Friday, June 20, 2014

GEMPAR !! TENGKU ADNAN LEPASKAN JAWATAN SU AGUNG UMNO !!



Mana mana organisasi pun, antara kunci kejayaannya adalah keberkesanan Setiausaha. Kalau Setiausaha berkesan, pandai buat kerja organisasi akan mantap. Apatah lagi kalau kita bercakap tentang parti politik. Salah satu masalah UMNO ialah apabila dikatakan SU Agung dan Setiausaha Kerjanya kurang berkesan.
Banyak masalah. Senarai nama ahli hilang, permohonan baru lambat dilayan, maklumat kepartian tidak sampai ke bawah. Dan terkini korang bayangkan surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat kena dihantar sekali lagi. Korang baca laporan Bernama di bawah.
Koman benar aku rasa benda macam ini berlaku. Aku rasa rombakan besar perlu dilakukan di Ibu Pejabat UMNO. Kita nak mengadap kerja besar PRU 14. Kalau bab surat pun tak boleh selesai, aku tak tau apa nak jadi kepada parti kita...

Korang baca...

KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi. - Bernama















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...