Tuesday, June 3, 2014

AKHIRNYA ERRA FAZIRA DITAWAN AARON AZIZ...


Jodoh pertemuan, ajal maut betul betul urusan Allah Ta'ala. Kita boleh usaha ikhtiar tapi kesudahannya Allah juga yang menentukan. Demikianlah dengan artis ternama tanahair. Baru je rumahtangga keduanya runtuh, dah macam macam cerita timbul.

Terkini dengan anak teruna, penyanyi Shahir. Erra ataupun Syahir sama sama playsafe. Tak berapa nak bercakap perkara ini.
Tup tup Wow !! Hero Malaya pulak dah mencuba sama dan dia yang menang nampaknya. Erra Fazira dan Aaron Aziz bercinta sakan !

Tapi jangan bimbang. Mereka hanya bercinta dalam pementasan teater yang akan diadakan di Istana Budaya tak lama lagi. Legakan korang !
Dengar cerita kisah cinta ini macam Laila Majnun. Kisah cinta yang sarat dengan perasaan, membuai buailah. Tapi wartawanpun tak dapat nak perincikan ceritanya yang sebenar.

Gandingan hebat dua bintang ini dijangka akan menyebabkan Istana Budaya sesak dengan penonton. Kedua duanya punya pengaruh tersendiri.

Jadi kepada korang yang ada minat dengan Erra, maknanya peluang masih terbuka. Silalah..sila...


1 comment:

Anonymous said...

Lega...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...