Thursday, June 19, 2014

HAJI HADI - TIDAK BOLEH AKTIF ATAU TIDAK DIPEDULIKAN ?

Awalnya berita keluar , Presiden PAS ( Presiden ! )jatuh sakit sewaktu bercuti di Turki. Kemudian senyap, sunyi...Tiba tiba keluar kenyataan di bawah.

Aku tak tau pulak Hj Hadi dah balik. Aku yakin orang Pas pun ramai tak tau. Maka orang macam tak peduli langsung. Ehh..apa nih ? Haji Hadi sebagai Presiden Pas tak dipedulikan oleh anak buah?

Adakah kenyataan di bawah nak ' redakan ' kesunyian Haji Hadi. Orang tak datang kerana Doktor tak bagi Haji Hadi bersibuk sibuk. Adakah Allah mahu berikan mesej tertentu kepada Haji Hadi, PAS jugak?

Segalanya mungkin. Apapun kita doakan kesejahteraan beliau.

Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. 


Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

4 comments:

AJAI62 said...

Siapa Hj Hadi ni? OHH...Orang yg jual dan lelong AGAMA ISLAM kerana nak UNDI Melayu ke? Dia dpt ke UNDI CINA RASIS?

Anonymous said...

Allah beri dia peluang tobat. Tobatlah masa ada nyawa

Anonymous said...

KIFARAH DOSA BANYAK. PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM

Anonymous said...

Poster pilihanraya Hj Hadi. Saya akan mati dengan aman sekira nya Malaysia menjadi negara Islam. Boleh mati dengan aman dah sebab Malaysia masih negara Islam. Kalau lama lagi hidup entah apa jadi kat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...