Saturday, June 21, 2014

CELAKA PUNYA ALONG , DAH ROGOL HUTANG PAKSA BAYAR JUGAK !!


Benda benda macam ini berlaku. Di satu sudut kita boleh kata macam macamlah. Orang senang sukar nak faham bagaimana orang susah , susah.
Sesuatu wajib dibuat supaya orang tak sampai perlu meminjam kepada Along.
Dalam masa yang sama, aku heran macam mana Along ni boleh mekar, berkembang macam negara kita tak ada undang undang.

Korang baca laporan media di bawah..ini gila babi punya kerjalah !



Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya.Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah,” katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
“Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.
“Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
“Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
“Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.- Metro
                                                             Gambar hiasan

2 comments:

Anonymous said...

Patut ada agensi tertentu yg menyediakan pinjaman mudah kpd golongan macam ini.

Anonymous said...

ZALIM !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...