Saturday, June 14, 2014

ANGGOTA TLDM SERTAI MILITAN , HISHAMUDDIN LETAK JAWATAN !

Kerajaan Tidak Pilih Bulu Tangani Isu Militan - Hishammuddin

RAUB, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap siapa sahaja yang didapati bersekongkol dengan pihak asing dalam kegiatan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu.



"Tidak kira dia anggota polis, tentera, imigresen atau kastam, jika didapati ada yang menggunakan jawatan mereka (untuk terbabit dalam militan) kita harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas.


"Namun saya juga berharap siasatan berkenaan tidak melibatkan pihak yang tidak berdosa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin di sini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan media mengenai tiga warga tempatan termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditahan di Sandakan, Sabah kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan di negara-negara bergolak.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata isu 'musuh dalam selimut' perlu ditangani habis-habisan kerana mereka akan menggagalkan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan negara.

"Dalam dunia yang serba moden kini memang kita tak dapat nak halang ancaman dari luar, tapi jika kita mempunyai musuh dalam selimut segala perancangan yang kita buat akan menjadi sia-sia," katanya.

--BERNAMA

Ulasan 

Itulah yang pembangkang selalu harap. Bila ada masalah, Menteri letak jawatan. Anwar Ibrahim, pemilihan PKR macam rojak tak pulak nak letak jawatan. Tapi korang baca kenyataan Menteri Pertahanan.
Bertanggungjawab, berani. Ko buat salah, ko tanggung tapi kalau ko betul, ko tak kan teraniaya.
Ini baru betul. Jangan lari. jangan mengelak daripada tangungjawab. Walaupun terpencil tetapi perkara ini mesti diselesaikan secara berhemah, bijaksana.
Jangan jadi Anwar, Kit Siang. Ada masalah jer, salahkan orang lain.

12 comments:

Unknown said...

Anak kita 4/5 orangpun bukan semua boleh kita kawal dengan baik. Ada juga kadang kadang bercanggah dengan kita. Inikan pula menjaga puluhan ribu kakitangan. Langkah pencegahan wajib dibuat, tindakan diambil jika bersalah.

Anonymous said...

Ini dah kira bahaya. Siasatan menyeluruh perlu dibuat. Biar sampai ke akar umbi

Anonymous said...

Bagusnya Pak Mentrri. Tidak mengelak. Hadapi cabaran ini demi keselamatan negara

Anonymous said...

Siasat betul betul. Jangan ada yang teraaniaya

Anonymous said...

Kepentingan negara di atas segalanya

Anonymous said...

Kalau ini benar benar berlaku kaedah pemilihan perlu dikaji dan diperbaiki

Unknown said...

Saya lahir, belajar , bekerja dan mahu mati sebagai rakyat Malaysia.Saya tak boleh terima jika dengar ada pengkhianat dalam negara.Mohon jasa baik Datuk Seri Hishamuddin untuk memandang perkara ini secara serius dan melakukan tindakan tegas.

Anonymous said...

Perkara macam ini biasa. Dah ramai.Cuma jangan pandang ringan

Anonymous said...

Aku harap org berkenaan didakwa. Pengkhianat tak layak jadi rakyat negara kita.

Anonymous said...

Saya mahu orang yang bersalah ini dedahkan kepada orang ramai. Jadi pengajaran

Unknown said...

Militan ni isu antarabangsa. Mungkin negara kita jadi target kuasa tertentu yang mempunyai hubungan dengan seseorang yang berada dalam negara. Semua perkara ini perlu dikaji.

Anonymous said...

Jangan sampai orang tidak berdosa menjadi mangsa. Ini peringatan penting DS Hishamuddin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...