Saturday, June 28, 2014

EHH ! KENAPA HASSAN MALEK, NAJIBLAH !


Sajalah. Sempena Ramadhan Al Mubarak ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Ini masa indah buat umat Islam kerana Allah turunkan rahmatNya.

Aku ni marhain, akar umbi. Aku tahu banyak perkara yang orang atasan tak tau. Tapi aku tak akan sabotaj Kerajaan UMNO yang aku kasihi ini. Sejak dalam perut lagi mak aku dah bawak aku berjuang dalam UMNO bersama bapak aku.

Aku percaya buruk buruk UMNOpun, tak ada satu partipun dapat mengatasinya sekurang kurangnya buat masa ini. Aku nak jumpa Najib tapi ada orang kata, orang kampung , pegawai Najib payah nak lepaskan berjumpa Najib. Najib sibuk cakap isu  besar, isu kecil pegawai jer boleh selesai.

Anggaplah ini surat, tidak rasmi sebab kali terakhir aku tulis surat rasmi masa tak hadir ke sekolah Tingkatan lima dulu.

YAB Perdana Menteri,

Ada ramai orang menulis kepada Hassan Malek kerana harga barang. Aku rasa tak berbaloi sebab Hassan Malek susah nak faham sebab dia sentiasa ada jawapan, merasional, memberikan justifikasi. Ini bukan sesuatu yang rakyat mahukan.

Rakyat mahu harga barang dikawal kalau tidak diturunkan. Kalau YAB tanya saya apa barang yang naik ? Semua..yer semua. Rakyat di kampung sekarang ni tengah susah. Harga getah 1.80 sen sekilo. Terlalu murah sehingga orang kampung jatuh miskin.

Harga ikan kembung 13.00 sekilo. Ayam 10.00 sekilo. Gula, kopi, beras, tepung segalanya. Semua harga barang keperluan naik harga manakala pendapatan menurun. Jika YAB tanya saya, adakah rakyat bahagia? Tidak. Rakyat sedang menderita.

YAB,

Hampir setiap hari YAB tampil di TV bercakap tentang kejayaan. Rakyat jadi keliru, eh, apa PM aku cakap nih? Tak pahamlah.

Saya dengan rendah diri mohon YAB panggillah Ketua Kampung, Ketua Cawangan. Dapatkan maklumat sebenar sebab pegawai YAB rasa saya melaporkan sesuatu yang seronok YAB dengar, bukan sesuatu yang benar benar berlaku.

Saya harap jugak agar jangan  lepas ini YAB arah Hassan Malek buat siasat sebab kalau dia turun, maknanya macam tak ada apa apalah.

Ringkas surat saya YAB. Tak pandai sangat nak berbahasa bahasa. Harap harap dapat perhatian..

Saya Yang Benar,


( Alahai Si Luncai )


p/s-  He..he..kalaulah PM dengar yer...kah ! kah ! kah !


3 comments:

Anonymous said...

Sokong Yop !

Anonymous said...

Ada kawan kata Najib pendengar yg baik. Yer ke?

Anonymous said...

Lepas ni api pulak naik. Apa Najin nal kaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...