan kepada pelanggan.


Mungkin ada pihak tak puas hati. Timbulkan lagi. Bumiputera kena rajin bersuara dah sekarang nih !

GEMPAR !! TENGKU ADNAN LEPASKAN JAWATAN SU AGUNG UMNO !!



Mana mana organisasi pun, antara kunci kejayaannya adalah keberkesanan Setiausaha. Kalau Setiausaha berkesan, pandai buat kerja organisasi akan mantap. Apatah lagi kalau kita bercakap tentang parti politik. Salah satu masalah UMNO ialah apabila dikatakan SU Agung dan Setiausaha Kerjanya kurang berkesan.
Banyak masalah. Senarai nama ahli hilang, permohonan baru lambat dilayan, maklumat kepartian tidak sampai ke bawah. Dan terkini korang bayangkan surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat kena dihantar sekali lagi. Korang baca laporan Bernama di bawah.
Koman benar aku rasa benda macam ini berlaku. Aku rasa rombakan besar perlu dilakukan di Ibu Pejabat UMNO. Kita nak mengadap kerja besar PRU 14. Kalau bab surat pun tak boleh selesai, aku tak tau apa nak jadi kepada parti kita...

Korang baca...

KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi. - Bernama















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...