Tidak mahu berdiam diri dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya, Abby Abadi menerusi akaun Twitternya menafikan dakwaan dia mencederakan bekas suaminya itu. 
"Pegang kunci motosikal pun tidak pernah...kenapa macam tu? Nampak sangat menipunya...Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai," ujar Abby. 
Memetik laporan Sinar Harian juga, Abby reda dengan kegagalan perkahwinan keduanya ini. Namun menjelaskan dia tidak serik untuk berkahwin lagi demi kebahagiaan anak-anak.  
“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin Allah bersama saya. Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri."- Sumber

Ulasan

Ini kekuatan Abby. Kalau orang lain, mungkin tak mahu cakap pasal kahwin lagi sebab baru sangat. Tapi Abby lain. Tersendiri..
Lebai lebai PAS bolehlah mula berjogging, kempiskan perut...mana tahu, kalau ada jodoh.