Saturday, June 21, 2014

SUBHANALLAH....RAJA BOMOH BERTAUBAT !!


Betullah kata orang. Hidayah adalah hak mutlak Allah Ta'ala. Pada bila bila masa Allah anugerahkan hidayah, pada bila bila masa Allah tarik hidayah.

Demikianlah yang berlaku kepada salah seorang bomoh terkenal di Indonesia iaitu Ki Joko Bodo yang mengaku telah bertaubat dan meninggalkan kesemua aktiviti menyingkap kes kes mistik dan alam ghaib selepas terdengar bisikan misteri ketika menunaikan umrah.

                                   Ki Joko Bodo

Malah Ki jugak mewakafkan sebuah kawasan yang sebelum ini dijadikan tempat pertapaannya. Kawasan ini kemudiannya dibuka untuk dijadikan kawasan beribadah.

Dalam pengakuannya kepada detik.com. Ki menyatakan beliau mendengar bisikan sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci yang menyerunya supaya bertaubat.

Ki Joko menyatakan bahawa beliau akan menghabiskan masanya melakukan amal ibadah dan mendalami ilmu agama. Ki Joko Bodo pernah menggemparkan masyarakat apabila menyatakan MH 370 disembunyikan di alam ghaib.

Kita doakan agar niat Ki Joko untuk mengambdikan diri kepada Islam akan tercapai dan diberkati Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...