Monday, June 23, 2014

KAH ! KAH ! KAH ! SAMBIL JAWAB, BALUN PULAK !

Jangan layan tindakan 'nakal'


KLUANG 22 Jun - Ahli-ahli UMNO dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan spekulasi dan kerja-kerja nakal pihak tidak bertanggungjawab yang berniat melemahkan parti serta melaga-lagakan pucuk pimpinan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli-ahli sebaliknya perlu terus bersatu dan memberi sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; parti dan kerajaan.
"Tindakan pihak tersebut membuat pelbagai spekulasi adalah tidak berasas kerana hanya akan mengakibatkan perpaduan yang telah lama dibina dalam parti dan kerajaan pecah.
"Saya nasihatkan semua pihak, jangan kita ikut rentak mereka dan rapatkan barisan serta beri sokongan padu kepada pimpinan yang ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar dalam laman sosial menyatakan beliau akan menyandang jawatan nombor dua dalam parti dan kerajaan.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, semua pihak perlu melihat contoh yang berlaku di Selangor ketika ini berikutan kecelaruan kepemimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdepan dengan kekalutan dalam partinya.
"Dalam keadaan sekarang ini amat sukar untuk menjadi pemimpin, lihat sahaja apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang haru-biru sehingga meja dan kerusi melayang.
"Bayangkan kalau ini yang berlaku di peringkat Kerajaan Pusat, justeru perkara ini perlu dibendung," tegasnya.
Hishammuddin yakin dengan kematangan pemimpin dan ahli parti dalam menghadapi spekulasi yang dilakukan pihak yang mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) porak peranda itu.
Sumber:Utusan malaysia

Ulasan

Aku rasa penjelasan ini dah cukup bagi menjelaskan segalanya. Kalau orang lain cakap, biarkanlah. Tapi kalau orang UMNO yang buat kerja ini untuk  syok syok, aku rasa eloklah berhenti. Hishamuddin bukan jenis yang boleh dikipas.




12 comments:

Anonymous said...

Yang kenal Hishamuddin tahu dia bukan jenis geli tapak kaki

Anonymous said...

Alahaiiiiii Geliiiiii Nyaaaa,

Kat Mana Pulak Yang Hisham Nie Geli-Geli Geliman.....?

Auuuwwww Muaaaahh Muaaaahhh!!!! Gituuu

Unknown said...

Kadang kadang ini permainan orang UMNO. Laga kan pemimpin tanpa memikirkan kesannya kepada parti. Perkara sebegini sepatutnya dihentikan segera supaya fokus menguatkan parti tidak terganggu.

Anonymous said...

Hishamuddin la ni dok tibai pembangkang jugak. Baguih ! Mana aci depa ja tibai kita.

Anonymous said...

UMNO ni hidup matinya bergantung kepada sikap pemimpin dan ahli. Kalau semua fikir kepentingan parti, UMNO akan selamat.

Anonymous said...

Lihat contoh PKR, hah! hah ! hah !
Parti paling bagus di dunia..

Unknown said...

Kadangkala rasa bosan dengan UMNO. Banyak adu dumba, laga melaga. Akhirnya orang baik akan menerima tempias buruk.

Anonymous said...

Percaya kepada kematangan UMNO. Usah bagi ruang pada orang tak jujur dalam parti

Anonymous said...

Tak payah berebut. Tuhan yang memilih akhirnya

Anonymous said...

Tukang kipas tukang jilat tak kan berhenti. Yang kena beringat pemimpin dan ahli parti seluruhnya. Ada orang suka tengok UMNO jadi huru hara macam Pakatan juga.

Anonymous said...

Lepas pemilihan 2013 Hishamuddin nampak berubah. 360'. Aku rasa yang buat onar ni orang UMNO sebab nak jaga bos masing masing

Anonymous said...

Hishamuddin jangan pandang ringan benda ni. Dulu persepsi jejaskan Hishamuddin. Aku takut ada yang mau Hishamuddin dilihat sebagai gopoh, kaki langgar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...