Friday, June 20, 2014

BUMI TERPINGGIR DI KLIA 2 - JAWAPAN...

Isu pasal peluang peniaga Bumiputera di KLIA 2 nampaknya begitu cepat mendapat reaksi pihak berwajib. Dalam masa dua minggu, kita dah dengar jawapan MAHB dan kita jugak dengar daripada Pemangku Menteri Pengangkutan.

Aku ucap syabas sebab tindakan segera ini, biasanya dah nak pecah runtuh baru kita dengar penjelasan. Kena teruskan cara ini. Jangan sampai dah jadi barah baru nak jawab, aku rasa dah tak ada maknanya. Kitapun faham, selepas jawapan akan ada soalan baru timbul. Inilah yang dikatakan dinamis.

Jawab sampai rakyat faham apa sebenarnya berlaku...

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menjelaskan, jumlah peniaga bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) adalah sebanyak 35 peratus dan bilangan tersebut akan ditingkatkan kepada 38 peratus menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, peningkatan bilangan peniaga bumiputera itu berdasarkan kepada lot-lot yang diperuntukan khusus kepada mereka dan lot-lot di bawah tanggungjawab korporat syarikat.

Berdasarkan angka tersebut ujarnya, jumlah peniaga bumiputera di klia2 antara yang tertinggi berbanding kompleks perniagaan runcit popular lain di sekitar Lembang Klang yang hanya merekodkan penyertaan bumiputera antara lima hingga 10 peratus.

Katanya, terdapat 17 outlet di bawah lot tanggungjawab korporat syarikat di mana lima daripadanya telah dianugerahkan kepada Bread & Batter, The Dough, Batik Hub, Mollydookers Coffe Bars dan Eat at Joe yang kesemuanya usahawan baharu bumiputera.

"Enam lagi akan dianugerahkan di bawah Program Pembangunan Usahawan Bumiputera, yang merupakan usahasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Peserta di bawah program ini masih di dalam penilaian dan pemilihan akan dibentangkan untuk kelulusan Lembaga pada Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas gesaan kerajaan supaya 20 syarikat milik kerajaan (GLC) terlibat sama dalam Pelan Pembangunan Ekonomi Bumiputera, Wan Abdul Aziz berkata, MAHB berganding bahu dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menjayakan agenda tersebut.
"Kami berbangga kerana kami menyahut seruan kerajaan untuk terlibat sama dalam membantu meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan perdagangan.
"Dalam membangunkan klia2 sebagai pusat komersial, kami mempunyai perancangan untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera meningkatkan penyertaan mereka di dalam perniagaan runcit. Perancangan ini bagi tempoh lima tahun dan kami berada pada landasan itu. Pada 2018, kami menjangka mempunyai sekurang-kurangnya 54 peratus penyertaan syarikat-syarikat bumiputera," katanya.

Menurut Wan Abdul Aziz, kewujudan klia2 memberi manfaat kepada syarikat-syarikat bumiputera bukan sahaja dari segi peluang dan meningkatkan perniagaan tetapi dalam membantu pembangunan sebuah terminal kelas dunia.

"Sebagai sebuah syarikat senaraian awam, MAHB objektif dalam menentukan tindakannya supaya syarikat kekal berdaya saing demi kepentingan pemegang-pemegang saham," katanya.
Isu tentang susahnya mencari restoran Melayu di klia2 disuarakan menerusi kolum Cuit Penolong Ke­tua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pada 11 Jun lalu, walaupun lapangan terbang itu digembar-gemburkan sebagai mercu tanda baharu kebanggaan negara.

Utusan Malaysia minggu lalu melaporkan rasa tidak puas hati dua entiti syarikat bumiputera iaitu Mydin dan Estinwira.
Pengerusi Eksekutif Estinwira Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir mendakwa MAHB masih membisu berhubung permohonan syarikatnya untuk membuka francais kopitiam Killiney sedangkan mereka sudah bersedia pada bila-bila masa termasuk dari segi konsep restoran dan kemudahan kepada pelanggan.


Mungkin ada pihak tak puas hati. Timbulkan lagi. Bumiputera kena rajin bersuara dah sekarang nih !

19 comments:

Anonymous said...

Aku rasa belum cukup. Patutnya Melayu yang dominan

Anonymous said...

Aku harap Hishamuddin lihat benda ni secara lebih serius

Anonymous said...

Tanah air kita takkan nak kena mintak, merayu. Malulah !

Anonymous said...

Tangani segala cabaran dengan kekalkan prinsip, Bumiputera mesti diperkasakan. Semoga Datuk Hishamuddin berjaya.

Anonymous said...

Cina ada DAP, MCA, GERAKAN. India ada MIC, Hidraf.
Melayu ? UMNO kenalah tolong Melayu . Nak harap siapa lagi?

Anonymous said...

Datuk Hishamuddin hanya memangku Menteri Pengangkutan. Harap beliau dapat selesaikan perkara ini sebelum ada Menteri lain menggantikannya.

Anonymous said...

LEPAS NI TAK PAYAH TUNGGU ORANG KOMPLEN !

Anonymous said...

KLIA2 adalah pintu masuk ke negara kita. Saya fikir adalah perlu bagi Kerajaan untuk buat sesuatu bagi berikan wajah sebenar Malaysia. Peniaga Bumi sekurang kurangnya menguasai 50% ruang niaga.

Anonymous said...

Ini masa PANAS ! Harap Hisham ambik benda ni serius macam dia kendali MH370

Anonymous said...

MALANG MELAYU. BUNYI GAH TAPI KOSONG

Anonymous said...

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kita dah merdeka lama. Keadaan ekonomi Melayu tak banyak berubah. Masa masih ada kuasalah kalau nak bertindak.

Anonymous said...

Datuk Hishamuddin pemimpin pelapis . Kalau pemimpin UMNO tidak jaga Orang Melayu orang Melayu akan makin jatuh.

Anonymous said...

Banyak tohmahan terhadap Hishamuddin tapi Ketua Pemuda di zaman beliau tahu semangat beliau terhadap survival bangsa.

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya isu cepat mendapat respond dari pihak berkenaan.. perlu diteruskan cara begini dlm perkara2 lain, baru orang ramai akan terus percaya & yakin dengan kerajaan

Anonymous said...

Yang Merdeka negara Malaysia je.. bangsa Melayu mcm tak berubah..harap Hishamuddin boleh bawa UMNO jadi sehebat seperti 1 ketika dulu dan perkukuhkan bangsa Melayu

Anonymous said...

Melayu jangan mudah mengalah. Kuatkan perpaduan. Kita dah nampak dah pemimpin yang boleh bawak UMNO jauh ke depan. Hishamuddin da bangkit, Melayu pun kena bangkit sama

Anonymous said...

Hishamuddin ada potensi untuk bawa orang Melayu jauh ke hadapan tapi orang Melayu sendiri pun jgnlah semuanya nak mengharapkan pertolongan drpd kerajaan. Perlu ade usaha sendiri jugak

Anonymous said...

Respond yang pantas & menyenangkan hati rakyat... perlu diteruskan gaya begini

Anonymous said...

Bukan aku je tapi 1 Malaysia harapan Hishamuddin akan kekalkan dengan sifat kepimpinan yang sebegini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...