Thursday, June 5, 2014

HISHAMUDDIN SILAP BESAR ! SEORANG LAGI PAKAR TIDAK DIPANGGIL.


Kalau Hishamuddin sanggup merendah diri sikit, panggil pakar ni. Dia bukan sahaja pakar dalam bidang penerbangan tetapi pakar dalam semua bidang.
Dia adalah anugerah Tuhan ! Kalau pakar ini dipanggil, pasti dalam masa sesaat segalanya akan selesai.

Pakar Putar !
Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedikitpun tidak terganggu dengan pelbagai tohmahan pelbagai pihak yang mempertikaikan cara beliau mengendalikan Peristiwa MH 370. Sebaliknya janji untuk meneruskan usaha pencarian ditunaikan walaupun pihak yang ' menyerang' beliau dah kehabisan tenaga dan senyap.

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di koridor selatan meliputi Lautan Hindi adalah lokasi yang tepat dan telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak timbul keraguan terhadap operasi mencari pesawat tersebut yang penerbangannya disahkan berakhir di situ, cuma kesukaran dialami pasukan mencari disebabkan kawasan pencarian terlalu luas.

Menurut beliau, kegagalan mencari kotak hitam pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu turut menyumbang kepada kesukaran tersebut, justeru pakar yang terlibat bergantung sepenuhnya kepada hasil pemetaan bentuk muka bumi dasar laut dan masih mencari pendekatan baharu untuk merungkai misteri kehilangan berkenaan.

“Tidak ada keraguan bahawa koridor selatan adalah tumpuan kita, cuma kawasannya luas, maka pakar dari China, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah masih mencari lokasi tepat penerbangan pesawat itu berakhir.

“Lokasi yang kita cari berdasarkan isyarat ping yang diperoleh kapal Australia, Ocean Shield tapi kalau kita tidak jumpa kotak hitam, maka kena guna kepakaran yang ada untuk kenal pasti lokasi baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengetuai mesyuarat berhubung operasi pencarian MH370 melibatkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Hotel Royale Chulan di sini.
Persoalan tentang lokasi terakhir MH370 timbul selepas Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai pencarian seperti dilaporkan media baru-baru ini percaya bahawa Lautan Hindi bukanlah lokasi sebenar kapal terbang itu berakhir.
Menurut JACC, perkara itu disahkan selepas operasi di lokasi pencarian menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV), Bluefin-21 yang telah ditamatkan, tidak menemukan apa-apa yang berkaitan dengan MH370.
Hishammuddin berkata, pencarian memang masih gagal menemui petunjuk baharu, namun kesemua pakar terlibat percaya Lautan Hindi adalah lokasi tepat, malah tiada pihak yang tampil dengan fakta dan data untuk menafikan perkara tersebut.

Sehubungan itu tegasnya, perkara paling penting adalah kerajaan berjanji kepada semua ahli keluarga 239 individu di dalam pesawat tersebut bahawa operasi pencarian akan diteruskan sehingga MH370 dapat ditemui.
Serentak dengan itu, katanya, enam syarikat gergasi di negara ini yang mempunyai kepakaran antaranya Petronas, Sapura Kencana, Bousted Holdings Berhad dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk membantu usaha pencarian pesawat berkenaan.
Selain itu, tentang penghantaran aset katanya, beliau telah mendapat komitmen daripada Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel untuk menghantar beberapa lagi aset tentera negara itu yang mempunyai keupayaan melakukan pencarian di dasar laut.
Sementara itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan membincangkan kos yang perlu dibiayai sepanjang fasa baharu pencarian walaupun sebelum ini semua pihak terlibat tidak meminta sebarang bayaran daripada Malaysia.
“Satu jawatankuasa yang diketuai Datuk Jailani Johari (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia) akan ke Canberra, Australia untuk membincangkan soal kos.

“Sehingga hari ini tiada kos yang terpaksa dibayar oleh Malaysia, namun untuk berlaku adil termasuk kepada Australia dan China serta negara lain, kita kena cari jumlah yang munasabah," jelasnya.- Utusan

Bahkan aku rasa Hishamuddin telah berjaya mempengaruhi banyak negara untuk bersama sama Malaysia melaksanakan misi ini. Anwarpun tak boleh nak komen sekarang sebab Hishamuddin dah jadikan ' tragedi ' ini sebagai tragedi antarabangsa. Sebab itu Anwar tak berani nak cakap banyak dah, sebab makin banyak dia bercakap, makin jelas kebodohannya...

Sikap tidak ghairah Hishamuddin memberikan kenyataan diakui telah menyelamatkan beliau daripada melakukan kesilapan. Australia, China, USA,
masing masing mainkan peranan penting sehingga gabungan ini mencetuskan fenomena baru dalam sejarah penerbangan.



21 comments:

Anonymous said...

Tu yang Anwar marah sangat kat Hishamuddin. Tak hargai kebolehan dia. Hishamuddin pulak takut kena liwat.

Anonymous said...

Hishamuddin betui. Cakap banyak buat apa. Yang penting SAR. Ini bukan cerita politik.

Anonymous said...

Kenyataan ini telah mengangkat imej Kerajaan
' Kerajaan telah berjanji akan meneruskan usaha SAR sehingga pesawat MH 370 ditemui 'dan ternyata Hishamuddin telah kotakan janjinya.

Anonymous said...

Perkara pertama kali berlaku. Panduan tak de. Baiknya Hishamuddin cukup tabah saya rasa.

Anonymous said...

Gabungan negara, gabungan agensi.Ia adalah perancangan tahap tinggi.

Anonymous said...

Kelebihan Hishamuddin saya perhatikan, dia tak ghairah dengan pujian. Dia juga tak emosi dengan kritikan. Stabil dan tenang.

Anonymous said...

Teruskan usaha Datuk Seri. Islam melarang kita daripada berputus asa.

Anonymous said...

MH370 ADALAH SEJARAH HITAM NEGARA. JADI POSITIF. SELEPAS SEGALA KESUKARAN INI MARI KITA BANGKIT BERSAMA MENCIPTA SEJARAH BARU.
DS HISHAMUDDIN TELAH TUNJUKKAN JIWA BESAR, WALAUPUN SUKAR DAN MENGHADAPI TOHMAHAN BELIAU TETAP TIDAK BERGANJAK. INILAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMARAHAN KELUARGA MANGSA DAPAT DIREDAKAN.

Anonymous said...

He..he..Nuar pakar kelentong

Anonymous said...

MH370 mohon siasatan juga dibuat terhadap kemungkinan colek. Jika benar mengapa.

Anonymous said...

Baguslah jika DS Hishamuddin dan Kerajaan berfikir untuk membiayai sebahagian kos yang ditanggung oleh negara lain. Kita tidak boleh dilihat sebagai negara susah yang perlukan bantuan.

Anonymous said...

Teruskan usaha. Ketepikan kritikan. Setakat ini tidak ada seorangpun dapat memberikan sebarang penjelasan berkaitan MH370. Media Barat yang sebelum ini lantang, senyap dah

Anonymous said...

Anwar da patut turun mulut je sekarang.. Hebat x hebat la Hishamuddin ni sampai berjaya bawak beberapa negara luar bekerjasama dgn Malaysia dlm kes ni

Anonymous said...

Anwar tengah panas tu..macam dia & pecacai2 dia buat tapi Hisham tetap tak terkesan

Anonymous said...

Hishamuddin berjiwa kental.. keturunan penipuan Melayu yang hebat, mana mungkin putus asa mcm tu je

Anonymous said...

Anwar ni hebat jugak..hebat dalam memburukan imej negara & bangsa sendiri. Hishamuddin pun x mampu nak lawan yg tu

Anonymous said...

Anwar ni cakap banyak tapi apa pun takdak. Hishamuddin kurang bercakap tapi macam2 usaha beliau telah lakukan..syabas Hisham

Anonymous said...

Kalau rasa Hishamuddin dah tak mampu nak tangani kes misteri MH370 ni, bolehlah panggang pakai yg sedia ada di Malaysia ni.. confirm dlm masa 2 hari settle semuanya.

Anonymous said...

MH370 ni bukan je menjadi sejarah Malaysia tapi akan menjadi sejarah dunia. Bukan melibatkn 1 pihak malah byk pihak. Positif kan diri & yakin dengan pemimpin kita

Anonymous said...

DS Hishamuddin tak ghairah dengan populariti sbb beliau mengurangkan tanggungjawab terhadap negara terlebih dahulu bukan kepentingan sendiri

Anonymous said...

Rendah diri Hisham bukan rendah diri yang boleh dipijak2. Rendah diri beliau ada isi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...