Tuesday, June 17, 2014

VIDEO - PORTUGAL KALAH KEPADA JERMAN, SHAHEEN MATI DIBUNUH !


                                                 Shaheen ramal Portugal menang !
Gugur dibunuh !

Thomas Mueller menjaringkan hatrik untuk Jerman dengan kemenangan bergaya untuk menumpaskan 10 pemain Portugal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan G mereka pada hari Isnin.

Mueller yang menjaringkan lima gol pada Piala Dunia 2010, adalah sebagai pemusnah kepada pasukan Portugal dimana dilihat corak permainan yang sangat lemah dan outplayed.

Dengan Canselor Jerman Angela Merkel menonton sehingga berdiri, apabila pasukannya bermain kali ke-100 Piala Dunia dengan kemenangan meriah dan bergaya.

Perlawanan itu berakhir pada separuh masa pertama dengan 3-0, dan Mueller menjaringkan dua gol sebelum berakhir separuh masa pertama.

Portugal telah dikurangkan kepada 10 orang apabila Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-37 kerana bertindak kasar kepada Thomas Mueller selepas pemain itu dikasari dan terduduk ditengah padang.



Dikatakan unta peramal yang bernama Shaheen ini  telah meramal dengan betul semua perlawanan sebelum ini.
Malangnya Shaheen meramalkan Portugal akan mengalahkan Jerman. Sebaliknya German menang 4-0.
Ada maklumat mengatakan kerana salah meramal, Shaheen telah dibunuh.
Betul ker?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...