Tuesday, June 10, 2014

HABIS HISHAMUDDIN KALI NI !!


Logikpun. Dah tiga bulan tak de khabar berita. Kalau terhempas di mana serpihnya, kalau dicolek di mana disembunyikan. Jadi apa lagi pilihan yang ada. Siapa lagi tempat waris nak mengadu ?

Yang nampak betul betul perihatin Anwar Ibrahim, Mahfuz dan Tian Chua. Sebab itu waris bercadang bertemu pemimpin Pakatan...
hisham--Permintaan keluarga penumpang penerbangan MH370 untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) akan dipenuhi dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pertemuan itu akan diatur dan Malaysia berharap dapat mewujudkan carta kerja dalam menangani isu yang dibangkitkan anggota keluarga penumpang pesawat malang itu.
“Kami akan meneruskan penglibatan secara langsung kami dengan anggota keluarga terutama di Malaysia dan China. Kami juga ingin memberi pujian kepada usaha kerajaan China dalam menangani isu berkaitan keluarga ini.
“Kami memberi jaminan sepenuhnya kepada waris, walau di mana mereka berada, bahawa kami terus komited sepenuhnya dalam usaha mencari orang tersayang mereka,” kata beliau pada taklimat media berhubung usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Kuala Lumpur hari ini.
Jailani berkata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang mengetuai jawatankuasa waris akan berlepas ke Beijing dalam masa terdekat untuk memberi maklumat terkini kepada rakan sejawatan dari China mengenai usaha terbaharu di peringkat tiga pihak dan sumbangan Malaysia.
“Kami juga akan berbincang dengan pucuk pimpinan China mengenai pandangan dan rancangan masa depan mereka berhubung operasi mencari MH370 meliputi isu berkaitan anggota keluarga, kerahan aset dan kepakaran teknikal.
“Pasukan ini mempunyai mandat daripada perdana menteri untuk melibatkan diri sepenuhnya bersama kerajaan China,” kata beliau dan menambah ini susulan perbincangan oleh perdana menteri kedua-dua negara baru-baru ini untuk terus komited dalam misi pencarian.
Pesawat MH370 Malaysia Airlines bersama 239 orang dalam pesawat hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan ke Beijing. Analisis oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit merumuskan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi tetapi bangkai pesawat malang itu belum dijumpai.
Jailani juga mengulangi komitmen Malaysia untuk meneruskan operasi mencari sehingga semua kawasan yang berkemungkinan diliputi dalam operasi mencari dan akan berusaha mengkaji semua opsyen untuk menjejaki pesawat.
Mengenai lawatan empat jawatankuasa kecil ke Canberra, Australia, esok, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata objektif utama lawatan ialah mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai analisis semula data belum diproses yang telah siap dan keputusan analisis kajian bathymetric.
Empat jawatankuasa kecil itu ialah Jawatankuasa Penugasan Aset, Jawatankuasa Teknikal dan Logistik, Jawatankuasa Waris dan Jawatankuasa Perhubungan Komunikasi dan Media.
“Pakar-pakar di Australia, terdiri daripada pasukan Australia dan Malaysia di Canberra, telah menjalankan analisis dan sekarang dalam proses untuk bertukar-tukar nota dengan Inmarsat,” kata beliau.
Beliau bagaimanapun berkata hasil perbincangan antara pasukan pakar dan Inmarsat tidak dapat didedahkan sehingga lebih banyak maklumat mengenai analisis diperoleh.
“Mengenai kajian bathymetric, beliau berkata, setakat ini analisis kajian dijalankan oleh Geoscience Australia. Sekali lagi, ini satu lagi objektif kami ke Canberra dan kami akan mengetaui hasil kajian awal bathymetric ini,” kata beliau.
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Penugasan Aset, Datuk Rahim Bakri berkata Petronas dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) telahpun menjalin perkongsian dan menawarkan aset-aset tertentu untuk dikerah di kawasan pencarian tidak lama lagi.
“Mengenai kos terbabit (operasi mencari), selepas memuktamadkannya dalam masa beberapa bulan akan datang, kos belum ditentukan dan akan dikongsi 50-50 oleh Malaysia dan Australia,” kata beliau.
Beliau juga berkata Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) akan mengeluarkan tender kepada syarikat swasta yang berminat dalam usaha mencari  MH370 tetapi jumlahnya belum diketahui setakat ini.
Mengenai kempen pembiayaan orang ramai yang diusahakan oleh ahli keluarga untuk mengumpul AS$5 juta (RM16.1 juta) sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat berhubung lokasi pesawat, Azharuddin berkata mereka dimaklumkan melalui akhbar dan menyambut baik inisiatif itu, lapor Bernama.

Weii !! Satu dunia tahu Anwar penipu. Satu saat boleh selesai. Jam tangan Omega di tangan hilangpun tak dapat jumpa, ini nak cari kapal terbang yang satu dunia dah tolong cari.
Macam macam manusia berjumpa waris MH 370. Meracuni , menghasut mereka tetapi mereka tetap nak jumpa Kerajaan kita. Nak jumpa PM, nak jumpa Hishamuddin. Apa maknanya semua ni? Maknanya ada kepercayaan mereka terhadap Kerajaan kita.
Akupun nak syorkan kepada Kerajaan, teruskan usaha. Jangan patah hati, aku yakin sangat di sebalik cerita duka ini pasti ada hikmah terselindung, insyaallah.

20 comments:

Anonymous said...

Suka dengar bahasa pemimpin UMNO. Dah ramai ikut laras Hishamuddin.Empathi, memahami. Ini perlu dikekalkan.

Anonymous said...

Pengkritik dah letih, Kerajaan masih meneruskan usaha. Dengar cerita percubaan untuk melagakan Malaysia-China tidak berhasil

Anonymous said...

Saya bersetuju sangat dengan kesediaan Kerajaan bertemu waris MH 370. Khabar angin, desas desus hanya akan merosakkan segala usaha yng telah dilakukan. Bersemuka, saya bangga kerana Kerajaan khasnya Datuk Seri Hishamuddin berani bertemu waris terbabit.

Unknown said...

Alhamdulillah. Harap jadilah perjumpaan ini. Ia bukti bahawa tiada maklumat disembunyikan.

Anonymous said...

Ini satu penghormatan. Alhamdulillah

Anonymous said...

Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa yang digunakan oleh Timbalan Menteri ini tidak jauh bezanya dengan bahasa Hishamuddin mahupun Najib. Penuh keyakinan dan sentiasa memberi pengharapan.

Anonymous said...

Ada org kaut untung, buat bisnes.Kutip derma masuk kantung sendiri. Kerajaan bertungkus lumus membantu mangsa dan waris mereka. Yakinlah pertolongan Allah akan datang.

Anonymous said...

Saya rasa ini kejayaan DS Hishamuddin bersama teamnya. Biarlah pembangkang nak cakap apapun. Setakat bercakap macam burung kakak tualah !

Anonymous said...

Selama ini hubungan Malaysia China dikatakan bersifat berat sebelah. Ada jutawan Cina Malaysia selalu memberikan maklumat tidak tepat tentang Malaysia. MH 370 membuka lambaran baru dalam hubungan Malaysia- China.

Unknown said...

Kita bersyukur jika benar pertemuan ini berlaku. Banyak masalah timbul kerana masalah komunikasi. Berjumpa , bersua muka, berbincang adalah kaedah terbai dalam merungkai sesuatu permasalahan. Insyaallah kita mohon Allah berkati usaha kita.

Anonymous said...

Mcm2 usaha pembangkang nak provok tapi ahli keluarga mangsa masih ade kepercayaan terhadap Hishamuddin & kerajaan

Anonymous said...

Hakikat hidup, kebenaran dan kepalsuan sama sama tak boleh disembunyi. Jangan bimbang Najib dan anak buah. Rakyat tengok dan buat penilaian. Retorik hanya dapat sambutan sementara.

Anonymous said...

Suka dengan semangat yang ade pada pemimpin sekarang. Harap jangan sekadar cakap sahaja. Hishamuddin nampak mampu bawa perubahan dalam kepimpinan UMNO

Anonymous said...

Hisham da cakap beliau takkan berhenti cari penyelesaian MH370 sampai jumpa. Aku yakin dengan kata2 Hishamuddin

Anonymous said...

Biarlah makan masa 3 tagun skali pun, misi mencari pesawat ni tetap akan di jalankan. Hishamuddin pasti akan kotakan kata2 beliau yg memberi harapan kepada ahli keluarga mangsa

Anonymous said...

Pengkritik dah letih dah..dok tunggu Hishamuddin stop tapi sampai sekarang usaha Hisham tak berhenti....syabas Hisham

Anonymous said...

Tak da apa yang boleh patahkan semangat & keyakinan Hishamuddin sekarang ni

Anonymous said...

Dunia ni Allah yang punya. Dekat mana Dia sembunyikan pesawat tu, Dia je yang tau. Sebagai manusia kita perlu berush sebak mungkin & berdoa. Jgn putus asa sebagaimana Hishamuddin yang sentiasa yakin pesawat tu akan ditemui

Anonymous said...

Biar lambat asalkan setiap yang disampaikan oleh beliau adalah fakta & kebenaran

Anonymous said...

Jangan cakap banyak la... ko pergi duduk tempat die. Tengok berapa lama boleh tahan dengan tanggungjawab yang besar ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...