Thursday, June 12, 2014

KERANA MISKIN , PENGANTIN MUDA MAUT SELEPAS HUBUNGAN PERTAMA !

Pengantin baru umur 8 tahun mati selepas ‘malam pertama’

Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.
Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya.
“Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya.“Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik  itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas,” jelasnya lagi.
Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.
Ulasan
Dah banyak blog menyiarkan berita sedih ini. Korang jangan nampak seks jer. Aku nak korang sedar benda ni berlaku kerana ' miskin '. Jangan jadi miskin. Miskin jadikan kita hina. Sempena Nisfu Syaaban ini mari kita berazam, kita tidak akan menjadi miskin dan kita akan cuba mempastikan saudara sebangsa seagama kita tidak miskin melarat dan jadi bangsa hina!

2 comments:

Anonymous said...

Artikel ni kena bagi Nik Aziz baca, dia yang kata miskin itu fitrah.

Anonymous said...

Macam mana budak 8 tahun mak bapak bagi kahwin? Tak ada otak ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...